Jiwa Penuh Chenta

Sunday, November 28, 2010

wajah cantik nampak hodoh bila hati kau berkudis

sayang sekali.. wajah cantik tapi hati penuh kudis.. 
bernanah.. 

ye mungkin ayat diatas hina.keji. tapi itu yang aku rasa bila aku pandang wajah kau.

aku,
jangan kau cuba uji.
diam aku pula,
bukan mengiya apa yang kau kata.

kau,
cantik..
wajah kau bersih..
mungkin sebab bibir kau tak pernah lepas dari kalam ALLAH SWT

aku,
sering tertanya...
dengan sikap kau..
segala amalan kau diterima ke??

aku,
aku manusia hina.
sering saja laku kesalahan
dosa aku.. aku yang tanggung sayang..

kau,
kau wanita mulia..
wanita yang diidamkan para lelaki
tapi sayang.. 
mereka tak tahu hati kau berkudis.. bernanah busuk..

aku,
diam aku sebab aku malas nak bertelagah..
diam aku sebab aku tak nak kau sakit hati dengan kata-kata aku..
diam aku sebab aku benci keluarkan kata-kata tak enak untuk kau didengari..
diam aku sebab aku tak nak selongkar semua buruk busuk kau itu..
diam aku diam bersebab.. 

kau,
harus fikir...
kau bukan wanita sempurna depan aku..
kau wanita hina depan aku..
kau pura-pura depan aku..

tapi kawan...

aku,
cuba untuk lupakan apa yang aku dengar..
cuba untuk lupakan apa yang aku lihat..
cuba untuk terima kau manusia biasa..

mana mungkin sempurna!!

 

2 comments:

HONEY bee said...

best. ckgu tulis sndiri ke?

Yaniey Cikedies said...

yup... tulis dalam keadaan marah yang teramat sangat...