Jiwa Penuh Chenta

Monday, February 28, 2011

who understood, put ur hands up!!

okeh.. tiba2 je ada benda nak share... haha dun no why...

ekceli aku sebenarnya suka test and retest.. haha tapi kadang2 test yang diambil menemui jalan buntu... kadang2 dah gagal dah ni.. selang dua tiga hari rupa-rupanya test tuh berjaya dengan gayanya.. hoh....

tiba2 saya rasa, saya macam faham dia.. hah.. sapa dia?? ngeee mengunakan segala kepakaran sebagai 007 agent.. saya rasa saya dah mula faham beliau sikit.. mungkin faham kot.. mungkin tak?? tapi apa2 pun.. haha habislah aku... agak2 bape lama nak kena ignored eh?? huiisshhh.... er bila kira2.. lama nya nak faham beliau.. haha itu pun kalau betul telahan dan tilikan saya ni la.. betul ke saya makin beliau.. atau makin tak faham?? haha adehla... sakit pala...

ce citer sikit dengan aku nih... hurm.... eh tapi kenapa kakak saya kata dia laki orang eh?? haha adakah kerana perut beliau buncit!! hahaha adeh la... kenapakah kakak saya kata juga lau bukan laki orang dia mungkin kekasih orang.. hoh.. sungguh misteri nih... adeh la beliau nih... cuma la jangan mystery sangat.. simple2 sudah.. ngeeee

rasa macam nak bako je dia.. haha jangan!!! aku masih nak teliti beliau lagi... banyak lagi method yang boleh diguna pakai.. banyak lagi benda yang perlu diselidik... lai2... mari kita fikir sama2.. siapakah beliau..?? seyes aku pun nak tahu gak..

aduyai, ini GG je la.. Gosip Girl.. haha siapa faham pe yang aku cuba sampaikan.. angkat la tangan..!! huh

p/s: tak sabar nak balik Kuala Lumpur.. hoh...Kuala Lumpur here ai come.... =)
p/s/s: tiba2 aku takut lau apa yang kakak cakap tadi betul belaka...  hehe meh2... lau betul aku lanje roti canai eh...
p/s/s/s: my dear tak nak layan saya sebab saya buat dia marah semalam.. cal tak mau angkat.. komen tak mahu balas.. hoh... isk... kurang kasih sayang....


 

sebenarnya kan....

morning!! huauaha... insomnia again.. yeah normal things..

ekceli baru lepas jawab soklan secara online.. aku nak rest jap. hoh kejap?? selalunya lama gila. haha habis la..pe nak jadi dengan Illyani nih.. ish!!

sebenarnya kan..
aku sebenarnya.. hmmm
sebenarnya aku... haaa jangan lah mara..
sebenarnya la kan.. hmmm.. nak gitau ke tak??
sebenarnya kan aku... hmmmm... cam susah je nak gitau...
sebenarnya aku...

hoh.. aku tido dulu la.. nak citer tapi pale sakit ar.. berat sebelah je nih....



 

p/s: just nak gitau.. BEZA ITU ISTIMEWA...

Saturday, February 26, 2011

nak PELUK!

aku cuba sendiri.. tapi mana bisa sendiri. dalam kubur pun ada yang jadi peneman!!
aku penat.. aku letih dan yang paling utama aku rasa sunyi.. hurm.. dua tiga hari ini, aku banyak buat kerja luar.. aku kesana kesini.. dan sampai satu saat aku nak rasa ada yang sudi memberi aku harapan, beri aku sokongan.. tak kisah moral ke unmoral ke.. yela, lagi pun aku bukan cukup kemelayuan disitu..

aku letih.. aku perlukan satu pelukan hangat.. aku perlu orang usap belakang aku.. dan diam. itu je.. tapi aku nak cari siapa.. aku sunyi kat sini.. walaupun kawan2 ada.. tapi aku tetap rasa sunyi..

aku penat!! sumpah aku penat. aku penat sampai aku tak leh tido.. badan sakit2.. lenguh2.. letih sangat2.. nyamuk asyik gigit aku dua tiga hari ni.. sebab apa.. letih sampai nak tutup tingkap pun tak larat..

aku letih, dengan program PRS, PENYAYANG, dengan FYP aku, dengan STUDY aku.. aku tak larat sekarang ni.. sebab itu aku perlukan sokongan.. perlukan pelukan.. aku perlu terapi tuh..

nak balik rumah.. nak peluk MAMA.. nak peluk ABAH.. hurmm.. dulu kalau tak balik.. aku ada seorang KAKAK yang sudi peluk aku.. yang sudi jadi tempat aku mengadu.. AKU RINDU KAU KAK!~ sekarang.. bila masing2 dah buat hal sendiri.. semua jadi kosong.. sunyi.. jauh.. jangan kata aku MANJA.. manusia perlukan ini.. sebab sentuhan adalah satu terapi buat manusia rasa dihargai dan cepat sembuh dari rasa yang negatif..

dan saat sekarang aku jadi rindu dengan masa2 lalu.. hurm... sunyi gila duduk TERENGGANU nih.. hurm.. cukup2 lah aku lari jauh-jauh.. ada lagi setahun.. lepas ni aku nak duk KL.. aku sakit sunyi selama 3tahun kat sini.. serius itu yang aku rasa.. sebab itu aku selalu gi pantai.. sebab aku rasa pantai paling faham aku..

hurm.... perlu ke aku rayu supaya kau beri tumpuan kau kat aku.. perlu ke aku berlutut supaya kau pandang aku.. perlu ke aku pergi jauh baru kau nak ambil tahu pasal aku.. perlu ke aku majuk sendiri2.. dan pujuk hati aku baru kau nak peduli apa aku buat.. tapi itu bukan kau kan.. =) aku rindu kau la!!!

letih dan sunyi.. aku gelak ketawa depan semua orang tapi dalam hati ni sunyi sangat.. aku dah letih dengan hal dunia.. tadi pergi ziarah keluarga Gee.. yang aku post kat facebook tuh. yang mak dia meninggal dunia. hurm.. baguskan dia. dah pergi.. tak perlu fikir hal dunia.. dunia buat aku sakit!~  tapi nanti kena soal jawab kat akhirat lak.. dah la aku ni amal ibadat compang camping, diri lak terumbang ambing, semangat tengelam timbul, hati lak terkontang kanting... hai la illyani!!

bila dah penat macam nie.. mula fikir yang bukan-bukan.. mula nak terasa bagai.. mula la nak feel sorang2.. mula nak menyendiri.. mula nak nangis sorang.. mula pergi kelas selekeh.. mula rasa nak marah2.. mula nak emo2.. hurm.... my bad!!! ini lah kelemahan aku.. aku tak leh rasa sunyi dihati..

NO WONDER LA.. dari zaman sekolah kawan2 aku panggil aku LONELY.. haha dah lama aku tak dengar pangilan tu sejak habis sekolah... now aku kembali rasa perasaan itu..

SUNYI!!!~~


 

Alasan adalah penyedap hati. Alasan bagi manusia yang hidup di perantauan ini lebih bermakna. "Tak ada, tak apa. Kalau ada, alangkah bagus…"

Thursday, February 24, 2011

ISI HATI LELAKI.. adakah anda tahu??

True enough many man, makes women became 3 things... confused, confused and yes confused!
The truth ...LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!
Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-

Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…
  • Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.
Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.
  • Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”
Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.
  • Isi hati lelaki  – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple!  Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.
Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”
  • Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!
Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”
  • Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!
Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!
  • Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! ;))
Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?
  • Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja ;)
Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.
  • Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!”   Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…
Basically...
It’s like my article yang lepas bertajuk, “It’s either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.

Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu. IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe ;)

sumber:  www.razzirahman.com

Monday, February 21, 2011

Kucar Lanar Di Kuala Terengganu

Bukit Puteri



hoho... lama tul nak ada feel hupdate blog pasal Bukit Puteri.. owh sebelum tu, saya kenalkan diri.. Beta Tuan Puteri dari Bukit Puteri.. haha....

cantik tak??!! pandangan dia biasa je.. tinggi gak.. mengah lah Beta nak sampai ke Puncak Bukit Puteri tuh.. tinggi weh.. nasib badan Beta dah kurus sikit.. kalau tak mahu jugak Beta jerit hulubalang Beta angkat Beta sampai ke Puncak sana..


ni permandangan dalam kawasan Bukit Puteri.. owh sangat biasa jela kot tapi bagi Beta, best dan best lau rumah Beta di Bandar dijadikan seperti ini.. dengan dihiasi permandangan laut.. sepoi2 bahasa perancis.. haha.
.


sapa berani pergi ke hujung jalan dinung?!! haaa aku gi la.. situ ada kubur.. seram gak. feel dop au starang.. haha hancur bahasa ganung aku weh.. seyes aku nak kawasan rumah macam ni.. dalam taman.. tapi harus dijaga okeh nanti nyamuk banyak.. aku ni pemalas sikit bab kemas2.. haha sila rejek saya.



ini depan Kubu.. dalam ni ada bedil pe ntah.. haha aku nak panjat menara kawalan tuh tapi kunci.. siot tul.. apa2 pun terenganu banyak gak tempat menarik.. huh.. pic banyak giler kitorang tangkap.. tapi aku malas nak edit2 so aku ambik dua tiga je la tuk tunjuk bukti aku dah pergi sini.. kau dah pergi??!! hahaha


Pekarangan Istana Maziah


haa.. sweet tak?? haha i wish sok2 dah nikah nak ambik pic macam nih.. haha berangan lebih.. lambat lagi kot aku nak nikah.. [walaupun sedikit tension bila orang asyik tanya bila aku nak nikah, jawapannya; tunggu 5tahun lagi okeh.]


ini kawasan istana maziah jugak.. nampak tak atas bukit tuh ada menara warna putih. aku nak panjat situ lah.. tapi kunci.. arghhhhh...



pic ni aku malas nak edit.. so this neutral me.. ngeh2... aku tengah tggu Sultan Mizan nih.. dia kata nak gi dating dengan aku.. mana la Beliau nih...

weh.. korunk tak pasan sesuatu ke.... pasan tak???

*
*
*
*
*
*
*

pasan tak dari Beta dah tukar jadi Aku.. betapa aku ni hanya dari golongan kebanyakkan.. haha mana mungkin jadi golongan Istana yang punya darjat yang tinggi.. kisah kita pun banyak beza apa tah lagi harta.. so berangan2 jela Cik Illyani.. =)



comey tak saya??
kenapa suka edit pic hitam putih eh??
ntah lah.. 
seronok kot.. 
pelik la!!

pesanan pihak penaja: korunk memang Rawks.. haha walaupun kita dari latarbelakang yang berbeza.. thanks sudi jenjalan dengan perempuan gila seperti aku. haha lepas ni kita gi Jom Heboh lak eh.. haha

spesel editing untuk Ya, 
haha beliau bising sebab pic dia tak de.. 
nah Beta dah edit Terbaik Punya.. 


hambik kau!!!
besar camera aku bagi.. haha
parok... berak66


 

p/s: saya dalam dilema.. sapa boleh tolong?!

p/s/s: saya rindu awak lah..love you

p/s/s/s: nak balik KL laju2 je nih.. rindu dengan suasana bising kotaraya.

p/s/s/s/s: UMT ada hantu.. takutt...!!!!

Sunday, February 20, 2011

sedut asap buah

bangun pagi dalam keadaan separuh okeh. subuh saje2 buat lepas.mengantuk punya pasal. insomnia berlaku lagi dah dua hari begini...

petang semalam, naik moto dean, alia bawak. laju dan ganas. niat nak main air, tak jadi sebab diorang bantai makan di tepi pantai. huh sedih...

magrib aku semalam terlepas. okeh nak citerkan kat sini, aku ni senang ikut orang. nak kata macam lalang, tak jugak sebab aku tahu apa aku nak, apa aku buat, dan apa yang jadi adalah pilihan sendiri..

lepas isya' turun makan, tiba2 kawan tanya pasal kawan aku yang dulu. benar, aku tinggalkan dia sebab aku rasa tak selamat dengan dia. kau percaya tak? aku lebih takut perempuan dari lelaki.. kau percaya?! haa.. seyes, kalau aku kawan dengan dia kan, aku tak tau aku jadi apa.. sebab aku tahu tahap keimanan takat mana, aku tahu aku senang dan mudah ikut orang gi mana2.. aku suka akan keseronokan dunia yang alpa dan lalai. macam tu gak lau gi jalan2.. lau orang tak ingat kan suh buat, sampai balik umah aku tak buat lau dah berjalan.. kecuali lah dalam perjalanan tuh ada seorang dua yang solat dia tetap, tak tinggal macam aku. so aku seronok kawan dengan orang macam tuh.

yela, aku ni dah la jahil dalam bab agama, lepas tuh suka langgar adab batas kemelayuan. jadi lau aku sendiri ikut orang yang dah bad attitude dan aku sendiri jugak bad attitude tak ke itu cari masalah. cari pasal namanya.

pagi ni tadi, rumet aku kejut subuh.. sungguh dah dua kali subuh dia kejutkan aku buat diam je. haa kau tahu selimut kulit babi dah terlekat kat tubuh aku. syiall.. banyak giler dosa aku tanggung. lepas tuh bangun kul 8pagi tadi selamba on laptop cucuk berukband aku, gi mandi jap, siap2 pakai baju, online jap sambil tunggu adik datang nak gi spital. haa hebat tak?? bukan nak pi ganti subuh tadi. bukan say sory or thanks sebab kejut tapi aku tak bangun. hebat sangat dah aku nih..

hurm.. agak2 bape banyak aku perlu ganti solat aku eh? dari zaman aku balikh lagi la.. solat memang huru hara. nak sumthing memang la solat. lau dah dapat buat derk je. jauh dengan DIA.. tapi DIA sentiasa dekat. sentiasa berikan sisi aku sesoorang yang aku tahu leh bimbing aku. tapi aku yang tak nak. aku yang elak. betullah kata encik baha, saya boleh ajar kalau orang nak, tapi kalau orang tak nak saya tak boleh ajar. damn.

pagi2 dah buat aku berfikir hal akhirat. haa yela, aku ni suka fikir, tak kisah la fikir bukan2 ke fikir betul ke.. janji kita kena rangsang pemikiran kita. hurm... so skang, illyani sila ingat kau tu manusia yang amalan buruk dan baik dia akan ditimbangkan kat akhirat kelak. INGAT tuh!!

kau tahu apa "sedut asap buah", ni nama lain bagi orang yang ambil pil kuda. ada yang sebut kuda dalam straw, kuda dalam ligther. kau tahu kenapa aku kena tahu? dah tentulah aku pernah hisap. haa terkejut. tak!! aku tak pernah buat keja kotor nih. jahil2 aku pasal agama, aku tahu mana baik atau buruk, semoga aku dilindungi oleh ALLAH swt, aku tahu sebab profesion aku ni, perlu tahu segala2 hal kotor dunia.. macam ner aku nak selami masalah orang kalau aku tak tahu cara hidup diorang. aku bukan amalkan tapi sekadar ambil tahu. sebab tu lepas belajar nanti aku tak nak teruskan bidang ni. payah nak deal dengan manusia normal. bila aku cakap benda yang masyarakat pandang serong sikit mula kata pemikiran aku tak baik, tak bagus. yela, aku perempuan, tak elok la kan cakap macam tuh. haha diskriminasi nih. baik aku deal dengan manusia abnormal. yang tu memang sedia sakit jiwa... =) lepas ni aku nak belajar benda kotor lain lak... lau aku dah dapat aku share ilmu tuh. bukan apa.. once diorang sebut word2 ni korunk leh berhati2.. manusia ni jangan mudah percaya.

p/s: aku ni lurus bendul, bila dah sayang orang. bodoh betul illyani

p/s/s: dia pelik, baik dan menghiburkan minggu ni.

p/s/s: aku dah remove, dah block, dah hide.


Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
 (rasionalnya; kau dan aku dididik dalam keluarga yang berbeza, budaya keluarga kita pun berbeza walaupun kita punya agama dan bangsa yang sama atau tak, so nilai kita tentu berbeza, jadi sopan bagi kau belum tentu sopan dalam keluarga aku, macam tu jugak sopan bagi aku belum tentu sopan dalam keluarga kau. sebab itu aku selalu kata manusia itu unik.)

=)

 

Monday, February 14, 2011

#Monolog 6; Like

haha pe?? ce cite ce cite.. huh semua nak tahu hal orang.. anoying tul.. bizi bodi tul!~~

semak pale weh... hal blog cite dalam blog jela.. hal facebook citer lam facebook je..

choyyy... tak de sapa menang.. tak der sapa kalah dalam cite nih!!

faham?!



 


p/s: ada kau.. ingat dah lupa sapa aku.. baru nak cari lain.. 

p/s/s: jangan bizi bodi arh.. aku benci!!

p/s/s/s: abang, jangan mara-mara eh.. takut.

Sunday, February 13, 2011

# Monolog 5; macam kentut, PUAS

duduk di library dengan meja penuh buku..

ini encik tunang saya.. 
tajuk untuk FYP saya.

akan bertunang dengan dia selama setahun. harap segalanya berjalan dengan lancar. sumpah chenta tertumpu padanya.. 
*khayal...
walaupun aku rindu pada seseorang.rindu macam nak gila.. aku tak nak mati lagi sebab masih ada kerja masih menunggu aku.. 

kau pernah rasa tidak dihargai???

kau pernah rasa dihina tapi bukan dihina melalui perkataan atau dimaki hamun.. tapi dihina melalui tingkah laku???

kau pernah rasa tidak dipedulikan???

kau pernah rasa seoalah-olah tidak penting langsung dalam hidup seseorang???

kau pernah rasa duduk bersabar dengan karenah manusia yang kau sayang, tapi dia sedikit pun tak paling ke muka kau???

kau pernah rasa down secara tiba-tiba bila setiap ajakan kau dipandang sepi atau dipandang sebelah mata sahaja???

kau pernah rasa nak marah gila-gila at the same time kau rasa rindu gila-gila???

kau pernah rasa nak putuskan hubungan yang ada, kau nak remove segala relationship yang ada tapi kau tak mampu nak buat sebab kau sayang sangat2 walaupun si dia buat tak peduli kan kau???

kau pernah rasa? kalau pernah rasa.. bagus!! ucap tahniah pada diri sendiri sebab;

"Pain makes you stronger. Tears makes you braver. Heartbreak makes you wiser. So thank the past for a better future."

sumpah!!! aku rindu kau.. tapi aku kuatkan hati.. sombongkan jiwa.. nah!! aku tahu kau pun tak peduli kan.. aku je rasa.. dan aku sikit pun tak faham apa untung kau diam.. dan aku tak faham selagi kau tak fahamkan aku.. dan kau untung.. aku masih mampu bersabar walaupun airmata ni banyak kali tumpah untuk kau... 

p/s: sila bayar harga air mata aku yang hilang okeh?!

p/s: hati aku ni sedang bina tembok tinggi..

p/s: aku rindu, aku kecik hati, aku sakit hati,..semualah..

p/s: kan bagus lau dia tahu apa aku rasa. mesti lega kan.. macam kentut.. puas bila dapat kentut.

p/s: ........ 


 

#Monolog 4; air mata penuh dengan rasa chenta

mata bengkak.. menangis semalam.. haha hebat kan?! macam2 dalam kepala otak.. tambah2 aku sendiri pergi cari masalah, aku sendiri yang buat pilihan, aku sendiri yang hendak.. so menangis la sendiri2.. tapi ada yang teman. walaupun sekejap, walaupun tak berapa nak sembuh.. thanks..

petang semalam menangis, aku tido petang.. peel lama jadi balik.. aku tido petang tanpa makan, tanpa makan ubat, ok, lau macam ni perangai bila nak sembuh kan? sendiri jugak cari penyakit. padan muka aku.. semalam tido dari petang sampai jam 7.00 pagi tadi.. serius, solat aku melayang lagi.. haha memang tak boleh buat isteri... ini lah berlaku bila aku ada masalah.. selalu sangat jauh dari yang ESA.. kenape ye??


sebab aku sakit selama sebulan ni kan.. berat badan aku susut sebanyak 5kilo?? kau percaya.. haha 5kilo tuh aku rasa air je kot.. mungkin ini fakta atau auta?!!

hurm.. jum nangis lagi.... best!! 


p/s: sedang mengusahakan PITA, lec nak bab 1-3.. letih...

p/s/s: hurm.. kalau sayang cari, kalau tak sayang main jauh2..

p/s/s: ntah lah.... nangis memang terapi yg terbaik untuk aku.


 

Thursday, February 10, 2011

#Monolog 3; pergi jauh

jom..!~~
janji, tiada mata jahat yang memerhati
di sini susah hati, di situ kita bermimpi..



 

p/s: alhamdulilah.. tajuk proposol dah approve.. so yang akan datang hanya perlu komitmen.

# Monolog 2; more than word

........





Monday, February 07, 2011

#Monolog 1; Jujur

rasa macam dah lama tak JUJUR dengan diri sendiri..
betapa aku cuba MENJAGA hati kecil orang dikeliling dari disakiti oleh PERBUATAN aku..
akhirnya.. aku sendiri yang SAKIT..

nanti-nanti, bila kau senang.. duduk DIAM.. fikirlah dan rasai lah bagaimana aku RASA..

kebiasaan yang boleh membunuh aku dalam diam..

p/s: batuk pun tak elok lagi, dapat lagi sakit baru, selesema pulak.

p/s: seminggu tak dengar kau azan, rasa sunyi tempat ini. lepas ni lau cuti, aku nak balik la.


 

Sunday, February 06, 2011

MERAJUK UNFRIEND ADD APPROVE IGNORED

ada seorang budak ni.. dia dah pandai nak remove2 aku bila majuk... sapa ntah ajar dia... nak kena tibai bontot dak nih... ngada2 lebih... [disebabkan dia derhaka, bontot myvie dia kena langgar, tu la derhaka lagi..]

punca dia sebab aku kata kat dia  "adik sapa yang bersepah-sepah nih.." hahaha lepas tuh dia remove aku dari friend dia.. dah hampir 12jam kot dia remove aku baru pasan malam tadi.. dalam kul 12.45 pagi kot.. haha sian beliau.. merajuk tapi aku tak tahu.. haha sian2... mesti minum susu nespry tak cukup nih.. "dik, kau nak susu tepung tu tak, aku ada lagi sikit nih...." hahaha


sila sentap dengan aku lagi.. tak akan dilayan.. 
haha aku buat derk lagi ada la...
lepas ni kau merajuk lagi 
dan ada cubaan nak remove aku...
aku dengan bangganya
"tak nak dah approve kau!!~~"


inilah rupa sebenar beliau...
nampak dak baik je kan tapi NAKAL yang amat!!
suka la kau masuk lam blog aku nih...
hahaha
dak ni kuat mentekedarah...
badan je kecik...
derak pun kuat gak....

hahaha aku nak majuk jugak ni..
ignored kau dua hari...

okey?!





fall in love wit taeyang

ha...ni boyfriend no dua ai.. hensem tak... perghh saya suka dia.. saya cinta dia.. sebab dia ada rambut pacak2.. dan badan dia ada ketul2.. hahaha.... KACAK ooo......

waaaa sangat cinta sama dia oh ABANG TAEYANG...




 

Saturday, February 05, 2011

its all about me as a girl

When she is quiet, millions of things are running in her mind.

When she is not arguing, she is thinking deeply.

When she stares at you, she is wondering why she loves you so much inspite of being taken for granted.

When she calls you everyday, she wants to know how you are doing.

When she sms you everyday, she wants you to reply at least once.

When she says I love you, she means it..

When she says I miss you, no one in this world can miss you more than her.

When she says I will stand by you, she will stand by you like a rock.

Girls are always special. She is said to be 8th wonders. She is always a priceless treasure. Never hurt her or take her wrong or for granted. 



 

Thursday, February 03, 2011

Emraan Hashmi i miss you damn much... will you married me??

siapa Emraan Hashmi.. dia kekasih aku.. haha dia ni la yang aku puja2.. yang aku mimpikan setiap masa.. haha percaya la pelis.... weeee jarang babe aku puji orang.. haha.. 

okeh2.... meh2 kita tgk pic beliau okeh...



hah.. dah jatuh cinta ar tuh.. 
aipp.. dia aku punya okeh...
tengok je boleh...
pegang, belek, sentuh dan usap2 aku nya..
haha

seiras?? not so sure.. dah bertahun tak jumpa
tapi yang pasti ada sedikit yang sama...
mungkin tang bibir, mungking tang mata...
yeah...
aku rasa mata kot...

arghhhh pesal leh teringat nih....

choiiiiii,.....!!!


i miss that moment...
arghh dulu...
hahah kenapa aku tiba2 teringat..
mungkin dia rindu aku jugak kot..
hahaha
habis la lau dear aku baca..
ekekke
baik larik dulu....



awak,
saya mesage tadi..
no tu awak dah tak guna lagi eh???
tak pela..
ingat nak tanya khabar je...
tak sangka

awak sungguh2 nak buang saya...

choiiiii......

jumpa tepi jalan... saya tampar awak dulu..
walaupun time tuh saya dah beranak empat..
hahahha

itu janji saya...


aku nak tanya korunk..

HENSEM TAK BEKAS KEKASIH AKU NIH?? 
haha...

emraan hashmi, will you married me???

p/s: choiii... asik tanya aku bila nak kawin, tembak kang.... [stress]
 
 

berbeza itu istimewa.

ada apa la sangat kan dengan chenta ni.. tapi aku suka satu blog ni.. DUDUK [kelik2.. up lagi trafic dia]

jangan jadi hamba chenta? ingat tak.. aku pernah pesan dulu.. tapi kadang2 manusia kalah dengan chenta. tolong lah, jangan nafikan naluri manusia itu.. [mesti ada orang akan kata, aku jiwang lagi, pedulik hape aku..]


bangun awal pagi hari ini.. setelah pale otak rasa bangang semacam. owh, tiba-tiba jadi minat pada kaktus berduri.. setelah marathon muvee sepanjang cuti kali ni.. "pasta i love you" cite korea.. tak dela hebat mana cerita ni.. tapi ada simboliknya dengan kaktus dgn cerita tuh.


ni sebelum dia bebunga.. sumpah, dulu aku pandang dia sebelah mata je.. dah umur 25tahun baru tahu kaktus sebenarnya berbunga.. haha bodoh betul illyani.. but aku dapati dia.. unik dan berbeza.. i like it.. suka sesuatu yang berbeza.. sebab dia nampak istimewa dari yang lain.. =p

macam tu juga manusia.. "aku adalah aku, kau adalah kau" bukan kah kita berbeza.. pandangan kita jugak berbeza.. bukankah itu unik.. =)


okeh, asemen dah siap, nota dah baca sikit2... FYP dah jalan sikit.. sikit2 je kan.. tak pe la.. lama2 sampai jadi gunung... =)

fuhh....

pija kata "penantian yg akan membuahkan hasil yang begitu cantik sekali"

so sabar itu kan INDAH~~ ekceli, sedang pujuk hati sendiri.. hehe hebat kan aku? kau? boleh ke pujuk hati sendiri... bukan senang nak jadi aku.... PAYAH!!



 

Wednesday, February 02, 2011

pilihan kita

aku yang buat PILIHAN.. so aku pilih untuk cari tempat lepak baru. nah.. Insyallah aku kurang disana~~
dan kau, PILIHAN yang kau buat.. semoga kau bahagia..

aku ni perempuan, ALLAH S.W.T tahu kekuatan JIWA seorang PEREMPUAN.. aku diberi pelbagai KEISTIMEWAAN...

"HIDUP KITA, 
KITA YANG PILIH.. 
ITU JALAN YANG KAU PILIH. 
MAKA TERUSKAN..."


 

Tuesday, February 01, 2011

YOU!!

you make me sick.... 
tired of this... 
fine.. 
done already!! 
i said enough!!!!