Showing posts with label UMT. Show all posts
Showing posts with label UMT. Show all posts

03 June 2013

Rhu Muda, Marang


Moga ada jodoh, aku akan kembali ke sini, lagi.

Tuhan, permudahkan segalanya.

Kau sebaik-baik perancang.

Berikan keluarga ini kesihatan yang baik, dilapangkan dada, diluaskan fikiran, sentiasa dalam rahmatMU dan dipertambahkan rezeki setiap mereka.

Amin.

p/s: alahai.. anehnya perasaan ini. al-fatihah.

26 March 2013

PTPTN

aku baru bayar. sebenarnya saja test nak bayar.

so aku bayar la RM2.00

untuk kedua-dua surat tawaran tu.

dan aku bangga aku dah bayar walaupun RM2.00 je.

semoga aku murah rezeki. 

amin.


p/s: rindu la.

30 June 2012

pilihan.

Kadang-kadang kita tak mahu pun perkara tu terjadi.
Bila keadaan seolah2 memaksa! Maka terjadi juga.

Ialah, hidup ini hanya ada dua pilihan
YA atau TIDAK. 

Itu je. 

Dan setiap pilihan kita juga memberi kesan 
Pada orang lain.
Walaupun tak banyak!
Kesan tetap ada.

Kan?!


  

01 June 2012

bizi banyak!

lamanya tak up apa-apa kat sini.
masih ada yang membaca ke?

hahahaha sudah lari ye semua orang.

aku pura-pura bizi sepanjang latihan industri kat sini
perihal LI pun tak tertulis.
konon nak update setiap minggu. haprak! hampeh!

laporan log harian aku pun dah SEBULAN tak berhantar.

owh hari ini dah bulan baru.
maknanya nak masuk DUA BULAN la tak hantar ye??!!

haha teruk sangat pura-pura bizi aku nih.

entahlah. sepanjang aku LI yang aku pasti..
self disclosure sangat rendah. teramat rendah.

aku pilih untuk tidak bercakap sangat mengenai perihal diri sendiri.
sumtimes aku rasa mereka semua.. yang rapat dengan aku tak perlu tahu.

macam aku buat sekarang. aku nak korunk semua tahu.
tak perlu la tahu pasal aku.

hmmmmmm..

boleh?

tapi aku bosan sorang-sorang. aku boleh mati kutu lau tak bercakap dengan orang.

dan yang paling aku pasan.
aku lebih banyak berinteraksi dengan telefon gengam dari manusi!
sadis!!!! parah!!!


 

22 April 2012

seseorang


Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa dan mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalir airmata. Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa iaitu marah, sedih, gembira, sayang dan rindu,tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah biarpuan hadirnya seketika dan sekadar teman berbicara. Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinyalah kita mengerti apa itu erti ukhwah.


01 April 2012

tersepit mati!


Takut tersalah kata tersilap bicara. Aku tidak mahu orang menilai diri aku dari tiap bait kata. hmm..

 

17 February 2012

Latihan Industri (Minggu Kedua)

hari ini hari jumaat dalam minggu kedua bulan chenta!!
minggu kedua aku buat latihan industri di dalam jabatan kerajaan..
mari kita rangkumkan segala kejadian, peristiwa dan segala-galanya secara ringkas..

semua okay, letih penat ulang alik memang terasa lah.. but this is life n work kan??

someone told me, "dulu awak belajar, sekarang dah berkerja walaupun baru praktikal, rasailah.. penat saya macam mana..." sambil beliau ketawa berdekah-dekah

ngeeee penat oiii.. penat otak dan penat fizikal jadi double jadi balik kerja, mandi-mandi terus tido mampus... ngeee sedar-sedar je dah "eh.. pagi dah... " bangun pergi kerja balik.. pusing2 macam tu je la...

haa esok sabtu dah.. weeeee sonoknya!!! nak topup tido bebanyak!! letihhhhhhhhh ooooo

sesi??? kelompok dan bimbingan insyallah masih bergerak.. tapi individu??!! boleh bikin rambut gugur berkali-kali!!!

tapi.. apa2 pun kerja, hidup, chenta, wang, kawan, keluarga dan tuhan harus berjalan seiringan, kan??

yeahhh.... owh, sini panggil nama formal aku " cik nur illyani " perasaan?? opkos la rasa bangge! ngeee

*laporan tak siap lagi weiii!!!! -tak faham-

16 February 2012

Dean List

Alhamdulilah....
atas setiap jelingan yang diberikan..
atas setiap renungan tajam yang memandang..
atas setiap gelak tawa yang dikongsikan..
atas setiap cubitan yang singgah..
atas setiap perkongsian ilmu yang tak pernah cukup..
atas setiap kali kaki melangkah, otak letih berfikir beringat, badan lesu tidak bermaya
atas setiap sokongan dan motivasi..
atas segala-galanya!!!

terima kasih Ya ALLAH SWT...
kau berikan aku yang lebih baik dari sebelumnya.

doa yang tidak putus selalu mengiringi setiap langkah perjalanan kami.
Syukur.. Alhamdulillah

10 February 2012

Latihan Industri (Minggu Pertama)

yuhuuuuuuu...

dengan ini saya sertakan laporan pada minggu pertama saya menjalani latihan industri... bla..bla..bla..bla...

haha okay, aku lapor diri pada 8 hari bulan chenta sepatutnya melaporkan diri pada 5 hari bulan chenta, disebabkan di wilayah persekutuan telah mengalami cuti yang berganda aku mula melaporkan diri pada tarikh 8 hari bulan chenta.

hmm.. sepanjang tiga hari.. eh dua hari setengah sebabnya aku tengah taip entry ni di waktu pagi jumaat.. haha bukan ngelat eh.. nak bagi reward tuk diri sendiri je dulu nih.. haaaa so far so okay la.. cuma next week litle bit nervous sebab aku dengan didi mula ikut kaunselor pergi keluar dari ofis tuk menjalani aktiviti kelompok dan bimbingan.

owh lupa nak perkenalkan didi tu partner aku dalam latihan industri ni. haa dia lah teman gaduh aku sekarang.. menghadap la tengok muka dia hari-hari.. hurm untuk tiga hari ni kami drive dari sentul ke putrajaya sebab rumah sewa yang kami cari tu belum dapat kunci lagi, barang masih ada lagi. so kena tunggu la.. kami duk kat area puchong sana tu dekat la sikit dari sentul ye dak.. haa didi la drive, aku leh drive tapi tak dak lesen.. hahaha

so, next week maybe akan duduk sendiri dan belajar untuk berdikari.. haha =) ngeeeee

20 January 2012

Si Angsa





bertahan macam mana pun.. mengalir juga.. 
-angsa- 


pesanan kakak:
1.kurangkan baran.
2.bangun awal, kita kerja sekarang bukan nak gi kuliah.
3.jangan gaduh-gaduh.
4.??

(lupa dah apa kakak pesan, sebab tengah nangis..)


lepas ni kalau saya panjang umur, kita semua jumpa lagi. masa KONVO!!! ingat jaga diri.. tunang gitau.. kawin jemput. insyallah ada rezeki saya pergi.. 


"maaf atas segala prejudis,derhaka,dan meradang yang tak perlu.
kamu semua manusia paling manis di saat tak terjangka. terima kasih tuhan, engkau buat aku jaga."


3tahun setengah mengumpul kenangan, suka duka. rindu sendu, tawa nangis. semua indah. Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu. ada jodoh kita tetap jumpa lagi.


MAAF SEMUA.. HALALKAN MAKAN MINUM YE.. GURAU KASAR YE.
AILEBYU... 

28 December 2011

25

hari tu
20122011
dah berlalu...

yang ke 25;
tidak ada harta.
tidak ada kerja.
tidak ada rumah.
tidak ada anak. 
langsung tidak mewah.
namun tetap yang paling kaya.

kerana;
ada keluarga disisi.
kekasih yang setia dihati.
kawan dan sahabat sejati.
mohon hidup diberkati oleh NYA.
dan
untuk apa yang tiada
masih belum terlewat untuk diusaha.

sebabnya
"... sesungguhnya setiap sesuatu yang tercipta itu ada hikmah disebaliknya.."
 
 

20 November 2011

perkahwinan #1

dia cukup gembira bila suami menghulurkan RM10 sebagai duit belanja hari ini.

bagi dia itu lebih dari cukup.
bagi aku buat masa sekarang.
itu belum kira bila ada anak.
susu, lampin.
cukup??

tak kot!!

 

16 November 2011

nilai sebuah keikhlasan

permulaan yang mungkin dengan niat mahu menikmati kesempatan dan kelebihan yang ada. sehingga ia berlarutan dan berpanjangan serta menerbitkan perasaan di zon selesa.

tapi bila ada sedikit keburukan yang jelas depan mata, mula lah rasa tidak selesa. tapi cuba untuk tetap bertahan dan hanya mungkin kerana simpati atau kasihan??




p/s: berapakah nilai harga segengam kasih sayang??

27 October 2011

tangis!!

"Ramai yang membaca tetapi tak memahami, ramai yang memahami tetapi tak mendalami, ramai yang mendalami tetapi tidak jujur dengan hati sendiri. Yang paling ramai, buat-buat pekak dan ego dengan pegangan sendiri.."

penat dan letih bercampur gaul bila senak dan pedih berada di ulu hati.. menangis atas riba kakak, si adik uja-uja supaya aku menangis sepuas-puasnya. sahabat yang cuba alih buang rasa apa yang aku rasa masa itu. cuma kalau ditanya tentang rasa, rasa puas?? tak. tak lepas apa yang terbuku dihati tapi kurang sikit beban dihati.

terima kasih sudi dengar tangis sedu sedan aku.


p/s: berperang, dan aku yang kalah. sekurang-kurang aku tahu DIA masih sayang. =)

08 October 2011

photoshot rindu

kata orang.. sekeping gambar boleh digambarkan dengan 1000 cerita..






ibarat filem yang tiada suara.. INDAH...




p/s: teman suka ramai.. teman duka??

21 September 2011

tunggu

dua benda yang aku tunggu buat masa sekarang

1. perhatian dari si dia
2. ptptn

huaaaa bila mau masuk loan.. sudah sengkek....

weeeeeeeeeee..... sayang awak ketat2 dunia jugakkk....

 

09 September 2011

jeriji besi


inilah yang dikatakan
"dipenjara janji"
haha


04 August 2011

4 Ramadhan

Al-fatihah

ari ni perginya seorang bapa mengadap Illahi. ye, aku tahu dia kuat. aku doa dari jauh sayang. kata nafastari kepada mawar, "sabar itu cantik" aku titipkan kesabaran yang ada didunia buat Dilla. Sabar Dilla..

Allah sayang dia lebih.. dan pesan teman pada aku suatu ketika dulu, "semua yang ada hanya pinjaman, begitu juga dengan rasa dihati, sampai masa, kita kena pulang" sabar Dilla. aku tahu kau kuat.

dan tiba-tiba aku terfikir, apa yang berlaku sekiranya aku berada ditempat Dilla.?? kuat kah aku.. menangiskah aku.. tahan sebak kah aku.. nadi utama aku ialah ABAH.. semoga aku kuat hadapi itu kelak, sebab mati adalah pasti. itu hakikat abadi.

kun faya kun.. jadi, maka jadilah...

di saat manusia sedang leka berkerja, ada manusia yang sedang menahan hiba, menanggung rindu didada, mencari tempat untuk berpaut, masih ada yang belum sedar, setiap hari kematian sangat dekat dengan kita.

semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

 

p/s: kalau nyawa aku diambil biarlah dalam keadaan yang diredhai oleh NYA..

p/s/s: aku rindu pada encik infiniti. 

05 July 2011

apakah plup fiction?

apakah dia.. aku pun baru tahu pasal ni.. bertapa mengomnya aku dalam dunia penulisan.. mungkin sebab aku hanya menulis apa yang datang dari hati tanpa mengetahui standard sebuah penulisan.. siyes aku tak minat dan menggilai dunia penulisan.. bakat dari mama tidak aku ambil semasa proses pertukaran bendalir diantara abah dan mama.. hehe

so dipendekkan cerita supaya aku faham apakah itu plup fiction mereka telah buat aku faham walaupun aku sedikit blur dan terus berusaha untuk faham. antaranya ialah:-

  1. zoul yazix :pulp fiction ini adalah karya yang mengandungi imaginasi yang kadangkala tidak masuk akal dan berbaur ngeri dan tidak semestinya berbasiskan fakta tapi boleh jadi unlinear, surreal dan bermain dengan minda.
  2. lucifer: pulp fiction adalah karya yang orang panggil murahan, kotor negatif dan manis baunya kata orang di zinesatumalam.
  3. khairul hisyam: paling senang pulp itu jenis karya yang diprint atas kertas murah dan dijual murah. biasanya cerita tiada batas, tiada peraturan, linear ke, non linear, terserah. mengikut selera dan kreativiti penulis.

dan percubaan yang pertama aku;

"Berpeluh-peluh menahan rasa seperti dipaksa melakukan proses penukaran bendalir diantara jantina. adakah ia sesedap teh tarik ais yang aku minum petang tadi atau kek coklat indulgence di secret resipi. Curangnya si rama-rama dengan sang naga maka satu pembunuhan di atas ranjang sedang di jalankankan."

biasa je.. tapi aku suka. hehe

 

p/s: diam dan terus diam.

22 June 2011

salam perkenalan...

"bila permukaan yang kau pandang..
kau tak akan nampak yang paling dalam.."

aku kalau senyum.. manis.
itu pasti.
tapi aku tahu kadang-kadang orang mengata belakang aku
"eh.. budak ni sombonglah. tak nak senyum.."
ha... itulah aku...
itu salam perkenalan dari aku.
best tak??