Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

01 January 2025

2025

Moga tahun baru ini banyak memberi manfaat kepada hidup. Aamiin.

Moga tahun baru ini berita gembira menanti dari segi kerjaya, kehidupan, rezeki, kesihatan dan sebagainya. Aamiin.

Terima kasih sudi temani saya mengharungi tahun 2024 yang penuh cabaran.

Semoga tahun 2025 yang baik baik untuk keluarga kita.

💘

02 October 2024

Tahun Kita (1)

Setahun dah berlalu, pejam celik pejam celik melayari bahtera perkahwinan.

Setahun untuk kita.. hingga ke Jannah. Moga yang baik baik untuk kita. 

Semoga kita berdua redha antara sebagai suami isteri.

Love you more baby. 

Selamat Pulang ke Negeri Abadi

Belum sempat nak kenal abah mertua dengan lebih dalam, dia telah dijemput pulang oleh Nya. Harap suami ku redha dengan pemergiannya.

Salam takziah, semoga Abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Aamiin.

Serendah, 02/10/2024

29 May 2024

Ijab dan Qabul

Alhamdulilah,
Im married.
25.09.2023 tarikh bermakna buat aku.
Terima kasih sebab sudi hidup dengan aku, terima kasih sebab tunaikan janji.
Semoga kita bercinta sampai syurga.

Alhamdulilah, 
Walaupun tidak seperti orang lain tiada pinangan, tiada risik dan sebagainya. Ia amat menyenangkan.

Bahagia cara kita.

Kenduri doa selamat yang tertangguh kerana aku sakit. 
Harap dapat dilaksanakan dan dihebahkan.

Apa yang penting, aku kena sembuh dari sakit yang Allah SWT turunkan ini.

Someone cakap dengan aku, "Allah bagi kita sakit, mesti Dia dah tunaikan doa kita"

Ya Allah besarnya rahmat MU.

🥰

02 March 2024

Ujian Allah SWT

08.11.2023

Di uji penyakit stroke.
Usia baru 37 tahun, dikala terpaksa hadap.
Usia perkahwinan baru 3 bulan, sewaktu kejadian.
Semoga manis manis lepas ni.
Bersangka baik pada Allah SWT, Dia tak kan uji kalau kau tak mampu.

18 July 2023

feed the ego

Dalam proses toleransi, kadang kadang aku rasa, aku lah yang selalu merasakan 'feed the ego' aku perlu lengkap dan melebihi dari aras yang aku mahu.. 

Hmm entah, kadang berjaya, kadang kalah. 

Menyakitkan hati seseorang nampak mudah. 

Tapi kalau kau terasa hati untuk hal yang tidak sepatutnya, 'feed the ego' kau tu membuatkan kau nampak kejam pada diri sendiri dan orang lain, terutamanya.

Entahlah, aku sendiri tak faham apa aku nak sebenarnya. 

Ibarat, kau nak kunci dia biar dia duduk dalam almari kaca.

Hanya menjadi tatapan kau seorang.

Hanya aku. 

Aku.

06 June 2023

Dengar, beritahu.

should i stop?... 

what ever i doing now?

25 May 2023

Lelah

Acapkali aku menyata menjadi manusia beremosi ini lelah sifatnya. 

Penat. 
Lesu. 
Hilang arah. 

Dan aku pasti, hilang arah lebih mendominasi keadaan. 

Mencari tempat berpaut. 
Mencari tempat berlindung.
Mencari tempat yang paling selamat. 
Mencari tempat yang menenangkan jiwa yang tengah bergolak.

Mengandaikan keadaan diri apabila hilang tempat berpaut. 

Kau menjadi penakut dan kau mengundur selangkah.

Agar ketakutan tidak mengambil tempat. 

18 May 2023

2023

Lama tak menjenguk. 

Apa khabar?

Dunia masih indah?

Kesihatan masih cantik?

Kewangan semakin stabil?

Kehidupan ada perubahan?

Keinginan di gapai?

Kehendak dituruti?

Nafsu masih mengawal?

Nothing beat the real world, right?

Semoga 2023, kehidupan menjadi semakin jelas dengan hala tuju sebagai seorang yang hidup dan pasti MATI. 


22 January 2022

belum sempat terluahkan..

Aku, si terlalu perasa dan pemikir, kadang benci diri sendiri. 

Tak sempat ku luah apa yang berada di benak aku. 

Melihat posisi manis membuat aku benci diri sendiri. 

Melihat senyum mesra membuat aku benci diri sendiri.

Kenapa aku hadir dalam hidup kalian dan menjadikan keadaan kacau dan sumbing.

Aku benci diri aku. Bukan kerana perbandingan ada atau tiada. Bukan kerana perlu atau tidak perlu. 

Cuma ternyata apa yang kau anggap, itu membuat aku terdiam dan lebih membenci diri sendiri. 

Aku hadir disaat moment manis dan bahagia kalian bersama si anak kecil.

Ia membuatkan aku layak membenci diri sendiri. 

Disaat perasan itu muncul, setiap lafaz dari bibirmu menjadikan ia benar, aku punca segalanya. Aku memilih untuk membenci diri aku sendiri.

Aku ambil tanpa izin, aku lihat tanpa izin.
Segalanya tanpa izin. Menyayangimu jua tanpa izin.

Ya aku salah. Belum sempat aku luahkan apa yang bermain difikiran. 

Ternyata, aku layak membenci diri ku kerana hadir dalam hidupmu. 

Benar, itu aku rasa, aku fikirkan. 

06 April 2021

Kasih

Adakah kita telah mula memendam segala rasa dan menyembunyikan seluruh pemikiran. 

Adakah kita telah berubah menjadi kau dan aku ? 

Dan kau tahu, aku boleh mati tanpa KITA.

Love you.

12 January 2021

Tahun 2021

Semalam Perdana Menteri Malaysia umumkan seluruh Malaysia akan menjalani PKP, PKPB dan PKPP mengikut negeri. 

Dan aku hanya terbayang, seperti tahun 2020. Tiada perancangan untuk aku bernikah. 

Hanya menunggu segala penyakit wabak hilang. Untuk menguruskan segala. 

Menunggu dengan aku, sangat sinonim.
Akrab. 
Rapat.

Tapi tak pelah, aku beragama Islam. 
Allah SWT tentu punya rencana.

Dan aku tak tahu berapa lama aku mampu untuk menunggu. 

:)

14 September 2020

Garis Penamat

Bohong kalau aku tak sedih. 
Aku anak manja abah. 
Dulu, tak akan pergi klinik selagi bukan abah yang bawa. 
Sanggup demam tak larat bangun.

Bohong kalau aku boleh terima. 
Sebab aku tahu, dalam diri mereka masih ada sisa kasih sayang. 
35 tahun hidup bersama, pelbagai kisah dilalui bersama. 
Walaupun cinta sudah pudar. 
Sayang masih utuh.

Aku hanya mahu mama hidup bahagia tanpa ada rasa cemburu dihati. 

Aku hanya mahu abah lalui kehidupan tanpa dengar mama runggut itu ini tidak adil. 

Cukuplah. 

Aku sayang dua dua. 
Dua dua nyawa aku.
Hidup aku.

Aku tak menangis dihadapan kalian. 
Aku perlu kuat. 
Aku tak nak aku dijadikan alasan sekali lagi untuk kalian terus bersama. 
Aku yang terus dihantui rasa bersalah. 
Mana mungkin hidup bersama tanpa cinta. 
Tapi aku tahu, sayang yang masih bersisa yang buat kalian boleh semeja.

Aku kah anak yang berdosa? 
Langsung tidak membentak.
Langsung tidak menyanggah.
Malah terus menyokong, andai itu kalian rasa terbaik.

Aku berada di tengah tengah antara kalian tadi. 
Aku berada di baris belakang memerhati kalian tadi.

Air mata mama yang bergenang.
Riak wajah abah yang kecewa.

Ahhhhh mana mungkin kalian lupa. 
Ini cinta pertama!
Cinta pena.

Tapi apa daya, bila ia memudar.. 
Tiada rasa, yang wujud sekadar wayang hambar.

Adakah ini garis penamat?

09 June 2020

Permata

"Rings are like a biography—a story that tells the many chapters of our life."

06.06.2020
"Pakai nih, bila abg pegang tangan, abang tahu dia ada sini (jari)"

Bunyi lebih kurang macam tu.

"Nanti, tempah cincin kahwin macam nih gak" 

Semoga Allah SWT mudahkan urusan kita. 

Aaminn.

04 November 2019

Bertanya pada Tuhan.

Dari aku kecil aku selalu bertanya pada Tuhan, kenapa aku diberi keluarga yang sebegini. 

Abah aku bernikah dua. 
Mama aku kerap depresed.
Ibu aku yang lembut di hadapan abah.
Aku tiada abang.
Aku tiada adik perempuan.
Adik lelaki aku berontak.
Adik lelaki aku tanya, siapa bapa aku.
Bekas kekasih yang terlalu melindungi.
Bekas kekasih yang kahwin senyap-senyap.
Dan kini kekasih aku berstatuskan suami orang. 

Tak cukup lagi ke air mata yang mengalir sejak aku mengerti bagaiamana perasaan sakit pedih dan perit. 

Kenapa ya tuhan, aku diuji dengan kasih sayang manusia.

Apa janji aku dulu pada Mu? 
Bertahan rasa kah? 
Apa aku tak berhak untuk memiliki dia sendiri. 
Kadang akal jahat, sering meminta supaya dia tinggal tanggungjawab dia. Bercerai.
Tapi aku tidak dibesarkan sebegitu.

Kalau aku faham, berkahwin bukan jalan penyelesaian masalah, bercerai juga bukan penyelesaian masalah. 

Aku sebenarnya tak tahu, apa beban yang aku tanggung. Aku seolah olah meletakkan segalanya dibahu aku sehingga satu tahap aku sebenarnya dah tak mampu.

Aku tahu, aku sering berbuat dosa.
Apakah ini balasan terhadap aku? 

Menjadi aku, bukan mudah. 
Tersilap langkah, cedera parah.

Pasrah. 

26 October 2019

Kasih 34


"Walaupun bukan kek indulgence macam dekat secret resipi tu.. Asalkan dengan orang yang kita cinta.. Itu lebih membahagiakan.."

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Kasih. 

Semoga Allah SWT merahmati diri mu dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat mu. 

Love you more.

11 August 2019

Status

Kita tak tahu apa status diri kita sampai saat kau akan dinikahkan sama ada berwalikan bapa atau hakim.

11 June 2019

Jalan Terus

Masa selalu mengubah sesuatu, menjadi baik atau kurang baik.

Masa terus berlalu.

Meninggalkan segalanya yang merugikan.

Masa juga tidak pernah berputar pada paksi yang sama.

Aku tidak mahu perkataan 'andai' 'kalau' bermain main dibenak fikiran.

Apa yang aku tahu, aku perlu jalan terus walaupun ia sesuatu yang sarat difikiran, berat di jiwa, lelah dipikul dan membuat hati berbolak balik atau memaksa kita membuat satu satunya pilihan dalam hidup.

Kebahagiaan diri atau kepentingan masyarakat.

Menjadi aku bukan mudah.. yang kadang kadang hilang pendoman atau tidak rasional.

Namun, hakikatnya aku tetap perlu teruskan biar jiwa semakin dipalu rindu, hati dirobek parah, tubuh kaku biru.

Bak kata Puan Kaunselor, #moveon walaupun ia memijak badan, menghalang jalan.

Jalan terus.

☺️

23 April 2019

Anakanda

Huluran tangan meluruhkan jiwa.
Bergurau senda jadi irama.
Jiwa mu putih tanpa noda.
Andai kau tahu hadir aku sebagai apa.
Tentu taufan melanda jiwa.
Apa saja yang melanggar norma.
Aku lah paling layak dihina.
Semoga yang indah buat kita.

-Quill Mall, 21.04.2019-

17 April 2019

Mahligai Firdaus

Kata Ustad, "ikat simpul sampai mati"

Kata Kasih, "buat sampai jadi"