Jiwa Penuh Chenta

Friday, April 29, 2011

Mahal... Indah... Nyata...

suka betul air mata mengalir dua tiga hari ni...

arghhh tak kacak dowh lau aku nangis....

date: 27hb April 2011
venue: Seberang takir, Terengganu
aktiviti: mencandat sotong..
hasil: 5ekor sotong yang panjang2.. dan aku mabuk laut. wek2.. muntah2....

date:28hb April 2011
venue:pantai tok jembal
aktiviti: BBQ sotong yang dicandat
hasil: kami gugurl jadi penyu tak bertelor2..

special thanks:

pija, tiga tahun bersahabat.. thanks sudi buat kerja gila dengan aku.. lepas ni aku leh gi ikut nelayan candat sotong, dah hebat... jadi penyu yang tak bertelor2.. tido kat pantai walaupun seper tiga malam, counting tahi bintang malam tadi.. thanks sangat... dan thanks sudi jadi pendengar setia.... jumpa kat Johor okeh...

warfy, tiga tahun kenal kau kat alam MAYA.. dan dua hari berturu2 kita hangout.. dari naik bot sampai aku muntah2.. haha dari BBQ sampai aku jadi penyu.. thanks...... lepas ni di alam NYATA aku leh jerit2 panggil nama kau... haha

alia, kita kenal melalui orang lain.. tapi leh hangout sesama dengan orang lain.. thanks jugak... kerja baik2 eh nanti...

buat kenalan baru, shazlie, azman, dan fadhil.. hope kita kekal kawan.. jumpa tepi jalan sudi2 tegur aku.. walaupun aku mulut becok sikit...


gambar ??? haha dilarang keras sama sekali...

aku benci bergambar untuk tahun ini.. lau ada pun aku jarang uplod... kalau aku uplod pun aku delete..

Tuesday, April 26, 2011

sejuk beku

Tahun lepas-lepas, tahun 2009 dan 2010.. Kata orang, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi aku ni jenis cepat sentap kalau aku rasa hal itu berkait dengan aku.

Dulu , tahun 2009 dan tahun lepas.. Tahun bagi aku  yang aku tak berdiri dipaksi yang benar.. Tahun bagi aku, aku tak fikir diri sendiri.. Aku tak pentingkan masa depan.. Bermula dengan tahun 2009, membuang masa menjadi keseronokkan dan aku ketagih.. Dua tahun berturut-turut..

Lepak di alam maya, berbeza dengan alam nyata. Dua tiga pagi masa sanggup berjaga. YM sana, facebook sini… bezanya, aku tak minum teh, aku tak hidu asap rokok.. Kau tak ambil ganja depan aku,  Sungguh beza hidup aku tahun-tahun lepas..  Dulu aku fikir, lebih baik lepak alam maya, dari lepak kat mapley, lepak kat Pavi, lepak kat TS.. Duit tak habis, tak penat.. Aku cari kawan.. Aku cari sahabat..  Aku cuba nak lupa kenangan lama, konon nak cari alternatif baru.. Haukkk!!!

Dulu aku guna facebook mobile via celcom sms, tapi setelah ditegur oleh KAWAN, yang mahu lihat aku berjaya!! Ulang baca, yang mahu lihat aku BERJAYA.. Dia tegur akan kelalaian aku dalam dunia maya.. Setiap detik aku updates status guna SMS, dia hitung dan keesokkan pagi dia perli2 aku.. Manusia tak sedar diri je, akan buat tak tahu.. Tapi alhamdulilah aku sedar diri lagi.. Arghh mana taknya, dah ada broandbad masih lagi mau guna via CELCOM SMS lagi.. Tak ke gila nama….

Masa tu, aku gila main satu game melayu, ketagih sangat.. Aku dapat kawan, aku kenal kawan, semua dari game tuh.. Tapi banyak mana aku dapat, banyak itu juga aku hilang!!! Sumpah aku benci dan fobia jalinkan persahabatan dalam alam maya.. [itu yang aku rasa, hari ini!!]

Aku bukan tak nak tegur kau!! Tapi aku takut aku hilang kawan lagi.. Dari hilang, lebih baik kita kita kurang mesra, bila sekali sekala kita bertegur sapa, 'rasa' itu ada… kau selalu kata 'facebook dah makin bosan' aku baca komen kau tadi, aku tahu pada sapa kau tuju..  tapi keadaan kita dah tak macam dulu, aku harus tumpu pada study, kau harus tumpu pada kerja kau.. Pada hidup kau.. Ye, dulu kita sharing semua.. Kita berempat.. Tapi aku tak tau apa sebabnya, aku hampir hilang semua kemesraan yang ada.. Mana dia yang pernah mahu bersahabat sampai mati dengan aku?? Mana dia perhatian yang aku dapat dulu?? .. Sikit pun aku tak nak ungkit. Tapi bila aku tak komen kau, bila aku tak like status kau, kau tulis macam kau tuju pada aku.. Betulkan kau tuju pada aku.. Sapa lagi yang rapat dengan kau, kalau bukan aku dan mereka..

Kalau dulu, dia buang N, sekarang dia buang aku.. N pulak dengan dunia dia.. Aku tak nak kacau hidup orang yang baru nak bahagia.. Kau pulak dengan hidup kau.. Semua orang ada kehidupan masing2.. Aku pulak, aku baru tersedar dari mimpi ngeri.. Aku harus cari kekuatan dulu.. Aku harus bangkit dari aku jatuh.. Aku dah bergolek-golek jatuh kebawah dan makin ke bawah.. Terima kasih pada yang sudi kutip aku!! Thanks sangat2.. Terima kasih sudi terima aku yang banyak ragam ni, terima kasih sudi bersama dengan aku yang hina luar dan dalam…

Beza!!! Maya dan nyata.. Alam maya tak mampu nak gapai tangan yang aku sedang hulur mintak pertolongan dari semua yang aku sayang dan rapat.. Tahun 2011, aku jadi seperti aku yang dulu, aku hanya bergaul dengan manusia yang kenal dalam dunia NYATA!!! Inilah dunia aku sebenarnya.. Kalau dulu aku boleh bermegah dan selalu cakap, walaupun alam maya, aku punya kawan rapat. Aku punya kakak, aku punya abang, aku punya adik. Arghhhh itu MAYA, khayalan cuma.. Terlalu IDEAL dari yang REAL.. Tapi sekarang, aku dah tak boleh bermegah lagi.. Aku tak boleh nak riak, aku tak boleh kata 'owh, dia abang saya' 'owh dia kakak aku la.. Apahal kau manja2 dengan dia' tak boleh dah.. Sebab alam maya bagi aku terlalu banyak benda yang palsu.. Everything fake..!!! Kepada yang dah jumpa aku kat alam nyata, bertuah la.. Kalau aku masih bertegur sapa dengan korang.. Tapi yang belum pernah, jumpa tapi sebelum ini kita rapat.. Dan kau terasa aku menjauhkan diri.. Aku MINTA MAAF… terlalu banyak benda yang buat aku kecil hati…

Kita dah kenal dalam alam maya dah setahun lebih, sama tua dengan game tuh.. Aku bangga, kita paling otai..  Tak silap aku, kita mula kenal hujung tahun 2009, tak silap aku.. Banyak benda kita share.. Sumpah, aku rindu kita yang dulu2.. Tapi masa berubah.. Kita semua pun berubah.. Aku pun dah berubah..  Aku mula perasan, yang kita dah kurang communicate dalam pertengahan tahun 2010.. Tapi masa tuh aku still okeh lagi. Sebab masih berpegang, walaupun alam maya, masih ada jujur dan setia, yang tak akan tikam aku dari belakang, yang tak kan buang aku kalau aku hina sekali pun.. Aku percaya tuh!

Tapi permulaan tahun 2011 tak seperti aku harapkan.. Lagi aku mintak supaya persahabatan ini dipanjangkan.. Lagi banyak dugaan yang melanda.. Aku hilang kawan, aku hilang seteru.. Hanya kerana satu kejadian yang bagi aku kecil namun besar bagi dia.. Aku hilang dua orang sekali gus.  Disini, aku cari siapa kawan dan siapa lawan.. Siapa yang hadir berdiri megah belakang aku, saat aku hampir terjatuh.. Sungguh mereka dua banyak pengaruh dalam hidup aku. Kalau sorang sudi pinjam bahu untuk aku tangis, sorang lagi sudi beri aku kata-kata semangat dalam bentuk caci dan hina, tapi aku sikit tak terluka dan ambil hati. Sebab aku kenal diaorang, tapi itu dulu, kalau kau tanya sekarang, aku dah tak kenal mereka macam ner.. sekarang, sorang buang aku terus, sorang lagi pergi senyap2..

Dan kau!! Aku tak nak hilang kau.. Jadi sebelum itu terjadi, baik aku menjauhkan diri.. Tapi mungkin cara aku salah.. Tapi aku tak tahu dah nak communicate macam dulu balik, aku jadi kekok.. Aku jadi kelu. Aku hilang kata-kata.. Gila-gila aku hilang, bila aku terlalu berhati-hati nak communicate dengan orang yang kenal dalam alam maya, without jumpa aku di alam nyata.. Aku jadi risau, aku jadi takut. Takut silap aku dulu berulang..

Bila persahabatan aku hancur, aku risau juga dengan hal chenta. Sebab ia dari asas yang sama. MAYA.. Walaupun aku dah NYATAkan.. Tapi asasnya tetap sama.. Hmmmmm…

Dah baca, hadam.. Jangan simpan dan pendam. Jangan risau, tempat ini tempat sejuk beku. Untuk gadis macam aku..  =) 

 
 

p/s: aku bakal kehilangan kawan nyata .. Tahun ni tahun last bagi dia. Aku ada setahun lagi. Selamat menempuh alam pekerjaan sayang.
p/s/s: habit terbaru aku kat facebook, update status, tunggu orang like, orang komen sedas dua, lepas tuh aku delete. Haukkk kan.. Haha
p/s/s/s: beliau; sangat bahye, dia kata aku suka dibelai; peluk  dan cium. Erk?! Haha shyyyy diam2…. Arghh, beliau bercakap berlandaskan pengalaman. Penyelia aku ni punyai analitikal yang sangat tinggi.



Monday, April 25, 2011

Saturday, April 16, 2011

Aku dikategorikan...

sebagai manusia yang berpegang kepada prinsip atau pendekatan Humanistik.
ertinya,

"Humanisme lebih melihat pada sisi perkembangan kepribadian manusia. Pendekatan ini melihat kejadian yaitu bagaimana manusia membangun dirinya untuk melakukan hal-hal yang positif. Kemampuan bertindak positif ini yang disebut sebagai potensi manusia dan para pendidik yang beraliran humanisme biasanya memfokuskan pengajarannya pada pembangunan kemampuan positif ini. Kemampuan positif disini erat kaitannya dengan pengembangan emosi positif yang terdapat dalam domain afektif. Emosi adalah karakterisitik yang sangat kuat yang nampak dari para pendidik beraliran humanisme.

humanistik dari pandangan Abraham Maslow,
Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.
            Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

juga dari pandangan Carl Rogers,
Carl Rogers adalah satu – satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti – entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri.
Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut, iaitu :
1.      Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran.
2.      Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.
3.      Kefahaman yang mendalam.
Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar.
            Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan kepada individu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsikan objek serta pengalaman – pengalaman dan memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang berkeseluruhan ini membentuk “ruang fenomenal” individu berkenaan dan dalamnya, ada peristiwa yang disedari serta ada yang tidak disedarinya.

dan juga

sebagai seseorang yang berpersonaliti Sosial.
ertinya,  dalam wikipedia Bahasa Melayu..
Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan.

juga bermaksud,
Sosialisasi merupakan satu proses dimana individu belajar cara bermasyarakat atau
bersosial supaya mereka boleh berfungsi dikalangan masyarakat tempat tinggalnya.

aku dah malas nak search meaning sosial.. aku rasa word sosial itu mudah kot bagi korunk nak faham.. aku dikategorikan sebagai humanistik dan sosial.. kau kategori pe?? agak2 korunk leh ke tahu siapa aku sebenarnya....

jum sembunyikan diri lagi....

 

Friday, April 15, 2011

Dikenali

"ai ni xsuka sgt tau bila kita ada sesuatu tu kita terlalu mghayatinya....
  sbb akn datang kita akn rasa bosan dgn sesuatu itu...
 ckup la sekadar bersahaja sbb sesuatu itu ttp milik kita..."



orang kenal aku.. sebahagian dari diri ini mereka tahu siapa aku..sebahagian lagi bukan disini..
sembunyi!!


 

Wednesday, April 13, 2011

Wanita

Sekarang fenomena yang tengah hangat terjadi kes-kes kapel di U aku ni.. mana tak nya, kat perpustakaan pun jadi diorang nak meraba.. kat bus stop yang gelap tuh pun jadi.. ntah lah.. dan aku tertarik dengan satu post dalam forum yang di buatkan untuk semua pelajar U aku berbicara dengan baik tanpa menggunakan ayat2 kasar... so aku kopi paste apa yang aku leh terima seadanya... yup, ada betul apa yang dia kata... so aku nak share la kat sini... kadang2 aku pun ada buat kesilapan.. haha dari segi pemakaian.. aku tak fikir itu seksi tapi orang kata itu seksi.. that y aku cakap budaya kita lain2.. macam pernah aku kata dulu perkataan "maki" bagi aku dan keluarga adalah marah.. tapi bagi keluarga orang lain maki itu mungkin "babi, pukimak, lahanat dan lain-lain" so budaya kita lain walaupun kita satu rumpun dari MALAYSIA...

ni post yang aku kopi paste dari beliau...  sedikit terbuka mata hati, mungkin ini yang lelaki fikir selama ini..

Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..

Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan golongan wanita sebegini ?

p/s: such a sick woman...tegor kang mnangis plak..rase nk blended je diorng ni lam mesin basuh...

Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.

1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?

Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.

Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi

sumber dari : Storm Riderz (UMT)

Monday, April 11, 2011

Otak Kejang


dalam keadaan serabut macam ni... aku cam nak lari jauh2... dapat duk pulau pun best gak.. haha banyak kali dah aku ulang sebut dan ulang taip nak lari jauh2... jangan sampai aku buat sungguh2!!!! please take note pada yang berkenaa okeh.....


selamat berjuang ye..... =)

 

Friday, April 08, 2011

KITA; bila dah sayang...

hidup ni kalau penuh dengan kasih sayang memang kita rasa kita paling bahagia kan?! agreed with me?! tapi kalau apa yang kita nak, kita tak dapat.. mula la konflik sana sini... hurm.. aku ada pengalaman berharga yang aku nak share dengan korunk.. pengalaman yang aku dapat dengan bayar rm60 ini lebih mahal lau nak berkira dengan wang yang aku dah keluarkan, penat yang aku lalui selama 3hari 2malam sepanjang kem ni..

31hb Mac, 1hb n 2hb April 2011, aku gi kem kelompok di Agro Resort.. tempat dia sangat best okeh.. nak honey moon pun boleh... dipersilakan.. ngeee

ada tasik tau lam resort ni.. 
kita selalu tanya apa kita pelajari dalam kehidupan kita, dan adakah kita melalui proses perkembangan dalam diri kita sendiri..?? kau berkembang tak?? aku tak maksudkan kau kembang dari sudut lemak semakin bertambah ye.. aku maksudkan disini, apa yang terjadi dalam hidup kita.. ada kita belajar dan ambil sesuatu dan bila kita pelajari sesuatu, makna kita sedang melalui proses perkembangan.. okeh itu yang aku faham la.. [er, berbelit ker?]

aku ni jenis manusia paling tak suka menangis.. aku mula sedar sejak tiga or empat tahun lepas. kalau dulu, sikit-sikit nak menangis.. tapi sekarang aku cuba kawal cuba bina benteng setinggi yang boleh supaya hati dan jiwa aku tidak disakiti.. tapi bila aku dah mula sayang manusia, aku senang menangis disebabkan manusia yang aku sayang. itu normalkan.. kita senang berkecil hati dengan manusia yang kita sayang.. itulah kan.. bila dah sayang..

bila dah sayang, kita nak kawan dengan dia..
bila dah sayang, kita nak keluar jalan-jalan dengan dia..
bila dah sayang, kita nak makan sama-sama dengan dia..
bila dah sayang, kita nak miliki dia sorang-sorang..
bila dah sayang, dia cakap dengan kawan lain pun kita sibuk nak tahu..
bila dah sayang, semua hal dia pun kita nak tahu..
bila dah sayang, dia tinggikan suara sikit pun, kita dah sentap..
bila dah sayang, dia tak bercakap dengan kita 10minit, kita dah fikir lain..
bila dah sayang, semua bendala kita senang nak terasa...
susah juga kalau dah sayang ni kan?!

dulu, tiga tahun sebelum tarikh aku gi kem ini, aku selalu fikir, aku boleh seorang diri.. aku boleh tanpa kawan-kawan. hebat aku masa tu? tapi aku lupa, kalau aku mati, sapa nak mandikan aku, sapa nak kapankan aku, sapa nak solatkan jenazah aku.. itu semua manusia.. samaada kawan, saudara mereka itu manusia.. hidup bermasyarakat. mana boleh kau sendiri2.. dalam kubur pun pasti ditemani.. kan?! [introspeksi diri]

but now, aku dah tak leh sendiri.. ai need someone, ai need sumbody.. ai need a shoulder when ai wante to cry.. ai need you, when ai feel collapse, ai need you, when ai feel teribble.. ai need you.. [you; semua yang aku sayang]

sebab apa aku kata aku tak leh sorang-sorang dah, sebab aku nangis beria-ia depan my lec, aku mengaku depan dia.. aku benci jadi manusia yang selalu menangis. aku benci jadi manusia yang ada perasaan sayang dan sayang itu mudah di bolak balik kan... aku mengaku depan dia.. sepanjang aku jalani makmal dengan dia, aku selalu berperang dengan perasaan dan pemikiran.. dah tak selari macam dulu.. kalau dulu pemikiran mendominasi hidup aku.. but now, perasaan take over.. kita lihat yang positif k.

kalau sayang kena expressive kan, kalau mara kena tunjuk, kalau tak puas hati kena bagitau.. everything kena tunjuk.. expressive therapy; social item, toys, story telling, blob tree, hoh banyak ilmu yang aku pelajar dalam semester buat jiwa aku kembali jadi manusia yang ada perasaan.. haha kalau dulu hati kering je babe.. sedikit kejam.. perghhhhh... kali ni, perlu tunjukkan segala rasa.. kita kinikan perasaan yang ada baru lah jiwa kita sembuh dan terubat...

kelompok besar; gua ilang taring der.. menangis dan melalak sungguh2..

jungle trekking; semua hidup, betis ku kejang.. sapa sudi urut.
motif?? semua yang terjadi dalam hidup kau, hidup aku, hidup dia, hidup mereka.. semua ada makna sendiri.. contoh mudah, ALLAH SWT ciptakan kita untuk apa?? untuk makan je ke?? mesti ada sebab.. yang lain fikir sendiri.. dah besar.. dah dewasa.. dah cukup akal yang waras..

kami pelajar sarjana muda kaunseling batch ??? [kawan2 kita masuk tahun berapa, sumpah aku lupa, haha] weh, gua sayang lu orang.. lu langsi lu mati lorh... haha sila sayang aku jugak.. sebab bila aku dah penuh dengan kasih sayang, aku jadi manusia yang tamak.. =p ngeee

KITA

Jangan pernah menyesal
kerana pernah mengenalku
aku telah menciptakan hari yang ajaib bagimu
kenang aku dalam langkah yang ceria

Jangan pernah melupakan
bahwa kita pernah bersenda tawa
mengukir kisah menakjubkan
setelah lelah melepaskan kerja

kamu pergi dengan langkah baru
dan akan bertemu lagi entah bila
simpan pengalaman yang kita kenal
menceritakannya kembali
waktu kita bertemu lagi

sayonara……
sampai jumpa dengan cerita yang lebih indah
di kemudian hari……….


hah.. gua nak bangga sikit ar.. 2hb April 2011, tercipta la sejarah dalam hidup gua.. gua dapat pelukan paling banyak dalam hidup gua... gua rasa ada la 60lebih orang yang peluk gua.. bukan gua yang peluk diorang.. haha betulkan.. korunk semua yang peluk akk kan..?? mestilah.. akk kan best... haha apa-apa pun... akk sayang korunk.. aku sayang korunk. gua sayang lu der.. perghhh bila dah sayang.. habislah korunk!!! =p

kau ada ke pelukan seramai itu, kau ada?? [nada riak]

p/s: refleksi dari kem kelompok.. gua nangis weh... hilang cun gua... haha
p/s: saya sayang keluarga saya.. [i love you dunia akhirat...]
p/s: saya rindu awak... saya sayang awak... [awak; my dear]
p/s: gua sayang sayang-sayang gua.. [clasmate gua]
p/s: gua sayang sapa yang sayang gua.. [manusia ada jiwa]
p/s: tiba-tiba gua rasa nak jadi kucing sebab best kena belai dan dipeluk tanpa kucing tu minta.. haha nak peluk weh... rindu nak peluk reramai.. [sapa nak bagi]



 

Thursday, April 07, 2011

salah faham.. salah tafsir... aku malu sendiri..

patah ranting di cermin usia...
Di saatku berlari
Mengejar mentari
Terlupa masa

Engkau menanti
(Pasrah engkau menanti)
Sekeras hatiku
Walaupun perit

Kau yang mengharap kasih
Ku mengendahkan
Menyisir airmata
Menghapus lara

Kau ikat pada janji
Akulah yang satu
Rela merintih dari terpisah

Patah ranting dicermin usia
Ku tersedar kesilapanku
Menyusur arusnya
Dunia yang fana
Kekaburan

Kau kekasihku
(Kau kasihku yang setia)
Kilauanmu bak mutiara
Tak terpamir
Dibingkai kaca

Walau hujan berkurun
(Walaupun hujan berkurun)
Didanau kasih bergelora
Takkan tawar
Lautan cintaku


p/s: cuba faham, tapi bila dah faham, 
cuba respon tapi respon yang diterima,
bukan apa yang faham,
so aku dah salah fahamkan.. 


Shontelle ft. Akon – Stuck with Each Other Song Words

You can think you can get free
You think you won’t need me
That you’re gonna get you somethin’ better
But you know that we’re in this forever
And you can think you can walk out
Even with your doubts
But you know that we’re in this together

You can try to push me from you
Nothing you do will keep us a part

Cause it’s too late, there’s no escape
Might as well face it, baby we’re stuck with each other
Stuck with each other
Ain’t nothin you can do about it
It’s been too long, it’s been too strong
Cause we belong here
Baby, we’re stuck with each other

Stuck with each other
Stuck in love with each other
(stuck in love with each other)

Yeah
Now I can say that I would not care
If you were not there
Tell myself that I’ll be fine without ya
but I would die if I was not around ya
and I can try to convince you
I don’t need to be with you
But my only thoughts are thoughts about ya
What can I do, love is like glue
There’s no way to
Tear us a part

Cause it’s too late (too late, too late)
There’s no escape, might as well face it
Baby we’re stuck with each other
Stuck with each other (with each other)
Ain’t nothin i can do about it
It’s been too long, it’s been too strong
Yes, we belong here
Baby we’re stuck with each other
Stuck with each other (stuck with each other)
stuck in love with each other
(stuck in love with each other)

There’s nothing i’d rather do
Than to sit with you forever
Can’t think of nothing better
Than to be stuck with you

Cause it’s too late, there’s no escape
Might as well face it
baby we’re stuck with each other
Stuck with each other
Ain’t nothin we can do about it
Oh yeah

Cause it’s too late, there’s no escape
Might as well face it
baby we’re stuck with each other
Stuck with each other
Ain’t nothin I can do about it
It’s been too long, it’s been too strong
Yes, we belong here
baby, we’re stuck with each other
Stuck with each other
Stuck in love with each other
(Stuck in love with each other)

Cause it’s too long, it’s been too strong
Yes we belong here
baby we’re stuck with each other
Stuck with each other
Stuck in love with each other

Cause it’s too long, it’s been too strong
Yes we belong here
baby we’re stuck with each other
Stuck with each other
Stuck in love with each other
Stuck in love with each other

Ain’t nothin gonna stop me and you eh
Cause you know we just stuck like glue eh

Ain’t nothin we can do
We stuck in love with each other

 

p/s: when ai said nothing is mean something.. =(
 [sentap]