Jiwa Penuh Chenta

Tuesday, October 30, 2012

Kerja Tuhan~

tarikh ini. dua tahun lepas. pertemuan pertama. McD. paling indah!

terima kasih.

tarikh ini. hari ini. pejabat/site. paling kecewa!

terima kasih.

sama-sama kita junjung ego~~!

saya pilih untuk; gembira, teruskan hidup, bercinta dan dicinta dll.

kalau ada jodoh!~

diam menyepilah kita lama mana pun. bila tuhan kata "jadi, maka jadilah ia"

saya percaya, sebab semalam sabar saya dah cukup dan memang indah untuk sebuah persahabatan~~

sabar dan saya akan kutip habuan untuk setiap sabar saya. mungkin bukan dengan awak atau mungkin dengan awak. siapa tahu?!

"masa depan jangan diduga, itu kerja Tuhan"





kawan lama


kawan lama?

lama tara mana.. aku tak mahu ingat
yang penting dia pernah kata "kawan sampai mati"

selamat berkawan semula.

mungkin tak sama seperti dulu.

harap lebih matang dari dulu.

"pukui mau"

haha.. pangai tak pernah berubah!


Monday, October 22, 2012

Gadis Bodoh!

ada seorang gadis bodoh yang menunggu jejaka idaman hati dengan setia.
dalam keadaan cuaca silih berganti.
gadis setia menanti.
hebat kuasa cinta.

lama gadis menunggu.
berbulan tidak ketemu.
yang tak jemu-jemu merindu.

jejaka datang, hati gadis berdegup kencang.
jejaka masih sama diawal pertemuan dulu.
jejaka kata dia perlu ke suatu tempat.
ada urusan dunia mahu diselesaikan.

gadis bodoh ini tarik muka.
hati tengah rindu.
boleh pula si jejaka turun kesana
yang dulu gadis beria-ia mengajak.

gadis cuba memberontak.
menarik muka.
jejaka kata jejaka pulang semula.
gadis tunggu dengan hati yang sebal.

hampir 5 jam gadis tunggu.
gagah untuk menunggu atas dasar rindu.
gadis yang selama ini tak suka menunggu.
nah! karma telah menampar muka gadis.

dalam hujan lebat.
gadis keluar dari tempat perteduhan.
pergi kerumah jejaka.
sisipkan di pagar 9keping tiket percuma.

yela benda percuma.
patutlah jejaka buat tak endah.
benarlah..
sayang jejaka tak seperti gadis sayang jejaka.

gadis pulang ke rumah.
pujuk hati.
kononnya ada hikmah.
ada sebab kenapa jejaka tak dapat pulang ke tempat gadis menunggu dengan setia.

gadis on hp pintarnya.
bunyi bbm masuk
"sorry, saya rasa tak dapat nak gi"
gadis pandang sepi.
gadis cuma balas "terima kasih buat saya menunggu, call tak angkat-angkat. terima kasih"

tiba-tiba gadis terfikir
[kenapa aku tidak menangis]