Jiwa Penuh Chenta

Friday, February 17, 2012

Latihan Industri (Minggu Kedua)

hari ini hari jumaat dalam minggu kedua bulan chenta!!
minggu kedua aku buat latihan industri di dalam jabatan kerajaan..
mari kita rangkumkan segala kejadian, peristiwa dan segala-galanya secara ringkas..

semua okay, letih penat ulang alik memang terasa lah.. but this is life n work kan??

someone told me, "dulu awak belajar, sekarang dah berkerja walaupun baru praktikal, rasailah.. penat saya macam mana..." sambil beliau ketawa berdekah-dekah

ngeeee penat oiii.. penat otak dan penat fizikal jadi double jadi balik kerja, mandi-mandi terus tido mampus... ngeee sedar-sedar je dah "eh.. pagi dah... " bangun pergi kerja balik.. pusing2 macam tu je la...

haa esok sabtu dah.. weeeee sonoknya!!! nak topup tido bebanyak!! letihhhhhhhhh ooooo

sesi??? kelompok dan bimbingan insyallah masih bergerak.. tapi individu??!! boleh bikin rambut gugur berkali-kali!!!

tapi.. apa2 pun kerja, hidup, chenta, wang, kawan, keluarga dan tuhan harus berjalan seiringan, kan??

yeahhh.... owh, sini panggil nama formal aku " cik nur illyani " perasaan?? opkos la rasa bangge! ngeee

*laporan tak siap lagi weiii!!!! -tak faham-

Thursday, February 16, 2012

Dean List

Alhamdulilah....
atas setiap jelingan yang diberikan..
atas setiap renungan tajam yang memandang..
atas setiap gelak tawa yang dikongsikan..
atas setiap cubitan yang singgah..
atas setiap perkongsian ilmu yang tak pernah cukup..
atas setiap kali kaki melangkah, otak letih berfikir beringat, badan lesu tidak bermaya
atas setiap sokongan dan motivasi..
atas segala-galanya!!!

terima kasih Ya ALLAH SWT...
kau berikan aku yang lebih baik dari sebelumnya.

doa yang tidak putus selalu mengiringi setiap langkah perjalanan kami.
Syukur.. Alhamdulillah

Friday, February 10, 2012

Latihan Industri (Minggu Pertama)

yuhuuuuuuu...

dengan ini saya sertakan laporan pada minggu pertama saya menjalani latihan industri... bla..bla..bla..bla...

haha okay, aku lapor diri pada 8 hari bulan chenta sepatutnya melaporkan diri pada 5 hari bulan chenta, disebabkan di wilayah persekutuan telah mengalami cuti yang berganda aku mula melaporkan diri pada tarikh 8 hari bulan chenta.

hmm.. sepanjang tiga hari.. eh dua hari setengah sebabnya aku tengah taip entry ni di waktu pagi jumaat.. haha bukan ngelat eh.. nak bagi reward tuk diri sendiri je dulu nih.. haaaa so far so okay la.. cuma next week litle bit nervous sebab aku dengan didi mula ikut kaunselor pergi keluar dari ofis tuk menjalani aktiviti kelompok dan bimbingan.

owh lupa nak perkenalkan didi tu partner aku dalam latihan industri ni. haa dia lah teman gaduh aku sekarang.. menghadap la tengok muka dia hari-hari.. hurm untuk tiga hari ni kami drive dari sentul ke putrajaya sebab rumah sewa yang kami cari tu belum dapat kunci lagi, barang masih ada lagi. so kena tunggu la.. kami duk kat area puchong sana tu dekat la sikit dari sentul ye dak.. haa didi la drive, aku leh drive tapi tak dak lesen.. hahaha

so, next week maybe akan duduk sendiri dan belajar untuk berdikari.. haha =) ngeeeee