Jiwa Penuh Chenta

Tuesday, November 30, 2010

Smile

We smile not because everything is fine. But everything is fine because we smile.


 

Sunday, November 28, 2010

jangan-jangan cuba

aku tetapi begini.pasti tak kan berganjak.
hitam tetap hitam tak akan jadi putih.
titik.

benci aku ulang dan ulang.



 

wajah cantik nampak hodoh bila hati kau berkudis

sayang sekali.. wajah cantik tapi hati penuh kudis.. 
bernanah.. 

ye mungkin ayat diatas hina.keji. tapi itu yang aku rasa bila aku pandang wajah kau.

aku,
jangan kau cuba uji.
diam aku pula,
bukan mengiya apa yang kau kata.

kau,
cantik..
wajah kau bersih..
mungkin sebab bibir kau tak pernah lepas dari kalam ALLAH SWT

aku,
sering tertanya...
dengan sikap kau..
segala amalan kau diterima ke??

aku,
aku manusia hina.
sering saja laku kesalahan
dosa aku.. aku yang tanggung sayang..

kau,
kau wanita mulia..
wanita yang diidamkan para lelaki
tapi sayang.. 
mereka tak tahu hati kau berkudis.. bernanah busuk..

aku,
diam aku sebab aku malas nak bertelagah..
diam aku sebab aku tak nak kau sakit hati dengan kata-kata aku..
diam aku sebab aku benci keluarkan kata-kata tak enak untuk kau didengari..
diam aku sebab aku tak nak selongkar semua buruk busuk kau itu..
diam aku diam bersebab.. 

kau,
harus fikir...
kau bukan wanita sempurna depan aku..
kau wanita hina depan aku..
kau pura-pura depan aku..

tapi kawan...

aku,
cuba untuk lupakan apa yang aku dengar..
cuba untuk lupakan apa yang aku lihat..
cuba untuk terima kau manusia biasa..

mana mungkin sempurna!!

 

Saturday, November 20, 2010

alih bulan


hari ni 20 nov bulan depan 20 dis
alih bulan rasanya..
meragam je tak tentu pasal...
macam bayi la aihh...

hari ni 20 nov bulan depan 20 dis
alih bulan rasanya..
meragam tak tentu pasal..
dah nak masuk suku abad rupanya...



p/s: pasrah je sekarang

Friday, November 19, 2010

Monolog Pantai




Bersenandung alun ombak
Berselimut langit kelam
Bertikarkan pasir dingin
Berlampukan bintang kerdip

Hampir pasti siang pulang
Mungkin saja semua hilang
Terbang dan jatuh, tetap sini

Percaya Maha Mengetahui
Ku ujar rindu dalam sejuta bahasa
Ku hitung kasih hingga infiniti

Lagu ini terlalu murah berbanding senyumanmu dipagi waktu
Lirik ini terlalu kerdil berbanding rasa yang menyuap jantungku

Indah dari segala puisi yang digubah
Indah dari segala gambar yang pernah dirakam

So tell me, where were you?
Hampir pasti angin deru
Mungkin saja jadi debu
Sehingga itu, tetap sini

Percaya Maha Mengetahui
Ku ujar rindu dalam sejuta bahasa
Ku hitung kasih hingga infiniti
Takkan tercukup

Lagu ini terlalu murah berbanding senyumanmu dipagi waktu
Lirik ini terlalu kerdil berbanding rasa yang menyuap jantungku
Indah dari segala puisi yang digubah
Indah dari segala gambar yang pernah dirakam
So let me make the best of now

-wani ardy-

Belajar

Kata
mudah
murah
percuma

Kelat
lidah
kita
merasa

Bukan mempersoal- melangut cuma
Aku manusia biasa, kadang lupa

Jangan
buta
pada
yang ada

Rangkul
aku
waktu
hancur

Minta nyawa dan asa
Aku manusia biasa, kadang sia

Melihat hujan sebagai rahmat; biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari sayang di dalam benci; merendah diri, membuka hati
Melihat gelas separuh penuh; yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan 
Sukarnya namun aku belajar

Melihat hujan sebagai rahmat; biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari helai daun yang hijau, dalam terbentang luas kemarau
Melihat gelas separuh penuh; yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
 
Sukarnya namun aku belajar
Sukarnya namun aku belajar
Sukarnya namun aku belajar
…dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
Sukarnya namun aku belajar

-wani ardy-
p/s: sukar tapi aku belajar <3

aku bukan hal yang terindah dalam hidup kamu

Mungkin satu masa nanti setiap setia dapat memujuk kubu kerasmu untuk dibuka pintunya..  
mungkin satu masa nanti awak akan terima saya seada-adanya dan seikhlas hati.. 
mungkin saya bukan yang terbaik yang pernah kamu miliki.. sebab saya bukanlah hal-hal yang terindah dalam dunia ini..  
saya masih bernafas dan saya takkan lemas dengan cabaran dugaan ini..

saya akan hadapi.. 
saya takkan tewas,  
saya akan gagah berdiri 

walaupun halangan menanti..
ingin saya beritahu kepada kamu yang saya cintai,
namun saya tahu kamu tak akan mengerti apa yang terpendam dalam hati..  

saya tak pandai bicara dengan semanis mungkin..


kadang-kadang terlepas lafaz yang kasar, kurang enak dipendengaran..
tapi itu la saya.. bukan la hal yang terindah dalam dunia ini..
juga bukan hal yang terindah dalam hidup kamu..
apa orang berkata akan saya tolak ketepi kerna kamu yang saya nanti dan saya terimpi-impi.


Datanglah, bilah tajam marilah, ribut kejam..
Meski ditikam bertubi ku pegang apa ku janji..

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak... 
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka...
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu...

Sedang aku bergerak mendekatimu dan berusaha memahamimu..
kau..?!

 

p/s: kalau ada hal yang terjadi.. boleh kan bawa berbincang.. selesaikan bersama.

selebihnya aku sedang merajuk dan kecil hati.. 
terpulang la mahu pujuk atau tidak. 
aku tak paksa (ego sedang kuasai diri.maaf)
 

Thursday, November 18, 2010

L O S T


LOST

KEHILANGAN

pernah rasa macam tu?? rasa kehilangan... bunyi hiruk pikuk tapi rasa sunyi.. ceria tapi sepi.. pernah rasa?? ada tapi macam tiada... ramai tapi sedikit... pernah alami??

semakin kerap aku rasa macam tu.. semakin galak perasaan tu aku alami.. aku mula rasa perasaan ni sejak setahun kebelakangan ni.. macam ada yang missing... tapi aku tak tau apa... semua macam tiada hala tujuan, kadang-kadang serba tak kena.

aku selalu rasa macam ni bila aku dikelilingi oleh orang-orang yang pentingkan semangat ukhwah.. dikelilingi oleh orang-orang yang... hurm..ntah la.. =\

aku perlu pergi jauh dari semua orang. SERIUS. aku selalu fikir nak pergi jauh dari semua orang yang aku kenal.. aku perlu cari diri aku balik... sebahagian diri yang hilang. pergi satu tempat yang tiada siapa kenal aku.. sungguh aku rasa kehilangan..


aku suka pantai.. selalu nak rasa macam ner perasaan mati lemas?? hurm... aku pernah lalui perasaan itu.... nauzibillah... nasib abah sempat selamatkan aku.. kalau tidak mereka2 yang pernah hidup samping aku tak kan kenal siapa Illyani Ismail. yela, dah tak wujud di muka bumi lagi.. masih panjang umur rupanya aku nih..


hurm.... memandang jauh ke arah laut.. mahu diseru2 semangat laut.. tapi itukan syirik?? isk...

Janji bukanlah untuk dikhianati.
Harapan bukanlah untuk dihancurkan.
Impian bukanlah mainan.
Kata-kata bukanlah seloka.

semakin teruk penyakit L O S T aku ni.. ada ubat tak?? 


"Kupalsukan segala sakit dengan senyuman,
Menanam segala sengsara dengan tawa kegembiraan,
Sabar tu separuh dari iman,
Sayang tu kurniaan Tuhan,
Dunia ni hanya persinggahan,  
Mati tu satu kepastian... "
p/s: rindu kamu...

 

er..er.. aaa.. hmmm 25 tentang perempuan (aku)

haishhhh....

aku bosan.. bila aku bosan.. aku malas baca buku.. bila aku malas baca buku.. aku tak tau nak buat apa.. so aku pun gi le jelajah2 blog kawan... lepas tu aku baca-baca entry diorang (rajin kan?), lepas tu aku rasa nak update blog bodoh aku nih.. lepas tu aku taip la benda bangang ni.. seyes aku bosan. life aku memang membosankan... agreed?? atau terengganu tak de life?? demm shit.. huh!! haha jangan mara aku okeh.. (jangan salahkan negeri)

dah.. melalut macam pe.. siot je.. eh pasan tak entry ni macam rock je.. perghhh... okeh...(serius aku cakap sorang2.bangang.giler)

arghhhh.. aku malas tulis.. nanti la aku sambung.. tu pun lepas broadband aku kembali aktif sebab sekarang ni aku menumpang kasih P1 rumah sewa kak yat.. aiyarkkkk.... mekasih sis... lalala..

serius aku malas.. mandi pun malas.keji gila.


Wednesday, November 17, 2010

sentap di malam raya aji

pandai cakap orang.. tapi tak sedar kau sediri pun kena fikir apa yang kau nak cakap, nak gurau, tak nak fikir ke?? ke aku je yang nak kena fikir.... huh!!
nak tegur aku?? silakan. tapi tegur cara berhemah. jangan tegur lepas tu kau hilang.
ibarat baling batu, lepas tu sorok tangan kat belakang.
tu cara kau nak tegur manusia macam aku.
nak kata aku sentap?? kata la... aku sikit tak heran.dah memang aku jenis macam ni.
tapi aku ni jenis dengar kata. nak tegur.. silakan.. aku terima orang kritik aku tapi bimbing aku lepas tuh..
ko kata ko tegur tu tanda kau sayang.sampai kau suruh aku tanya semua orang. ye aku tahu ramai yang sayang. aku dikelilingi oleh orang yang sayang aku. sikit aku tak nafikan. sebab tuh bila kau cakap lebih kurang. aku sakit hati. jadi nak tegur. sila tegur aku dengan cara berhemah.
lantak ko la.. aku malas nak kata apa.

no komen..gi mampus la wei. 

 

Tuesday, November 16, 2010

raya di perantauan ='(

besok raya aji.. ini first time aku rasa tanpa family.. kebiasaanya aku selalu raya tanpa abah je.. sebab kadang2 abah raya dengan ibu. ok lupakan hal yang dah lepas. besok!! buat kali pertama aku raya tanpa family.. tanpa mama, tanpa angah, tanpa abah, tanpa adik dan tanpa ibu.. hurm..... sedih la.. nak nangis pun ada nih.. hurm.. 

SELAMAT HARI RAYA HAJI..!!!!

mesti mama nangis kan.. ngeee mama cengeng.. garang2 beliau pun dia suka mengalirkan air mata.. arghhh aku ikut beliau rupanya.. pemarah tapi at same time aku boleh mengalirkan air mata.. sory Ma, lau ada banyak duit along dah balik dah.. tapi tak pe kan Ma, izikan along rasa pengalaman ni. walaupun tak jauh mana (masih lagi di Malaysia) tapi izinkan along rasa raya berjauhan dengan Ma... 

hurm... sakit telinga dan hati bila gi bilik rumet or gi kedai orang tanya "balik raya tak adik??" isk.. adik tu dah best dah dengar tapi tang balik tuh.. haishhhhh bikin hati panas je... okeh... serius memang tak best rasa tuh...

lagi tak best bila, Fuad mesage "ko balik KL ke??" arghhh aku jawab "tak la, aku raya Ganu" hmmmm dia kata lagi "ko jangan sedih2" demmm aku dah la tengah sayu nih... hurm.... aku tahu dia nak buat lawak.. sebab dia ada kata nak prooot2 kat muka aku.. haha shilake la kan.. ngeee.. hurm tapi kawan, jauh tetap jauh kan.. lau aku ada banyak duit.. bila2 kot boleh balik.. thanks sebab sudi ajak aku gi raya umah ko... THANKS sangat2


sekarang ni aku beraya kat rumah sewa kawan aku.. owh ye, dulu dia ni senior aku masa kat Melaka, lepas tu jumpa kat Ganu... =)

hurm... hilang mood weh... mana cari sumber kegembiraan nih.. nak call rumah tapi takut nangis... grrrr... konon bagus tak kan nangis.. nah ambik ko... hurm.... ntah la... namo nangis la.. lempang kang.... 


senyum la yani oii.. walaupun senyuman itu fake.. orang mana tahu kan... lau nak taip mesage ke.. sila taip HAHAHAHAHHA... KAH..KAH..KAH..KAH...KAH... LALALLALLA... bukan orang tahu pun perasaan kau.. tiada kimia kan...!!

selamat ari raya aji,
 

Saturday, November 13, 2010

Friday, November 12, 2010

ubat rindu saya adalah suara kamu |ngada2 bukan??|

macam dadah suara kamu,
sekali dengar nak lagi dan lagi...

macam dadah suara kamu,
kalau dua hari tak dengar mahu pecah dada ini..

macam dadah suara kamu.
ubat penenang aku sekarang ini...

macam dadah suara kamu,
aku ketagih kan ia sekarang...

macam dadah suara kamu,
boleh saya record buat penyembuh rindu??

dear,
ai dah gi tengok cermin.seyes!! ai senyum depan cermin. demmm!! =p
yu tak nak gi ke?? try ar.. haha sure yu senyum jugak... hahaha



p/s: esok exam... huhu boleh study dengan jayanya.. sebab baru dapat dadah tadi.. haha

Berangta Chenta


Aral berhelah
Pada malam baiduri
Terang baru khayal

Rindu pada
Kekasih yang menjauh
Lalu rajuk tersentuh
Hatiku yang luluh
Di angin lalu nada rindu
Menyusuk kalbu
Sering terpanggilku
Melewati menjalani

Melakar kebenaran lafazkan
Cinta pada kesetiaan
Berangta cinta nan abadi
Susun kata epilog suci
Berjanji pada yang telah
Bersaksikan sayang
Di rohani ..

Kiranya keris kaulah hulu
Hatimu arah kau kan tahu
Betapa kasihnya perindu..
Begitulah juga diriku
Usahlah kerana setitis lautan
Tanah sekepal digunungkan
Berangta Cinta…


 p/s: haishh.. rindu ni.. cal tak dapat pun.. majuk ar gini

muka demi muka

muka yang pertama,
aku selak dan selak..
gembira, masih baru..
aku faham..

muka yang ke lima,
aku selak dan selak,
sedikit kecil hati..
arghhh baca lagi dan cuba faham...

muka yang ke sepuluh,
tidak apa lah..
kita cuba sayang..
pujuk diri...
berjaya juga untuk faham..

muka yang ke lima belas,
aku selak dan selak..
sedikit keliru..
aku mula menjauh..
aku kurang faham..
cuba untuk faham..

muka yang ke dua puluh,
aku tak mahu paksa untuk faham..
lantas aku tanya kamu..
akhirnya aku faham..
untuk muka yang ke dua puluh..

muka yang ke dua puluh lima
semua berjalan dengan lancar..
aku dan kau cuba faham..
rasa bahagia.. 

muka yang ke tiga puluh,
masih lagi aku faham
insyallah aku mahu faham..
sampai habis muka ini..

muka yang tiga puluh lima,
kau cubalah faham aku pula..
tanya aku pula..
mungkin kau pula boleh faham aku..

jum,
kita study sama2....
=)

 


p/s: study jum... dah muka surat ke berapa ntah ni...
sok exam.. yeah!!! gud luck untuk diri sendiri.....

picisan melayang

kadang-kadang kita nantikan sesuatu yang belum pasti..
lepas tu termimpi-mimpi....
mana mungkin mimpi jadi realiti...
lebih baik jangan mimpi!!!

jadi manusia tak usah tamak...
itu kau mahu..
ini kau mahu..
tak bersyukur nama nya...

kadang-kadang kena melangkah pergi..
sebab mimpi tak kan jadi realiti..
tak perlu tunggu yang tak pasti..
ayuh bangun pergi ke destinasi!!!

gapai apa kau mahu...
buktikan mimpi kau boleh jadi realiti...
ayuh!!! tunggu apa lagi...
berlari jika perlu..


 

Thursday, November 11, 2010

kata-kata semangat| Marilah Berperang

uishhh.... berdebar lak nak jawab exam jap lagi... hope aku dah bercukup bersedia... ngeee.... insyallah.. aku dah usaha selebihnya aku tawakal....

semalam message Buddy mintak kata-kata semangat haha dia bagi "KATA-KATA SEMANGAT!" mekasih buddy.... hukhuk....

ish.. sungguh kuat beliau membebel dekat aku.. "nak bulat jawapan tu, bulat betul2", " nak padam jawapan tuh padam betul2". "semak jawapan tu nanti" uihhhh.... laksana seorang abang membebel kepada adiknya... ekekke tahu la my mum suh perhatikan aku... haha lagi satu "pensel 2B tuh jangan lupa asah siap-siap" ekekke BAIK ABANG!!! ngeeeee =p

semalam jugak Fuad message, dia bagi "SILA BERAK DALAM KAIN" haha giler tul Fuad nih.... tapi lepas tuh dia send lagi sekali..... "you can do it gurl, yeahh gogogo giler" sempat jugak dia nak kata aku giler... hehe

my dear lak, jeng-jeng..... =) ai try yang terbaik.... |still waiting|

fokus dan fokus!!!!

dari aku untuk diri sendiri : ini pilihan aku.. pilih la untuk jadi yang terbaik atau sebaliknya... good luck illyani ismail...... chaiyokkkk


p/s: exam kali ni lebih bersemangat.. 
walaupun rasa macam kosong je otak ni...

Wednesday, November 10, 2010

cinta itu nikmat terulung ALLAH SWT

love is an experiment ini kata sumone.. tapi bagi aku love is take a risk.. love is an gambling... if u lucky in love, u unlucky in gambling.. dan begitu juga sebaliknya... hurm... sumone pernah cakap kenapa perlu ada word "jatuh chenta" uihh... jatuh tu kan sakit.. kalau kau kuat bangkit la balik.. jatuh chenta tu kan sakit tapi nikmat.. haha tu aku la cakap... at that same time kau sakit dan rasa nikmat.. serius thing.. chenta ni terlalu subjektif.. 

manusia itu berbeza, jadi pandangan kita juga sentiasa berbeza kan?? look, ini bukan chenta kepada manusia.. ini chenta kepada apa sahaja.. semalam aku jumpa satu word MEGOLAMANIA, sila google okeh nak tahu apa makna nya... 

hurm... agak sentap bila my mum message.. "jangan kerana nak berchenta, aku yang tua ini dipinggirkan" hurm.. okeh ayat tu ada sedikit salah faham.. aku deadacctive acc FB aku.. tapi sorang pun tak tahu... so my mum pun ingt aku nak pinggirkan dia. aku block dia dari dia view aku.. erk!! buat nak aku nak berchenta secara sembunyi2.. my dad dah tahu walaupun dia lum jumpa my dear lagi.. my mum tahu, my ibu pun tahu, arghh dua2 adik aku pun tahu.. so buat pe aku nak sembunyi-sembunyi.. so aku pun explain kat my mum lewat malam tadi.. so my mum pun dah faham.. TITIK. luv yu mum...

serius things aku cukup tak suka lau orang tuduh aku atau syak aku... boleh tanya kan... ALLAH SWT bagi mulut suruh tanya.. even kau bisu sekali pun kau tentu ada cara untuk bertanya bukan?? gunakanlah nikmat yang ALLAH SWT beri itu sebaik mungkin...

tak terkecuali jugak my dear pun ada tanya, haha sian dear.. aku tak bincang pun dengan dia tentang aku nak deadactive acc FB tuh.. but malam tadi everything clear kan... luv yu yeah....  SORRY.

moral: lepas ni kena bawak berbincang kalau nak buat sesuatu keputusan.

buat masa sekarang, aku hanya ada di blog, tak yah susah cari aku berkali-kali di FB.. dua2 akaun aku dah tutup..

okeh.. berbalik pasal love2 ni.. isk.. ingat lagi pasal entry aku jangan jadi hamba chenta.. haha semalam my dear kata.. "dah tak leh pakai dah penjenayah chenta.. sebab dia tengah syok berchenta" haha siot je kan.. nganjing aku memang kuat.. hehehe.. yeah... sangat suke chenta tapi tak suka jadi hamba chenta... hidup ini bukan semata demi chenta saje kan??!

bila tengah berchenta semua baik-baik belaka kan.. kentut pun wangi.. pengalaman lepas aku jadikan sempadan.. kena juga berhati-hati.. sekelip mata bila ALLAH SWT nak tunjukkan kuasaNYA.. dia boleh palingkan hati kita kepada orang lain.. insyallah.. kami masih lagi sederhana... 

hurm.. aku nak tegur seseorang tapi aku tegur dalam hati jela..  =) tak pe yang penting niat.. aku tak berdaya nak tegur depan2... MAAF...


"kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba...."

aku dah lalui semua tuh, korunk dah?? kalau dah insyallah bahagia itu akan datang.. seperti aku juga.. thanks sebab beri aku rasa itu.....

Mimi, dulu kau pernah jerit dan pekik kat telinga aku kan.. "KAU BUKAN KEUTAMAAN, KAU BUKAN KEPENTINGAN, KAU HANYA SANDARAN".. Mimi, aku yang dengar tu sakit mi.. sakit sangat2.. perit aku dengar.. bertapa ayat tu tikam jantung aku.. aku ingat aku dah mati waktu tu...


Mimi, kau nak dah kawin.. tahniah.. aku suka tengok kau bahagia.. pastikan bakal suami kau buat kau bahgia.. lau tak aku marah!.

owh kau pernah jugak kan Mimi, kau pernah cuba kan Mimi, kau pernah lalui semua itu kan Mimi... tahniah... BAHAGIA depan mata.. Grab it... jangan pandang belakang lagi... tapi pandang guna side mirror tak pe.. hehe

[aku edit pic ni, masa ni dia tunang, 
aku ada, dia kawin nanti pun aku nak ada situ jugak]
kita gi eh dear, rumah dia kat tempat yu park keta malam tuh.. hehe dekat je kan... kita gi eh.. ai dah book yu on 19hb 12.. haha sekian terima kasih... weeeee

dengar cerita kau nak kawin 19hb 12.2010 agak siot disitu.. memandangkan esoknya bday aku.. huish... perli ke hape?? haha semoga bahgia kawan... thanks sudi jadi pengkritik aku.. sebab itu aku sayang ko.. haha




 
p/s: bila kita berbincang.. 
segalanya jadi mudah.. 
so kalau ada apa2, 
bawak2 la berbincang.

Tuesday, November 09, 2010

BERITA TERGEMPAR: PUKAU!!

uishh... pesal la aku baru tahu berita nih!! dah tiga kes baru tahu.. memo ni dak umah yang tampal.. lau tak sampai 10 kes pun aku tak tau....



kes terbaru blok depan aku nih.. ish.. pela bila salah tuntut ilmu.. ekceli manusia itu lelaki.. pakai swearter yang ada hud.. so pak guard pun ingt dia perempuan.. hurm... sungguh tak terjaga keselamatan kami...

dah la U ni macam-macam kes... dari kes rogol, curi, gugur anak, khalwat sampai la pukau... keselamatan kami pelajar yang duk asrama memang tak terjamin... (kadang2 pihak U sendiri yang buat diam kes ni.. so tak la orang luar nak kata U ni teruk..)

contoh paling dekat, masa aku balik dari KL ari tuh.. jam 6 pagi... sorang pak guard pun tak de.. okeh la kita positifkan diri bahawa pak guard tu solat subuh... tapi babe, tak kan dua2 nak solat sama kot... padan la.. orang gila boleh masuk suka-suka hati je dalam kawasan kampus... hurm....

berbalik kes pukau tadi nih... dia curik laptop je buat masa sekarang.. pagi tadi around jam 4pagi dia buat hal ni.. ni kes tiga.. sepanjang seminggu aku cuti balik KL... baru dua kali.. so kali ni dia dah agak berani... tiga-tiga kes ni berlaku di kawasan perempuan..

aku lak tinggal kat blok bekas asrama lelaki.. so lau nak diikutkan dari segi keselamatan aku betul2 dekat dengan post pengawal.. so orang akan lalu depan pengawal sebelum nak naik ke bilik.. tapi jangan lupa blok aku ada banyak laluan.. laluan dekat loji tuh dekat dengan bilik felo.. (felo blok aku adalah seorang lelaki, pelik kan?!!).. situ laluan paling sunyi sikit dan gelap.. huishhh... dekat dengan hutan kecil dah.... seram!! ngeeee

haishh...... pukau2... risau gak, dah la aku ni stok duk dalam bilik (baik la konon).. seyes aku malas tul nak gerak sana sini... hurm... mintak2 tak de apa-apa yang berlaju dalam rumah ni... rumah ni ada lima bilik... setiap bilik ada laptop setiap sorang.. tahu la dah hujung-hujung sem nih.. semua orang sengkek kot... birat sana sini.. tapi tak kan la kau nak makan hasil wang haram... nauzibillah... semoga kau ditangkap suatu hari nanti...

owh ye, dia pukau bagi salam.. lepas ni aku tak kan jawab salam sapa-sapa dah... huish.... dasat-dasat ilmu sekarang nih... hurm....

*risau*


 

sila beri aku arahan!!

amaran: JANGAN SURUH AKU BACA BUKU!!!

sekian terima kasih......



 

Jika


Jika aku mengadu pada langit tentang dukaku, aku takut mendungkan tiba......
Jika kusampaikan resahku pada angin, aku takut badaikan melanda......
Jika kuceritakan marahku pada laut, aku takut gelombangkan datang mendera......
Lalu kusimpan segala2nya sendiri dalam hatiku selamanya...



 

baru sejam lebih mati aktifkan akaun muka buku, aku dah giler...

okey.. line sangat suck bila balik Ganu.. dah pukul 2 pagi pun sangat2 sucks... arghhh bukan hujan pun... tension tul!!! hurm... bukan nak belajar... ngok yani nih!!! tampar kang.....

hurm.. nak uplod pic pun tak leh.. huh!!

hey... tido la.. tak sedar diri lagi... adeh la... mana la pergi semangat tadi ni.. jap je.. haha aku sempat belek bab 7 tajuk (buku teks:statistik) er..er... apa la buku ni citer..

huh.. time2 macam ni, baru la rasa menyesalnya sambung belajar.. lau dulu aku terus berkerja kan senang.. tapi ini pilihan aku.. huh!!! mula dah ni... tension tak bersebab.. GILER!!! haha ini nak kawin je nih.. angkat kaki sapa nak kawin dengan aku pat!!

adeh... apa nak jadi.. huh gi mandi laut best gak nih.. sok ajak pija la..rindu nak pijak pasir.. bila dan siapa leh teman aku gi sana.. bosan gi sorang tepi pantai.. hurm...

owh ye, besok ada date kat library.. haa jangan kaco.. dating kat library memang best.. sejukkkk je... kihkihkih.....

adehhh tido lambat selalu buat perut aku lapa.. hurm....

dah2.. tido jum.. sok dating.. kang tak bermaya nak jumpa boyfrenz.. hurm

semangat la sikit illyani!!! masih panjang lagi masa untuk kau lalui......

uish... saat-saat macam ni aku macam nak cari LIFEGUARD.. haaa supaya boleh tarik aku balik ke dasar bila aku hanyut jauh sangat atau aku lemas secara tiba-tiba.. aku kan tak pandai berenang..... 

Dear....?? hmm



 

mati aktifkan akaun muka buku =( |WAJIB LAKUKAN!!!|


HUISHHH..... ENTRY NI ENTRY EMO!! HAHA SO KITA AKU TULIS BESAR2 SUPAYA KITA AKU INGAT YANG KITA AKU DAH MATI AKTIFKAN AKAUN MUKA BUKU NIH!!! ARGHHHH MACAM HILANG KAWAN BAIK.. HAHA ADEHHHH....

OKEH.. SEBAB MATI AKTIFKAN AKAUN MUKA BUKU ADALAH KERANA :

1. EXAM DAH NAK DEKAT.. TARIKH-TARIKH NYA
  • 11HB NOVEMBER, JAM 9.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI, SUBJEK PENYELIDIKAN, 
  • 13HB NOVEMBER, JAM 3.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG, SUBJEK APPRAISAL,
  • 25HB NOVEMBER, JAM 3.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG, SUBJEK KAUNSELING KELUARGA,
  • 28HB NOVEMBER, JAM 12.00 TGH HARI HINGGA 2.00 PETANG, SUBJEK BUDAYA,
2. AKU TAK MAHU NANGIS LAGI MACAM SEM SUDAH.. SUMPAH!! TAK MAHU.. SO MESTI LAKUKAN YANG TERBAIK.. CUKUP LA SETAHUN DAH AKU BELAJAR MEMAIN.. KALI NI MESTI DAPAT YANG TERBAIK.. INSYALLAH..

3. JANJI AKU DENGAN MAMA...

4. AKU NI MUDAH LEKA DAN LALAI... TAK SEDAR DIRI NAMA NYA...

5. ???? NTAH LA... ADA LA KOT SEBAB2 NYA TUH.. HUISHHHH


SO, AKU PUN AMBIL TINDAKAN  YANG BETUL!! HAHA HOPE AKU TAK SUNYI DAN BOSAN NANTI... pinjam kata mama "ALA, SEBULAN JE ALON TU PUN LAU KIRA TAK SAMPAI SEBULAN.. BOLEH NYA" INSYALLAH....



HAHA ISK.. SEDIHNYA SAYA...

AKU AKAN KEMBALI TAPI LEPAS JAWAB 4 PAPER TU LA..
GIGIL WEH... FACEBOOK NI DADAH BAGI AKU.. 
SEYES!!


UWAAA.. MATI DAH DIA!! 
P/S: AKU MATIKAN DUA-DUA AKAUN AKU TUH..


SO.. KITA JUMPA LAGI YE FRENS FACEBOOK SEMUA...


GADIS SUNYI YANG KEHILANGAN MUKA BUKUNYA,


P/S: SADIS JE KAN.. HAHA 
ADA SAPA2 NAK TEMAN AKU YM KE??
GTALK KE?? 
SILA ADD KE 
illyani_ismail@yahoo.com atau nurillyani@gmail.com
hahaha DEMMM.. 
SEYES AKU SUNYI NANTI... HURM......