Jiwa Penuh Chenta

Sunday, December 25, 2016

Gambar pegun

Aku nampak gambar kau tersenyum bahagia.

Swafoto bersama isteri.

Alhamdulilah, doaku allah makbulkan. Untuk berikan kau pasangan yang membahagiakan kau.

Tapi kenapa aku berasa hati?

Allah.. Semoga aku ikhlas atas semua doa aku.

Allah.. Semoga hati aku kuat untuk segalanya.

Allah.. Semoga jiwa aku tabah mengharunginya.

Sampai bila aku harus hidup dengan kenangan??

Friday, December 23, 2016

30

SELAMAT 30

jadilah sebaik-baik umat~~
sebaik-baik wanita~~
sebaik-baik kakak~~
sebaik-baik hambaNYA

Monday, December 12, 2016

Terperangkap

Pernah tak, kau cuba buka hati kau pada orang lain.

Namun, kau tak mampu untuk beri 100% kerana kenangan silam.

Dan kau mengambil keputusan paling bodoh, kerana beranggapan ini tidak adil untuk dia.

Dan seperti biasa, hati kau semakin dingin. 

Dibentak-bentak hati ini ingin menguasai,
Namun hampa menguasai diri.

Dibentak-bentak jiwa ini ingin memiliki, namun sejarah silam lebih ngeri.

Dan aku terperangkap dalam suasana yang aku cipta sendiri.

Mati.

Friday, December 09, 2016

Perubahan

Apabila cerita telah diubah tanpa sedar dan rela.
Ko diam memikir seribu makna.
Ahhh aneh-aneh rasa ini.

Tuesday, December 06, 2016

Jelma

Sedikit sebanyak kenangan itu menjelma.
Bila mahu pulih?
Disibukan diri dengan urusan urusan dunia.
Keluar kesana kesini
Pengakhirannya, waktu malam kau sepi menanggung rindu.
Sunyi.

Aduk

Aneh sungguh rasa ini.
Marah dan kecewa bercampur aduk.

Monday, December 05, 2016

Flexible

Bila kau cuba untuk kuat atas setiap jatuh.
Kau harus kuat untuk bangun semula.
Cukup cukuplah jadi manusia yang selalu rebah.