Jiwa Penuh Chenta

Thursday, January 31, 2013

Al-Fatihah.

sekarang.
aku perlu jadi pemberi semangat.
kerana dia semakin hilang kudrat.

al-fatihah.

Wednesday, January 23, 2013

saya okay~~

kata Kak Hidd,
"Bila orang tanya, kau okay ke tak, jawablah dengan penuh riak dan takbur "SAYA OK""

kata dia lagi,
"Perasaan ni kita yang kawal. Kalau kau mampu kawal depan orang ramai, maksudnya kau pun mampu kawal untuk diri kau sendiri. Jadi, aku cuba kawal perasaan. Tak terlalu lepaskan di mana-mana alam maya. Biarlah orang nampak kita ok-ok saja supaya orang tak syak wasangka."

jadi, 
SAYA OKAY! 

=)

Tuesday, January 22, 2013

dua enam puluh

tahun lepas.
sebulan dua hari yang lepas.
tepatnya.


selamat yang ke dua enam puluh.
buat aku.


selamat yang ke empat sembilan puluh 
buat mama.

kami kongsi tarikh.
kami kongsi segalanya.

sampai satu tahap.
biar aku pula yang tanggung segala rasa.

ye,
masih lagi bernyawa.
diberi peluang untuk raikan bersama.

dan setiap tahun aku tidak boleh pura-pura untuk lupakan.
kami kongsi tarikh yang sama.

20.12.2012

ye. cantik.
tapi

rasa kosong.
moga hidup kami diberkati.

amin.

di tengah hari yang panas.

dan
atas nama cinta
lahirnya kita.

dan
setiap rajuk aku
terpendam rindu.

dan
sang kekasih; rindu. hari-hari saya rindu awak.

Wednesday, January 09, 2013

2013

salam,
lama tak update.

bukan sebab dah terlalu bahagia hingga terlupa untuk menulis sesuatu sebagai peringatan untuk diri.
lahirnya blog ni pun sebab nak zahirkan rasa rabak.

hmm.. cuma sudah kehilangan kata-kata untuk dizahirkan.

semoga masih punya kekuatan untuk bersuara dan menzahirkan kasih sayang.

salam 2013.

oh ye, aku dah selamat berkonvo pada 25hb Nov 2012.
dan sekarang sedang mencari kerja tetap.

cukup setakat ini kot.

=)