Jiwa Penuh Chenta

Sunday, June 24, 2018

Tanpa Rasa

Kalau bertanya kisah dahulu, kenapa aku bertahan bertahun-tahun sedangkan dia melayan aku "tanpa ada rasa".

Bukan sahaja aku yang rasa, bahkan orang yang sekeliling aku juga melihat dan merasakan benda yang sama. Tanpa rasa.

Aku bertahan, sebab aku rasa, dia seorang je yang terima aku ada apa nya. Dia je aku ada. Tiada pilihan lain.

Mungkin sebab itu, aku bertahan, ibu bapa mengetahui, kenalan kenal, heboh update, mentioned, tagged kat facebook, seolah-olah dialah raja dihati. Tergedik-gedik nak kenal keluarga. Disebabkan semua dah tahu, aku pilih untuk bertahan, supaya aku tak malu, keluarga tak malu, kalau kalau suatu hari ia menjadi.

Hakikat, rancangan Allah SWT lebih hebat, bukan sahaja tak menjadi, tapi terus menyepi.

Selepas itu, bertahun aku hadap, soalan "bila kau nak nikah dengan orang Terengganu tu?"  Tapi bila aku jawab, "dah tak kawan." Seolah-olah mereka tak sangka. Yela, 5 6 tahun bukan jangka masa pendek, tambah-tambah bila aku didera dari segi emosi dan mental.

Murung. Yes!

Tanyalah kawan rapat aku, betapa setiap bulan aku sakit, cuti sakit, migrain seteruk-teruknya. Aku hidup dengan ubat-ubat. Cubaan lari dari rumah. Bawak diri. Dialah peneman.

Jadi, kenapa perlu bertahan sekiranya sudah tiada rasa?

Fikirlah diri sendiri terlebih dahulu, diri yang perlu bahagia agar kita mampu memberi bahagia pada yang lain.

Saturday, June 23, 2018

Lamaran

Semoga terlaksana,
bukan sekadar janji dikala gembira.
Semoga terpatri,
disaat kau menerima amanah dari ILLAHI.

Sunday, June 10, 2018

Memoir

"Waktu tu abang dah ngorat sayang"

How i wish you can see my smile. Lebar weh.

Make it real baby. I dont need any promises anymore. Just show me your action that you will be mine, and im is yours.

Love you

Sunday, May 27, 2018

Nafsu

Kadang-kadang kau cuma mahu segala kehendak dan keinginan dituruti.

Ya, pentingkan diri.

Tapi hakikat, segala perkara akan ditimbang tara supaya segalanya mencukupi.

Realiti.

Wednesday, May 16, 2018

Time

Sumpah demi sumpah
Janji atas janji
Kasih yang terarah
Pada yang disayangi
.