Jiwa Penuh Chenta

Wednesday, July 29, 2009

darah gemuruh ku...

salam... post kali nie...
tadi ada Cikgu ofer aku jadi fasi... terus serta merta aku jadi pitam... haha darah gemuruh ku tiba jua akhirnya...

hurm tarikh keramat 14 - 16 ogos nie... aku balik KL 13 ogos sampai 14 ogos pagi..jadi aku perlu rushing pergi ke Alang Sedayu... thank God.. hurm.. aku baru tercari2 macam ner aku nak develop diri aku ni.. nah..!! rezeki ada depan mata... hurm... tapi...

tapi apa lagi yani.. take the peluang nie... bukan semua orang leh dapat benda macam nie... peluang yani... take it or leave it...

NOPE... i must try kan.. tak reti leh belajar... tak tahu leh bertanya... malu tanya sesat jalan... bukan kah kita sentiasa dalam sesi pembelajaran... hurm... thanks Cikgu... bg saya peluang n percaya pada saya... hurm...

semoga aku ada kekuatan untuk itu... AMIN...

Sunday, July 26, 2009

dalam diam2 yer akak ..!!! :)

specchless... tak terkata... tak tergambar.. haha yani bengang.. yani terharu.. semua ada... perasaan jadi satu.. akhirnya yani menangis... last kita jumpe kat konvo kak... about last two year... haha betul ke ku kira nie?? hurm...

akak dah tunang.. haha macam tak caya jer... seriusly tak percaya.. macam dalam mimpi... haha lebih baik kita diam kan kak dari heboh2.. hahhaha akak, bt yani nangis lagi... yang ntah kali ke baper... hahaha

akak, tahniah tau... sory sebab yani nangis akak terpaksa patah balik jumpe yani.. hehehe tapi lau tak bt macam tu, akak tak patah balik kan.. hehehe aka, yani tak percaya laa... sungguh tak percaya... tak de perkataan yang boleh yani tulis betapa yani tak percaya yang akk dah tunang...

tema putih itam.. cantik nya akk, ingt email kat yani tau pic akk tu... hehehe.. nape tak tggu yani sekali... hehehe nanti kawin jangan lupa jemput yani lak... dah la tunang tak jemput uwaaa sampai hati tau.. tapi hati terubat sebab akk sanggup patah balik jumpe yani... hehehe abis la kredit ku tadi call aka sambil nangis2... malu gile la... ish apa nak jadi ni.. akak baru tunang.. lau kawin nti mesti meraung aku.. haha sebeb makin kurang kasih sayang ku...

yani makin kurus erk kak.!! haha makin hati ulam jantung kak, hurm hati dan jiwa tak bahagia sangat.. tapi yani bersyukur masih ada yang sayang.. akak, jangan bgtau kak huda yani nangis tau.. bt malu je.. yani kan rock.. hehehe

akak yani still tak percaya... akk cubit pipi yani banyak sekali pun yani stil tak percaya... akk tunjuk la brg hantaran yani still tak percaya.. walaupun ada rakaman yani still tak percaya.. hahaha akk, yani masih lagi terkejut... uwaaaa....

dan thanks bt akk.. bg cokelat kat yani... hehe ambik berkat orang tunang nie... eeee tapi geram ku still ada lagi tau... TAHNIAH KAK ILA.... semoga berkekalan ke hingga hujung nyawa...

Wednesday, July 22, 2009

episod cerita cinta ku





aku dan cinta memang susah nak dipisahkan... sebab aku suka cinta.. aku suka rasa ni sangat2...aku suka bila aku jatuh cinta... tapi tak suka bila aku putus cinta... hurm... mayb aku ni jenis mudah suka orang tapi tak mudah untuk jatuh cinta..
saat aku jatuh cinta.. aku rasa dia aku yang punya smpi ke syurga.. mendamba kan diri pada nya... haha ni lumrah la bg orang jatuh cinta kan...

apa yang akan kita bt bila kita jtuh cinta..
1. kita akan senyum sorang2... :)
2. kita kan rasa rindu sangat2 kat dia...
3. bila mak kita lalu depan kita pun kita tak perasaan... indahnya bila jatuh cinta...
hahaha
4. tangan kita tak lepas dari pegang hp..
5. hidup ni rasa berada diawang2an.. haha macam duk atas langit gamaknya...
6. lau yang berkenalan kat ym tu.. asyik nak on9 je 24H..
7. bg lappy yang ada webcam tu asyik nak webcam jer... :)
8. lepas tu gayut tgh2 malam...pagi2 gi kelas menguap je tau... (tapi hati sentiasa berbunga...)
9. nak study mesti msg dgn bf dulu lau tak msg tak leh stdy.. (sian tul kat bf korunk kan..)
10. dan macam2 lagi la yang akan korunk bt kan...

so, sepanjang pengalaman aku bercinta dan skang dah putus cinta la kan.. perkara2 seperti tu mmmg aku dah penah bt dan macm dah jadi tradisi bg orang yang bercinta... haha so bg aku yang dah putus cinta ni.. sederhana dalam bercinta...



ni la episod cinta aku yang telah lama ku biarkan ia sepi melingkari jiwa aku...
semoga aku akn ketemu cinta yang lebih tulus dan ikhlas... jeng..jeng..jeng...

Tuesday, July 21, 2009

SURAT CINTA BUAT SEORANG HAWA..

Cemburu kulihat Sang Punguk memadu rindu dengan Sang Bulan. Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua-duaan. Cemburu jua aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih sayang. Tapi aku terus kepiluan. Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi hawa yang dulu…

Kuterbang bebas dalam duniaku, ibarat sang helang yang gagah melebar sayap diufuk timur, berani.. kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiri ku ini. Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki. Ku terbang setinggi-tingginya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan, tanpa ada dinding yang menghalang. Tatkala sesekali, bayu kencang menerjah, kuterbang rendah.

Hawa..
Bukan kutewas dengan bayu nan kencang. Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan. Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat.. kutidak mampu melangkah ribut yang menggila mengikut haluan.. berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma. Kau tahu Hawa aku jadi derita…

Hawa..
kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.. Ku bawamu bersama dalam kepayahan.. Kau memarahiku kerana egoku, kau leteri ku semahumu. Tanpa kau dengari kalamku. Andai aku hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan, kerana ego menciptakan karisma dan kepimpinan..

Namun taktala egoku menjadi egoisme, maka di situ aku perlukan teguran. Terbang di langit tinggi tanpa batasan, sering ku terbabas, hilang arah dan terbang diawanan.. menjadi jaguh helang terbilang. Tapi tafakur sejenak di pepohonan..

Hawa..
kau diciptakan indah, bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya, tapi daripada rusukku, dekat dengan dada untuk dilindungi , dekat pula dengan hati untuk disayangi dan dicintai.

Hawa..
dulu kuperlukan mu sebagai teman berbudi. Menemani tugas beratku sebagai khalifah dibumi. Kaulah cerminku yang sentiasa memuhasabah diri. Tapi kini, keindahanmu yang sering kupuja, kau salah erti.. kau tampil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan..

Kaumku kekaburan. Matanya bertelanjangan. Hatinya lemas ditelan keasyikkan. Ah, memang kaumku suka mengambilkan kesempatan. Tapi kenapa kau jual dirimu bak barang pameran?? Dimana hilang malumu yang menjadi pakaianmu..

Tidakkah kau tahu, tubuh montokmu jadi hidangan enak buat mata, tapi racun pada jiwa. Aku bisa terhumban ke neraka kerananya. Kau gunakan keistimewaan mu untuk menggoda. Airmata untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melemahkan iman..
Oh Hawa, aku rindukan Hawa yang dulu. MALU, TERJAGA, TERPELIHARA…

Hawa,
kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok, perlu berhati – hati untuk ku luruskan. Lantaran itu, kudatang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam dikaki.. bukan juga mengugut dengan paruh yang berbisa.. tapi supaya direnung bersama. Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri..

Dengarlah bisikan kasihku, sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu – sesuci Maryam, seteguh Asiah, setulus Asiah, setulus Khadijah, setabah Fatimah…
Hawa, namamu indah, biarpun dimana, disegenap jiwa..
kaulah ibu, terukir kasih dipaparan dada..
kaulah kekasih, dirindui saban ketika..
kaulah puteri, pengubat duka, penyejuk mata..
kaulah adik, pemberi semangat paling berguna..
kaulah mukminah, terukir indah di setiap dada..

Ketahuilah hawa, kau ku puja..
kerana dari rahimmu melahirkan kaumku yang berhati waja..
kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku denga terjaga..
kerana kewanitaanmu teman hidup tempat cintaku berbicara..
kerana kau ladang tanaman, taman nafsu ku yang bergelora..
kerana kau adalah hiasan, paling indah dari dunia seisinya..

Maka, ku datang padamu hawa.. membawa ubat penuh cinta..ubati lah dirimu.. agar kudapat terbang menguasai angkasa dan alam.. dengan kedua – dua sayapku yang kuat dan mantap.. agar bukan sahaja ku dapat menongkah angin nan kencang.. bahkan sayapku kibar dengan penuh bangga.. mencipta angin…

Monday, July 20, 2009

apa yang aku mahu???

kita tentu tak terlepas dari kemahuan kan.. setiap manusia ada kemahuan.. aku juga kemahuan.. apa yang aku nak adalah kemahuan aku. aku tak kisah dapat ke tak?? tapi kita sentiasa diberi peluang untuk mendapatkan apa yang kita mahukan.. hurmmm

jadi apa yang aku nak sebenarnya dalam dunia yang hanya pinjaman nie...???aku hanya nak kan seseorang.!!!

1.aku nak kan seseorang yang betul2 fahami aku.. bukan susah pun nak fahami aku.. just jgn ggu hidup aku. dalam masa 24jam, macam2 aku leh bt tau.. aku nak juga masa sendiri.. aku nak juga masa untuk kawan.. nak gak tidur..nak gak bt aktiviti sendiri.. tapi kalau asyik berbunyi je hp ku mesti aku hangin gak.. lepas tu mula aku nak mara2.. sian mereka yang pernah jadi mangsa kemarahan ku...

2.aku nak sesorang aku kenal tu adventure dan extreme.. bukan nya apa, aku bukan macam pompuan lain, aku ni pelik sikit.. ramai yang cakap aku pelik, lama2 aku terima yang aku sememang pelik sikit.. insyaallah pelik sikit jerla... haha ntah ar lau pompuan lain mungkin suka org call dia tiap2 hari kan.. terutama lau yang cal tu kekasih hati kan.. tapi aku ni yang cal bukan nya kekasih hati tapi org yang aku tak anggap sebagai kekasih langsung..haha jahat nya aku..semoga aku diampunkan.. hurm.. aku nak dalam hub aku dengan dia aku rasa adventure n extreme dia.. bukan yang jenis ikut je apa kata aku.. apa aku nak.. plz la... aku perlukan perlindungan...aku perlukan seorang lelaki yang boleh lindung aku bukan ikut apa aku cakap...

3. aku nak seseorang tu supaya dia tak jadi hamba cinta.. sebab aku tak nak nti bila ada jodoh aku dengan dia.. dan aku pergi dulu dari dia..dia tak leh terima permergiaan ku ini.. sebab tu lau boleh aku nak kan seseorang yang sederhana dalam cinta...

4.aku nak seseorang yang tak manjakan aku dengan wang ringgit, aku takut bila aku dah sayang, aku cuma sayang duit dia je nti..kan dah susah nanti, sebab tue aku nak dia bersederhana dalam penggunaan wang ringgit.. nti bila dia tidak duit, besar kemungkinan aku akan tinggalkan dia.. kalau itu terjadi maafkan lah aku...

5.aku nak seseorang yang boleh pandu jiwa aku, didik jiwa aku yang sentiasa lemah dengan godaan dunia.. yang sentiasa kalah dengan hasutan nista.. hurmmm sebab aku tau aku berada di tahap yang mana.. aku hanya ingin menjadi yang solehah untuk dapatkan yang soleh...

rasa nya setakat ni la dulu la apa yang aku mahu.. tapi kadang2 apa yang kita nak tak kan dapat kan.. kalau kita nak nasi putih.. tapi kita diberi beras.. tentu kita kena usaha kan beras tu jadi nasi putih kan.. insyaallah aku kan usaha mencari untuk apa yang aku mahukan...wallahualam... AMIN

Sunday, July 19, 2009

My wedding plan. Buat kawan2 yang nak tau laa... hahaha

1. How old are you?
♥ 23 year old huhu makin tua nih...

2. Are you single?
♥ yes and avaiable.. hahaha

3. At what age do you think you'll get married?
♥ 26 n paling lewat 29.. hahaha

4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
♥ not sure.. jodoh ditangan tuhan... :)

5. if not, who do you want to marry?
♥ yang paling memahami diri ku.. haha ada ker??

6. Who will be your bridesmaid & best man?
♥hurm sumone special to me.. n best man tu sebelah lelaki laa...

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
♥ nak tradisioanal plus elegen wedding of the year....

8. Where do you plan to go on honeymoon?
♥ sabah or sarawak je... (BUATAN MALAYSIA)

9. How many guests do you think you'll invite?
♥ banyak kot.. kawan mama, abah, ibu, adik aku lagi, kawan sekolah lagi, kolej lagi, u lagi.. ramai tue...

10. Will that include your exes?
♥ mestilaa...

11. How many layers of cake do you want?
♥ tak leh bt banyak2 nati tak abis lak.. hahaha kedekut gila

12. When do you want to get married, morning or evening?
♥ akad nikah malam.. bersanding pun malam... best gile.. sik sabar mok kawen nie...

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
♥ nasyid n selawat of coz.. n no more lagu jiwang yang sedih2.. haha my wedding kan...

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon,fork and knife?
♥ seperti biasa...lau tak makan guan tangan jak...

15. Champagne or red wine?
♥no.. islamic rules...kurma, kismis, ok gak save bajet kan...huhu

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
♥ better day after weding la.. tired maa.. kompem aku kena kemas nti.. hahaha

17. Money or household items?
♥ Both! duit itu penting huhu :))

18. How many kids would you like to have?
♥ haha rahsia la..

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
♥ mesti2.. kenangan untuk diingati, mana la tau nt aku ilang ingatan lak.. hahaha

20. Whose wedding plan would you like to know next?
♥ semua fren list aku lam fb ni.. tapi paling aku nak la kak nurul,puteri, ayuni,dieya, jasmin, farah, dilla, atie, n sesiapa je n sory lau tak mention nama u'll

p/s : akceli, this tag from facebook notes.. aku just copy n paste je.. hehehe...

Saturday, July 18, 2009

kepada KAK NURUL...CONGRATS




salam...
hurm post kali ni nak bagitahu semua orang yang kakak kesayangan ku dah dapat kerja..
haha lepas ni tak der la dia nak komen yang bukan2 lagi tentang diri dia tu... beruntungla kepada orang2 yang bersabar..

tgk akak, tak rugi kan kita bersabar.. akak dapat keje kat tempat yang bukan calang orang leh dapat.. hurm so lepas nie berfikir dulu sebelum buat keputusan tau.. hurm... akak lepas ni mesti sibuk kan..uwaa sedih la lak.. hurmm...

lepas ni dah keje, dah leh kumpul dt n dah leh kawin.. kan tu cita2 akak..hahaha nti apa hal bgtau la org erk...jagn nak rahsia2... walaupun yani suka rahsia.. hahaha

SAYANG AKAK SANGAT2...BIAR SATU DUNIA TAHU.... MUAAHHHHH!!!!
SEMOGA KEBAHAGIAAN MILIK MU GADISKU....

Thursday, July 16, 2009

TAG DARI IKA.. sebab aku dah baca tag ni.. aku kena buat la gak kan...

1. Bekas kekasih saya adalah :
hurm, satu2 yang aku anggap kekasih adalah YUSDI(not sure dia bekas kekasih or wat, sbb dia menghilangkan diri dengan tiba2)

2. Saya sedang mendengar :
suara pIJA, "BOS, ADA CAMERA TAK??"

3. Mungkin saya patut :
berubah jadi muslimah..(insyallah..)

4. Saya suka :
baca novel, lagu indie band, facebook, blogging, bla..bla..blaa...

5. Sahabat-sahabat baik saya :
semua saya bersahabat...

6. Saya tak faham :
kenapa orang yang saya sayang tiba2 menghilang kan diri

7. Saya kehilangan :
ego aku ilang, n tiba2 rasa rendah diri sangat2...

8. Ramai yang kata :
yani comel... (haha.. yeker?? hope so...)

9. Makna nama saya :
Nur = Cahaya ; Illyani = Kebahagianku ; Shafiqa = penyayang

10. Cinta itu adalah :
Cinta itu Rasa..

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
PIJA; tengah siap2 nak gi jumpa Honeybee dia, KAK NURUL; baru lepas interview, YUSDI; semoga awk bahagia..

12. Saya akan cuba :
Cuba memperbaiki diri..

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Selamanya CINTA.. haha aku hidup dengan cinta...

14. Telefon bimbit saya :
Sony K530i

15. Bila saya terjaga dari tidur :
kurt..kurt.. peh, lapa gila... hahaha

16. Saya paling meluat bila :
orang2 disekeliling berlagak cun or hensem..

17. Pesta/Parti adalah :
hovoc+best=bising gila...

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
Kucing n kura-kura Rudia (Rumet bela..)

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
zaman sekolah menengah..

20. Hari ini :
tak de mood langsung...

21. Malam ini saya akan :
nak suh BF pija belanja makan...

22. Esok saya akan :
tido puas2..sebab pantai timur jumaat cuti.. hehehe

23. Saya betul-betul inginkan :
sesuatu yang adventure n extreme..

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
bangun pun lambat..!!(kul 1.00 tgh hari, isk apa nak jadi nie...)

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
semua yang ada kat Malaysia..

26. Makanan barat atau Jepun :
Makanan Melayu laa.. sambal belacan sedap per...

27. Bilik yang terang atau gelap :
bilik terang sangat bole panas.. gelap lak sejuk sangat.. jadi biar yang sederhana.. baru romantik..!! hehehe

28. Makanan Segera adalah :
Mee Maggie perisa tom yam..

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
ntah, banyak sangat cakap ari nie...

30. Siapa yang anda mahu TAG?
Kepada sume yang baca TAG ni.... hahahahhahahaha

Pesta Konvo Ke 7 Universiti Malaysia Terengganu

salam...
bermula pada hari isnin dan akan berakhir pada hari khamis ni(petang ni la..) tapi aku tak join pun untuk acara penutupan..

hurm sepanjang pesta berlansung aku diberi tugasan menjaga gerai PRS, yang beroperasi menjual nasi lemak dan air buah2an, yang best nya sebelah gerai ku itu gerai ahli2 usrah yang jualan nya bagi aku cukup memberangsangkan.. hurm, laku sungguh.. mungkin kerana ahli2 yang menjual tu peramah agaknya.. hehe

1st day aku jaga gerai, aku datang lambat dua jam, syuk sory ye sayang.. yani gi beli barang untk gerai PEKA.. hurm.. tapi aku harap aku dah menjalankan tugas dengan baik..

2nd day aku tak jenguk lansung kat gerai...haha bukan tak nak gi jenguk tapi tiada masa nak gi, sebab kelas memanggil untuk aku hadirinya..jadi maafkan lah aku yang tak gi ke gerai pada hari kedua tu..

3rd day, hurm gerai beroperasi dari pagi tapi aku kena bertugas jam 2.00 petang, tapi tu la kan, janji melayu sungguh aku, aku dah kul 2.30.. lewat dari yang dijanjikan.. hurm so aku pun jaga gerai sambil2 menjalinkan silarturahim dengan geng2 usrah.. friendly la gak.. yela, aku rasa rendah diri dengan ahli2 usrah nie.. bg aku dorang ni agak yang beruntung sebab dibesarkan dengan nilai2 islam yang teliti, aku pun ada gak belaja tapi sekoloah biasa je, apa daya dengan sekolah agama kan.. ilmu tu tentu lagi banyak..

yang tak best nya bila sepatutnya orang yang rotate kita tu tak menjalankan tugas dengan baik.. hurm, aku yang sepatutnya abis kul 6 terpaksa menunggu sampai pukul 9 baru ada yang datang nak ganti.. dah exco yang seangkatan dengan aku tu pun tak datang, huh apa la nasib badan ku ini.. sedih dihati tuhan saje yang tahu...

hurm, tapi tak tak pe sepanjang hari tu aku rasa best sangat2, rasanya macam aku tak pernah citer lagi orang yang selalu azan di hostel aku nie.. sura dia merdu sekali, semalam buat pertama kali nya aku bercakap dengan dia.. tapi bukan borak kosong, percakapan yang ada makna, ilmu dan buat aku terfikir sebagai seorang islam, hurm bertuah sungguh insan tu, semoga dia aku terus kagumi, kekalkan akhlak mu wahai rijjal...

segalanya bermula apabila aku mula beli buku ni....



buku ni la yang membuat dia nak bercakap dengan aku.. hanya jalan pengerak kepada perbualan kami... aku hanya cakap aku nak perbaiki diri lagi.. terus tanpa minta dia beri penerangan dan sedikit tazkirah.. kiranya bagi aku itu sudah memadai bgi aku.. tak salah kita memperbaiki diri kan..

"ISLAM DATANG SECARA ASING, PERGI PUN ASING, MAKA BERUNTUNG LA ORANG2 YANG TERASING"
wallahualam, ni la kata2 dia n singat aku la... lau salah minta diperbetulkan, kerana yang buruk tu dari saya, yang baik dari ALLAH S.W.T... AMIN