Jiwa Penuh Chenta

Sunday, January 30, 2011

macam nak mati =(

batuk makin teruk... padan la muka aku.. dah masuk tiga minggu.. kali ni lau makan apa2 je bila batuk mesti muntah balik.. damn!! 

membazir je apa yang aku makan tadi... tak larat dah nak minum air.. lepas tuh asik kencing2.. lawas sangat.dah la ganu ni sejuk.. haishhhh....

ari ni je aku dah muntah 3 or 4 kali.. dari tgh hari tadi... tadi ni lepas letak call Buddy.. aku terus kejar bilik air.. muntah2... hurm.... perghhh serius macam nak mati.. bila nak sembuh nih..??



 

p/s: jeles sungguh tgk orang beli camera weh.. huh!! 

p/s/s: tajuk untuk FYP tak cari lagi.... sok ar.... 

Saturday, January 29, 2011

OMG= owh menarik gila~~

ish.. apa yang menarik bila segala bagai status kau positif orang like.. haha aku rasa tak selesa bila 'sumone' nih like status aku.. rasa diperhatikan segala gerak geri.. hurm.. haishh... 

OMG~!!! memang menarik.. dia buat aku terfikir2 apa motif dia buat macam tuh.. it not easy to me to handle ur behave la bro.. sick of this... 

OMG~!! memang menarik.. hurm.. so let me think first why u behave like this... annoying betul.. haha 

 

Thursday, January 27, 2011

Entry Khas untuk Tan Sri Yusri Samari

NOTA: tanpa sebarang editing dari adobe photoshop.. dan masih lagi freshh ibarat pisang goreng panas....



kerana lagu jiwang diblog aku.. dia menjadi seorang yang sangat GARANG!! hahaha owh beliau selalu singgah sini rupanya.. hahaha lepas ni kena sediakan karpet merah ar.. hehehe owh Tan Sri, saya padam eh lagu kat blog saya.. sebab saya tak nak kehilangan kawan.. karang ada yang sakit jiwa sebab tertekan setiap kali singgah di blog saya.. hahaha

kawan, jangan marah eh.. garang2 tak best ooooo....


 

p/s: owh perasaan tajuk kena rejek lebih sakit dari putus cinta... 
sungguh hebat.. dah la rabak mata aku.. 
jaga siang dan malam....
grrrrr

Gadis Aku

Gadis,
dari jauh aku perhati kan kau..
hey!! kenape ni...??

WAJIB kuat.. walaupun kita dikenali sebagai insan LEMAH.. tapi kita yang PALING TABAH sebenarnya.. itu UNIK nya jadi WANITA...

nah untuk Gadis Aku, jangan pernah mengalah k... 

Gadis by Fynn Jamal

menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
suatu kerja berat dan membeban
menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan

keterlaluan berani akan dibenci
keterlaluan lemah akan dikeji
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas

si gadis menelefonku malam itu
teresak mencerita jiwa luluh
dihiris bahasa tajam dari mulut
si gadis tiada daya menutur

lalu aku membalas:
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama

si gadis terus meluah hampa hati
perlakuannya salah serba-serbi
semakin keliru dengan mahu diri
si gadis soal "bagaimana lagi?"

lalu aku berkata--
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia?

kita gadis memang sering menyongsang rasa
mana cinta, mana rasa, mana dia?
dengar sini, mahalkan air jiwa kamu
simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu

lalu aku berkata--
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia?

perlu tabah
perlu gagah
usah resah
usah goyah

ayuh gadis,
berhentilah kau menangis.

jadi gadis, kau kena MAHAL... biar apa orang nak kata.. "mahalkan diri kau. jangan dilelong2 pada sesiapa sesuka rasa. sabarkan diri kau dan yakinkan pada diri yang kau ada harga. biar ditempik seribu orang, Tuhan itu Maha Kaya, dan dia akan bagikan kau seseorang yang selayaknya.." (Fynn Jamal, 2010)

dan

kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba....
kadang² hanya diri sendiri mampu pujuk hati.. so kau harus KUAT dan TABAH k.. 
seyes aku tak suka kau macam ni k..
 

Wednesday, January 26, 2011

senang hati??

kau buat lah kak.. 
kalau kau senang hati. 
terpulang..

kadang-kadang ada satu masa, setiap perkatan tidak mampu meluahkan rasa.
nah!! baik aku diam diri... mungkin itu lebih baik..


MAAF!!!

 

keserabutan

aku sedang alami tekanan yang teramat sangat.. serabut pala, banyak benda nak kena buat.

jadi:

1. jangan merajuk lama2 dengan aku. sumpah aku tak reti nak pujuk.silap haribulan bertahun2 kau merajuk dgn aku kakak. dah ada sejarah. 

2. gurauan kau kasar. benarlah kata orang, facebook buat hubungan yang baik jadi teruk. dan kau bernasib baik sebab aku malas nak layan rasa kecil hati aku.

*diam*

hmmm... aku dah cuba pujuk kau.. tapi nape kau diam?! arghh kau tahu kan.. pantang aku, orang diam2 nih.. cikgu aku cakap "bergeraklah!! diam itu mati" hmm aku sedang seyes ni kak.. sok lusa lau kau masih diam. mungkin aku diam jugak.. maka hal ni akan berlarutan berbulan2.. bertahun2... ego kan aku kak.. hurm... kak, besar ke silap aku? sebab tak bagi tumpuan kat kau?! dalam saat kau perlukan seseorang. maaf kak. sem ni aku kena berkorban.. banyak benda aku korban sem ni.. maaf sangat2....

*fikir*

tarik nafas....

aku malas nak layan kecil hati dengan gurauan kasar kau.. so aku just fikir, apa yang kau sebut tuh tak serius langsung.. dan aku minta lain kali jangan menidakkan apa yang ada. kau faham?!

hmmm... *mengeluh*

aku takut dengan seorang perempuan sejak masuk tahun baru nih.. serius, perangai dia agak menyeramkan.. aku tak beri nilai. tapi ntah la... aku rasa aku perlu jauh dari dia.. hurm.....

tarik nafas lagi...

kepala makin berat.. aku perlukan kekuatan.. jadi aku kena berdoa; 

*senyum*

orang lain balik kampung, time cuti raya cina ni.. aku tak balik.. kawan kata aku dah sayang sangat dengan terengganu nih.. yeke??

*berfikir*

sama macam Melaka.. aku rindu jugak. banyak kenangan.. dah nak dekat tiga tahun kat sini.. rugi la lau aku tak sayang dia.. hurm......

kembali tertekan...

hurm... dah decide dah nak buat apa.. tapi nape aku tak jumpa langsung instrumen dia.. 

tadah tangan;berdoa

permudahkanlah segala urusan aku....

*diam*

owh, hope cuti raya cina ni segala-gala baik2 belaka... 

*berharap*


  

p/s: agak2 dah tak merajuk sila reactive balik facebook kau kak.. 

p/s/s: hoh rindu weh... ngeee

Sunday, January 23, 2011

UjianNYA

Doa: boleh buat orang lemah jadi kuat.. boleh buat orang tak percaya jadi percaya. 

Sakit: kata seseorang itu penghapus dosa-dosa kecil. 

Aku: harus kuat (kena doa).. sakit itu kan penghapus dosa-dosa kecil.. bertuah kan?!

p/s: aku nak cari keja sambilan la kat terengganu.. mana eh lubuk part time?! really need money rite now.....

p/s/s: engkau harus kuat.. harus dengar kata.. makan ubat ikut jadual.

p/s/s/s: semalam jumpa kau, makin hensem, baru 3minggu aku tinggalkan kau. seolah2 kau bahagia hidup sendiri. nah! teruskan.. aku doakan untuk kau.

p/s/s/s: engkau, arghh kau tahu aku sayang kau.. jadi jgn guna pakai kasih sayang aku. hidup baik2.. jaga amanah yang diberi pada kau berbelas tahun dulu...

p/s/s/s/s: dan kau?! aku akan hantui hidup kau. haha ni ugutan.!!






"hati perlu kuat, jiwa perlu tabah, akal perlu waras, badan perlu gagah, doa berlipat ganda, berserah dan tawakal padaNYA...."

SEMINAR: Perancangan Kerjaya Mahasiswa


fuhh... banyak ilmu aku dapat. memang terbaik ar Prof Madya Sidek Noah.. ni 1st time aku jumpa beliau. memang berketrampilan.. penat tuh belakang citer. bila mana kami seramai 22orang terpaksa bermalam dalam bus, sakit pingan, bontot nipis dan sebagainya. yang penting ilmu yang disampaikan tu lebih berharga.

okeh. aku penat. so now let focus pada matlamat utama. statistik?? kira2.. huh aku bukan lah orang yang conventional aku orang sosial.. suka atau tak.. kena hadap hidup2...

ada seorang penceramah said: "just talk in english. and once their don't understand its not ur problem.. its their problem.." dalam nada bersahaja dia berkata-kata.. okeh, pelajar Malaysia keluaran IPTA memang menghadapi masalah ini.. aku akui.. pihak IPTA amat2 memanjakan kami.. segalanya disediakan. nota diberi.. langsung tak der usaha nak cari sendiri.. look, bila dah manja.. aku jadi malas... damn rite? segala-galanya dalam bahasa melayu.. tiba2 exam dalam english.. haha rabak weh... mati macam tuh.. but im learn from my mistake.. haishhh...
so, sem ni aku ambik Final Year Project (FYP).. penyelia nak aku cari pelacur or penagih dadah.. owh sayang, mana nak cari??!! KL - Terengganu?? hurm memang dekat kan?!! haha 

cukup la.. kang tulis panjang-panjang orang tak suka baca.. sapa suh baca.. tak paksa pun. hurm lagu?? should ai remove eh?? [pe hal eh nak cari gaduh je dgn aku...]

cerita cinta bersiri?? owh.. jadi ko skondeng la jugak kan blog nih.. aku tak paksa weh.. dari dulu pun aku tak paksa kau baca blog ni.. 

whatever la...  kadang-kadang its good to show that u're stupid, cruel, or boring. So that u know who will stand by u no matter what & whos the fake ones..!!! 


huh..~~~


 



faking!!!

TAK SUKA?!! JANGAN BACA... TAK PAYAH KLIK PUN TAK PE.. AKU TAK MATI LAU KAU TAK JENGUK BLOG AKU...



 

Friday, January 21, 2011

bermanja dan berkasih sayang..

"Someone who really loves you sees what a mess you can be, how moody you can get, how hard u are to handle, but still wants u in their life.." 
thanks awak...!! hey you luv, hard rite to handle me... hehe but thanks again... luv you

 

Wednesday, January 19, 2011

allhamdulillah~~


" dalam hidup ni dalam semua perkara perlukan penyesuaian. aku dilahirkan sebagai aku. kau dilahirkan sebagai kau. aku adalah aku dan kau adalah kau. kalau aku dan kau boleh bersama, itu adalah satu rahmat... " 

=)

allhamdullilah.. perkara baik2 je yang berlaku sekarang ni.. syukur pada Illahi.. dan aku percaya, setiap segala yang terjadi ada hikmahnya.. =) nah, Allah dah berikan sedikit kegembiraan.. nikmatilah.. guna dengan sebaik mungkin.. tuntut ilmu sepuas-puasnya... dan aku harus berubah jadi seorang yang lebih matang... 
aku tak minta kau kagum dengan aku.. tapi aku minta kau sedekahkan aku ilmu yang aku dahagakan dari kau selama ni.. dan insyallah, andai ada peluang aku.. aku mahu kau kagum dengan aku.. sebut nama aku dimana kau berada... [arghhhh tingginya cita-cita aku kan?!]

but who care..


aku sakit~~ tadi result blood test yang aku ambil tiga hari lepas.. hohoho hidup perlu diteruskan... walaupun darah tu pekat dan likat.. bak kata nurse tuh kat aku "pekat darah awak ni, cukup zat besi.." hakikatnya.. siapa yang tahu kan... tapi itu bukan halangan kan?! hehe... senyum jer... Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.... dan sabar itu kan indah~~ so life must go on....  <3


 

Friday, January 14, 2011

Aisitheru

 

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku

saat ku harus bersabar dan trus bersabar


menantikan kehadiran dirimu


entah sampai kapan aku harus menunggu


sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani


hidup dalam kesendirian sepi tanpamu


kadang kuberpikir cari penggantimu


saat kau jauh disana


ooo…


*)


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga


entah penantianku takkan sia-sia


dan berikan satu jawaban pasti


entah sampai kapan aku harus bertahan


saat kau jauh disana rasa cemburu


merasuk kedalam pikiranku melayang


tak tentu arah tentang dirimu


apakah sama yang kau rasakan


reff:


walau raga kita terpisah jauh


namun hati kita selalu dekat


bila kau rindu pejamkan matamu


dan rasakan a a a aku


kekuatan
cinta kita takkan pernah rapuh

terhapus ruang dan waktu


percayakan kesetiaan ini


akan tulus a a ai aishiteru


Bridge:


hapus sendiri pikiran melayang terbang


perasaan resah gelisah


jalani kenyataan hidup tanpa gairah


o…uo..


banyak segala misi dan ambisimu


akhiri semuanya cukup sampai disini


dan buktikan pengorbanan cintamu untukku


kumohon    kau kembali


kembali ke *)

           
            Lirik Lagu Zhifilia – Menunggu (Aishiteru)            

Thursday, January 13, 2011

virus

badan ni lemah sangat.. baru dua minggu sudah aku demam... kali ni sakit balik. hurm.. ari tuh doktor suh buat test blood, ha aku bagi alasan aku dah nak balik Ganu.. tak sampai seminggu kat Ganu aku sakit balik. asyik batuk je.. badan jap panas jap sejuk.. sengal-sengal badan tok sah citer ar.. orang lain panas aku sejuk.. 

duk kat tempat orang, aku tak leh manja-manja.. atau mengada-ngada. asemen dah dua dapat. jadual satu haram jadah tak tertampal lagi, nota?? sikit pun tak print dan updated. bapak malas giler... opss bukan malas. letih mungkin.. dengan program sana sini.. tido tak cukup atau terlebih?? aku pun tak tau... 

so bila ari cuti macam ni, aku perlu rehat. tapi rehat aku perlu makan ubat. nasib Pija ada stok ubat batuk lagi.. lau tak jenuh ar nak gi klinik U.. sure2 aku kena bebel.. sebab sem lepas aku tak gi tuk buat medical chekcup.. haha owh ye, aku memang tak sihat sejak kecil.. sian tak aku?? jadi untuk selamatkan telinga aku dari mangsa bebel doktor, baik aku makan ubat Pija jer.. ala batuk je pun...

tapi..... tadi, masa discusion group, diorang kata ramai yang kena sakit secara tiba-tiba.. hah diorang takut virus je.. ekceli aku memang dari KL tak sihat.. so balik Ganu terus buat keja itu dan ini.. that y badan tak cukup rest. hope so [hoh nak sedapkan hati sendiri]

aku kan dah besar.. dah boleh jaga diri sendiri.. kalau aku nak sihat.. tentu aku akan usaha sampai aku sihat. macam tuh jugak untuk benda-benda lain.. kena dan akan usaha!! kalau diam je.. tak kan kemana.. terpulanglah..

p/s: movie 'p/s: i love you' memang best giler



 


perit merah

dua hari terbatuk-batuk
kalah nenek tua terbongkok-bongkok..

dua hari tahan sakit
aku yang cari penyakit..



 


p/s: sory ar sista, i need time..
tak payah la cari aku buat masa sekarang...

apa rasa jadi.....

cubalah jadi seorang stalker dalam facebook..

cubalah jadi seorang yang suka sangat ketawa..

cubalah jadi seorang yang pentingkan semangat setiakawan..

cubalah jadi seorang anak yang berkongsi kasih seorang ayah..

cubalah jadi seorang pelajar dalam jurusan kaunseling yang mementing etika segala bagai..

cubalah jadi seorang yang ketagih akan 'sesuatu'..

cubalah jadi seorang yang suka bau minyak petrol!!..

cubalah jadi seorang yang akan tidur bila kena air cond atau angin yang sejuk..

cubalah jadi seseorang yang mudah menangis bila berhadapan dengan orang yang paling dia sayang...

cubalah jadi seorang yang degil untuk pergi ke klinik, tapi sekali abah cakap terus dengar....

cubalah jadi seorang dan sebagai anak sulung, cucu sulung.....

cubalah jadi seorang yang suka memerhati...

cubalah jadi seorang yang manusia lain gelarkan sebagai orang yang sombong...

cubalah jadi seorang yang selalu mengalah...

cubalah jadi seorang yang suka makan cokelat tak kira masa..

cubalah jadi seorang yang selalu buat sambil lewa akan solat dan sebagainya..

cubalah jadi seorang yang memendam rasa..

cubalah jadi seorang yang tidak suka menghampakan permintaan orang..

cubalah jadi seorang yang terlalu cintakan keindahan dunia...

cubalah jadi seorang yang manusia gelarkan aku sebagai pelik..

cubalah jadi seorang yang suka tidur dengan tutup muka dengan bantal..

cubalah jadi seorang yang rebel dalam diam..

cubalah jadi seorang yang suka berkurung dalam bilik bila ada masalah..

cubalah jadi seorang penghidap penyakit pagophagia..

cubalah jadi aku yang langsung tiada apa-apa keistimewaannya....


 

Tuesday, January 11, 2011

keliru......

dalam dilema.. ='(



 

tak cukup laa....

"saya boleh baca fikiran awak, Illyani" kata beliau... 

SHIT!! aku dah sehabis mungkin cuba fokus pada beliau. hurm.. itu lah penangan orang yang berpengalaman. Mood cam syial je malam ni.. Faking betul.. 

rasa malas nak layan call or sms sapa dua tiga hari ni. beliau kata, "kalau nak mara, mara je. kalau nak nangis, nangis je" so aku rasa cam nak maki orang. tapi ntah la... mood cam syial!!! 

aku kurang kasih sayang dan perhatian.. TAK CUKUP!!!


 

Friday, January 07, 2011

zon selesa


bila orang kata "Yani, aku ada benda nak cerita kat kau." aku jadi fobia. sungguh.. aku takut nak dengar hal yang buruk-buruk.. sebab telinga aku, aku dah asuh untuk dengar perkara yang baik-baik ajer.. tambah-tambah kalau hal yang nak disampaikan tuh berkait dengan orang-orang yang menjadi kesayangan aku...

hurm... hidup ni kita kena bersyukurkan?! ada orang tuh.. ada mak ayah. ada orang tu anak yatim.. ada orang tu lengkap fizikal, ada orang tu kelainan upaya. biar pun celak kat mata aku bersepah, biarpun ketawa besar aku nampak gigi kapak.. aku tetap bangga aku siapa.. sehina-hina aku sekeji-keji aku.. aku tetap aku..

aku selalu tanya kenapa sejak dari kecil aku selalu diuji.. uji dengan kasih sayang?? kenapa bukan dengan wang ringgit, kenapa bukan dengan fizikal, kenapa? akhirnya aku tahu.. hanya dengan kasih sayang aku mampu hadapi nya.. kalau lah aku diuji dengan wang ringgit, aku mungkin akan jadi perompak, pencuri.. kalau diuji dengan fizikal seperti cacat, aku mungkin tak leh terima.. silap haribulan aku bunuh diri. nauzibillah.. minta dijauhkan2... 

ini petikan dari iluvislam..


Ujian umpama guru yang tidak bercakap, tetapi sangat mengajar dan mendidik. Sama ada ujian itu kecil atau besar ia adalah takdir Allah. Semua ujian ada maksud tertentu tetapi kerana jahil, apabila ditimpa ujian secara langsung atau tidak, kita cepat melatah dan marah. Justeru, kadang-kadang kita rasa Allah tidak adil atau sengaja menyusahkan kita. Kalau ujian datang dari orang, orang dendam, marah dan tidak menghormati kita, kita juga cepat dendam dan buruk sangka. Yang dahsyatnya hati kita buruk sangka pada Allah. Nabi Muhammad s.a.w pernah dilontar dengan batu sampai berdarah ketika menyampaikan dakwah. Darah baginda s.a.w mengalir hingga ke kaki. Tapi baginda s.a.w tidak berdendam pada orang yang melakukannya. Kita pulak konon-kononnya berbangga menjadi umat baginda s.a.w, tapi bila diuji sikit je atau orang buat khianat, dah mula nak berdendam. Wallahu yuhibbussobirin. Renungkan... Sebenarnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Jauh sekali takdir Allah untuk menyusahkan hamba-Nya. Ujian sebenarnya untuk melatih kita memiliki sifat-sifat terpuji seperti sabar, reda, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, supaya kita makin susah makin dekat dengan Allah, makin mengharap pada pertolongan Allah. Cuba fikir, tentu kita suka bila orang lain luahkan masalah pada kita. Menunjukkan bahawa kita adalah orang yang dipercayai oleh orang tersebut. Suka x bila orang lain beri kepercayaan pada kita? Dah tentu jawapannya SUKA. TAPI!!!!!! Allah lagi suka bila kita ingat pada-Nya. Sebab itulah Allah selalu bagi ujian pada kita. Supaya kita sentiasa ingat pada-Nya. Kalau kita sentiasa senang, mungkin kita lupa pada Allah. Ujian hidup juga mengajar kita merasai dunia hanya nikmat sementara. Ujian juga menanamkan akidah betapa berkuasa Allah. Apa kuasa Allah? Allah boleh memberi dan mengambil bila2 masa. Setiap ujian menunjukkan Allah boleh memberi dan mengambil di mana sahaja. Ujian juga mengajar kita membesarkan Allah, boleh memberi dan mengambil apa cara sekalipun. Jadi, dengan ujian kita makin dekat dengan Allah. Dengan ujian juga menanam sikap supaya berasa diri berdosa. Sebab tu bila kita susah, kita biasa nya akan ingat pada Allah. Ingat Allah adalah satu rezeki malah satu ibadah. Senang dan kaya kadang-kadang membawa alpa, maka dengan ujian kita akan ingat pada Allah. Cuba renungkan... masa kita senang, adakah kita ingat pada Allah? Ujian umpama guru, mengajar kita supaya tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala juga bentuk ujian kesalahan dan dosa yang kita lakukan diketahui ramai orang. Sebenarnya bukan untuk Allah menghina kita, tetapi untuk memberikan peringatan supaya kita bertaubat dan tidak meneruskan dosa itu. Memang kadang-kadang dosa itu sebenarnya pembalasan dan hukuman. Kita semua tahu setiap perbuatan dosa mesti dihukum sama ada di dunia atau akhirat. Insan yang dikasihi Allah akan menerima hukuman di dunia dan Allah selamatkan di akhirat. Cara hukuman di dunia ada pelbagai, antaranya di datangkan kesusahan, kesedihan, penderitaan, kehilangan orang tersayang, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh, hilang kuasa dan macam-macam lagi ujian. Sekiranya kita boleh bersabar dan reda, kita bukan saja makin hebat, malah dosa digugurkan dan kedudukan kita di sisi Allah makin tinggi. Kalau mengeluh, tidak reda, merungut dan memberontak akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambanya. Bila Allah sayang pada seseorang, Allah akan bagi ujian. Makin sayang Allah pada seseorang, makin berat ujian Allah. Allah tidak hukum kita di akhirat kerana penderitaan di neraka berpuluh kali ganda lebih dahsyat. Jadi kalau kita ditimpa kesusahan, anggaplah itu balasan yang menyelamatkan kita di akhirat. Kalau kita ditakdirkan miskin sebenarnya Allah nak latih diri kita sabar dan reda. Allah tidak takdirkan kita kaya sebab Allah sudah tahu kalau kita kaya, kita akan jadi sombong, bakhil dan mudah terdedah dengan dosa kekayaan. Pendek kata, orang mukmin apabila datang ujian mereka sabar, kalau miskin mereka reda, kalau menjadi pemimpin mereka berlaku adil, kalau menjadi pengikut mereka taat. Malah kalau dia bersalah, dia memohon maaf dan kalau tidak bersalah dia memberi 
 maaf.
Dalam derita ada bahagia 
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu 
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar 
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang 
Mempunyai berbagai tafsiran 
Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka 
Walau terseksa ada hikmahnya..


 

Mohon

selagi aku bernyawa.. selagi itu tak kan putus asa..
masih lagi berharap...
semoga kau sedar sayang....


 

Saturday, January 01, 2011

2011 - tabah, cekal, kuat, ketawa,

bangun pagi dengan emosi yang agak stabil.. baru aku pasan, aku lewat 3hari.. padanla emosi asyik nak menyambar je.. untung ker jadi perempuan?? aku selalu tertanya2 kenapa aku perempuan bukan nya lelaki.. 


tak bersyukurkan persoalan itu.. 


dah tahun 2011, selamat datang... dan selamat tinggal tahun 2010.. segala memori yang tercipta, akan aku padam satu persatu.. padam memori lama untuk masukkan memori baru.. [mahu cuba?, perlu latih otak bertahun2..]


azam tahun ini?? aku tak pernah ingat sama ada azam aku penuh atau tak.. tapi kalau wish list tuh memang ada.. sama ker?? tahun ni macam-macam aku nak.. harap2 tercapai...  mahu yang bahagia2 sahaja.. terbang jauh2 segala derita dan sengsara.. cukup-cukup lah....




cerita 2010



  • dua semester dalam setahun.. dua-dua aku tersungkur... [gagal dengan cemerlang]
  • diugut!! pernah rasa perasaan diugut.. besar bukan tiket untuk kau ugut aku.
  • CHENTA; semoga berkekalan.. aku juga tak sempurna untukmu.. juga tak bisa memahamimu.. MAAF. [Percaya, Jujur dan Setia]
  • keluarga; bermacam-macam dugaan datang bertimpa-timpa.. semoga ini mengeratkan lagi kasih walaupun aku rasa seperti satu kepura-puraan.
  • persahabatan; seperti itu kau yang musnahkan.. hilang kepercayaan.. aku mati!!
  • kewangan; masih miskin seperti dulu.
cerita 2011




  • MASIH BELUM SEMPURNA.....
mereka kata; tutup buku lama.. buka buku baru.. tapi dalam kisah hidup aku.. yang lama sering kali datang bertamu.. pada siapa aku mahu mengadu??

lupakan kisah lama.. dah basi walaupun kisah itu sering diungkit.. selalu sangat diungkit.. hati tentu tak puas.. akhirnya kemarahan, bentak2.. emosi pula semakin tercalar...



Pesan Zara,
"Diam dalam terpaksa.
Sakit, jangan kau asak dada.
Ini bukan masa mengeluh, payah susah hidup macam neraka,
Waktu ini untuk gembira.
Saat untuk gunakan semua tenaga.
Agar kekuatan tidak dipersia.
Tarik nafas dan hembus ke semesta.
Ketawa."

selamat tinngal cerita semalam....