Jiwa Penuh Chenta

Monday, August 19, 2013

Sabar dengan apa yang kau Benci

sungguh dengan si dia,
aku belajar jadi orang yang sangat-sangat penyabar.
sampai dia kata "sabar awak lagi tinggi dari KLCC"
hopefully gitu la gayanya.

aku benci betul bila dia diam!
tapi itulah yang ajar aku jadi penyabar.

almost 3 years,
aku sepatutnya faham kalau dia diam.
sumthing dalam kepala yang dia tak nak aku tahu or serabutkan aku.
maybe.

beza sungguh aku dengan dia.
aku jenis yang nak ada 24h/7d
dia pula jenis dua tiga hari baru contact (sms/call/bbm)
beza!

tapi itu yang aku sayang.

sungguh aku sayang!

teringat dalam nada gurau dia pernah kata, "jangan tamak, sederhanalah, kalau saya tak de, awak langsung tak dapat apa-apa"

aku benci bila dia cakap macam tu! benci.
sikit demi sedikit, di ajarnya aku menjadi seorang penyabar, seorang yang redha dengan ketentuan Allah, seorang yang sederhana dalam segala hal, seorang yang tidak mengharapkan apa-apa balasan dan yang paling penting seorang yang Penyabar kerana itulah kunci Kehidupan.

p/s: ALLAH SWT, berikan kebaikan dunia akhirat pada aku dan dia.

p/s/s: ALLAH SWT, kalau dia yang terbaik untuk aku dunia dan akhirat, permudahkanlah jalan kami. amin.

Saturday, August 03, 2013

Ramadhan 2013

rasanya tahun ni tiada satu entry pasal bulan puasa kan?

banyak perkara yang baik-baik jadi pada bulan ni.
banyak perkara yang bahagia jadi pada bulan ni.
banyak rezeki yang diberi pada bulan ni.
banyak ujian yang diharungi bulan ni.

terima kasih Ya Allah untuk segala rasa.

moga, dalam setiap perkara yang dibualkan,
akan dipermudahkan olehMU.

moga, dalam setiap perbuatan yang aku dan orang sekeliling lakukan
sentiasa dalam rahmat dan redhaMu.

amin.