Jiwa Penuh Chenta

Monday, March 22, 2010

balik KL.. (dengan kadar segera)

semalaman tak tidur.. lau aku sedang keresahan maka dengan jayanya akan tak tido berhari2.. hurm.. dah jadi tabiat kot.. hurm.. hope segalannya akan ok...

aku yang keresahan,

 

Sunday, March 21, 2010

TERUSKAN PERJUANGAN YANG TAK PERNAH SELESAI....

kepada pelajar2 Sarjana Muda Kaunseling, kepada pelajar Universiti Malaysia Terengganu selamat menghadapi peperiksaan.. sini, aku titipkan doa buat kalian dan juga untuk aku.. hehe



semoga berjaya dalam mengharungi getir peperiksaan,
semoga dikurniakan ketenangan ketika menjawab semua soalan,
salam imtihan kutitipkan buat diri kamu dan aku,
moga kejayaan milik diri kamu dan aku...

Ya Allah, kuatkan ingatan terhadap apa yang kamu dan aku baca...
Ya Allah, tutuplah segala kesalahan jawapan kamu dan aku semasa dalam peperiksaan...
Ya Allah,berikanlah ilham kepada kamu dan aku untuk menjawab sepertimana yang pensyarah inginkan...
Ya Allah,biarlah hanya yang kamu dan aku baca dan faham sahaja ditanya dalam peperiksaan yang akan dihadapinya...
Amin,Ya Rabb...



mood jiwang lak...

dari cerita ketika cinta bertasbih...

“Sekalipun cinta telahku uraikan dan kujelaskan panjang lebar
Namun jika cinta ku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidah telah mampu mampu menerangkan
Namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta.
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan."


p/s: sedang menggembirakan diri sendiri...


 

bila bulan tidak lagi bercahaya =(


hurm.. minggu lepas mama jatuh, jatuh di langkawi dan dibawa pulang dengan kadar segera.. hurm.. minggu lepas jugak aku tak la serabut mana sebab angah ada.. sekarang ni, angah nak masuk sekolah.. dan aku rasa aku patut pulang ke KL.. yela, mama tak larat kan.. sapa nak uruskan dia nanti.. hurm... =(

sungguh aku kadang2 tak dapat nak sembunyi perasaan.. air muka akan jadi keruh.. sekeruh2 air di kali.. hurm.. ya allah, kau permudahkan segala urusan mama ku ya allah.. hurm....

p/s: tertunaikah tanggungjawab along sebagai seorang anak... hurm.. =(


 

Saturday, March 20, 2010

Dengarkanlah rayuan aku (aku rindukan bintang)


malam ku tidur tak lena teringat kan dirimu
terhias kembali kenangan lalu
alangkah indahnya bersama mu
mengalir airmata ku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersama mu
sukarnya untuk ku melupakan mu

dahulu engkau berikan cinta 
mengapa kini kau berubah
mana kan janji..
akan setia menanti 
jikalau kau tak lagi cinta
katakan sahaja aku tak kisah
dari kau terus..
membuat aku menunggu
tak kusangka tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba pertahankan 
namun dirimu pergi jua
cintamu bagaikan rembulan 
yang hadir bila malam menjelma
kau hilang bila siang mendatang
begitu la sikap mu ohh sayang
kau hancur cinta ku di tepian
ku bagaikan hanyut dilautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

hurm... tiba2 je aku jadi seorang perindu.. adakah kau juga merindui aku??? 
(illyani, stop berharap... dia tinggalkan ko tanpa pamit, tanpa pesanan, berlalu bagaikan angin...)

wake up illyani... bukan masa nya lagi.. 
(damn, dah setahun lebih aku tunggu, untuk apa lagi aku kenang... berikan aku kekuatan..)

lelah menunggu,

 

Friday, March 19, 2010

DELETE

"antara LANGIT dan BUMI antara AIR dan API antara ADAM dan HAWA dan antara JIN dan SYAITAN...."


maaf kerana berkecil hati dengan hencek.. mood pagi kamu dirosakkan oleh saya... sungguh tiba2 saya rasa sangat2 berkecil hati,,, sedang kan ia hanya perkara kecil kan je hencek....??

maaf kalau saya dah ganggu ruangan hidup kamu... my bad.....

4 the rest of my life,


 

Thursday, March 18, 2010

Marilah bercinta dengan AKU.... =)

"ku persembahkan hati untuk dia, insan yang ku cinta, sedalam-dalam rasa, sesampai disyurga"

klik sini untuk baca... untuk tatapan... aku bukanlah insan yang baik mana.. tapi sedang berusaha untuk kearah kebaikan...


adehla... bila dah baca sila fikirkan.. aku juga pernah couple.. lepas tu klik sini lagi...


hurm... korunk rasa???

aku???

masih single sejak kejadian dulu...
aku tak tolak cinta kerana ia FITRAH MANUSIA...
tapi aku hanya berkongsi kisah...
berkongsi bahan bacaan..

sebagaimana aku sendiri dalam pencarian makna kehidupan..

aku berkongsi dengan kamu

SHARING IS CARING...

lau nak masuk SYURGA... jum masuk sama2... lau nak masuk NERAKA ??!!

lu fikir la sendiri...

aku selalu pegang kata2 ini...

"Kita meminta daripada Allah apa yang kita mahu, Allah memberikan kepada kita apa yang kita perlu!"
 
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” [Al-Taubah 9: 51]


oh ye... 

Kita selalu beranggapan kasih sayang diantara manusia adalah sangat dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain. Ianya tidak dapat menandingi dengan kasih sayang Allah Kepada hambaNYa.

Hakikat sebenarnya, Allah sangat kasihkan  hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.

Sebagai contoh:

" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."

Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah mendahului dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita? Sama-sama lah kita renungkan dan fikir-fikirkan...


semua nak rasa bahagia kan... aku juga.. tapi aku tak mahu la tamak kan...
 nama aku sendiri dah bahagia...

SEMOGA AKU AKAN BAHAGIA SUATU HARI...



  nangislah di bahu ku...
kerana aku kawan kamu kan....


aku juga mahu rasa bahagia,
 
 
p/s: 

kebahagiaan itu terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba....
dan juga

hati perlu kuat, jiwa perlu tabah, akal perlu waras, badan perlu gagah, doa berlipat ganda, berserah dan tawakal padaNYA....



Monday, March 15, 2010

therapy song untuk aku!!!!

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

 

Dapatkan satu pelukan hangat daripada aku... hehehe

dengan lafaz basmallah aku mulakan post kali ni...

salam pembuka rahmat...

keindahan SMK Jenagor sikit pun aku tak nafikan.. damai nya persekitaran.. tenang jiwa yang melihat... kedatangan kami dialu2kan...


sebelum tu, dapatkan sedikit pelukan hangat dari aku.. haha sapa yang bertuah dapat peluk aku sepanjang kem tu erk..??? hahaha bestkan peluk aku.. hahaha dendiam sudah... hahahah



aku, ikin dan qilah.. diberikan amanah untuk mendidik.. tapi lebih kepada menaikkan semangat motivasi dikalangan adik2 kami.. seramai 14 orang dibawah tanggungjwab kami... sungguh aku dicabar oleh kelakuan seorang adik..

ok, ni la adik2 kami.. haha hensem2 dan cantik2 kan.. hehe apa yang terjadi.. tak boleh diceritakan.. aku berpegang pada prinsip KERAHSIAAN.. cukup aku kongsikan riak air muka mereka.. kalian teka sendiri?? bermainlah dengan imiginasi..

seramai 39 fasilitator yang mengikuti kem ni.. iaitu KEM BIJAK BELAJAR..sungguh, antara 9orang lelaki yang ikut.. ada dua orang rijjal yang menarik perhatian aku... hohohohoho (illyani, jaga2 pandangan syaitan mungkin).... harap2 ia akan teruskan kegiatan murni itu.... sungguh aku kagumi....

oh ye, korunk tahu apa benda ni?? hurm.. ekceli aku tak pasan benda nih.. haha seawal pagi aku bangi kul 5.30.. dah tentu mata ni mohon untuk ditutupkan sebentar... ni la cahaya matahari pagi di Jenagor... disebalik awan... sungguh ni pagi pertama aku disana dan ia juga kali terakhir aku nampak.. hari kedua aku tunggu,... ia tak kunjung tiba... tapi syukur alhamdulilah aku hargai disaat ia hadir semalam...

(motif: hargailah setiap insan yang hadir disekelilingi mu.. bukan sahaja teman istimewa tapi juga sahabat handai yang lain, kelak yang datang kali kedua rasa nya tidak mungkin sama..)

haha bab makan serah pada aku.. jeng..jeng... makanan memang best... sambal belacan memang sedap dan pedas... (opsss... hencek sila abaikan, haha sakit ku semasa disana tuhan je yang tahu, makan pedas lagi...) kami mewah makan kot.. jap2 makan.. haha asik makan je.. nasib seluar jin tocit aku muat lagi tau.. hahaha

malam kedua kami buat nite walk dan malam insaf diri.. hurm.. perhatian: berjaya buat budak2 ni menangis bukan bererti program malam ini berjaya.. aku sikit pun tak harap budak2 ni menangis.. sungguh, akku benci dengan air mata sebenarnya... tapi kadang2 ia amat diperlukan.. selalu aku ingtkan.. simpan air mata mu illyani.. ada lagi kisah dihadapan untk kau tangisi.. aku hanya harap pada malam tersebut adik2 aku belajar sesuatu.. dimana belajar dengan percaya pada diri sendiri.. yakin dengan diri sendiri.. dan belajar berdikari diatas kaki sendiri... hurm...


" Hidup ini susah kita nak duga, kadang kala kita rasa dekat dengan seseorang tu, tapi sebenarnya jauh, walaupun kita dapat gengam tangan dan dia, belum tentu hati dia kita dapat selami. Mungkin kita boleh buat dia katawa tapi kita tidak tahu apa maknanya senyumannya, bila dia menangis, kita sangka kita dapat memujuknya.. walhal kehadiran kita langsung  tak disenangi, rencah dunia kita tak tahu sapa kawan dan siapa lawan sehingga sampai saat kita jatuh tersungkur adakah tangan dihulurkan atau kit ditinggalkan…."


 aku akhiri dengan sedikit rasa cinta dan sayang aku pada kalian adik2 aku.. hurm.. sungguh perangai kalian begitu mencabar dan aku mengmabil ia sebagai satu teladan untuk aku harungi hidup sebagai seorang kaunselor atau guru... amin...

dengan penuh rasa cinta,

 

Thursday, March 11, 2010

semoga aku, dia, kamu, kau menjadi lebih kuat.....

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu.

Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang 
 menguji kesabaran kamu
 
illyani adalah kebahagianku, sebut nama ku penuh.. kerana itu juga satu doa...

 

bicara tanpa suara~~~ jangan disembunyikan sebalik gelak tawamu yang riang...

Ketahuilah olehmu sahabatku...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT TAHU apa yang sedang dikirkan oleh setiap hambanya...


 

Kem Pembangunan Diri (o_0)

tarikh: 26hb Feb - 27hb Feb 2010
tempat: foyer libabry
terlibat: pelajar sarjana muda kaunseling
tema: kaunseling kelompok

ok.. haha sila abaikan muka aku yang chumil itu...

mahu dimulakan dengan bahasa apa kali ini..
arghh aku bukan nya pandai berbahasa...
kalau tidak tak kan la beliau mengkritik aku seorang yang kasar...
teguran beliu ku semat dan ku peluk erat sayang...

 
(daniel, naim, syam)
ni kumbang yang ada dalam kelas aku..
tak banyak ekor pun ada 9 ekor je semua nya...



perlu ker aku ceritakan satu persatu erk.. 
(perasaan malas untuk berbloging semakin terasa)
aku biarkan ia tergantung.......

kisah yang tiada kesudahan,,, kerana aku masih dalam menuntut ilmu...


 

tinggalkan telefon gengam sementara waktu dan ambil alat mengambil gambar... biar ia bicara melalui figura..

uiks.. haha jangan terkejut..
aku mula pakai pic ni dalam FB aku....

ramai yang suh tukar..
aku selamba la..
(buat2 pekak)

erk... haha jangan pekak sungguh sudah la kan...


kembali ke jalan benar,
tu trademark sarah..
kem komander kami sepanjang kem ini akan berlansung..

trademark aku???

hahaha rahsia kot... huahuahuauha

baru gempak nanti...!!!!





aku tinggalkan kalian selama 3hari 2malam.. (berat hati sebenarnya)... ada tugas aku perlu lakukan.. mendidik anak bangsa di SMK Jenagor, Kuala Berang.. Moga aku mampu lakukan...

oh ye, pic ni aku guna nenek google yang sentiasa memberi khidmat pada aku.. haha cantik juga sekolah nya... harap pelajar2 nya pun bagus2 juga.. yela aku dengar pelajar nya budak2 sukan. hahah 


ini mungkin dikawasan empangan tasik kenyir...arghh cantik nya. aku macam tak sabar lak nak tinggalkan korunk. hehehe puas aku google.. ini yang terbaik kot aku jumpa... hurm... 

oh ye, sebelum aku terlupa, aku kesana atas tiket sebagai fasilitator dibawah Kem Bijak Belajar untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana unutk belajar dengan lebih baik supaya mereka dapat mencapai cita2.. (tertanya pada diri, adakah aku telah belajar sebaik mungkin??..)


ye, kita kena ubah pemikiran kita..
sebab kita adalah apa yang kita fikirkan.. 
kalau kita fikirkan boleh 
kita boleh hampiri kejayaan..
hehe

so let's go change our mind...

dan jangan lupa untuk..


hurm.. aku ambil kesempatan ini untuk meminta maaf sekiranya 
sepanjang perkenalan kita di dunia maya ini 
banyak mengundang kesusahan dan keresahan..

dan kepada hencek..
kenapa saya semakin sibuk.. ??
ye mungkin ada benarnya apa yang hencek katakan...
tapi..
saya tak anggap itu adalah yang utama..
hurm..
saya lakukan kan ini hanya untuk dapatkan tempat di asrama...
(mungkin; diangap sebagai alasan)

p.s 1: saya selesa dipanggil apa sahaja asalkan ia adalah nama saya..
ngeee~~~

p/s 2: hurm.. hencek dah dengar ke lagu penyembuh rindu??

akan terjadi kan...

ILLYANI vs SHAFIQA

aku yang semakin penat,

 

Tuesday, March 09, 2010

wa semakin tingtong

haha aku punya suka la.. miting sana sini. haha kalah YB.. huh

penat tok ah citer.. hahahha but im learn sumthing new at here...


WA SEMAKIN TINGTONG!!!!