Jiwa Penuh Chenta

Thursday, December 18, 2014

teduhan kasihMU

bila mama khabarkan berita itu, aku rasa itu saat aku paling tenang mendengar. paling diam.

bukanlah mudah untuk berpindah tempat yang kau membesar selama bertahun-tahun. tapi itulah hakikatnya.

aku dan keluarga akan berpindah.. atas sebab apa? biarlah ia menjadi rahsia keluarga.

aku anggap ini teguran allah swt dan juga sebagai kifarah.. allahu.. sikit-sikit kau uji. mula dengan Kau uji perasaan dan hati aku.. kini kau uji keluarga dengan hilang tempat berlindung. tapi aku mohon kami semua berada dalam rahmatMU...

permudahkan juga la urusan perpindahan andai itu yang ditakdirkan untuk kami sekeluarga.

jujur aku kata, dari ujian kasih sayang MU, aku masih mencari-cari hikmahnya... tapi ada yang kata tak perlu dicari hikmahnya.. hanya perlu lalui dengan yakin bahawa selepas kesusahan akan ada kesenangan.. dan orang yang bersabar adalah orang yang menang.

moga aku dan keluarga adalah orang-orang yang menang.

masih lagi mengaplikasikan teknik #bertanyaallahdahulu

"ya allah, berikanlah kami sekeluarga tempat untuk berlindung, yang selesa, yang kemudahannya mudah, yang kawasan perumahan selamat serta sesuai dengan kewangan kami sekeluarga,.. terima kasih ya allah.."

Wednesday, December 10, 2014

Bulan terakhir

"Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya, imannya, bukan semudah yang kau sangkakan."

terkesan dengan ayat ini.. asal pilihan aku yang hancur jiwanya. benarlah bukan semudah yang disangkakan.. sabar aku bukan setinggi KLCC lagi.. rasanya dah boleh umpamakan setinggi langit.

Allahuakhbar..

moga diberi pinjam kekuatanMU kepada ku..

"Kau kena menangis lebih banyak di malam hari depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang hari depan isterimu."

benarlah. alhamdulilah. sentiasa mampu nampak tenang dan tabah. sebab setiap malam mengadu sampai bengkak2 mata. allah saja tahu.. ngeee dan anehnya, bangun pagi mudah, rasa bertenaga. padahal tido dah lewat. semoga makin kebal hati ini.

oh ye, adik lelaki nak kawin.. hahaha aku dah kebal sebab orang asik tanya aku je. jemu gak. lepas ni lagi la bertalu orang tanya kan sebab adik aku nak nikah lak. haha get ready oiii!

aku demam dan have a flu. 4 days include today. cepat sembuh sebelum sabtu. haha kalau tak gi tgk org sanding muka pucat gila. haha

lupa lak.. aku kan baby lagi, so nak beralih tahun demam la. haha mengada!!

kerja? aku tak pernah benci kerja aku. tapi menyampah dengan kampeni aku. haha i love my job my career..

"Jangan pernah bertanya kepada otak yang terbatas."

maka kita tukar.. its time bertanya allah dahulu.

moga bermanfaat.

Monday, December 01, 2014

Setahun berkerja!

Semua benda jadi tak ikhlas nak buat. Semua benda nak mengungkit.. Semua benda buat nak berkira sekarang nih.. Bila dah terlafazkan 'saya tak halalkan apa yang dia ambik kalau saya betul' peritnya hati! Allah je tahu. Marahnya saya!  Allah je tahu.. Emosi terjejas..