Jiwa Penuh Chenta

Wednesday, June 29, 2011

kau kasih isyarat jiwa

"awak..saya hidup kat dunia ni pemberian tuhan,tapi langkah saya tak sekuat sang belang di rimba,tak segagah badang perkasa,tak seindah fantasi syurga,tapi saya tetap melangkah ke arah awak kerana saya perlukan awak dalam cinta saya"

Monday, June 27, 2011

# Monolog 12: rasa ini...

"pemikiran dan pemahaman kita berbeza.. 
tapi dengan sayang segalanya mungkin.. 
asalkan kita dipaksi melodi setia..."

 

p/s: adakah kita masih rasai  "rasa " yang sama atau 
"rasa" ini dah lama berlalu?

get hurt is hurts

hmmm...


"i act like i dont care...but u'll never kn0w h0w much it kills me inside.. ='("

aku tak faham cara kau tunjuk kasih dan sayang.. aku tak faham cara kau cinta kan seseorang. dan bila kau ignored aku.. aku jadi sakit... dan sekarang bila aku cuba jadi kau.. rasa itu membunuh aku dalam diam. sungguh tak best bila kita buat tak tau dekat orang yang kita sayang.

kalau kau dah kesal dengan apa yang ada.. aku nak buat macam ner.. aku tak sempurna... yang aku tahu.. aku cuba bertahan dan bertahan...

walaupun kau dah bagi hint sedikit demi sedikit..

p/s: sakit sangat.....

Wednesday, June 22, 2011

salam perkenalan...

"bila permukaan yang kau pandang..
kau tak akan nampak yang paling dalam.."

aku kalau senyum.. manis.
itu pasti.
tapi aku tahu kadang-kadang orang mengata belakang aku
"eh.. budak ni sombonglah. tak nak senyum.."
ha... itulah aku...
itu salam perkenalan dari aku.
best tak??



 

Sunday, June 12, 2011

OMG...

aku diciptakan bukan untuk puaskan hati manusia.. tapi itula aku hidup dikelilingi oleh manusia yang mintak hatinya selalu dipuaskan.. kau laparkan.. aku dah lama kenyang... faham?! 


eh.. esok-esok nanti bila malaikat mahu cabut nyawa, dia hanya tanya 5 soalan sahaja.. salah satu nya..


" apakah AGAMAmu?"

bukan

"apakah NEGERImu?"

faham tak??.....






aku dah muak dan jemu dengan karenah kau sejak usia aku 7tahun. faham?!!



 

Terengganu Menang, Yay!!

motif utama aku sokong Terengganu.. sebab HITAM PUTIH [like this kaler].. dan aku belajar kat Terengganu dan yang paling-paling utama sebab apa aku sokong Terengganu, aku belajar untuk sukakan Terengganu.. haha

so Terengganu dah menang walaupun ada yang tak puas hati dengan status aku tuh... ada aku kisah?! ekeke.. yang penting SULTAN MIZAN senyum okey....

DAULAT TUANKU......

p/s: sok ganu cuti weh.. arghh rugi se nya dop balik ganung.. haha tapi duk KL pung cuti gak.. 

 

Friday, June 10, 2011

Hantu

huh...

aku benci bila aku marah... semua punah dan musnah...

yela, aku hantu.. kau kan manusia... mana boleh bersama...

jangan berkias, aku diajar tuk terus terang... aku tak faham bahasa kiasan..

dan maaf aku bukan melayu tulen walaupun dalam IC tulis melayu...

kau faham?! hantu tulis ini..

PANAS HATI.....


 

Wednesday, June 08, 2011

repost; 8hb Jun 2011

"Sometimes in life, you just have to let go and love someone who loves you back. Who understand you, your ups and down. Your stumble and fall. Sebab dalam hayat kita, terlalu sikit masa yang hadir untuk memilih. Yang terbaik itu tiada siapa pun yang sempurna. Yang terbaik itu selalunya kadang kala hanya di depan mata.."


P/S:   8  bulan purnama.. terima kasih sang arjuna

between LOVE and LIKE...


 

Tuesday, June 07, 2011

Rajuk Aku...

Sebelum tu klik [link]

"doa; boleh memberi kekuatan pada yang lemah, boleh buat orang tidak percaya kepada percaya serta boleh buat orang takut kepada berani.. Dan doa itu lah kekuatan aku sekarang"


Aku sentiasa positif… setiap apa yang berlaku dalam hidup aku.. Aku selalu fikir , ada sebab semua benda ini terjadi.. Tapi aku semakin aku percaya.. Aku semakin merajuk dengan NYA… teruk kan??

Bertahun-tahun aku merajuk dengan NYA.. Aku cari NYA.. Aku sujud dengan NYA bila rajuk aku dah habis.. Lepas tuh aku kembali alpa.. Bila aku rajuk, aku abaikan NYA.. Aku menjauh… tapi DIA tak pernah JAUH.. Dia hantar aku orang-orang yang dia percaya kepada aku.. Bahawa setiap ujian yang DIA berikan adalah tanda KASIH SAYANG NYA….

Tapi kenapa setiap kali ujian itu diberikan pada aku.. Aku selalu merajuk.. Selalu bertanya "kenapa aku..??"  "Kenapa mesti aku…???"  tapi bila kebaikan diberikan pada aku.. Aku hanya tahu BERSYUKUR dengan sebut ALLHAMDULLILAH tapi tak pernah tanya "kenapa aku KAU berikan kebaikan ini..??" Sikit pun tak pernah nak persoalkan bila kebaikkan mendatang… bila kasih sayang melimpah ruah..  tapi bila ujian yang kecil diturunkan.. Menderu-deru persoalan yang aku soalkan… tak pernah belajar bersyukur agaknya…. Buat susah payah je ustaz dan ustazah mendidik dulu…

Rajuk aku dah bertahun.. Tapi aku masih percaya semua terjadi ada hikmahnya.. Dan bila, ALLAH SWT kata "kun fa yakun" semua yang aku lalui akan berbayar balik.. Tapi kenapa mesti aku merajuk… sepertimana aku menyalahkan kisah putus cinta dan disebabkan hal itu pointer aku jatuh mendadak.. Aku merajuk denganNYA.. Aku tinggalkan solat.. Aku tinggalkan bacaan aku.. Aku lupakan segalanya.. Konon itulah jalan paling bahagia.. Sebab apa.. Sebab walaupun aku solat, aku mengaji… aku tetap diuji.. Tak cukup dengan hal cinta dengan manusia.. Tak cukup dengan masalah keluarga.. Tak cukup dengan krisis identiti… tak cukup dengan hal akademik.. segalanya menjadi punca dan akhirnya aku merajuk~!!! Dan rajuk aku itu menjadi timbunan dosa demi dosa..

Aku teringat pesan seorang sahabat "kalau keadaan tak berubah.. kita yang harus berubah" aku pernah cuba berubah.. Tapi perubahan itu sekejap.. Sedetik cuma… aku kembali merajuk.. Pegangan semakin rapuh.. Tak kan aku perlu lari jauh-jauh lagi.. Dah bertahun-tahun aku lari.. Umur semakin meningkat.. Dosa semakin menggunung.. Kenapa tidak aku sendiri yang cuba menghidupkan apa yang telah mati suasananya… mungkin aku lupa nak berdoa.. Supaya kekal bercahaya dengan cahaya keimanan… supaya diberi ketetapan hati.. mungkin?! Salah aku sendiri.. Hanya tahu menuding pada orang lain tapi tak pernah nak lihat pada diri sendiri…

Aku malu.. Bila aku tahu aku sebenarnya merajuk denganNYA… malu.. Mana nak letak muka ni.. Tapi ALLAH SWT sayangnya paling ikhlas.. Dia tak pernah menjauh bila aku jauh.. Malah lebih dekat… malah berikan aku sahabat yang ikhlas.. Tegur aku secara tidak langsung… tapi hati ni terlalu biasa dengan rajuknya sendiri.. Asal masalah ada, mula merajuk.. Dah buntu baru cari NYA… terukkan?? Serasa tiada siapa yang memujuk.. Serasa tiada siapa yang paling faham.. Serasa aku seorang dalam keramaian.. Hmm…..

Aku masih lagi merajuk.. Sebab aku selalu bertanya, kenapa ini semua terjadi pada aku…??? Kenapa aku yang tidak punya apa-apa selalu diuji dengan kasih sayang manusia… mahal sangat kasih sayang itu.. Sedangkan pada diri aku terlalu banyak untuk diberikan.. Tapi aku selalu beri pada orang yang salah… sepatutnya kasih sayang NYA.. Aku balas dengan kasih sayang aku sendiri… selalu sangat aku meminta padaNYA.. Apa salahnya aku memberi pula…. Beri padaNYA…

Hmmmmm…  cukuplah.. aku tak mahu merajuk lagi.. rugi!!

dan akhir sekali.. kata-kata daripada Saidina Ali r.a ; "Sekiranya hatimu rosak, jangan bazirkan masamu untuk berdoa agar Allah perbaiki hatimu, sebaliknya berdoalah agar Allah tukarkan hatimu dengan hati yang baru".


p/s: maaf…
p/s/s: suatu yang pernah dan ia tidak memakna apa..



Monday, June 06, 2011

# Monolog 12; Jatuh

"jatuh pertama kali; bangkit dan luka dibersihkan.. jatuh kali kedua; luka lama berdarah, bangkit, penuh parut.. jatuh kali ketiga; rebah, lumpuh, dan bernanah..."


 

Friday, June 03, 2011

lain orang.. lain cara..

"cara org sayang & jaga kereta tue cara dia sayang bini/laki" 

perkara  yang terlintas bila  ternampak ayat ni.. 
aku tersenyum...



lain orang lain caranya. lain layanan lain rasanya. lain cara lain hasilnya.


 

Thursday, June 02, 2011

# Monolog 11: Bimbo

akulah tu..

dan

kau.
jangan senyum sindir depan aku. bencilah...


 

# Monolog 10: Weirdo

anehkan...

bila hati semakin kebal..

ia mampu ubah seluruh rasa..


 

aku tak kisah, tapi aku peduli.

hurmmm....

bayang-bayang ni tak cantik lah..... kalau boleh aku nak cari bayang-bayang yang sempurna.. tapi itulah.. yang kurang itulah kita lengkapkan... yang lemah kita kuatkan... manusia tak sempurna apa ntah lagi bayang-bayang kita...

KITA??

aku tak suka ikut kata hati.... sebab boleh mati... namun tak pulak menurut logik akal.. kerana ia pandai menipu.. dah tu aku ikut yang mana eh?? [persoalan yang tak pernah aku dapat jawab...] tapi aku selesa dengan akal.. ia logik tak menurut perasaan.. walaupun aku suka nangis..


bayang-bayang,
kenapa kau yang jadi bayang-bayang aku... kenapa??? mengekori aku macam hantu... setiap daerah yang aku pergi... setiap negeri yang ku jejaki... kau hadir sebagai bayang-bayang...

ada kawan kata, nak hilangkan diri dari bayang-bayang.. kena jadi seperti bayang-bayang... er..... aku tak nak jadi seperti bayang-bayang ini...  aku nak jadi aku.. bukan dia...

hati selalu betul.. tapi bila otak selalu ambil alih.... hmmmm serabut!!

ada kawan pesan; kalau nak tunggu semua manusia ni jadi baik baru boleh tegur.. alamatnya... penuhlah dunia ni dengan orang jahat...

kebanyakkan dari kita adalah bahan bakar di neraka jahanam.. hurm...... syurga jauh nak capai.. neraka janganlah kau senang nak gapai..

aku tak sempurna... mungkin sebab tu bayang aku pun tak sempurna....


 

Wednesday, June 01, 2011

Allhamdullilah...

kepada encik anon\cik anon yang kat formspring tuh.... kau siapa eh?? lau kau kenal aku ce citer serba sikit tentang aku.. nak tau gak...  nah entry nih tuk kau...

ni update seminggu punya.. hahaha... [gua tak der citer nak citer kat lu... so bersawang la blog nih selama seminggu....]

kepada sayang2 saya... [madiha,pija, shikin, suhaili, siew ling, naim dan pian]
thanks sudi bersekang mata dengan aku.. sudi mara aku.. sudi terima aku seadanya... sudi buat jadual untuk  aku. sudi menggila dengan aku... semua2nya... hehehe kita dah macam adik beradik bak kata shikin..  tapi aku anggap kita lebiih dari adik beradik.. hey.. cubit peha kiri.. peha kanan terasa tau....

sila buat perkara yang sama next semester okey... lau tak buat tak mau kawan lagi.. haha [ugutan nih]

kepada Mama..
NAH... janji dah ditunaikan... yes, agreed... nak kan sesuatu perlu korbankan sesuatu....bukti ada depan mata. dan sabar itu memang INDAH....