Jiwa Penuh Chenta

Thursday, October 05, 2017

Offshore -Part 3-

being a part of your life
make me so confuse
either im the one you love
or
im the one you never love

Thursday, September 21, 2017

Aturkan hidupku.

Aku pinta padaNya aturkan hidup ku. Dan sedikit sebanyak ianya mula mengubah haluan hidup aku.

Thursday, September 14, 2017

Soulmate

aku bertanya seusai kita kenyang dengan menu yang sama.

dalam rancak kau bercerita hal-hal lama, perempuan-perempuan yang pernah hadir dalam hidup kau. dalam aku dengar dengan penuh berminat.

aku bertanya, "siapa aku dalam hidup kau?"

dan kita bergerak pulang, sambil jalan kau menjawab "awak unik, lain dari yang lain"

dan kita berpisah malam itu, untuk kembali kepada kehidupan realiti.

dan selang beberapa minit aku terima pesanan ringkas dari mu
"youre my soulmate"

dan aku tahu, itu sekadar menyedapkan hati aku.

Sunday, September 10, 2017

cinta luka

katanya tidak mahu buat aku kecewa.
tapi gayanya memberi 1001 harapan.
aku risau kalau-kalau aku punya rasa ingin memiliki yang tinggi
ahh cinta sememangnya sejenis luka.

Wednesday, September 06, 2017

Offshore -Part 2-

trip kedua. 3 weeks.
entah kenapa aku meletakkan ianya sebagai cinta
sedangkan aku sedar aku hanya berstatuskan kawan semata-mata.

Thursday, August 17, 2017

Offshore -Part 1-


almost 3 week. no news from you. did you miss me badly?

ngeeee

best friend

bumper.
berpeluh peluh kau tadi.
terharu.
tapi aku tahu, hubungan ini terlalu istimewa untuk dimusnahkan.
mereka tentu tak akan percaya kita hanya kawan baik yang otaknya sama sama gila.


Friday, July 21, 2017

Terminal Bersepadu Selatan

seringkali tempat ini menjadi tempat pertemuan dan perpisahan.
perpisahan demi satu pertemuan yang lain, aku kira.
doaku pada NYA, mudahkan urusan pada minggu kau hadir kerana syurga ku sedang sakit. kalau kau adalah kebaikan yang akan berlaku atas aku.

Allah.. mudah sangat urusan semua. tiada apa halangan. walaupun hakikat, kau masih milik orang.

Jumpa lagi..

16.07.2017 - 20.07.2017


Monday, July 17, 2017

Sentuhan Letrik

Entah ada rasa ketenangan bila bertemu. Dan bila tangan di pimpin sewaktu melintas, aku rasa sentuhan litrik mu.
-Puchong Perdana-
16.07.2017

Tuesday, July 04, 2017

Rindu

Sekali sekala rindu itu datang menyinggah.
Sering buat hati pedih.
Kau bahagia?
Dulu aku ingat, kau cinta mati. Tapi aku yang akhirnya mati seorang diri.
Kau berjanji tidak akan meninggalkan aku. Keluarga berkata, tidak akan ada perempuan lain dihati mu.
Ternyata, setelah bertahun-tahun, segala-galanya palsu.

Friday, June 09, 2017

Doa

"doakan saya bertuah untuk awak"

entah. atas nama apa hubungan ini.

Monday, April 24, 2017

Titik gelap

Nafsu angkuh kuasai diri.
Kalah.
Ternoda jiwa dan harapan.
Moga tidak terus hanyut.

Mendesah nyawa meminta agar tidak berlebihan.
Benar, nafsu tu angkuh.
Sedap dan enak berselindung dibawah satu nama naungan.

Satu tanda titik hitam makin bertambah.

22/4/2017 - 24/4/2017

Monday, March 27, 2017

Perkahwinan itu Amanah

"beza kahwin atas dasar cinta dengan kahwin tanpa rasa cinta.."
Apa maksud kau?

Friday, March 10, 2017

Not mine.

I should understand when u reply my message with emoji or just one word.
Its hurt me again and again.

Monday, February 13, 2017

rasa tertinggal

pernah kau keliru dengan setiap jenis rasa yang hadir.
bila kau berhadapan dengan lelaki yang berbeza.
dan kau akan berlalu pergi kerana kau sendiri tak pasti apa yang kau rasa dan fikir.

tak adil bukan?

punya perasaan tapi tidak ketahui makna kerana masih dibayangi semalam.

Tuesday, January 17, 2017

Gagah

"Seringkali aku melihat engkau mengimbau kenangan dalam ucap tingkahmu.
Seringkali juga aku mendengar desah resahmu yang cuba engkau larikan disetiap celah nafimu.
Kau robekkanlah siratan kepuraan, yang menyelaputi tabir mimpimu.
Untuk kau kembali menjadi diri manusia mu.
Saudaraku,
Semua bukan perkara mudah.
Atas rasa kepayahan.
Engkau harus gagah.
Mencari dirimu yang hilang tiap malam hari."