Jiwa Penuh Chenta

Saturday, May 17, 2014

Umrah

Alhamdulilah..

Abah selamat pergi dan pulang dari menjalani ibadah Umrah (o4 Mei 2o14- 15 Mei 2o14)

tercapai niat abah nak pergi ke Tanah Haram.
syukur, moga diberi Umrah yang Mabrul..

Amin.

Macam biasa, aku suka suh orang doakan aku untuk dipertambahkan rezeki, bernikah yang paling utama. hehe

sepertimana keyakinan abah tinggi pada encik hati, begitu jugalah keyakinan aku padanya.

abah pesan, kawan la elok, insyallah ada jodoh tu. kalau tak berjodoh sekali pun, abah doa yang baik-baik untuk along. sembahyang jangan tinggal kalau nak berjaya.

Insyallah.


Friday, May 09, 2014

Jodoh

macam ni,
kau mintak Allah permudahkan urusan sekiranya benar aku dan dia berjodoh.

lepas tu,
urusan kau dengan dia banyak je halangan.

dan tiba-tiba kau perlu hadap untuk pernyataan seperti ini

kaklong; sementara yani tunggu acik, buka la pintu hati untuk orang lain.

bonda; dari situ kau sebenarnya dah dapat jawapan.

aku?
ada sesiapa faham apa yang aku rasa.
sakit lumat hati ni.

allah~~~

adakah benar setiap halangan yang Kau beri ini adalah petanda aku dan dia tidak berjodoh Ya Allah??

kalau benar,

ubatilah luka hati ku ini.
gantilah hati yang baru.
kerana ia sangat hitam dan berdosa.

allahuakhbar.


illyani, apa kau lupa.. biar aku ingatkan..
bukankah ini yang dipersetujui sewaktu roh ditiup ke dalam jasadmu?
kau lupa illyani?
kau sanggup lalui nya, maka kau pilih untuk hidup.
ini kan takdir yang dipersetujui.
jangan dipersoalkan.
sebaliknya berdoa. ubah takdirmu.
allah maha penyayang dan pengasih..

insyallah.
ada ganjaran bagi orang yang bersabar.
sabar itukan indah.

senyumlah.
allah kan ada~~

jodoh boleh tunggu illyani, ada pasangan mu.
tapi maut tak pernah tunggu.
tingkatkan amalmu illyani.
semua akan datang kepadamu sebagai hadiah.

kesat airmata mu sayang.
allah kan ada~~

Monday, May 05, 2014

adat

aku gadis yang bila mahu berkahwin tiba-tiba terikat dengan adat.

adat yang dibuat oleh manusia supaya ia dilihat sesuatu yang sopan, bagus namun membebankan.

hairan,
bila tentang, membesarkan anak, perkara-perkara yang diberitahu oleh orang tua, ditolak ketepi, kita didik anak-anak dengan cara moden,

bila tentang, pergaulan bebas anak-anak, adat sopan melayu, ditolak ketepi, biarlah, anak-anak sekarang bukan zaman kita dulu, mereka dah terdedah seiring dengan penggunaan internet di hujung jari

bila tentang, berpantang selepas melahirkan anak, adat tradisional ditolak tepi, bertungku, bertangkas, berbekung, tidak diamalkan..

hairan kenapa bila hal-hal perkahwinan semua beria-ia untuk mengikut adat.

hantaran seolah-olah selama kau menjaga amanah dari Allah SWT harus berbayar dengan wang ringgit.
setiap kali ingin melangkah untuk ke tahap lain, perlu disertai dengan sebentuk cincin.
dari risik, ke tunang ke akad nikah..

mengapa? membebankan sedangkan menurut syariat Islam ia sangat memudahkan.

mengapa??

aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga, dimarahi apabila meletakkan nilai hantaran rendah dari apa yang keluarga impikan.

aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga, yang mahu membina keluarga dengan sederhana seolah-olah tidak dipersetujui oleh insan yang bernama orang tua.

aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga, yang mahu membina keluarga dengan syariat islam yang sentiasa memudahkan penganut agamanya seolah tidak direstui..

aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga , yang faham, redha ALLAH SWT adalah redha kedua orang tua.

namun, apa daya,
aku hanya anak,

gadis yang terikat dengan ADAT!