Jiwa Penuh Chenta

Wednesday, December 28, 2011

25

hari tu
20122011
dah berlalu...

yang ke 25;
tidak ada harta.
tidak ada kerja.
tidak ada rumah.
tidak ada anak. 
langsung tidak mewah.
namun tetap yang paling kaya.

kerana;
ada keluarga disisi.
kekasih yang setia dihati.
kawan dan sahabat sejati.
mohon hidup diberkati oleh NYA.
dan
untuk apa yang tiada
masih belum terlewat untuk diusaha.

sebabnya
"... sesungguhnya setiap sesuatu yang tercipta itu ada hikmah disebaliknya.."
 
 

Saturday, December 10, 2011

penghabisan

rabak hati bila kau luahkan kekecewaan kau.

mahu aku bunuh mati dia sejak dari kecil.

 
p/s: hati-hati dengan hukumNYA.. sekelip mata.. 

Saturday, December 03, 2011

escapesim

saya hendak dan saya mahu..
tapi saya takut.
maka saya terusan mengambil satu langkah ke belakang
walaupun sebelah kaki dah maju ke hadapan.




p/s: aku cenderung untuk melarikan diri dari realiti.. haihh.

Puisi Zahiril kepada Shera


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”



p/s: aku nak jugak dilayan macam shera.... one day nanti... ngeee