Jiwa Penuh Chenta

Saturday, August 27, 2011

yang ada

sedang mensyukuri nikmat yang ada

bahagia yang ada
sakit yang ada
derita yang ada
kasih yang ada
setia yang ada
rindu yang ada
cinta yang ada
cemburu yang ada

belajar bersyukur dengan apa yang ada adalah satu perkara yang mustahil bila kita sebenarnya tamak.

juga yang paling utama,

sedang belajar dengan SABAR yang ada. moga bertahan dan terus bertahan.


 

p/s: alhamdulilah, telah selamat sampai.
selamat hari raya buat kamu dipantai timur.

Friday, August 26, 2011

hari raya

ragamnya tetap sama. skrip diulang-ulang sampai aku hafal. pelakon masih orang yang sama. lokasi masih ditempat yang sama. dah 18tahun berlalu dan ia masih seperti biasa..

jangan ditanya kenapa setiap kali hari raya aku tak pernah beria-ia.. senyum pula seolah-olah dipaksa.

owh itu belum kira, berjabat tangan dipagi raya. hari itu masing2 akan menangis bertemankan air mata. menderu-deru laju. berpelukan dengan sanak saudara. esoknya pula kita bertukar menjadi seteru. hanya berebutkan tilam dan bantal, hanya kerana cemburu dihati. main sindir-sindir di dapur. begini sebenarnya menyambut hari raya.

owh aku dibesarkan dengan sausana raya yang begini keadaannya. sehingga aku risau bila dah bernikah kelak masih beginikah persepsi aku setiap kali hari raya??

apa perasaan kalian sambut hari raya kali ini? 


 

p/s: raja marah dan menegur kerana permaisuri ingkar. pesan raja; hari ini jadikan pengajaran. dan aku pula menurut perintah.
p/s/s: rumah kata pergi, kubur kata mari, sedarlah diri, selamat hari adilfitri.

Tuesday, August 23, 2011

Sunday, August 14, 2011

8 - 13 Ramadhan

seminggu di sana
ternyata selera kita berbeza..
tapi aku cuba untuk terima beza kita.

p/s: thanks hati kau masih lagi pada aku.


 

selayang pandang

di peluk-peluk, dirayu-rayu hanya kerana rindu. ahh dik, kau sentiasa menyihirkan aku dengan permintaan yang tak boleh ditolak tanpa ragu..

buat adik-adik aku

Iqbal Ismail
Iqram Ismail 

 

Monday, August 08, 2011

Saturday, August 06, 2011

6 Ramadhan

malas menguasai diri

*toreh tangan biar mencurah-curah darah keluar dari badan.


 

p/s kalau ini ramadhan aku yang terakhir,
maka ampunkanlah segala dosa yang aku laku dibumi MU ini Ya Allah.

Friday, August 05, 2011

5 Ramadhan

tak de progress langsung..

lemah je badan. batuk semakin teruk. bila nak sihat.

semakin mahir didapur. abah kata "along, dah boleh kawin.!" hahaha

weksss.. itu bukan alasan tuk abah kawinkan along yer..

still young walaupun umur dah tua.. haha


 
p/s: teringin nak buka puasa dengan encik infiniti. tahun lepas pun tak dapat. tahun nih. tidak jugak.mungkin sampai bila-bila. 

GiveAway EdY : still beauty

haha

main tag-tag lak si ANN EHAN, adik punya pasal. ikut jela, dah dia suh join Give Away from EDY ZAIDI...

ehem..ehem.. dia tag sebab ada adiah ANGRY BIRD.. ari tuh aku bising-bising suh dia ngedit pic angry bird dengan aku. haha dak nih memang. ko nak eh dik angry bird tuh?? ko nak tengok akk ko nih marah ye.. haha saya nak angry bird tuh. weksss

hikhik.. disebabkan tak leh cite panjang-panjang so lau nak join kena follow step.. just take baby steps.. senang yooo...

leh klik link kat SINI

[letak banner ye dalam blog nanti dan tajuk entry pun kena sama je tau]



benda yang paling penting  ialah follow blog di bawah ini



Ok.. da settle sume??? haa.. baru bleh post..

saya tag Honey Madu sebab ari ni birthday dia.. lau dia menang, saya leh dapat satu angry bird. haha


 


Thursday, August 04, 2011

4 Ramadhan

Al-fatihah

ari ni perginya seorang bapa mengadap Illahi. ye, aku tahu dia kuat. aku doa dari jauh sayang. kata nafastari kepada mawar, "sabar itu cantik" aku titipkan kesabaran yang ada didunia buat Dilla. Sabar Dilla..

Allah sayang dia lebih.. dan pesan teman pada aku suatu ketika dulu, "semua yang ada hanya pinjaman, begitu juga dengan rasa dihati, sampai masa, kita kena pulang" sabar Dilla. aku tahu kau kuat.

dan tiba-tiba aku terfikir, apa yang berlaku sekiranya aku berada ditempat Dilla.?? kuat kah aku.. menangiskah aku.. tahan sebak kah aku.. nadi utama aku ialah ABAH.. semoga aku kuat hadapi itu kelak, sebab mati adalah pasti. itu hakikat abadi.

kun faya kun.. jadi, maka jadilah...

di saat manusia sedang leka berkerja, ada manusia yang sedang menahan hiba, menanggung rindu didada, mencari tempat untuk berpaut, masih ada yang belum sedar, setiap hari kematian sangat dekat dengan kita.

semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

 

p/s: kalau nyawa aku diambil biarlah dalam keadaan yang diredhai oleh NYA..

p/s/s: aku rindu pada encik infiniti. 

Wednesday, August 03, 2011

3 Ramadhan

betul lah kata orang. kalau dekat memang buat tak tau je..

dah jauh baru tahu nak menrindu

sabtu ni balik Terengganu

sudah rindu sama itu laut lepas!!!

dapat duk seminggu jadilah..


 

p/s: jadi gagah sebenarnya bukan mudah bila kau terpaksa pura-pura untuk tabah!

Tuesday, August 02, 2011

2 Ramadhan

Alhamdullilah..

pandang dari jauh dah buat aku sedikit lega
walaupun dihati terbit rasa terkilan dan rasa teranaya.
mohon dijauhkan.

semoga awak bahagia dengan si dia.

masih tiada respon di talian telefon gengamnya.

(T_T)


 


Monday, August 01, 2011

1 Ramadhan

"message not delivery"



kalau kau kat tempat aku, apa rasa kau?? 

hurm.. selalu sangat aku berhenti di tempat yang salah.kan?!


masih diam, bisu tanpa sebarang berita terkini.




 

 p/s: dia berlagak biasa kenapa aku tak boleh?!

August

aku rindu nak hadap laut yang lepas bebas. angin mansun menyapu badan.. rindu!!

selamat berpuasa untuk semua yang mengenali diri ini.

semalam jumpa Cik Sarang Platipus, comey orangnya. owh dan juga Zozol, cute orangnya..

thanks..

   
p/s: selagi terdaya, aku masih bertahan..
p/s/s: kadang-kadang mengila perkara yang best..