Jiwa Penuh Chenta

Friday, August 28, 2009

....andai suatu hari nanti.....


andai suatu hari nanti aku berpurdah,
apa pandangan korang yang selama ni kenal aku seadanya????

andai 10 tahun lagi aku berpurdah,
apa yang terlintas dalam fikiran kalian??

andai 5 tahun lagi aku berpurdah,
apa kah yang kalian ingin katakan pada ku??

andai 1 tahun lagi aku katakan aku ingin berpurdah,
adakah kalian akan percaya apa yang aku katakan...

andai seminggu lagi aku ingin berpurdah,
tentu kalian katakan aku buang tebiat..
kerana kalian tahu aku berpakaian yang bagaimana...

andai besok aku ingin berpurdah,
tentu kalian katakan aku giler barangkali mereng agaknya...
heheh itu semua andaian kalian bukan...

andai hari ini aku buat keputusan untuk memakai purdah...
kalian tidak dapat menolak..
inilah yang aku cari selama ini...
sesungguhnya bertahun2 aku dalam pencarian..
kalau ini lah yang jawapan pada makna pencarian aku...

MAKA,...
aku mohon pada ALLAH S.W.T berikanlah aku kekuatan dan berikan lah
aku jawapan dalam setiap pencarian hidup aku..
dan aku mohon pada kalian doakan la agar pencarian aku dalam keredhaan NYA....

AMIN...

"Mengemis Kasih"

Tuhan Dulu Pernah aku Menagih Simpati
Kepada Manusia Yang Alpa Jua Buta
Lalu Terheretlah aku Dilorong Gelisah
Luka Hati Yang Berdarah Kini Jadi Parah

Semalam Sudah Sampai Kepenghujungnya
Kisah Seribu Duka ku Harap Sudah Berlalu
Tak Ingin Lagi Kuulangi Kembali
Gerak Dosa Yang Menhiris Hati


Tuhan Dosa itu Menggunung
Tapi Rahmat-mu Melangit Luas
Harga Selautan Syukurku
Hanyalah Setitis Nikmat-mu Di Bumi


Tuhan Walau Taubat Sering Kumungkir
Namun Pengampunan-mu Tak Pernah Bertepi
Bila Selangkah Kurapat Pada-mu
Seribu Langkah Kau Rapat Padaku

Thursday, August 27, 2009

Syair Untuk Adam Dan Hawa

Untuk Adam

Pernikahan atau perkhawinan, menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi, Tidaklah semulia Khadijah, Tidaklah setaqwa Aisyah, Pun tidak setabah Fatimah. Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman Yang punya cita-cita menjadi solehah......

Pernikahan atau pun perkawinan, mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya, Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya, Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya, Isteri adalah murid, kamu mursyidnya, Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya, Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya, Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,

Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya. Pernikahan atau perkawinan, Menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan ridha, Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana, Justeru kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah, Pun bukanlah Saidina Ali Karamallauwajhah, Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh...

Untuk Hawa


Pernikahan ataupun perkawinan,

Membuka tabir rahsia.

Suami yang menikahi kamu,

Tidaklah semulia Muhammad,

Tidaklah setaqwa Ibrahim,

Pun tidak setabah Ayub,

Ataupun segagah Musa,

Apalagi setampan Yusuf,

Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman,

Yang punya cita-cita membangun

keturunan yang soleh....



Pernikahan ataupun perkahwinan,

Mengajarkan kita kewajiban bersama.

Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,

Suami menjadi nahkhoda kapal, kamu navigatornya.

Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,

Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya.


Pernikahan ataupun perkawinan,

Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,

Untuk belajar meniti sabar dan redha,

Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,

Justeru kamu akan tersentak dari alpa,

Kamu bukanlah Khadijah,

Yang begitu sempurna di dalam menjaga,

Pun bukanlah Hajar,

Yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman,

Yang berusaha menjadi solehah....


p/s;
sumber dari www.iluvislam.com

YM dari Mama Tam

aku dapat offline msg dari mama..


jam 4:08 PM

pada tarikh 26hb ogos 2009


message nya berbunyi bergini..


"Kenapa nak sedih dan susah hati memanjang jer sedangkan kita boleh tersenyum...ketawa? Senyumlah..ketawalah...walaupun kdg kita senyum dan tawa dalam tangisan. Senyumlah..dan ketawalah....kerana sesungguhnya senyum dan tawa tu pengubat luka!! Cuba masa kita bangun pagi tu kita g ngadap cermin. Tgk rupa wajah kita dlm cermin tu....dan lontarkan senyuman kita kat diri kita sendiri dan kata ari ni aku tak mahu sedih2..aku nak senyum..aku nak gembira!! Insyallah aritu kita akan rasa gembira!! Dlm hal yg berkaitan..cuba duduk depan cermin, tersenyum, kemudian tersenyum lebar. Lakukan sampai anda dapat ketawa dgn sendirinya. Sgt baik kalau anda dapat ketawa sekali gus menangis. Semua yg anda rasakan , dapat ditumpahkan sepenuhnya!"

p/s:
aku n3 kan kata2 mama ni mereka2 yang sedang sedih dan susah hati...

Tuesday, August 25, 2009

Blow me a KISS


It's Like This (This) It's Like That (That)
I Got Dough (Dough) I Got Stacks (Stacks)
I Can't Buy Anything That I Need (Need)
But I Gotta Have U 4 Free
I Ain't Neva Paid 4 It In My Life (My Life)
So Why The Hell Would I Pay 4 A Wife (Wife)
I Need Luv (Luv) Yes I Do (Do)
But This Is Wat I Need From U

Ooh A Brother Need Luv And Affection
A Brother Need TLC
And I Talkin Bout Chilli (Chilli)
But I'll Take Chilli If She Want It
Ooh A Brother Need Cookin And Cleanin
And When She Say She Luv Me She Mean It
Her Insides Pretty (Pretty)
Hey Hey Hey

And If That's U (U)
Blow Me A Kiss (Kiss) 2 Let Me Know (Know)
If U Feelin Me U Can Do Better (Hey)
Than That Scrub That U With (Than Scrub That U With)
Baby All That U Gotta Do (Gotta Do) Is Blow Me A Kiss
Hey Hey
Da-Da-Da Da-Da Da-Da Da-Da Da-Da-Da Da-Da Da-Da Da-Da
Da-Da-Da Da-Da Da-Da Da-Da Da-Da
Blow Me A Kiss
Da-Da-Da Da-Da Da-Da-Da Da-Da
Da-Da-Da Da-Da Da-Da
Blow Me A Kiss

I'm Bout This (This)
I'm Bout That (That)
I Had Hoes (Hoes)
(I Spent Stacks) Stacks
I've Had Everything In My Life (My Life)
But I'm a Have U Tonight
Yeah I'm a Have U... U...
I Need Luv (Luv) Yes Indeed (Deed)
But This Is Wat U Get From Me (From Me)

Ooh I'm a Give U Luv And Direction
U Can Be My? I Ain't Talkin Bout Thriller (Thriller)
But I Could Be Your Thriller If U Want It
Ooh I Don't Need No Cookin And Cleanin
We Can Get A Maid If We Need It
Cause I'm On My Brizz-ed (Brizz-ed)
Hey Hey Hey

And If That's U (U)
Blow Me A Kiss (Kiss) 2 Let Me Know (Know)
That U Diggin Me (Diggin Me) U Can Do Better (Hey)
Than That Scrub That U're With (Than Scrub That U're With)
Baby All That U Gotta Do (Gotta Do) Is Blow Me A Kiss
Hey Hey
Da-Da-Da Da-Da Da-Da Da-Da Da-Da-Da Da-Da Da-Da Da-Da
Da-Da-Da Da-Da Da-Da Da-Da Da-Da
Blow Me A Kiss
Da-Da-Da Da-Da Da-Da-Da Da-Da
Da-Da-Da Da-Da Da-Da
Blow Me A Kiss

Monday, August 24, 2009

Mulakan Dari Hati

Mulakan Dari Hati
www.edu.iluvislam.com
by Jundumay

Bila orang pandang rendah pada anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati anda dan juga satu ujian pada sikap anda. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.

Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa ambil kisah, tetapi dia tahu orang itu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu pada yang positif.

Orang yang cool biasanya bersikap positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.

Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita dan hati kita. Orang-orang berjaya, hati mereka sentiasa bersih, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.

Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita.

p/s
Sumber : http://www.imotivasi.com/kita-kena-mulakan-dari-hati/

Salam Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


rasanya masih belum terlambat kan untuk sya ucapkan
SALAM RAMDHAN AL MUBARAK
kepada
kawan2...
SEMOGA KITA SENTIASA DIRAHMATI OLEH NYA...
dan maafkan saya diatas kesalahan yang sedar dan tidak sedar sepanjang
mengenali saya...
saya hanya insan biasa..

Monday, August 17, 2009

kem kesedaran alam sekitar (14hb - 16hb ogos 2009)











p/s

sory lambat sikit nak update blog... sebenarnya tiada idea nak tulis apa.. walaupun macam2 perkara yang berlaku 2 3 ari nie... walau apa2 pun... kenangan kat kuala woh tetap yang terindah...

Wednesday, August 12, 2009

cuti jap erk...seminggu jer..!!1

hehe besok nak balik umah.means balik bandar.. haha umah saya kat kuala lumpur.. naik bus 13hb kul 9 malam.. doakan ku sampai dngan selamat...

lepas tu 14hb kul 8 pagi.. cikgu ambik saya.. kita gi kem alam sekitar kat tapah.. 16hb baru balik kuala lumpur... isk..isk...tido ku harap lena lam bus nti..hope sooo

17hb rehat sepuas2 nya... heheh 18hb mayb la nak gi genting tapi dalam perancangan lagi... hope menjadi laa... ada kawan2 dari sarawak nak gi sana... tapi duit sendiri2 laa... hehehe

19hb r 20hb plan nak tgk wayang lak... hehe citer apa yang best n citer pe yang ada tiket time tu.. nak tagk kat ner tak sure lagi... 21hb insyaallah pulang ke UMT...

hope segala yang dirancang berjalan dngan lancar nyer...

amin....

Sunday, August 09, 2009

ESQ.. REAL LEADER.. EKSEKUTIF TALK...


dari kiri fathiyah, aku, broden(dari ESQ), Kak Yat, n Ida.


sekitar program moving toward a real leader..

sesi soal jawab


ESQ...
dah lama saya dengar ESQ nie... baru2 nie adalah kesempatan untuk gi seminar nie...
walaupun hanya preview saja.. tapi impak nya begitu terkesan didalam hati...

rasa macam ada orang ketuk kepala kita n tiba2 kita boleh berfikir dengan waras...
165
1 hati
6 prinsip
5 langkah

insyallah akan saya pratikkan apa yang diajar...

REAL LEADER...
best sgt2... n yang paling menarik perhatian saya.. MEREKA ADALAH PASANGAN SUAMI ISTERI... Best kan... berdiri gagahnya seorang LELAKI adalah adanya seorang PEREMPUAN dibelakangnya....

kan bagus kalau saya dapat pasangan yang begitu... sama2 menyukai satu kerja yang baik... kemana pergi pun sentiasa bersama... thanks abang mirul n kak elina...

U MUST LOVE
U MUST APPREACIATE
N U MUST LOVE...
language LOVE yang dipelajari...

ada 5 love language sebenarnya...
1. words... ucapkan lah kata2 sayang or pujian..
2. quality time.. selalu la teman pasangan anda tgk T.V or basuh pingan sama2..
3. gift.. sapa yang suka memberi boleh la.. bg adiah tak kira ari apa pun pada masa itu..
4. act of service... jenis yang suka membuat sesuatu supaya orang lain rasa senang dgn dia...
5. touch.. hurm sentiasa la peluk n kiss pasangan anda bg yang suami isteri la kan,,,

banyak benda yang dipelajari... hope aku akan aplikasikan... senyum simetri.. salam semut dan akhirnya sahabat sejati...



Thursday, August 06, 2009

Personaliti Kelahiran

Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.

Rendah diri, hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya.sebahagian sifat tanah, anda tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.Anda juga berperawakan manis dan pembersih.

Air - kedua, Keenam, kesepuluh.

Mengambil berat tentang keluarga dan kebajikan serta tidak membiarkan kenalan anda hanyut dibawa arus hidup.Hatinya bersih serta boleh membahagiakan orang lain.

Api - ketiga, ketujuh, kesebelas.

Cinta anda sentiasa hangat membara serta kuat cemburu.Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan menarik.

Angin - keempat, kelapan, kedua-belas.

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan.

p/s;
aku anak sulung...
segalanya yang dinyatakan tu hampir benar...
insyallah akan ku pertahankan... hehehe

Wednesday, August 05, 2009

sewaktu dulu...

teringat aku zaman kanak-kanak...
bila pulang ke kampung waktu cuti persekolahan..
kami akan bertiga kadang2 berempat...
rindunya dengan waktu dulu...

sekarang antara kami semua..
EMMA,
terlebih dulu mengakhiri zaman bujang nya...
ALHAMDULLILAH...

ARNIDA,
dia masih bujang, maybe dah ada BF..heheh
n skang tgh futher stdy kat UTM, n
berkerja...
semoga perjalanan hidup dia berjalan dengan lancar..

KAK LANG NURUL,
hurm.. dia paling tua di antara kami...
dan dia yang tak kawin2 lagi... hahaha
bila la aku nak rasa nasi minyak nya...

untuk AKU..
masih lagi dalam pencarian.. dan akan terus pencarian..
sambg study dalam kaunseling...
single.. heheh dan manis dipandang..
hehehe

teringat aku masa kami semua budak...
Arwah ATOK, lebih sayangkan EMMA dari kami...
hehehe tu yang aku rasa sampai skang..
AtOK, emma dah mengandung, cicit pertama atok,
kalau la Atok ada.. mesti atok gembirankan..

NENEK..
dah dngar kot khabar berita dari mak ndah...
nenek akan jadi MOYANG..
chiqa akan jadi UNTIE...
nampak sangat aku dah tua..
hurm... bukan lagi kanak2 riang dari zaman kecil...
grow up yani...

EMMA, NIDA DAN AKU...
masih kah kalian ingat peristiwa...
BAJU MERAH...BAJU PUTIH.. BAJU UNGGU...

hehe masa tu kita balik umah Mak Teh..
nenek bengang je kita taknak tido umah dia..
kita diumpan dengan mandi laut, main gasing, tangkap ikan,..
arghhhh memancing adalah perkara paling bosan yang pernah aku bt..

tu la 1st n last aku kan buat..
baju merah dah kawin.. hehehe
bila lagi baju putih yer??
unggu lambat lagi...

EMMA,
tahniah... jaga kandungan baik2 yer...
rasakan pula hebatnya jadi seorang IBU....

ARNIDA..
habiskan pengajianmu...
jadilah seorang AKAUNTAN yang berjaya..

AKU..
semoga dapat mencari apa yang dicari dalam pencarian hidup..

untuk kita bertiga..
KITA SENTIASA BERSAMA..
SEBAB KITA ADALAH SEDARAH DAN SEDAGING...
JAUH MANA KITA PERGI..
KITA AKAN KEMBALI PADA KELUARGA...

p/s;

kenangan yang tak kan dilupakan... yang tak kan dapat kembali pada masa itu...
satu kenangan yang membuat aku begitu menghargai masa2 yang berlalu..
kenangan disetiap penjuru masa..
supaya aku tidak terhukum oleh kerugiannya...
supaya aku sentiasa mengingatina.. kerena
aku hidup dengan kenangan...
kerana walaupun pahit sebuah kenangan..
IA TETAP YANG TERINDAH...



Saturday, August 01, 2009

Menangislah di Bahuku

kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)

buat aku<--
kadang2 aku cukup takut nak menangis... bagi aku menagis ni untuk orang yang lemah...
aku perlu kuta .. aku perlu teguh... sekukuh akar...
tapi akar akan tumbang jua suatu ari nti...
aku tak ingin menangis..
menangisla bila perlu...
bgi ku amat bernilai untuk aku menitis kan air mata walau hanya sekelumit cuma...
hanya pada yang ESA air mata ku curahkan,, kerana Dia lebih mengerti akan rahsia hati aku...

Kisah Wanita Dan Lelaki


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita

Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah

Masih mencari walaupun ada segalanya

Apa yang tidak ada dalam syurga..

Namun ADAM tetap rindukan HAWA

Pada wanitalah lelaki memanggil IBU, ISTERI ataupun PUTERI

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh kaum lelaki

Tapi kalau sendiri pun tak lurus

Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus

Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh ALLAH SWT

Didiklah mereka dengan panduan dariNya

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta

Kerana mereka akan semakin liar

Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan

Nanti mereka akan sentiasa derita

Yang sementara itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah

Kenalkan mereka zat yang kekal... disitulah punca kekuatan dunia

Akal senipis rambutnya... tebalkan ia dengan ilmu

Hati separuh kaca... kuatkanlah dengan iman

Perasaan selembut sutera... hiasilah ia dengan akhlak dan suburkanlah ia

Kerana dari situlah nanti mereka akan lihat... dan menilai keadilan Tuhan

Bisikanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan

Ia bukan diskriminasi Tuhan

Wanita yang lupa hakikat dan kejadianNya

Pastikan tidak terhibur dan menghibur

Tanpa ilmu, iman dan akhlak... mereka tidak akan lurus

Bahkan akan terus membengkok

Itulah akibatnya andai wanita tak kenal akan Tuhannya

Apabila wanita derhaka

Dunia lelaki akan huru-hara

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan dan kesetiaan


Tetapi binalah kepimpinan

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi

Pimpinlah diri sendiri kepadaNya

Jinakkan diri kepada Allah

Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan lelaki

Jangan mengharapkan wanita semulia Fatimah Az Zahra

Andai peribadi lelaki tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah

untuk aku:
aku teringat masa sekolah dulu uztazah selalu cubit aku kalau aku tak pakai tudung..
kalau aku dengan tak malunya bergaul dengan laki, siap main kejar2 lagi..
masa tu aku budak lagi.. tak faham maksud usztazah lagi.. jelingannya..cubitannya.. kini aku faham...
rindunya aku dengan zaman persekolahan.. tapi dengan kenangan itulah aku hidup..
saat aku rasa aku hampir kehilangan nyawa...
aku rasa amal ibadat ku belum cukup lagi.. dosa2 yang banyak ku himpun..
bukan pahala yang ku cari.. daif nya diri ini..
besarnya jasa seorang guru.. patutla kita sering diingatkan berdamping lah selalu dengan guru.. kerana mereka orang2 yang sanggup menegur setiap kesalahan yang kita lakukan..
dan detik 30 JULAI 2009, aku akan ingt sepanjang hayat.. bila nyawa betul2 dihujung tanduk.. syukur pada MU ya ALLAH. masih KAU izinkan aku hidup muka bumi mu ini...
TERIMA KASIH ....