Jiwa Penuh Chenta

Friday, December 31, 2010

Tahun 2011

berpuluh tahun dahulu seorang gadis kecil yang cuba mencari makna bahagia.. bila kasih dibahagi2.. bila sayang perlu diraih.. bila cinta perlu ditadah.. berpuluh tahun dahulu seorang gadis yang menginjak remaja terpinga-pinda dalam mencari maksud yang tersembunyi dalam setiap detik yang terjadi dalam diri.. berpuluh tahun dahulu seorang gadis yang umur nya mencecah angka dewasa kadang-kadang hampir tersungkur dengan karenah manusia-manusia yang menjadi kesayangannya...

bila mana tahun-tahun lepas dijadikan pengajaran dan sempadan.. tahun-tahun berikut inginkan sesuatu yang lebih baik... kau hebah pada teman-teman mu aku kuat, aku kebal, aku tabah, tapi kau percaya tak?? kekuatan aku kekebalan aku, ketabahan aku hanya satu kepura-puraan... aku perlu lakonkan aku kuat supaya kau juga kuat.. kau tengok, betapa aku sayangkan kau dunia akhirat..

aku semakin tak kenal bagaimana rupanya dunia sekarang ni.. semakin tua.. semakin rosak.. aku semakin tak kuat... mana pergi semua kekuatan dulu.... hancur berkecai...

tahun baru?? seperti tahun-tahun lepas.. tetap sama.. tak ada yang akan berubah,,,

dah cuba yang terbaik~~

maaf.. sekali lagi jatuh kecundang... dah cuba yang terbaik... sungguh.. dah buat yang terbaik.. bukan tuk sapa2.. tapi tuk diri sendiri.. tapi kenapa tuduh yang bukan2....nak mara-mara je.. jangan perli2.. jangan sumpah2.. telinga ni sakit.. hati ni pedih.. tahu harapan dah hancur berkecai.. tapi sungguh aku dah buat yang terbaik.. dah bersumpah dan berjanji.. dah berlutut sembah ke bumi.. cium kaki, bersumpah untuk lakukan yang terbaik.. bukan tuah aku tahun ni.. tapi kenapa.. kenapa harus jadi macam nih..

tuduhan tuh sakit... sikit pun aku tak kejar keseronokan.. sikit pun aku tak lupa aku pernah rasa dihina dan dikeji.. tapi... semangat aku kian luntur tahun ni... sepanjang tahuun bermacam-macam dugaan datang bertimpa2.. 

kenapa KAU beri aku ujian bertimpa-timpa.. kering dah air mata ni nak menangis.. tak cukup lagi aku diuji.. dari kecik sehingga dewasa... ini kah tanda kasih sayangMU..?? kalau ini aku bersyukur YA ALLAH.. maka kau pinjamkan KESABARANMU.. semoga aku kuat hadapi ujian MU....

Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya



sumber; dari blog http://jejariruncing.blogspot.com






Khairul Fahmi Che Mat orang kata tangan dia ada magnet.. perghhh siyes la.. lagi suka tengok dia botak. haha ish.. rasa nak suh my dear botak la.. haha 
TAHNIAH... belum terlambat tuk ucapkan kepada pasukan harimau malaya.. weee jumaat cuti... ngeee tapi dapat cuti ke tak sama je kot. aku memang dah cuti.. haha

10 dan 11

hari ni 30.12.10, lusa dah 01.01.11 cepatnya masa berlalu.. cepat ker?? tapi masih lagi mengeluh lambat nya nak hujung tahun.. duk elok2 dah masuk tahun baru.. dalam tak sedar.


sepanjang 2010.. macam2 hal yang terjadi.. hujung tahun 2010 ni buat aku rasa makin teruk.. nafsu yang membara dulu dah hilang.. hilang kick.. nak update blog pun malas.. facebook lak.. nafsu dia turun naik... lau naik bukan main galak lagi nak main facebook.. lau tak sebaliknya la.. 


rasa macam nak buat perubahan drastik tapi tak tahu la.. 


tahun 2011 pulak?? rasa macam nak HILANG!!!... 

Tawan Bukit Broga



wish list untuk tahun 2010 yang terakhir adalah naik bukit broga.. weee sangat berbangga.. walaupun pancit banyak kali.. aku tetap sampai ke atas puincak.. haha


walaupun aku pergi dalam keadaan demam yang agak panas.. segingga doktor syak aku mungkin kena denggi.. tapi dah plan aku sanggup jugak naik bukit broga nih.. memang kerja gila.. tapi ini la life aku.. suka kepada aktiviti yang macam ni.. biar sakit2 badan tapi hati aku puas.. sampai puncak demam aku terus kebah.. skang nih badan aku lak sengal2.. haha gila tul!!


mari kita biar gambar2 ni bocara sesama sendiri... =)






bukti aku sampai puncak dah wei.. hahaha sangat cewee kan..kan..kan....




check point ke dua kot. aku dah lupa.. 
hampir 200 keping pic di ambil.. 
akibatnya aku lupa yang ni kat check point mana..



yang pasti ni check point pertama.. haha minta nyawa weh aku nak naik sana.. sangat2 best.. aku kena kurus untuk elakkan aku pitam sekali lagi..








di atas puncak.. baru dapat tangkap pic berempat sebab ada sekumpulan gugurl yang sudi tulun.. haha gugurl ni kena ngorat dengan adik2 aku... hahaha




pic ni kat check point kedua.. haha sangat besar batu nih.....





sanagt2 sweet kan pic nihhhh bagi aku la.. haha 




tiga jejaka yang sudi menemani aktiviti gila aku nih.. haha 



kecerunan yang buat aku gayat.. serius aku tak suka ketinggian..
tapi aku kena hadapi jugak..
haha gerun weh...





aksi2 separuh bogel dari mereka2 yang kurus2 nih..





peace bebeh... er..er.. risau sangat bila nak ambil pic ni.. sebab anagah ada kat bawah.. cerun weh....




lalang tuh cantik.. nak baring2 je rasa.. tapi 
tak tahan nak tahan kemiangan lalang tu lak
sebab time ni punggung aku pun dah tergaru. ahahah
sungguh miang duduk atas tanah.. letih wei....





check point kedua..


tersandar keletihan tapi hati PUAS!!!!
hilang rasa masalah yang serabut kat pala ni

tiada apa yang indah selain keindahan ciptaan NYA... 

next bukit lak adalah BUKIT TABUR.... here we come....

Monday, December 20, 2010

Manis 24

tanggal 20hb Dec genap usia aku 24tahun.. muda lagi kan.. =) hakikatnya, jiwa semakin putus harap, semangat semakin luntur.. apa ada dengan hari ulangtahun kalau hati tak bahagia... wall facebook aku penuh dengan ucapan selamat ulangtahun.. gelak ketawa haha hihi ekeke ngeee semua palsu.. seperti tahun lepas juga rasa nya.. malah tahun ni lagi sakit...

berkongsi tarikh dengan mama buat aku harus tersenyum depannya.. pura-pura gembira menyambut ulangtahun. arghh ada masa aku ingin seorang pun tak tahu bahawa hari ni hari ulangtahun aku... sungguh aku ingin lari dari semua manusia yang mengenali aku.. 

aku tak marah tapi banyak hal yang buat aku berkecil hati.. sungguh bila hal-hal itu aku pendam dan simpan.. aku jadi manusia beku kembali.. malah lebih beku dari biasa.. andai kata maaf boleh buat hati aku cair seperti air.. maka kau berjaya, tapi aku ni manusia yang perlukan perjelasan.. kerana aku dah lama maafkan kau sebelum kau lakukan apa-apa kesalahan. hebatkan aku?? 

apa yang berlaku belum cukup bagi aku untuk labelkan ini kejam itu kejam.. bersama dengan kau, aku belajar satu perkara.... "SABAR" aku belajar untuk lebih "KUAT DAN SABAR" terima kasih untuk hadiah di hari ulangtahun aku ni.. 

dapat call free maxis dan celcom.. nak sangat jari jemari tekan no kau.. tapi aku tahu kau tak angkat call aku seperti selalu kan.. walaupun aku ketagih nak dengar suara kau.. aku tahu kau tak akan angkat.. kau cipta jurang antara kita.. ntah, mana silapnya.. peluang masih ada.. gunalah sebaik-baiknya.. mungkin aku juga ada lakukan kesalahan, maaf aku pinta..
hari ini hari aku.. owh, terima kasih kepada yang beri ucapan melalui facebook, sms, n call.. sangat2 hargainya..

sempena hari ni aku diberi kata dua oleh mereka yang masih setia disamping aku. antranya:


1. harus senyum manis seperti selalu
2. pointer harus naik
3. kuat semangat tempuhi dugaan hidup ( <3 )
4. dipercepatkan jodohnya
5. study keras-keras a.k.a hard katanya
6. friendship forever
7. semoga impian aku menjadi kenyataan
8. semoga berpoyo-poyo la selalu
9. semoga panjang umur
10. dimurahkan rezeki
11. semoga semuanya berjalan dengan lancar
12. bahagia selalu
13. dan banyak lagi.. semuanya aku dah AMINkan.... amin..amin.. dan amin... 


thanks sangat2 doakan untuk perempuan hina dan keji untuk aku...


p/s: luv you too..

Thursday, December 09, 2010

TERIMA

"terima seadanya dia.. siapa pun dia.. bagaimana pun dia.. terima seadanya.. itu yang aku pegang.. dan sabar itu juga indah bukan.."

hidup ini mudah.. kita yang mengawal kehidupan kita.. minda kita kata ceria, ceria lah kita sepanjang hari itu.. minda kata marah.. marah lah kita sepanjang hari itu.. senyumlah, dengan senyuman segala hal akan jadi lebih mudah.. [cakap memang mudah, nak mengamalkan kadang-kadang payah]

kawan, setiap kali kau hubungi aku.. kerap kali kau tanyakan soalan yang sama.. "serius kah hubungan kau dengan si dia?" 

jawab aku "lorh.. kalau bukan serius apa namanya.." kawan, hidup ini terlalu singkat. isi kan dengan pengalaman yang mematangkan kehidupan..

kawan, aku tahu kau risau.. risau sejarah bakal berulang.. biar kawan.. kalau ia berulang situasi nya berbeza.. perlakon juga berbeza.. mungkin pencetusnya berbeza. biar, maksud aku disini, mungkin aku bukan rusuk kirinya.. .mungkin.. setiap kita sudah ditentukan jodohnya..

pesan si dia pada aku "bersederhana la dalam segala hal.." hehe kawan, lagi pun membazirkan amalan syaitan... jadi, marilah bersederhana dalam segala hal walaupun dalam berchenta.. ngeee 

disebabkan kena bersederhana, aku sentiasa menghargai setiap moment yang tercipta antara aku dan dia.. walaupun nampak kecil tapi bila diberi perhatian akan memberi impak dan pulangan yang besar.. seperti yang aku cakap dulu "love is gambling, lucky in love.. unlucky in gambling.."

kawan, aku bahagia sekarang.. tiada apa yang perlu kau risaukan.. doakan yang baik2 sahaja untuk kami..

kawan, kami masih baru lagi.. kalau diberi carta, hubungan ni masih putik baru nak berbunga.. debunga pun masih malu-malu2 nak keluarkan debunganya.. manis bukan.. haha yang indah2 sahaja kawan.. 

Abang Addy  kata..
"aku senyum, kerana cinta aku padanya,
aku ketawa kerana sayang aku padanya,
aku mula menangis kerana rindu aku padanya"

kawan, kau pernah menangis.. menangis bukan kerana duka tapi rindu?? arghhh manja bukan.. bagi gadis hina seperti aku, ia satu perlakuan anak manja yang mengada2 yang dahagakan perhatian... 

ye, kadang-kadang rajuk aku selalu.. mengada-ngada aku berlebihan.. hehe tapi aku suka.. selesa begini.. mahu bermanja sebenarnya.. dan lepas tu dia akan kata "pang kang" haha kasar bukan.. tapi itu lah tanda sayang.. 

ish, masa tengah berchenta.. semua nampak baik-baik bukan.. ngeee yup, tak dinafikan.. itu lumrah alam perchentaan.. masa tengah sayang.. cuba kalau masa tengah marah.. ayat "pang kang" disebut-sebut.. tentu menimbulkan kemarahan yang amat.. semoga aku dan dia sentiasa bersabar..  kerana SABAR ITU INDAH...

Wednesday, December 08, 2010

untuk KAWAN-KAWAN yang kita SUKA

sorang kawan kata CHENTA boleh buat seseorang itu GEMBIRA.. yup, aku tak nafikan... and same time CHENTA juga buat kau rasa SAKIT... tapi bagi aku selain CHENTA, ada benda yang boleh buat aku GEMBIRA iaitu KAWAN-KAWAN..

aku bukan nak cerita pasal CHENTA tapi KAWAN-KAWAN yang KITA SUKA.. mesti korunk ada kawan yang korunk suka kan... yela, zaman sekolah tadika dulu lau tak nak main permainan mesti tak nak kawan kan.. lepas tuh yang kawan sorang lagi ni kata .."tak nak kawan sudah, nanti tetek kau tinggal sebelah" so naif kan waktu dulu2..

sekarang ni pun, kita hanya berkawan dengan orang yang kita suka je kan.. betul tak?? contohnya yang sekepala dengan kita [tidak bermakna kembar siam okeh], yang cantik or yang pandai.. sebab semua orang ada kepentingan disitu... jangan nafikan statement aku ni..

kau suka kawan dengan apa?? aku selalu tanya soalan ni kat kawan-kawan aku.. dan diorang akan jawab "kau lawak, kau suka buat orang ketawa" owh yeke, haha terima kasih la kalau itu yang korunk fikirkan..  aku tak rasa pun aku lawak.. tapi aku buat macam tu sebab aku nak gembira.. 


seperti contoh, kau mahu gembira,kau kena gembirakan orang lain dulu.. kau nak penghormatan, kau kena hormatkan orang lain dulu.. kau nak chenta, kau kena chentakan orang lain dulu.. itu la yang aku faham.. apa yang kau nak, kau kena buat dulu.. baru kau akan dapat balasannya balik.. tapi bukan dari orang yang sama kau gembirakan.. mungkin orang lain akan gembirakan.. sebab dunia ini bulat.. dan ia berputar-putar..


dan untuk KAWAN-KAWAN yang KITA SUKA,
sungguh aku bukan kawan yang baik.. tapi aku hargai korunk seadanya.. serius, aku selalu rasa hidup aku sunyi.. tapi dengan kombinasi CHENTA dan KAWAN-KAWAN yang KITA SUKA.. hiudp aku jadi lebih bermakna.. walaupun kadang2 jiwa sedikit kacau.. itu lumrah seorang gadis seprti aku. yup.. itu sangat-sangat pasti..






p/s:dah 60hari bersama kamu...

Tuesday, December 07, 2010

itu pasti atau mungkin??

satu,
SALAM MAAL HIJRAH...
apa azam tahun baru kali ni??
-seperti biasa, mahu jadi insan yang baik.. lagi baik dari tahun-tahun lepas.. tapi hakikat semakin buruk.keji dan hina. itu pasti.

dua,
aku dah balik KL..
ai told yu already.. nothing here.
dating? weee..

tiga,
aku bosan bila orang cari aku time dia ada masalah, time dia tak der sapa nak layan, time dia bosan.. seyes aku pun naik bosan. itu pasti..

empat,
aku nak main sorok2.. teringin sangat.. tapi for sure tiada sapa akan cari. itu pasti. 

lima,
aku perlu menyendiri barangkali.semua rasa seperti kucar kacir. hilang fokus pada kehidupan.sebab terlalu biasa membiarkan ia ikut arus semulajadi. sehingga aku tak mampu kawal kehidupan aku. mungkin..

enam,
aku semakin galak mengeluh. itu pasti.





p/s: hide and seek.adios.

Saturday, December 04, 2010

monsun cup 2010

bertuah jugak tak balik KL awal. lau tak Didi tak bawak aku jalan-jalan kat Riyaz untuk cuci mata tengok abang2 ni main kapal layar.. hoho okeh, mari kita biar gambar berbicara okeh.. =p


ni kat kawasan cindai ballroom kot, aku pun dah lupa nama dia
didi sebut tadi.


terasa seperti di Paris. Pija kata la.

hoho... suka bergambar.

paling suka view nih.. tapi didi kata lagi cantik lau aku 
tak mara dia tadi. haha ngok tul dak tuh..
(suka; lampu dia bersusun panjang. nice capture)


muka didi langsung tak ikhlas.
sebab aku paksa dia bergambar dengan aku.
[paksa untuk cover perut aku. haha]


cover perut lagi.. haha

malas dah aku nak cover perut. haha
[perut buncit.memang pun]


frenz ya..... <3 <3 <3

seperti di luar negara tak?? 
[pelis percaya okeh!!]


senyum ... weee

nampak perut aku berlapis.demmm..
budak ni jahat.. dia nak tolak aku jatuh masuk sungai tuh..

sekian, terima kasih. sangat seronok sepanjang aku bercuti di Terenganu dari 29hb nov 2010 hingga 3hb dis 2010.. sok 4hb dis 2010 nak balik Kuala Lumpur dah.. ngeeee [setelah kena paksa oleh seseorang untuk balik KL]


 
p/s: kakak kata dia tengok aku dari jauh.. nape eh??

Betul, Saya Memang Tidak Sayang Awak Langsung.

Betul.
Saya memang tak sayang awak.
Saya memang tak sayang awak langsung.
Noktah!
 
Saya memang tak sayang awak.
Sebab tak sayang awak, saya tunggu awak tiap-tiap malam.

Saya tak sayang awak.
Sebab tu saya dengar setiap apa yang awak luahkan pada saya.
Awak ingat saya nak dengar ke kalau saya sayangkan awak?
Haram!

Saya tak sayang awak.
Sebab tu kalau boleh setiap hari saya nak dengar suara awak, berbual dengan awak.
Kalau saya sayang awak, awak ingat saya nak tadah telinga dengar awak merepek-repek bercakap?
Jangan harap!

Saya tak sayang awak.
Sebab tu saya balas semua pesanan awak Twitter awak, YM awak, Skype awak dan surat elektronik awak.
Kalau saya sayang awak, saya padam tu semua.
Betul awak.
Saya tak sayang awak.
Betul.
Sebab tu saya tulis benda ni semua untuk awak.
Biar awak tahu yang saya tak sayang awak.
Biarkan.

Saya tak sayang awak.
Awak buat saya terpaksa tangguh berak disebabkan nak berbual dengan awak.
Kalau saya sayang awak, mesti saya dah bertapa dalam tandas tu.
Awak ingat saya sayang awak?

Saya memang tak sayang awak.
Awak ingat tu baik-baik.
 
 

Thursday, December 02, 2010

Tuesday, November 30, 2010

Smile

We smile not because everything is fine. But everything is fine because we smile.


 

Sunday, November 28, 2010

jangan-jangan cuba

aku tetapi begini.pasti tak kan berganjak.
hitam tetap hitam tak akan jadi putih.
titik.

benci aku ulang dan ulang.



 

wajah cantik nampak hodoh bila hati kau berkudis

sayang sekali.. wajah cantik tapi hati penuh kudis.. 
bernanah.. 

ye mungkin ayat diatas hina.keji. tapi itu yang aku rasa bila aku pandang wajah kau.

aku,
jangan kau cuba uji.
diam aku pula,
bukan mengiya apa yang kau kata.

kau,
cantik..
wajah kau bersih..
mungkin sebab bibir kau tak pernah lepas dari kalam ALLAH SWT

aku,
sering tertanya...
dengan sikap kau..
segala amalan kau diterima ke??

aku,
aku manusia hina.
sering saja laku kesalahan
dosa aku.. aku yang tanggung sayang..

kau,
kau wanita mulia..
wanita yang diidamkan para lelaki
tapi sayang.. 
mereka tak tahu hati kau berkudis.. bernanah busuk..

aku,
diam aku sebab aku malas nak bertelagah..
diam aku sebab aku tak nak kau sakit hati dengan kata-kata aku..
diam aku sebab aku benci keluarkan kata-kata tak enak untuk kau didengari..
diam aku sebab aku tak nak selongkar semua buruk busuk kau itu..
diam aku diam bersebab.. 

kau,
harus fikir...
kau bukan wanita sempurna depan aku..
kau wanita hina depan aku..
kau pura-pura depan aku..

tapi kawan...

aku,
cuba untuk lupakan apa yang aku dengar..
cuba untuk lupakan apa yang aku lihat..
cuba untuk terima kau manusia biasa..

mana mungkin sempurna!!

 

Saturday, November 20, 2010

alih bulan


hari ni 20 nov bulan depan 20 dis
alih bulan rasanya..
meragam je tak tentu pasal...
macam bayi la aihh...

hari ni 20 nov bulan depan 20 dis
alih bulan rasanya..
meragam tak tentu pasal..
dah nak masuk suku abad rupanya...



p/s: pasrah je sekarang

Friday, November 19, 2010

Monolog Pantai




Bersenandung alun ombak
Berselimut langit kelam
Bertikarkan pasir dingin
Berlampukan bintang kerdip

Hampir pasti siang pulang
Mungkin saja semua hilang
Terbang dan jatuh, tetap sini

Percaya Maha Mengetahui
Ku ujar rindu dalam sejuta bahasa
Ku hitung kasih hingga infiniti

Lagu ini terlalu murah berbanding senyumanmu dipagi waktu
Lirik ini terlalu kerdil berbanding rasa yang menyuap jantungku

Indah dari segala puisi yang digubah
Indah dari segala gambar yang pernah dirakam

So tell me, where were you?
Hampir pasti angin deru
Mungkin saja jadi debu
Sehingga itu, tetap sini

Percaya Maha Mengetahui
Ku ujar rindu dalam sejuta bahasa
Ku hitung kasih hingga infiniti
Takkan tercukup

Lagu ini terlalu murah berbanding senyumanmu dipagi waktu
Lirik ini terlalu kerdil berbanding rasa yang menyuap jantungku
Indah dari segala puisi yang digubah
Indah dari segala gambar yang pernah dirakam
So let me make the best of now

-wani ardy-

Belajar

Kata
mudah
murah
percuma

Kelat
lidah
kita
merasa

Bukan mempersoal- melangut cuma
Aku manusia biasa, kadang lupa

Jangan
buta
pada
yang ada

Rangkul
aku
waktu
hancur

Minta nyawa dan asa
Aku manusia biasa, kadang sia

Melihat hujan sebagai rahmat; biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari sayang di dalam benci; merendah diri, membuka hati
Melihat gelas separuh penuh; yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan 
Sukarnya namun aku belajar

Melihat hujan sebagai rahmat; biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari helai daun yang hijau, dalam terbentang luas kemarau
Melihat gelas separuh penuh; yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
 
Sukarnya namun aku belajar
Sukarnya namun aku belajar
Sukarnya namun aku belajar
…dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
Sukarnya namun aku belajar

-wani ardy-
p/s: sukar tapi aku belajar <3

aku bukan hal yang terindah dalam hidup kamu

Mungkin satu masa nanti setiap setia dapat memujuk kubu kerasmu untuk dibuka pintunya..  
mungkin satu masa nanti awak akan terima saya seada-adanya dan seikhlas hati.. 
mungkin saya bukan yang terbaik yang pernah kamu miliki.. sebab saya bukanlah hal-hal yang terindah dalam dunia ini..  
saya masih bernafas dan saya takkan lemas dengan cabaran dugaan ini..

saya akan hadapi.. 
saya takkan tewas,  
saya akan gagah berdiri 

walaupun halangan menanti..
ingin saya beritahu kepada kamu yang saya cintai,
namun saya tahu kamu tak akan mengerti apa yang terpendam dalam hati..  

saya tak pandai bicara dengan semanis mungkin..


kadang-kadang terlepas lafaz yang kasar, kurang enak dipendengaran..
tapi itu la saya.. bukan la hal yang terindah dalam dunia ini..
juga bukan hal yang terindah dalam hidup kamu..
apa orang berkata akan saya tolak ketepi kerna kamu yang saya nanti dan saya terimpi-impi.


Datanglah, bilah tajam marilah, ribut kejam..
Meski ditikam bertubi ku pegang apa ku janji..

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak... 
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka...
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu...

Sedang aku bergerak mendekatimu dan berusaha memahamimu..
kau..?!

 

p/s: kalau ada hal yang terjadi.. boleh kan bawa berbincang.. selesaikan bersama.

selebihnya aku sedang merajuk dan kecil hati.. 
terpulang la mahu pujuk atau tidak. 
aku tak paksa (ego sedang kuasai diri.maaf)