Showing posts with label Ketawa. Show all posts
Showing posts with label Ketawa. Show all posts

01 January 2025

2025

Moga tahun baru ini banyak memberi manfaat kepada hidup. Aamiin.

Moga tahun baru ini berita gembira menanti dari segi kerjaya, kehidupan, rezeki, kesihatan dan sebagainya. Aamiin.

Terima kasih sudi temani saya mengharungi tahun 2024 yang penuh cabaran.

Semoga tahun 2025 yang baik baik untuk keluarga kita.

💘

02 October 2024

Tahun Kita (1)

Setahun dah berlalu, pejam celik pejam celik melayari bahtera perkahwinan.

Setahun untuk kita.. hingga ke Jannah. Moga yang baik baik untuk kita. 

Semoga kita berdua redha antara sebagai suami isteri.

Love you more baby. 

28 July 2023

Lazy Day

Ada hari kita, kita penat, kita moody, kita happy, kita rajin, kita gembira. 

Tapi satu je kita kena ingat, apa pun perasaan kau waktu itu.

Semua yang negetif kau kena letak tepi dan pasangkan topeng senyum. 

Walaupun bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang ada di sekeliling kau. 

"awak selalu senyum since you sampai, i suka lah" kata Chinese girls

Dan walau macam mana pun kau nak datang kerja, kau kena ingat, kau bukan anak orang Hartawan, kau bukan isteri kepada mana-mana Jutawan. 

Kau cuma seorang perempuan yang berjuang untuk menghabiskan sisa hidup yang masih berbaki walaupun dalam sehari. 

Alhamdulilah, masih hidup. 

22 November 2019

November Treat


Beli rumah baru untuk Lulu and Dudu buy from my 💘

Bead Charms buy from my 💘

Heel and LV charms, kumpul sikit-sikit dari duit OT iols.

Sling bag buy from my 💘

All things a sentimental value.
Kasih sayang tak boleh diukur dengan harta benda. 

I love you more 💘

10 December 2014

Bulan terakhir

"Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya, imannya, bukan semudah yang kau sangkakan."

terkesan dengan ayat ini.. asal pilihan aku yang hancur jiwanya. benarlah bukan semudah yang disangkakan.. sabar aku bukan setinggi KLCC lagi.. rasanya dah boleh umpamakan setinggi langit.

Allahuakhbar..

moga diberi pinjam kekuatanMU kepada ku..

"Kau kena menangis lebih banyak di malam hari depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang hari depan isterimu."

benarlah. alhamdulilah. sentiasa mampu nampak tenang dan tabah. sebab setiap malam mengadu sampai bengkak2 mata. allah saja tahu.. ngeee dan anehnya, bangun pagi mudah, rasa bertenaga. padahal tido dah lewat. semoga makin kebal hati ini.

oh ye, adik lelaki nak kawin.. hahaha aku dah kebal sebab orang asik tanya aku je. jemu gak. lepas ni lagi la bertalu orang tanya kan sebab adik aku nak nikah lak. haha get ready oiii!

aku demam dan have a flu. 4 days include today. cepat sembuh sebelum sabtu. haha kalau tak gi tgk org sanding muka pucat gila. haha

lupa lak.. aku kan baby lagi, so nak beralih tahun demam la. haha mengada!!

kerja? aku tak pernah benci kerja aku. tapi menyampah dengan kampeni aku. haha i love my job my career..

"Jangan pernah bertanya kepada otak yang terbatas."

maka kita tukar.. its time bertanya allah dahulu.

moga bermanfaat.

02 September 2014

berita dan kebaikkan.

end of ogos dengan kegembiraan.. moga terbalas segala tangis dan air mata yang mengalir keluar dua tiga bulan yang lepas. ternyata, kami masih punya perasaan sepeti dulu cuma, belum tiba masanya. 

permulaan sept dengan berita gembira.. angah dapat kerja yang sesuai dengan kelayakkannya. moga bertuah selalu angah. aku selalu ada pemahaman, setiap perempuan yang mendampingi seorang lelaki akan membawa tuah dalam hidup seseorang lelaki. jaga perempuan itu angah, dia bawak tuah pada kau. 

sebenarnya, semakin kerap orang bertanyakan hal saya dengan seseorang, masih lagikah? saya selalu mendiamkan diri dengan persoalan seperti itu. 

terima kasih atas perhatian dan kasih sayang kalian. saya hargainya.

20 July 2014

21 Ramadhan 1435

'abah along kaya, suami mama miskin'

This sentences mama selalu guna kalau abah beli or bagi sesuatu kan aku.

Tapi kali ni abah beli untuk mama.

Untunglah~~~~

Hehehe

14 July 2014

15 Ramadhan 1435

bagi aku tiada istilah lelaki dan perempuan berkawan baik.

tiada.

titik!!

10 March 2014

Bonding Time II


aritu bonding time dengan adik perempuan,

kali ni bonding time dengan kak long lak.

=)

05 January 2014

Bonding time I

Bertahun plan nak jumpa.. Selalu tak jadi. Dia sibuk ataU aku sibuk..
But semalam.. Aku gi gak langgar jer.. Sememangnya benda tak plan jadi je kan...
Dia manja.. Aku rasa, lau nabila ada.. Mesti arwah pun manja macam dia..
Al-fatihah.
P/s: sian.. Jatuh masa main ice skating.. Lebam pipi.

31 December 2013

dua kosong satu tiga yang sangat ohsem!

tahun yang sangat ohsem.

banyak perkara baik-baik yang jadi.

dari mula awal tahun hingga akhir tahun.. (er.. akhir tahun tak bape nak best, tapi kita yang pilih untuk simpan ia sebagai the best or not) kan?

tahun pertama berkerja, hidup duit sendiri, tapi gi keja balik keje.. STILL mama iter ambik. bhahaha tak leh buat apa part yang itu.

nah, kronologi ohsem dua kosong satu tiga saye.


 Jan 2013, Lumut Perak. haa ini trip outstation katanya.

Feb 2013, gi Cherating, Pahang. duk kat borderline. 

Feb 2013, Kota Kinabalu, Sabah. Masa ini perlancaran apa ntah, not so sure. cant remember. (haa mesti tak best, sbb tu tak ingat) hikhik

MAC 2013
rasanya time ni, sidia dan aku tgh bertungkus lumus buat resume.
sidia nak beralih angin. mencuba sesuatu yang baru.

APRIL 2013
sidia berkursus. aku? duk rilek di kat opis. i think la. lupa dah. 

MAY/JUNE 2013
aku gi Terengganu pula. Kawin zati dan aji. 
bulan ni pun bulan special jugak. hahaha
berkenalan kali pertama dengan keluarga sidia. 
oh ye, dan juga ini kali pertama sidia berangkat ke laut. keja laut katanya. 

Trip ke Bandung Indonesia, June 2013 yang sangat mengkayapkan diri.

PRK Besut, Terengganu, July 2013. 

Ogos 2013, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MerdekaRaya 
Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia.

Trip ke Langkawi Kedah, September 2013 bawak mama jenjalan.

PRK Sg. Limau, Kedah. Oktober 2013, last outstation dengan Puteri UMNO Malaysia. 

November 2013, she getting married. taken already. oh ye, ni opkos la di Seberang Takir, Kuala Terengganu. dan 

special event juga terselit dalam bulan ni. 
saya sangat suka bulan November 2013.
Keluarga sidia jemput keluarga aku datang rumah.
alhamdulilah. (debar wase ambe)

December 2013, Happy Birthday to Mama n Me.. Alhamdulilah. diberi peluang dan ruang untuk sambut bersama lagi sekali..

2013, kita tak kan bertemu kembali kerana ia akan memisahkan kita dengan jarak yang panjang. 

moga ia kekal menjadi ingatan yang paling manis.

thanks for the memories guys. 

27 June 2013

Trip to Bandung (21hb June 2013 - 24hb June 2013)


dalam bergurau,
'takpe, kita gi Jakarta sama2 tahun depan, nanti awak kata gitar saya tak de lagi'

offer gitar ukulele untuk dia, tapi tak jumpa sepanjang 4hari disana. hanya mampu beli kain pelekat. haha

sian.

tahun depan la cengitu eh..


02 April 2013

Save The Date

jeng..jeng.. and for sure la bukan aku  yang kahwin.

seperti biasa, aku selalu nak share hari bahagia kawan-kawan aku.

so tarikh-tarikhnya adalah seperti berikut:-

1. 02 June 2013 (Faezah dan Pasangan)
    Majlis Perkahwinan.
    pssssttt: pasangannya orang terengganu jua, eceh.. ai loikeee.

2. 08 June 2013 (Nurul dan Pasangan)
    Majlis Pertunangan.
    ps: aku kena gi sebab dah kena ugut. jatuh hukum WAJIB katanya.

3. 29 September 2013 (Rusnija dan Pasangan)
    Majlis Perkahwinan.
    ps: dah save the date, insyallah kita semua gi reramai.

4. December 2013 (Shidah dan Pasangan)
    Majlis Perkahwinan.
    ps: tarikh lum decide lagi. oiii, dah decide kasi roger awal2..

5. next wedding or next enggament, who??


untuk persoalan yang membelenggu diri, masih lagi terbiar tanpa jawapan.

p/s: Encik Hati sedang berkursus, tiga hari. sedang memperbaiki masa depan, mohon  dipermudahkan jalan hidupnya, tambahkan rezekinya, lapangkan hati dan mindanya. Amin.

26 February 2013

update

personal life? tidak akan dikemaskini.

kerja? selalu.

done?! yes, done! 

22 February 2013

terlalu

terlalu banyak benda nak diperkatakan.
terlalu banyak benda nak dikongsikan.
terlalu banyak benda nak diceritakan.
terlalu banyak benda nak ditangiskan.
terlalu sikit benda untuk disenyumkan.
malah
terlalu sikit benda untuk diketawakan.

yang ada cuma,
menumpang gembira-gembiranya mereka.

ya allah,
sunyinya hidup.

berikan lah aku teman hidup yang boleh berkongsi segala duka
serta saling membina bahagia.

bahagia yang boleh dirasa oleh yang halal sebagai suami dan isteri.

amin.

p/s: namanya setiap sujud hajat aku. rindu. al-fatihah.

30 October 2012

kawan lama


kawan lama?

lama tara mana.. aku tak mahu ingat
yang penting dia pernah kata "kawan sampai mati"

selamat berkawan semula.

mungkin tak sama seperti dulu.

harap lebih matang dari dulu.

"pukui mau"

haha.. pangai tak pernah berubah!


16 February 2012

Dean List

Alhamdulilah....
atas setiap jelingan yang diberikan..
atas setiap renungan tajam yang memandang..
atas setiap gelak tawa yang dikongsikan..
atas setiap cubitan yang singgah..
atas setiap perkongsian ilmu yang tak pernah cukup..
atas setiap kali kaki melangkah, otak letih berfikir beringat, badan lesu tidak bermaya
atas setiap sokongan dan motivasi..
atas segala-galanya!!!

terima kasih Ya ALLAH SWT...
kau berikan aku yang lebih baik dari sebelumnya.

doa yang tidak putus selalu mengiringi setiap langkah perjalanan kami.
Syukur.. Alhamdulillah