Jiwa Penuh Chenta

Tuesday, December 31, 2013

dua kosong satu tiga yang sangat ohsem!

tahun yang sangat ohsem.

banyak perkara baik-baik yang jadi.

dari mula awal tahun hingga akhir tahun.. (er.. akhir tahun tak bape nak best, tapi kita yang pilih untuk simpan ia sebagai the best or not) kan?

tahun pertama berkerja, hidup duit sendiri, tapi gi keja balik keje.. STILL mama iter ambik. bhahaha tak leh buat apa part yang itu.

nah, kronologi ohsem dua kosong satu tiga saye.


 Jan 2013, Lumut Perak. haa ini trip outstation katanya.

Feb 2013, gi Cherating, Pahang. duk kat borderline. 

Feb 2013, Kota Kinabalu, Sabah. Masa ini perlancaran apa ntah, not so sure. cant remember. (haa mesti tak best, sbb tu tak ingat) hikhik

MAC 2013
rasanya time ni, sidia dan aku tgh bertungkus lumus buat resume.
sidia nak beralih angin. mencuba sesuatu yang baru.

APRIL 2013
sidia berkursus. aku? duk rilek di kat opis. i think la. lupa dah. 

MAY/JUNE 2013
aku gi Terengganu pula. Kawin zati dan aji. 
bulan ni pun bulan special jugak. hahaha
berkenalan kali pertama dengan keluarga sidia. 
oh ye, dan juga ini kali pertama sidia berangkat ke laut. keja laut katanya. 

Trip ke Bandung Indonesia, June 2013 yang sangat mengkayapkan diri.

PRK Besut, Terengganu, July 2013. 

Ogos 2013, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MerdekaRaya 
Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia.

Trip ke Langkawi Kedah, September 2013 bawak mama jenjalan.

PRK Sg. Limau, Kedah. Oktober 2013, last outstation dengan Puteri UMNO Malaysia. 

November 2013, she getting married. taken already. oh ye, ni opkos la di Seberang Takir, Kuala Terengganu. dan 

special event juga terselit dalam bulan ni. 
saya sangat suka bulan November 2013.
Keluarga sidia jemput keluarga aku datang rumah.
alhamdulilah. (debar wase ambe)

December 2013, Happy Birthday to Mama n Me.. Alhamdulilah. diberi peluang dan ruang untuk sambut bersama lagi sekali..

2013, kita tak kan bertemu kembali kerana ia akan memisahkan kita dengan jarak yang panjang. 

moga ia kekal menjadi ingatan yang paling manis.

thanks for the memories guys. 

Friday, December 13, 2013

Amatur

Baru dua minggu lapor diri kat kolej, aku dah diberi kerja yang agak berat. Sadis je kan..
Bukan aku xfamiliar dgn kerja diorg bagi. Tpi masa yg diberi singkat sangat.. Sedangkn satu movie yg bgi aku agak baik terhasil dalam masa sebulan. Tpi diorg bgi dalam masa 2hari.
Blearghhh
Korunk rehersel dulu, aku nak gi hisap rokok jap..

Friday, December 06, 2013

Musim Tengkujuh

Dalam merungut-rungut semalam. Encik hati call. Guna no satelit.

Seminggu dah dia tak keja. Ombak besar katanya.

Dia tanya, ada aku call ma or aboh dia.. Aku cakap dua hari lepas baru msg. Tak call pun.

Dia risau. Belakang rumah pantai. Takut ombak besar jer.. Dia call ma dgn aboh tak angkat.

Aku cakap, tak pe nanti aku call ma. Jgn risau la.. Insyallah xde apa-apa.

Adat berumah ditepi pantai, bila-bila je boleh dilanda ombak.

Hmm... Moga semua selamat melepasi musim tengkujuh ni.

Moga encik hati pun selamat di laut sana.

P/s : sesi perkenalan antara dua keluarga dah selesai. Alhamdulilah.. Moga kami berjodoh dan direstu keluarga dan Allah swt. Amin.

Thursday, December 05, 2013

New environment

Bukan senang sebenarnya nak keluar dari zon selesa...
Mungkin boleh dikategorikan aku sedang alami perubahan yang mendadak.
Tinggalkan kerja yang aku dah biasa. Dan sekarang mulakqn kerja yang sepatutnya kau buat dari dulu lagi. Tapi tak diberi peluang. Then bila peluang dah diberi, aku kena mula semula dari bawah..
Buat kawan, networking, sesuaikan diri dengan psekitaran, learn how to manage time/task/ or everything.. Bukan mudah.
Aku terlalu selesa di zon selesa. Dan aku mula bandingkan itu dan ini.. Yeah!! This is my problem not yours.
Tambah-tambah bila encik hati sibuk sangat kat laut. Lagi la haru hidup. See nampak tak? Aku biarkan perasaan aku bergantung dengan keadaan sekeliling.
Suppose aku didik perasaan dan mind aku. Aku kontrol perasaan ni. Bukan orang lain.
Padahal two weeks ago dah jumpa. Dah senyum bagai-bagai. Tapi...
Masih. Lagi. Rindu.

Monday, August 19, 2013

Sabar dengan apa yang kau Benci

sungguh dengan si dia,
aku belajar jadi orang yang sangat-sangat penyabar.
sampai dia kata "sabar awak lagi tinggi dari KLCC"
hopefully gitu la gayanya.

aku benci betul bila dia diam!
tapi itulah yang ajar aku jadi penyabar.

almost 3 years,
aku sepatutnya faham kalau dia diam.
sumthing dalam kepala yang dia tak nak aku tahu or serabutkan aku.
maybe.

beza sungguh aku dengan dia.
aku jenis yang nak ada 24h/7d
dia pula jenis dua tiga hari baru contact (sms/call/bbm)
beza!

tapi itu yang aku sayang.

sungguh aku sayang!

teringat dalam nada gurau dia pernah kata, "jangan tamak, sederhanalah, kalau saya tak de, awak langsung tak dapat apa-apa"

aku benci bila dia cakap macam tu! benci.
sikit demi sedikit, di ajarnya aku menjadi seorang penyabar, seorang yang redha dengan ketentuan Allah, seorang yang sederhana dalam segala hal, seorang yang tidak mengharapkan apa-apa balasan dan yang paling penting seorang yang Penyabar kerana itulah kunci Kehidupan.

p/s: ALLAH SWT, berikan kebaikan dunia akhirat pada aku dan dia.

p/s/s: ALLAH SWT, kalau dia yang terbaik untuk aku dunia dan akhirat, permudahkanlah jalan kami. amin.

Saturday, August 03, 2013

Ramadhan 2013

rasanya tahun ni tiada satu entry pasal bulan puasa kan?

banyak perkara yang baik-baik jadi pada bulan ni.
banyak perkara yang bahagia jadi pada bulan ni.
banyak rezeki yang diberi pada bulan ni.
banyak ujian yang diharungi bulan ni.

terima kasih Ya Allah untuk segala rasa.

moga, dalam setiap perkara yang dibualkan,
akan dipermudahkan olehMU.

moga, dalam setiap perbuatan yang aku dan orang sekeliling lakukan
sentiasa dalam rahmat dan redhaMu.

amin.

Thursday, July 11, 2013

Rezeki

Kadang2 benda yg paling kau nak tu la tak kan dapat. 
Sebab tu wujud perkataan SABAR.

dan Tuhan bagi dalam bentuk lain, 
sehingga kita kena belajar suka benda yang kita dapat tadi.

SABAR la.

ada hikmahnya.

p/s: alhamdulilah. banyak rezeki sidia. moga terus bertambah, amin.

Tuesday, July 02, 2013

Box


Dari Bandung ke Kuala Lumpur ke Terengganu.

Hope, diorang semua suka.
Al-maklum lah.. saya tak pandai pilih2 kain ni.

Noob banyak part2 pemilihan kain.

Thursday, June 27, 2013

Trip to Bandung (21hb June 2013 - 24hb June 2013)


dalam bergurau,
'takpe, kita gi Jakarta sama2 tahun depan, nanti awak kata gitar saya tak de lagi'

offer gitar ukulele untuk dia, tapi tak jumpa sepanjang 4hari disana. hanya mampu beli kain pelekat. haha

sian.

tahun depan la cengitu eh..


Monday, June 17, 2013

I-talk

sejak-sejak cik abang naik laut..

aku secara otomatik, ambik tahu hal2 laut..
cara buat panggilan guna i-talk
rindu tak yah kate la.

mula2 i-talk dia hilang, punya la susah nak dgr berita dari dia.
selang 4 hari baru leh dengar.

lepas tu bila mama dia pas i-talk kat kawan dia.
baru la dengar khabar berita dari dia.

untungnya aku.
walaupun dia tak call aku selalu.
adik-beradik dia ada je yg sms or waksap aku perihal dia
best kan?

rasa macam banyaknya kasih sayang aku dapat. perhatian semua-semua la.

moga, rasa ini sentiasa kekal. moga kalau berjodoh makin erat. kalau tiada jodoh, moga rasa ini sentiasa kukuh. semua kerjaNya bukan?.

dari selang 4 hari, aku mintak cal la aku selang 2 ari. tapi sekarang hari-hari dia cal.
rindu la tu? ke bosan kat sana.. haha laki, baik dia ngaku bosan dari rindu kan.

hehe apa-apa pun. aku semakin jatuh cinta. moga cinta ini akan berada dalam redha Allah dan ahli keluarga masing-masing.

doakan kami berjodoh ye.

macam abang dia kata "kalau dah tertulis di loh mahfuz, yani berjodoh dengan achik, abang bersyukur sangat-sangat"


moga. amin.


Thursday, June 06, 2013

Orang Laut

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
“Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia.”


p/s: moga Tuhan mudahkan segalanya untuk awak.

Monday, June 03, 2013

Rhu Muda, Marang


Moga ada jodoh, aku akan kembali ke sini, lagi.

Tuhan, permudahkan segalanya.

Kau sebaik-baik perancang.

Berikan keluarga ini kesihatan yang baik, dilapangkan dada, diluaskan fikiran, sentiasa dalam rahmatMU dan dipertambahkan rezeki setiap mereka.

Amin.

p/s: alahai.. anehnya perasaan ini. al-fatihah.

Tuesday, May 14, 2013

benar-benar bersedia.

ulangkali aku dengar,
'aku tak bersedia'
'kenapa aku?'
berulangkali.

sering kita dengar. 
tapi sebenarnya 
kita dah benar-benar bersedia.
sebab ujian hanya untuk mereka yang benar-benar mampu menghadapinya.

dan itu adalah tanda kasih dan sayang NYA kepada hambaNYA. 

amin.

p/s: semoga aku sentiasa dibawah lindungan kasih dan sayangNYA.

mencari hikmah atas setiap semuanya.

semoga tidak putus rezeki yang diberi,
semakin kurang beban yang ditanggung,
hutang yang dipikul,
rasa berat di jiwa.

semoga bertambah rezeki dari MU, 
agar ringan bahu,
kurang merunggut,
tenang di jiwa.

semoga kasih yang ada kekal ada,
agar cinta bercambah,
rindu bertasbih,
kasih dan sayang seiring.

semoga apa yang diuji,
terbalas,
terbayar, 
terdidik hati untuk mensyukuri.

sungguh beratnya memikul beban
bila berada dalam ketidaksediaan.

tapi aku tahu, 
ada hikmah atas semuanya,
kerana ia kehendakMU.


Sunday, April 28, 2013

LELAH...


7 hari berkerja dengan orang logistik. non-stop!
aku punya muscle dah naik.
dan aku penat sampai nangis.

cepatlah PRU-13 ni.

Thursday, April 25, 2013

=)

kalau benar bagai dikata.
dua bulan selepas berkerja.

permudahkan segalanya Ya Allah SWT.

Sunday, April 21, 2013

sayang saya

kalau boleh nak suruh dia jerit pada dunia.

biar dunia tahu, 
dia sayang saya.

kasihnya.

Wednesday, April 17, 2013

save the best for last

"sudi berkorban.
belajar hidup bersama."

p/s: resume awak. rindu awak.

p/ss: kerja aku buat sekarang dah diserapkan. alhamdulilah.

Tuesday, April 02, 2013

Save The Date

jeng..jeng.. and for sure la bukan aku  yang kahwin.

seperti biasa, aku selalu nak share hari bahagia kawan-kawan aku.

so tarikh-tarikhnya adalah seperti berikut:-

1. 02 June 2013 (Faezah dan Pasangan)
    Majlis Perkahwinan.
    pssssttt: pasangannya orang terengganu jua, eceh.. ai loikeee.

2. 08 June 2013 (Nurul dan Pasangan)
    Majlis Pertunangan.
    ps: aku kena gi sebab dah kena ugut. jatuh hukum WAJIB katanya.

3. 29 September 2013 (Rusnija dan Pasangan)
    Majlis Perkahwinan.
    ps: dah save the date, insyallah kita semua gi reramai.

4. December 2013 (Shidah dan Pasangan)
    Majlis Perkahwinan.
    ps: tarikh lum decide lagi. oiii, dah decide kasi roger awal2..

5. next wedding or next enggament, who??


untuk persoalan yang membelenggu diri, masih lagi terbiar tanpa jawapan.

p/s: Encik Hati sedang berkursus, tiga hari. sedang memperbaiki masa depan, mohon  dipermudahkan jalan hidupnya, tambahkan rezekinya, lapangkan hati dan mindanya. Amin.

Friday, March 29, 2013

Rahsia ALLAH SWT

kehadapan suami,

persoalan demi persoalan timbul di benak.
adakah aku mampu dan sanggup untuk tinggalkan segala yang telah aku selesa.

ibarat aku sedang menggadaikan sesuatu yang aku sayang, untuk aku cuba dapatkan apa yang sendiri tak tahu sama ada berjaya atau tidak di masa depan.

mampu? sanggup?
bertubi-tubi persoalan ni.
dan aku masih biarkan ia tidak berjawab.

apa yang aku mampu? apa yang aku sanggup?

okay, let say about perkahwinan.

ada yang kata perkahwinan satu perjudian. sama kita menang atau kalah, itu cara kita bermain.

ada yang kata perkahwinan satu perkara yang suci. suci? aku tak nampak kalau nak dibanding dengan institusi perkahwinan dan kekeluargaan zaman sekarang.

tapi aku pasti, perkahwinan atau pernikahan adalah salah satu nikmat syurga yang diturunkan di Bumi oleh ALLAH SWT kepada hambanya. segalanya kita lakukan dengan suami kita adalah pahala yang berlipat ganda. halal.

yes. nikmat syurga.

okay persoalan yang timbul nya,
mampu kah aku menjadi isteri yang sempurna untuk suami aku suatu hari nanti? mampu kah aku menjadi isteri yang membahagiakan suami aku suatu hari nanti?
mampu kah aku menjadi isteri yang menenangkan suami aku suatu hari nanti?
sanggup kah aku sekiranya apa yang aku impikan tidak menjadi kenyataan?
sanggup kah suami aku sekiranya selepas kahwin aku tidak seperti apa yang suami impikan?
mampu aku dan suami sama-sama hidup susah dan senang?
mampu dan sanggupkah aku dan suami hidup berjauhan atas faktor-faktor kerjaya dan sebagainya?
sanggup kah aku melakukan pergorbanan, meninggalkan zaman bujang, tidak cukup tidur sebab anak menangis waktu malam, berkerja keras untuk membesarkan anak? sanggup kah aku? mampu kah aku?
mampu kah aku nak didik anak-anak kami, mampu kah aku jadi ibu yang sempurna untuk anak-anak kami?
terdidik kah aku dengan kesabaran bila berhadapan dengan karenah anak-anak kami nanti, saling berkerjasama kah aku dan suami dalam mendidik dan membesar anak-anak kami nanti?
mampu kah aku terima ujian dari ALLAH SWT dari sudut lain kelak?
sanggup? mampu?

persoalan demi persoalan.
dan aku masih biarkan ia tidak berjawab.

mama pernah cakap, bila aku beria-ia mengatakan, "takpe, kalau dah kahwin duduk jauh2. zaman sekarang kan macam tu. skang ni pun bercinta jarak jauh je" mama jawab, "sanggup ke? sekarang tak dapat, memang kata tak pe, cuma kalau dah dapat?!" aku diam, pandang sepi, cuba memahami makna 'dapat' mama. mungkin dari segi nikmat perkahwinan. aktiviti seksual. mungkin. dan dari segi lain, 'dapat' duduk bersama-sama, makan bersama-sama, gelak bersama-sama, susah senang bersama-sama. mungkin itu 'dapat' yang aku faham.

dan aku bertambah faham, bila conversation aku dengan rakan sekerja, dia mengatakan 'bila suami hendak dan kita tak mampu nak beri, sangat kasihan dengan suami'. aku pandang, dan aku terfikir lelaki SATU NAFSU DAN 9 AKAL, perempuan 9 NASFU DAN 1 AKAL. ye, satu nafsu yang itu, kalau tidak isteri beri pada siapa dia nak minta. kalau cari dekat perempuan lain, mula la bergoyah institusi kekeluargaan. okay.

okay, kenapa boleh timbul persoalan ini?
satu sebab aku sedang merangsang otak dan akali berfikir secara logik. sedang ajar diri aku untuk terima perkara2 yang boleh terjadi dalam perkahwinan. mungkin faktor umur aku agaknya. and i think too much about this.

antara sebab-sebab lain,
contoh terdekat family aku, abah kahwin dua. so kalau ini terjadi, what should i do? mampu? sanggup?

contoh lain, kalau salah seorang dari kami sakit. suami sakit, aku kena jaga anak, uruskan anak. ye, tu keja perempuan. tapi kalau aku sakit, suami aku sanggup? mampu?

so many question in my head. macam nak meletup. aku takut sebenarnya. walaupun dalam hati ini cakap, yes, aku dan suami boleh together harungi semua benda ni.

yela, sekarang masa bercinta, tanggungjawab tu sikit je. tak rasa terbeban pun. kalau jadi apa-apa dengan aku, aku masih ada keluarga. dia pun ada keluarga. kami tidak terikat antara satu sama.

kalau dah berkahwin, aku dan dia jadi satu. susah senang, sakit sihat sama-sama. aku ada dia. dia ada aku. dari dua jadi satu. hidup untuk dia. dan kalau dia sudi hidup untuk aku? and for sure ALLAH SWT always the fisrt reason we still life until now.

tapi aku tak faham, why?? persoalan ini harus timbul. sebab aku tengok, orang lain senang je nak kawin, rasa tak ngam, cerai. anak bagi mak ayah jaga. simple, just like A B C 1 2 3.. simple as that. right??

tapi tidak bagi aku, once aku nikah. yes, he's the only one. hope. sebab ALLAH SWT yang lebih tahu. biarlah susah dan senang aku dengan dia. sakit sihat aku dengan dia. anak-anak aku dengan dia. suami aku. kalau ini jodoh aku, biar aku pertahankan, selagi tidak melanggar syariat.

dan aku harap dia juga sedang fikirkan apa yang sedang aku fikirkan.
sediakan mental dan fizikal untuk kita betul-betul bersedia ke peringkat yang lebih bertanggungjawab dan amanah ini. yes amanah, seperti mana abah menerima aku sebagai amanah, suami menerima aku sebagai amanah, dan aku menerima suami sebagai amanah. penuh dengan rasa tanggungjawab dan aku nak aku dan suami sentiasa selitkan dengan rasa cinta, kasih dan sayang untuk setiap tanggungjawab dan amanah yang diberikan pada kami suami isteri. semoga kita sama-sama bersedia.

Ya ALLAH SWT, hanya kau yang maha mengetahui, bila aku sudah benar-benar bersedia, maka permudahkan segala urusan hidup aku untuk ke peringkat yang KAU redhai. hilangkan segala persoalan dengan menghadirkan seorang suami yang mampu dan sanggup untuk bersama-sama dengan aku dunia dan akhirat. supaya kami saling menjaga antara satu sama lain, saling menenangkan antara sama lain, saling kasih antara satu sama lain, saling cinta antara satu sama lain. saling sayang antara satu sama lain. dan bila kami benar-benar bersedia, KAU permudahkanlah segalanya. amin.

Bimbing aku suami, aku ni manusia paling takut untuk pikul tanggungjawab dan amanah. maafkan aku.

yang cinta,
isteri.

Tuesday, March 26, 2013

PTPTN

aku baru bayar. sebenarnya saja test nak bayar.

so aku bayar la RM2.00

untuk kedua-dua surat tawaran tu.

dan aku bangga aku dah bayar walaupun RM2.00 je.

semoga aku murah rezeki. 

amin.


p/s: rindu la.

Monday, March 18, 2013

kau buat, kau dapat.

dah banyak kali aku buat uji kaji dekat diri sendiri.

kalau kau buat apa Dia suruh, kau dapat apa kau nak.
itu kan janji Dia

tapi aku sering kali tak buat apa yang Dia suruh, tapi sibuk persoalkan
kenapa aku tak dapat apa aku nak.

benda mudah.

kau buat, kau dapat.
kau tak buat, kau tak dapat.

kan?
mudah~~

p/s:
Sabarlah.. Doalah aku bertambah rezeki. Sabarlah.. Sikit jela lagi. :(

Tuesday, February 26, 2013

update

personal life? tidak akan dikemaskini.

kerja? selalu.

done?! yes, done! 

Friday, February 22, 2013

terlalu

terlalu banyak benda nak diperkatakan.
terlalu banyak benda nak dikongsikan.
terlalu banyak benda nak diceritakan.
terlalu banyak benda nak ditangiskan.
terlalu sikit benda untuk disenyumkan.
malah
terlalu sikit benda untuk diketawakan.

yang ada cuma,
menumpang gembira-gembiranya mereka.

ya allah,
sunyinya hidup.

berikan lah aku teman hidup yang boleh berkongsi segala duka
serta saling membina bahagia.

bahagia yang boleh dirasa oleh yang halal sebagai suami dan isteri.

amin.

p/s: namanya setiap sujud hajat aku. rindu. al-fatihah.

Wednesday, February 20, 2013

Alhamdulilah

alhamdulilah..
sebab buat keputusan untuk masa depan.

semoga dipertambahkan rezeki ye awak! 

amin.

Friday, February 08, 2013

Monyet

terima kasih kerana luangkan masa dengan saya.

buat saya senyum dan mimpi indah.

sayang awak.

=)

Tuesday, February 05, 2013

Kaku

"Lelapkanlah mataku. Hilangkan ragu. Tiupkanlah nyawaku. Jangan kau tidur, tiada mimpi. Hanya seperti, bercinta tanpa janji" 
Kaku, Liyana Fizi.

Monday, February 04, 2013

Pendengar Setia

saya susah hati.
susah hati dengan semua benda.

banyak benda nak bercerita dengan awak.
banyak!

sampai tak tahu dari mana nak mula.

sudi awak dengar?

setiap renggekan.
setiap runggutan.
setiap tangis.
setiap amarah.

banyak!

awak, sudi?

Thursday, January 31, 2013

Al-Fatihah.

sekarang.
aku perlu jadi pemberi semangat.
kerana dia semakin hilang kudrat.

al-fatihah.

Wednesday, January 23, 2013

saya okay~~

kata Kak Hidd,
"Bila orang tanya, kau okay ke tak, jawablah dengan penuh riak dan takbur "SAYA OK""

kata dia lagi,
"Perasaan ni kita yang kawal. Kalau kau mampu kawal depan orang ramai, maksudnya kau pun mampu kawal untuk diri kau sendiri. Jadi, aku cuba kawal perasaan. Tak terlalu lepaskan di mana-mana alam maya. Biarlah orang nampak kita ok-ok saja supaya orang tak syak wasangka."

jadi, 
SAYA OKAY! 

=)

Tuesday, January 22, 2013

dua enam puluh

tahun lepas.
sebulan dua hari yang lepas.
tepatnya.


selamat yang ke dua enam puluh.
buat aku.


selamat yang ke empat sembilan puluh 
buat mama.

kami kongsi tarikh.
kami kongsi segalanya.

sampai satu tahap.
biar aku pula yang tanggung segala rasa.

ye,
masih lagi bernyawa.
diberi peluang untuk raikan bersama.

dan setiap tahun aku tidak boleh pura-pura untuk lupakan.
kami kongsi tarikh yang sama.

20.12.2012

ye. cantik.
tapi

rasa kosong.
moga hidup kami diberkati.

amin.

di tengah hari yang panas.

dan
atas nama cinta
lahirnya kita.

dan
setiap rajuk aku
terpendam rindu.

dan
sang kekasih; rindu. hari-hari saya rindu awak.

Wednesday, January 09, 2013

2013

salam,
lama tak update.

bukan sebab dah terlalu bahagia hingga terlupa untuk menulis sesuatu sebagai peringatan untuk diri.
lahirnya blog ni pun sebab nak zahirkan rasa rabak.

hmm.. cuma sudah kehilangan kata-kata untuk dizahirkan.

semoga masih punya kekuatan untuk bersuara dan menzahirkan kasih sayang.

salam 2013.

oh ye, aku dah selamat berkonvo pada 25hb Nov 2012.
dan sekarang sedang mencari kerja tetap.

cukup setakat ini kot.

=)