Jiwa Penuh Chenta

Tuesday, September 27, 2011

Ujian

kadang-kadang belum rezeki kita untuk dapat sesuatu yang terbaik dalam hidup kita. takpe kita lalui dulu semua ujian yang diberikan.. mana tahu bila lulus. ia jadi paling terbaik yang pernah kita dapat..

 

p/s: kami macam biasa. hubungan ni macam pelik. sumpah pelik.

Wednesday, September 21, 2011

tunggu

dua benda yang aku tunggu buat masa sekarang

1. perhatian dari si dia
2. ptptn

huaaaa bila mau masuk loan.. sudah sengkek....

weeeeeeeeeee..... sayang awak ketat2 dunia jugakkk....

 

Monday, September 19, 2011

GOALs

goals.. bukan gol tuh.. matlamat kita.. hari ini ada yang bertanya apa matlamat aku.. puas aku fikir.. sampai turn aku.. hanya yang ada dalam ruang legar kotak fikiran..

"bahagia dan bersyukur dengan apa yang ada"

 

Wednesday, September 14, 2011

jantung hati

sistem yang memainkan peranan utama. Terberhenti denyutan jantung.. Maka putuslah nyawa.. Get well soon Mama..


 

Friday, September 09, 2011

Tuesday, September 06, 2011

Mr. Infiniti

R to the I to the N to the D to the U..gooooooooooo RINDU!


 
p/s: kalau kau punya lebihan waktu.. simpanlah sedikit
mana tahu, ia berguna bila perlu.. tanda kau rindu...

Saturday, September 03, 2011

Duit Raya

fenomena raya.. mungkin situasi ni dipagi raya.. malam raya.. atau dimana2 saja asalkan diwaktu semua manusia sedang beraya..

makcik-makcik dan pakcik akan berkumpul. mula dengan pertanyaan biasa. "bila sampai, dik?" duduk bersimpuh disebelah adik. peluk-peluk cium, bergenang air mata, macam tak pernah berjumpa 10tahun. padahal baru je jumpa awal bulan puasa baru ni. syahdu.

sepupu sepapat akan bertemu muka.. berjabat tangan.. sambil mengepaw sebatang dua pembakar wang ringgit yang boleh mengeluarkan asap yang berkepul-kepul. hebat.

si nenek tua yang terbongkok-bongkok melayan karenah cucu yang dah besar serta tinggi melangit.. menghilang rindu yang sakit dihati dengan menyoalkan pertanyaan sehingga boleh menyebabkan tekanan yang teruk "kau dah besar, bila nak kawin?" "eh, kawan kau yang dulu tu, dah kawin?" owh.. situasi di pagi raya yang sungguh mengembira hati yang sedang galak ingin mengumpul duit raya. terus aku tersedar ke alam relialiti bahawa aku sudah berusia 25tahun bukan lagi berusia 5bulan dimana sewaktu kelahiran aku dulu nenek selalu ucap "kesian budak ni, dah la sakit, buruk lak tuh" sadis sungguh.

itu belum kira pakcik dan makcik lagi. "kau ni bila nak habis belajar, asik dapat duit raya je, bila nak bagi duit raya kat aku nih?" aku tetap maintain tersenyum. perghh.. dalam hati, sian aku.. tiada siapa sudi memberikan aku duit raya dengan soalan yang menggembirakan hati dan jiwa raga aku.. tusuk hati taww

bagi sepupu sepapat yang dah berkerja pun ada yang bagi gak duit raya tapi sehengget dua hengget.. okla kan. hahaha ingat aku budak-budak ke?? yela2.. mentang2 aku tak keja lagi.. tu pun ada jugak yang menyoal macam-macam..

adehla...inilah ragam orang nak duit raya. macam-macam kena tempuh untuk dapatkan sehengget dua tuh. haha..

lum lagi lau ada makcik sepupu or pakcik sepupu belah mak or abah korunk yang datang kat umah nenek korunk nak ziarah menziarahi.. haii leteyy saya nak jawab soalan. soalan yang sama setiap tahun disoal. "along belajar mana?" padahal setahun yang lepas dia dah tanya dah soalan tuh. memory penuh sangat ke atau dah rosak memoty card tuh. haha jahat aku nih... ada lagi soalan paling best "along, umur berapa dah, tak nak kawin ke?" uih... soalan pe tuh.. wajiblah aku nak kawin.. tapi best ke kawin nih?? rasa macam Mcd tak? haha

haha aku nak duit raya, sapa nak bagi lagi.. meh la soal aku macam-macam lagi? dah biasa dah kena soal sampai sakit otak.. haha

*tekanan jiwa*

haha angka 25 bukan perkara mustahil untuk aku dapat duit raya lebih dari rm100

 

sekeping gambar

orang kata sekeping gambar boleh menceritakan 1000 kisah kan??
tahun ini, tiada satu gambar kami sekeluarga.
dan tahun ni seperti tahun-tahun lepas, raya tetap sama.

cuma kali ni jelas sekali aku semakin cemburu melihat mereka yang sedang membina bahagia.


 

p/s: selamat bertunang kawan, moga bahagia.
p/s: selamat menyambut kelahiran baru sepupu, moga jadi ibu yang kuat dan gagah.
p/s/s: ingin sekali membina bahagia...