Jiwa Penuh Chenta

Friday, January 27, 2012

Urban

curang itu cool bebeh...

si suami curang itu "oi, bangang.."
si isteri curang itu  "alahai, sayang.."
si anak juga duduk tercengang-cenggang..
zaman sekarang, institusi perkahwinan dah tak berapa nak suci.[aku rasalah]
sebab itu, ada pasangan yang tak sampai setahun dah bercerai berai.
itu belum lagi mangsa yang dicurangi punya version.. ye dak?

jaga tepi kain orang pun cool bebeh

mana tak nya, makcik-makcik yang lepak kat kedai kopi semua pakai kain.. eh tu dulu la..
sekarang ni pakai suar.. ala yang ala-ala nampak batang pisang tuh. urban tuh..
pangkat nenek pun ada..
lepas tu mula la angkat suara "eh, kau tau anak si folan bin/binti si folan, malam tadi. bla..bla..bla.."
see, urban kan sekarang.. [nasib aku suka pakai seluar, kalau tak mesti kain aku ada orang jaga jugak kan??]

sahaja aku sembahyang depan facebook lima waktu langsam dalam sehari, allahuakbar!!

ini satu hal lagi, uihh kemain lagi.. "Allah itu maha adil, maha penyayang" "mohon beri laluan untuk solat zohor" "ya allah, hati tidak sedap ni, selamatkan lah mereka-meraka yang aku sayang"
ini antara status yang aku baca la.. haha tulis dan tulis bukan main lagi.. tapi masih duduk melekat depan laptop atas kerusi. bila awak nak solat eh?? doa itu ibarat kita tulis surat terus kepadaNYA.. tanpa ada sempadan pun. baguslah.. kau tulis benda baik2 tu kat facebook. sekurang-kurang kau beri peringatan pada orang. tapi kalau kau buat apa kau tulis kan lebih manis. ye dak? tiang aku longgar.. berlubang-lubang lak tuh. jum kita solat sama2.. nak?

banyak lagi nak citer sebenarnya.. tapi aku malas la.. nanti ALLAH SWT palingkan hati aku lak.. dah la.. aku pun tak berapa nak betul.. lompong sana.. lompong sini..

p/s: masa setiap hari bertambah, tidak pernah berkurang, tapi masa juga jadi penentu segalanya. takpe aku tunggu sampai masa itu tiba.. amin!! [eh, aku pun dah ikut ko, doa depan laptop, hahahaha]

Tuesday, January 24, 2012

Tabu

kenapa masih setia jika hati sendiri sudah tidak menerima cinta itu lagi?

A. kerana kita sayang dengan perhubungan yang lama terjalin.
B. kerana kita masih mahu mengharap agar cinta itu terus kembali mekar.
C. kerana kita telah banyak melabur masa, wang ringgit dan tenaga.

p/s: ko pilih apa??

Monday, January 23, 2012

Friday, January 20, 2012

Si Angsa





bertahan macam mana pun.. mengalir juga.. 
-angsa- 


pesanan kakak:
1.kurangkan baran.
2.bangun awal, kita kerja sekarang bukan nak gi kuliah.
3.jangan gaduh-gaduh.
4.??

(lupa dah apa kakak pesan, sebab tengah nangis..)


lepas ni kalau saya panjang umur, kita semua jumpa lagi. masa KONVO!!! ingat jaga diri.. tunang gitau.. kawin jemput. insyallah ada rezeki saya pergi.. 


"maaf atas segala prejudis,derhaka,dan meradang yang tak perlu.
kamu semua manusia paling manis di saat tak terjangka. terima kasih tuhan, engkau buat aku jaga."


3tahun setengah mengumpul kenangan, suka duka. rindu sendu, tawa nangis. semua indah. Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu. ada jodoh kita tetap jumpa lagi.


MAAF SEMUA.. HALALKAN MAKAN MINUM YE.. GURAU KASAR YE.
AILEBYU... 

Saturday, January 14, 2012

$$

duit boleh buat manusia membunuh, itu dah terbukti.
duit juga boleh buat manusia suka pada seseorang yang dia tak suka, itu juga dah terbukti.

bahasa mudah, duit boleh beli manusia.

ye. duit penting tapi bagi aku duit bukan segala.

dan aku tak nak ada diantara kita jadi hamba duit.

faham??

p/s: tengok orang lelaki hisap rokok bila ada masalah. best!! maybe aku boleh... hmmm...