Jiwa Penuh Chenta

Saturday, January 31, 2009

just try it!!!!

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini. Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu. Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu? Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.

Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda. Fikir… Fikir… Fikir… Fikir… Fikir…
OK, dah habis fikir dan buat keputusan?Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan? Baik, mari kita semak jawapan anda…apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.. Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup. Selamat Mencuba.....

Monday, January 19, 2009

buat sesi !!!!

pengalaman pertama... takut plus gemuruh.. semua ada la... banyak juga kesilapan yang dilakukan.. hurm... macam ner erk... tapi bukan kah manusia belajar dari kesilapan.. cayok !! cayok !!

Sunday, January 11, 2009

Larian Maal Hijrah




salam pembuka bicara...



10hb Jan 2009, ada perkara yang bg aku cukup memberangsangkan, kalau kita biasa dengar perarakan maal hijrah tapi bagi aku yang baru tahun pertama kat Universiti Malaysia Terengganu ni terkejut bila ada larian maal hijrah.. lain dari yang lain.. hehehe tapi pengalaman itu lebih pentingkan... walaupun sakit2 seluruh badan dibuat nyer.. aku tetap enjoy dgn kawan.. secara tak lansung program ni gak untuk menyedarkan kita serta perkara yang bagi satu dunia dah dengar dan perhatikan, PEACE NO WAR n FREE PALESTIN !!!!



Thursday, January 08, 2009

Tugasan!!!!

salam... alamak!!! baru jer aku rasa nak mulakan biasa kan diri... sekali datang bertubi2 tugasan yang perlu diselesaikan.. apa2 pun ni la nama nyer pelajar kan.. so buat la tugasan secepat mungkin... daaaa

CINTA VS SUKA


  1. Dihadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi didepan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

  2. Jika kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi, jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka kita akan tersenyum.

  3. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata2. Didepan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

  4. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Didepan orang yang kita suka, kita akan menunjukkan sifat yang sebenar.

  5. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cintai. Tapi, kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

  6. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

  7. Di depan orang yang kita, cinta musim sentiasa berbunga2. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

  8. Di depan orang yang kita cinta, kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang si dia akan terguris. Di depan orang yang kita suka, kita terlalu mudah untuk berterus terang kerana kita yakin terus terang itu paling baik untuk menjaga kehormanian perhubungan kamu dan si dia.

  9. Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka bermula dari telinga.

    “ Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Ia umpama kita membuang telinga. Tapi jika kita cuba menutup mata, cinta akan berubah menjadi air mata.”

Tuesday, January 06, 2009

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Calitkankan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Friday, January 02, 2009

Alhamdullillah....

salam ikhlas...
akhirnya berjaya aku buat blog ni dgn hasil bantuan seorang kawan... syukran ye pada yang membantu... walau pun dalam keadaan penin2 lalat yang berlaku... hehehehe