Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

23 July 2015

Raya 2015

kalau cinta tiada, kasih masih ada, kalau kasih tiada sayang masih ada, jikalau ketiganya telah tiada, anggaplah ini satu amanah.

amanah kepada mu untuk mencintai, mengasihi dan menyayangi nya.

04 August 2014

8 Syawal 1435

pelik perasaan ni, tak pernah aku rasa malu dan terdiam, jantung berdebar. ya allah, allah je tahu bagaimana kelu lidah aku nak bersuara.

pelik.. semoga Allah SWT memberi hidayah dan pertunjuk jalan yang lurus pada keluarga Tuan.

secara tak langsung, kerjaya aku, akan membuat hidup sesorang atau keluarga seseorang berubah. dan kalau boleh biar perubahan itu kearah kebaikan.

one of students aku, family type. ada ayah dan mak yang bertanggungjawab. isunya, biarlah rahsia.

two times aku meet this family, sebelum raya which is masa puasa, dan selepas raya, which is pagi tadi. in middle time sebelum dia jumpa aku pagi tadi, dua kali dia call, bagitau feedback anaknya kat aku. macam buat laporan.

tetiba rasa, naluri kaunselor aku berfungsi. kes student takdela berat mana, cuma kalau boleh tak nak kejadian ini berulang.

okay, berbalik pada perkara yang mendebarkan aku.
ayah dia panggil aku puan, anaknya panggil aku miss. ada percanggahan kat sini. aku sebenarnya diam kan je setiap kali ayah dia panggil aku puan, dalam hati aku aminkan. hehehe

tadi! mak dia tanya aku, "sory im ask, are you married? because my son told me, he call you miss?"

aku senyum je. cover macho. hahaha "not married yet, im still single, mem"

mak dia, "its okay, masin mulut you (tunjuk pada ayah student aku) you will be married soon.

subhanallah, moga sampai kata-kata kalian pada Yang Esa. moga sampai. moga.

jadi aku ingat isu tentang status aku habis di dalam bilik meeting tadi. rupanya tidak, bersambung di cafe.

dimana, aku jumpa parents ni tadi masa lunch time.

ayah dia "puan, lelaki macam mana you nak?"

aku blur, tetiba dia tanya. "lelaki?"

ayah dia "ya, what category you like, medical line? air force? i have a lot friend."

aku terdiam. kelu. berdebar. ya allah, its my time too fullfill our iman. melengkapkan yang separuh itu.

when mak dia tgk aku terdiam, mak dia respon, "puan, tak pe, dia ni banyak kawan, kalau jadi, puan hantar kad kat kami ye"

aku hanya mampu kata "insyallah"

its that sound like, aku setuju untuk dia carikan aku jodoh...??? i was speechless... insyallah adalah sebaik-baik janji, dan aku langsung tak tahu nak react macam mana. this family to kind.

ayah dia kata "takpe, sebelum i give ur number kat mana-mana yang sesuai, i give your call, i have ur number already."

aku hanya mampu senyum. senyum dan terus senyum.

Allah, kau limpahkan cahaya dan pertunjukan yang lurus pada keluarga ini. moga mereka sentiasa berada dalam landasan dan redhaMU.

amin.

03 August 2014

7 Syawal 1435

Jahilnya aku, disuruh amalkan zikir supaya syurga kita nanti cantik dihiasi bunga dan pokok yang indah. Ya, tumbuhan disyurga pokok dan bunga adalah hasil dari zikir yang kita amalkan.

Subhanallah... Tingginya kasih sayang MU.....

30 July 2014

3 Syawal 1435

Rilek! Kerja di hari raya ketiga. Adalah pergorbanan di hujung bulan lapan.

Rilek yani!!

28 July 2014

28-30 Ramadhan 1435

Aku sekalikan cerita...

Memenuhi segala kehendak mama.. Menyenangi hati dan perasaan nya, melihat dia tersenyum itu dah cukup bagi aku.

Benar, mama banyak korban perasaan. Jadi tugas aku untuk bahagia mama.

Andai ini satu-satu nya jalan untuk aku menuju ke syurga, moga Allah SWT redha..

Amin.

P/s: waktu aku sibuk di malam raya, dini tetiba melahirkan 5 ekor anak. Tapi hanya selamat 3 ekor je. Moga membesar jadi anak yang baik ye sayang...

27 July 2014

27 Ramadhan 1435

Pasang lampu ketupat lip lap lip lap.. Anehnya beraya dibandar.

03 August 2013

Ramadhan 2013

rasanya tahun ni tiada satu entry pasal bulan puasa kan?

banyak perkara yang baik-baik jadi pada bulan ni.
banyak perkara yang bahagia jadi pada bulan ni.
banyak rezeki yang diberi pada bulan ni.
banyak ujian yang diharungi bulan ni.

terima kasih Ya Allah untuk segala rasa.

moga, dalam setiap perkara yang dibualkan,
akan dipermudahkan olehMU.

moga, dalam setiap perbuatan yang aku dan orang sekeliling lakukan
sentiasa dalam rahmat dan redhaMu.

amin.

03 September 2011

Duit Raya

fenomena raya.. mungkin situasi ni dipagi raya.. malam raya.. atau dimana2 saja asalkan diwaktu semua manusia sedang beraya..

makcik-makcik dan pakcik akan berkumpul. mula dengan pertanyaan biasa. "bila sampai, dik?" duduk bersimpuh disebelah adik. peluk-peluk cium, bergenang air mata, macam tak pernah berjumpa 10tahun. padahal baru je jumpa awal bulan puasa baru ni. syahdu.

sepupu sepapat akan bertemu muka.. berjabat tangan.. sambil mengepaw sebatang dua pembakar wang ringgit yang boleh mengeluarkan asap yang berkepul-kepul. hebat.

si nenek tua yang terbongkok-bongkok melayan karenah cucu yang dah besar serta tinggi melangit.. menghilang rindu yang sakit dihati dengan menyoalkan pertanyaan sehingga boleh menyebabkan tekanan yang teruk "kau dah besar, bila nak kawin?" "eh, kawan kau yang dulu tu, dah kawin?" owh.. situasi di pagi raya yang sungguh mengembira hati yang sedang galak ingin mengumpul duit raya. terus aku tersedar ke alam relialiti bahawa aku sudah berusia 25tahun bukan lagi berusia 5bulan dimana sewaktu kelahiran aku dulu nenek selalu ucap "kesian budak ni, dah la sakit, buruk lak tuh" sadis sungguh.

itu belum kira pakcik dan makcik lagi. "kau ni bila nak habis belajar, asik dapat duit raya je, bila nak bagi duit raya kat aku nih?" aku tetap maintain tersenyum. perghh.. dalam hati, sian aku.. tiada siapa sudi memberikan aku duit raya dengan soalan yang menggembirakan hati dan jiwa raga aku.. tusuk hati taww

bagi sepupu sepapat yang dah berkerja pun ada yang bagi gak duit raya tapi sehengget dua hengget.. okla kan. hahaha ingat aku budak-budak ke?? yela2.. mentang2 aku tak keja lagi.. tu pun ada jugak yang menyoal macam-macam..

adehla...inilah ragam orang nak duit raya. macam-macam kena tempuh untuk dapatkan sehengget dua tuh. haha..

lum lagi lau ada makcik sepupu or pakcik sepupu belah mak or abah korunk yang datang kat umah nenek korunk nak ziarah menziarahi.. haii leteyy saya nak jawab soalan. soalan yang sama setiap tahun disoal. "along belajar mana?" padahal setahun yang lepas dia dah tanya dah soalan tuh. memory penuh sangat ke atau dah rosak memoty card tuh. haha jahat aku nih... ada lagi soalan paling best "along, umur berapa dah, tak nak kawin ke?" uih... soalan pe tuh.. wajiblah aku nak kawin.. tapi best ke kawin nih?? rasa macam Mcd tak? haha

haha aku nak duit raya, sapa nak bagi lagi.. meh la soal aku macam-macam lagi? dah biasa dah kena soal sampai sakit otak.. haha

*tekanan jiwa*

haha angka 25 bukan perkara mustahil untuk aku dapat duit raya lebih dari rm100

 

sekeping gambar

orang kata sekeping gambar boleh menceritakan 1000 kisah kan??
tahun ini, tiada satu gambar kami sekeluarga.
dan tahun ni seperti tahun-tahun lepas, raya tetap sama.

cuma kali ni jelas sekali aku semakin cemburu melihat mereka yang sedang membina bahagia.


 

p/s: selamat bertunang kawan, moga bahagia.
p/s: selamat menyambut kelahiran baru sepupu, moga jadi ibu yang kuat dan gagah.
p/s/s: ingin sekali membina bahagia...

26 August 2011

hari raya

ragamnya tetap sama. skrip diulang-ulang sampai aku hafal. pelakon masih orang yang sama. lokasi masih ditempat yang sama. dah 18tahun berlalu dan ia masih seperti biasa..

jangan ditanya kenapa setiap kali hari raya aku tak pernah beria-ia.. senyum pula seolah-olah dipaksa.

owh itu belum kira, berjabat tangan dipagi raya. hari itu masing2 akan menangis bertemankan air mata. menderu-deru laju. berpelukan dengan sanak saudara. esoknya pula kita bertukar menjadi seteru. hanya berebutkan tilam dan bantal, hanya kerana cemburu dihati. main sindir-sindir di dapur. begini sebenarnya menyambut hari raya.

owh aku dibesarkan dengan sausana raya yang begini keadaannya. sehingga aku risau bila dah bernikah kelak masih beginikah persepsi aku setiap kali hari raya??

apa perasaan kalian sambut hari raya kali ini? 


 

p/s: raja marah dan menegur kerana permaisuri ingkar. pesan raja; hari ini jadikan pengajaran. dan aku pula menurut perintah.
p/s/s: rumah kata pergi, kubur kata mari, sedarlah diri, selamat hari adilfitri.