Jiwa Penuh Chenta

Thursday, October 28, 2010

seketat2 dunia rasa ni.. infiniti!!

October 27 at 2:06am
apakah kamu,mcm mn kah kamu,siapakah kamu,bagaimanakah kamu,.........jwpannya =
~mmg dh terima seadanya....~
~huhu~ 

syahdu je ayat beliau nih... bikin perasaan ku jadi jiwang jer.. tapi kena kaberline baik punya... wa kan rocks.. hehehe muka je ganas ni... kadang2 bila datang bunga2... terus jadi taman permainan.. =) TERIMA KASIH!! walaupun ayat ini biasa kamu dengar.. tapi sungguh terima kasih!!

12jam yang berlalu... saat aku tulis entry ni jap 10.12 pagi bersamaan hari khamis.. Mama cuba merungkai segala persoalan yang bermain dibenaknya.. ye aku suka main hide and seek minggu nih... tak tau nape....?? anda nak join... ngeee.....
setelah disoal selidik seperti polis pencen maka....
[aku pendekkan cerita]

letih la nak tulis panjang2 hehe [mood wa mood malas ari nih]

pesan mama harus dipatuhi dan diingati:
  1. bila berkawan segalanya kena ada batasan yang tertentu...jaga segalanya...kerana ia melambangkan harga diri kita...jadilah insan jgn jadi manusia hanya beralaskan nafsu semata-mata.....
  2. doa mama akan sentiasa mengiringi kalian berdua...apapun utamakan pelajaran...dapatkan apa yang kita impikan dahulu..bukan senang untuk kita menuju ketahap yang sedia ada...yang penting tunaikan dulu tanggungjawab sebagai pelajar dan anak yang sentiasa menghargai jasa kedua ibu bapa....amin 
benarkan restu sorang ibu itu penting... THANKS mama... luv u so much...

banyak benda aku nak cerita tapi biarlah hati aku je tahu... bukan tak nak kongsi rasa ini.. MAAF... rasa ini kepunyaan aku sorang... hehe aku kan tamak... so RASA ini aku punya... buat pe nak cerita kan.. hehe.....

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
hehe nak lagi??
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
hurm.. okeh la... aku rasa macam sumthing je entry nih.. mungkin aku sekat apa aku nak tulis kot.. rasa macam tergantung je.. haha tak pe2... 


 

Monday, October 25, 2010

untuk lelaki yang menjadikan aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. abah

bangun pagi. aku rindu abah. aku mahu balik. sungguh rindu nak peluk dan cium pipi abah. *muahhh*

aku message abah. suh call balik. krdt aku dah low gila. aku pelik pesal cepat sangat krdt aku habis. aku keliru. owh dah ingt. aku call mama.. sembang dengan mama pasal mama pregnant.. rindu mama jugak tapi aku lebih abah.. dunno why..??

arghhhh rindu abah.... nak cakap lama2.. nak dengar suara abah gelak2.. nak dengar lawak abah.. nak dengar abah ngadu dengan aku.. [macam anak kecil abah masa itu].. sungguh aku rindu sangat nih. tapi sekejap je cakap. itu abah, tak suka cakap lama2 kalau benda itu tak penting.

*sedang layan lagu BIAR-Fynn Jamal*

*damn aku rindu gila2*

bila layan lagu ni.. bait-bait puisi dia buat aku teringat.. nakalnya aku dulu.. teringat bila abah menghempas pintu kereta kerana marahkan aku. sungguh setinggi mana mara abah pada aku.. aku tak kan dia sentuh.. tak kan dia jentik.. abah lebih senang lepaskan maranya dengan benda lain. ye itu abah aku. dan aku anak manjanya....

aku melawan.. tapi lawan aku bukan dengan kata2.. lau dia tengking. aku diam. aku rajuk. muka masam. hempas pintu bilik. hentak kaki. rebel!! dalam diam.. mogok tak nak makan. nangis sorang2 dalam bilik. pernah dulu seingat aku. aku merajuk dengan abah. aku menyorok bawah katil. aku buat abah tercari2 aku. last-last aku tertido sambil nangis.. hehe bila fikir2 balik.. arghhh budak2 nya aku...

sekarang dah besar. abah makin tua.. dulu kulit tangan dia tegang.. sekarang bila aku pegang, bila aku lihat, bila aku usap sudah kedut seribu... aku?? aku makin besar. besar badan. makin terserlah manjanya. sungguh kalau orang yang aku sayang cakap lebih kurang senang je mata ni mengalir air mata. teringin nak jadi dewasa. aku dewasa dengan tempat yang bersuaian. dengan situasi yang perlukan aku dewasa. di rumah, di kelilingi keluarga aku tetap anak manja mereka. mati hidup balik pun aku satu2 anak manja mereka. cemburulah kalian kalau itu perlu...

hurm.. abah aku, mara dia bersebab, kawalan ketat dia bersebab, masa aku sekolah menengah, pergi mana aku dihantar dan dijemput.. cuma sekarang aku dah boleh bergerak sendiri.. tapi bila dah diasuh sebegitu rupa aku jadi manja.. mahu dilayan seperti dulu2 jugak. kadang2 abah hangin je.. bila aku merengek2 minta dihantar ke sana sini.. hehe abah, along kan anak manja abah.. tu la sapa suh ajar macam tuh.. tapi aku hargai setiap yang abah didik aku.. hidup ini tak sempurna mana kan.. dia cuba untuk buat aku nampak sempurna di mata orang lain. dia cuba adakan apa yang tiada. dia cuba untuk bahagiakan aku...

ye, aku besar dengan kongsi kasih dan perhatian seorang abah.. sebab itu aku "sakit" bila perhatian dan kasih itu tidak diberikan pada aku. terpulanglah nak kata aku tamak atau apa.. aku selesa begini. tapi once korunk tak ajar aku manja.. lama2 aku selesa. so sila jangan ajar aku manja.. ajar aku jadi dewasa apabila bergaul dengan anda. weeee

hurm... rindu. luruh jiwa ni. mau nangis. rindu sangat2. dulu mama pernah citer, lau abah nak gi jalan jauh abah akan tinggalkan baju or kain pelekat dia untuk buat aku tidur malam. seyes aku masa kecik2 lebih masa dengan abah dari mama. mama keja siang, abah keja malam.. dia akan pergi keja bila aku dah tido, mama pergi keja bila aku bangun, jadi bila abah balik keja aku akan main dengan abah. so masa aku banyak dengan abah. pernah sekali, mama cakap.. perangai baran aku macam abah.. dah tentu la aku anak dia kan.. rias wajah aku pun ikut abah.. cuma aku besar dan gemuk sikit. lau aku potong rambut macam lelaki (seperti dulu2) wajah aku macam abah zaman muda. jambu. haha tapi hensem okeh.. *rindu* macam itu juga, bila muka aku masam.. sebijik macam abah. hehe

kadang2 aku cuba lari dari bayangan abah. tapi tak boleh. asal aku bergerak kat mana2.. kawan2 abah tetap kenal aku... aku tak tau nape.. sebab tu lau aku gi jenjalan kat area KL.. perilaku aku.. aku cuba kawal. walaupun kerja abah hanya seorang pemandu teksi tapi dia banyak kenalan, ramai kawan, juga ramai musuh.. aku?? aku tetap anak yang dia pantau dari jauh. anak yang dia biar aku jalan sendiri sekarang, anak yang dia biar buat keputusan sendiri, anak yang dia biar pilih pasangan hidup sendiri, anak yang dia marah dan merajuk bila aku tak sambut dia pulang dari kerja, anak dia merajuk bila aku tak borak2 bila dia pulang dari kerja, anak yang mara bila aku degil.. aku anak dia!!

pernah gaji pertama aku sebagai Guru Sandaran, aku beri abah.. lebih dari mama.. abah senyum meleret. sekurang2nya abah dan mama dah rasa gaji aku.. walaupun sekarang aku sambung belajar. hurm.. pernah aku belanja abah air teh.. dia senyum sengih.. sungguh ia bukan lakonpaksa. aku suka bila semua orang senyum... semyum la walaupun perit dihati.. tak perlu orang tahu apa yang sedang kau rasa walaupun ia sebenarnya sakit. abah, tggu along eh.. lagi setahun setgh je.. lepas ni abah tak perlu kerja lagi. along tangung semua.. kalau tak cukup sama2 la kita ikhtiar bagi cukup..

hurm... dah la.. kang aku nangis lagi.. tak pernah cukup lau cerita tentang abah... *peluk*



biar by fynn jamal

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Sunday, October 24, 2010

entry merepek..

kawan pernah cakap "blog ni macam dinding.. ko cakap je apa2.. tapi dia tak kan bagi feedback.." yup, aku tak sefemes blogger yang lain... okeh la tuh kan.. lau ada yang bagi feedback cakap elok2 tak pe gak... tapi lau cakap macam nak cari gaduh je baik tak payah kan... [ok, kembali ke jalan yang benar]

hurm... korunk pernah tertinggal bus, flight, or teksi?? apa2 jela... mesti mula2 rasa nak mara kan.. dan mula la kita akan cakap.. kenapa la tak siap awal2, bangun awal2, gosok baju awal2... bila dah terlepas baru rasa nak menyesal dan mara2 dengan kesilapan diri sendiri kan... hehe aku pernah naik bus time tuh form3, nak balik umah, sepatutnya aku naik bus no3 tapi sebab percaya bus no2 akan bawak aku sampai kerumah. aku berani naik.. tapi bus no2 tu hanya lalu je depan rumah aku. tak berhenti. tekan la loceng berkali2 dia tak kan berhenti. sebab bus no2 dah diberi tugas bahawa dia tak kan berhenti dikawasan perumahan aku.[apa aku merepek lagi nih]

baik.baik.teringat sikap Mr.Keroppi layan aku dulu.. sakit kot.. tak pela.. cite lama, buang jauh2 kan... dia pun dah bahagia kot.. sumone said "takes two to tango" hehe wanna tango wit me?? ekekeke.... [arghhh merepak lagi]

makan kerepek best nih... hoho.. pernah tak rasa berat dan beban dihati korunk.. ala, mesti pernah la kan.. hehe aku pernah.. seyes aku pernah... [abaikan]

nak share sumthing... hehe aku bakal dapat adik lagi.. yes!!! my mum prengnat almost three months.. weeeee... sangat shuke... hope baby gurl... tired already dengan adik lelaki.. sakit pala mau manage mereka.. haha tapi apa2 pun hope my mum n my baby sihat walafiat... ngeeee [ni bukan merepak okeh!! seyes things]

one more things... final exam just around the corner.... bulan november akan datang.. oktober selamat jalan.. kita jumpa tahun depan semula.. hurm kali ni seperti apa yang aku janji kan saat aku berlutut di kaki Mama dulu.. insyallah aku cuba tunaikan... walaupun usaha aku tak sekuat mungkin sekurang-kurangnya terima kasih mama beri peluang pada along atas kesilapan along dulu.. 

semua orang buat silap kan.. lau aku buat silap tegur la.. kadang aku tak tau kata2 aku tu dah sakitkan hati orang.. seyes aku suka orang mara2 aku dari orang diam.. sungguh aku boleh mati lau orang yang rapat dengan aku diam.. cukup aku rasa nak mati bila mama dua hari diam dengan aku.. mahu mati rasanya.. cukup seminggu abah ignored aku.. tuhan je tau... sungguh aku bukan anak perempuan yang baik, yang sopan, aku nakal, aku jahat.. aku degil tapi yang aku paling pasti aku sangat manja orang nya....  sebab aku manja la aku jadi gini.. sebab aku manja la abah dan mama ajar aku macam ni.. bukan semua benda aku leh dapat.. dan aku cuba terima apa mereka ajar. 


mula nak buat cerita sedih la nih... haha dah2... yang sudah2 tu sudah la. buang jauh2 kan.. hurm... *semyum* hidupa tak selamanya derita kan.. haha bila nak berubah ni yani.. jangan la manja sangat... matang la sikit yani oiii... hehehe

haishhhh kawan kata dia rindu aku yang rawks.. rindu aku yang mula2 dia kenal.. yang tak pernah rasa sensitif bila dia cakap apa2.. hehe der, wa pun rindu gak aku yang dulu2.. mana nak cari.. jum repot polis.. hehe dah lama tak jerit kuat2 kat tepi pantai.. dah lama tak karok.. dah lama.. dah lama dah lama sangat tak merockkan diri.. dah lama sangat jadi budak baik.. dah lama sangat tak jadi diri sendiri.. dah lama sangat jadi seorang yang loser. dah lama sangat biar orang kata kita ni.. dah lama sangat pakai topeng baik2.. dah lama sangat jadi budak yang mendengar kata je.. dah lama sangat tak rebel, dah lama sangat jadi kawan paling baik, dah lama sangat jadi seorang yang positif, dah lama sangat jadi perempuan yang konon mulia.. haha aku bukan mulia mana.. hati aku cukup beku!!! dah lama sangat tak jadi jahat!!!!

tapi kan aku dah tak nak jadi macma tuh.. gelap hati aku.. solat pun tak tentu hala lagi mau jadi jahat.. ish bukan jahat nakal je... kan aku nak jadi perempuan baik2.. hope so la.. hurm... korunk jangan la suh aku buat bukan2.. penat nak jadi macma nih.. hati aku yang terkorban... hurm.... bila dah terlalu biasa ia akan jadi bisa.. tekal dan kekal... sakit tuh dah macam tak sakit..... 

haish.. pe la merepek dari tadi tadi... dah la... ntah apa2 la aku ngarut2 nih..... dah2.... blah dulu wei.....


 

Wednesday, October 20, 2010

simple to trouble


"Single make simple, 
couple make trouble" 
yes that's true but 
sometimes you're bored to be so simple.
And start to miss all the trouble.
Am i right?



p/s:Dear,
are you ready to get trouble with me?? hahaha

Sunday, October 17, 2010

17.10.10 |sila ingat sampai bila-bila|

eeee malu gila kot.. sang penjenayah chenta sudah kena tangkap.. kantoi sudah.. baru tiga hari dah tak leh tahan.. apa maksud ini??

ish... mana taknya.. selalu dua hari... koman2 tak on9 dia message.. haha tapi kali ni calling, message n on9.. isk.. betul2 putus talian komunikasi.. ish.. aku cuba hubungi dia melalui telepati.. talian asyik sibuk jer... tiga hari tuh dia tak rindu ker?? dah la aku demam.. huwaaaaa nasib la aku ni tak layan manja aku sangat..

lalalala... okeh *muka panas* seyis!! haha *think* [gelak jahat bahahahahahakkkkk]

dear, hehe isk!!! 

aku grab word ni kat blog sumone.. penuh makna bagi aku....

"Sometimes in life, you just have to let go and love someone who loves you back. Who understand you, your ups and down. Your stumble and fall. Sebab dalam hayat kita, terlalu sikit masa yang hadir untuk memilih. Yang terbaik itu tiada siapa pun yang sempurna. Yang terbaik itu selalunya kadang kala hanya di depan mata.."


cuma nak tau satu.. isk mana datang idea nak buat gini?? padahal duk elok2 je kot ari tuh.. aduyai... leh lak dear terfikir macam ni... haha 

*senyum jahat*


p/s: terimalah kekurangan saya seadanya..


AMARAN: HAHA LEPAS NIH BUAT LAGI SIAP LA...!! AMOK!!! =P


 

puisi benci!! "aku bunuh dia malam ni.."

puisi dia yang aku gila kan.. dia jadi sumber inspirasi.. isk Fynn Jamal...

p/s: carikan aku buku RANAP dan CD TRI.. aku mahu!!!!!


BENCI!!

bencinya setiap kali melihat
bencinya setiap kali kau mendapat --
walau sekadar senyuman, aku benci
apatah lagi bila kau tidak reti--
menyimpan walau senyuman

...
kalau ku dapatkan
akan aku simpan di dalam kotak kecil
dan kotak itu akan aku tanamkan.

bencinya melihat
bencinya melihat

melihat kau--
dipuja dia
dirangkul si dia
dipegang si dia
dimanja si dia
dibelai si dia
dipuji dipuja
dimanja segala.

benci
benci

kekasih seumpama itu sepatutnya kau tatangkan sampai ke awan biru
sepatutnya setiap inci kulit itu kau bau dan kau simpan ke mana-mana pergimu

bencinya melihat kamu dikasih disayang
bencinya aku melihat kamu kerana aku mau dipegang
sebegitu indahnya sebegitu rasanya
sebegitu mencinta sebegitu rasanya

***

hey manusia, kau terlalu jauh walhal sejengkal jarak kita
hey manusia, lihatkan aku lihat depang ini terbuka
di suatu masa yang kamu dibuang ke kiri kanan sini sana
aku sudi mengambilmu walau di celah mana-mana

aku ingin engkau melihat aku tapi tembok tinggi mengekang jiwaku
aku mau dilihat sebagaimana kau melihat
aku ingin dipegang sebagaimana kau memegang

aku ingin dicinta
tapi kau bukan milik saya
milik saya
milik saya
milik saya

benci
benci
benci

***

ku bunuh dia malam ini

p/s: senyap.. 
 lama2 aku  biasa dengan keadaan begini.
*senyap*




Saturday, October 16, 2010

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

*diam*

 *diam*

p/s: mood wa ke laut!!! jangan cari aku kat laut... gerenti tak jumpa.... damn!!!!


 

Friday, October 15, 2010

bila demam dan selesema.dadah adalah satu keperluan.

Aku macam mabuk. Semuanya macam mimpi buruk dalam lena yang panjang. It was like, meletakkan diri dalam koma yang teruk. Yang lama, yang lemah, sebab diri sendiri tak mahu bangkit. demmm... satu hari tido. pala dah terhuyung-hayang. nasib baik Adik belikan nasi air. lau tak badan penuh dadah. suara dah macam ella. rawks bebeh!! telinga semakin pekak. keseimbangan badan semakin kurang. mata pejam celik pejam celik. air mata asyik keluar. badan mengigil kesejukan. parah!!.

aku perlukan tangan yang kasar, bahu yang bidang, kekuatan seseorang lelaki, aku perlukan pelukan, aku perlukan sentuhan mama, aku perlukan suara abah yang garau. aku perlu balik rumah!! aku tak perlu dadah.. dadah buat aku semakin SAKIT!! semakin jauh dengan dunia luar.

*diam* *pejam mata*

arghhhh.. tak leh berfikir. hidung tersumbat buat pernafasan semakin sukar. benci bila malam tiba. sejuk.sungguh!! aku perlukan haba untuk hilangkan kesejukkan. terengganu nape sejuk sangat dikala ini. kau tau kan aku sakit. badan ni lemah sebenarnya. hmmm....

maaf, aku tak mampu nak beri komitmen pada hari ini.

pohon aku punya kekuatan untuk bangun.. hey yani, jangan ambil dadah!!! aku tak teringin sekali rasa dan nikmati saat begini..... aku mahu sihat.. cepat la.. langsung tak cargas... !!

p/s: menjadi permerhati kadang-kadang sakit!!
cukup-cukup la kau buat kisah sedih.



 

Thursday, October 14, 2010

kisah baru

ini kisah baru antara aku dan dia...

*senyum*

ini kisah perkenalan atas talian...

*sengih*

ini kisah chenta dalam ceritera "dan bila esok"

"aku mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku
yang meneman aku sampai biru
kerna aku begitu ingin merasakan dicinta seseorang itu.."


ini kisah kami berdua.. ini kisah kita...



p/s: dear, kamu jadi "jaga" saya yer...



hmmmm



kita kecil hati dengan orang yang kita ada hati....
untuk sakit, kau perlu dicucuk, ditumbuk, dicurang, diserang.

untuk ceria, kau perlu dikucup, dipeluk, disayang, dipegang.
 untuk sedih, kau perlu menangis, meraung, melalak dan mencuci air mata

hmmmmm

 =(

p/s: rasa diri tidak dipercayai..


 

Monday, October 11, 2010

tragedi berdarah

membuak-buak rasanya darah mengalir...
sakitnya tak usah dicerita...
mata yang memandang mengundang cemburu..
hati kecil yang semakin terasa..

banyaknya nyawa kau ragut malam itu..
kalau aku ditempat mereka..
sungguh!!!!
aku belum bersedia untuk tinggalkan indahnya dunia ciptaanMU...

janji tetap janji...
kun fayakun..
jadi, maka jadilah!!!

saat itu aku terfikir
hinanya aku menjadi hambaMU selama 
aku hidup 24tahun...

sia-sia adalah amalan aku..
sungguh aku gerun mengenang 
dimana aku pada pandanganMU..
 
satu persatu siap selamba dibongkar,diselongkar
sampai terkulai yang dusta,
sampai tersembur yang benar,
siapkah aku dengan kebenaranMU...

al-fatihah buat mangsa tragedi 10.10.10


ngeee~~~

*senyum*

semalam mengantok gila untuk aku updated blog... hey, kau rasa apa aku rasa tak??? ngeeee~~~

pertanyaan semalam dah dijawab.....

jawapan yang diterima: "adakah dianggap prasan klu dijwb iye..?hehe..."

aku jawap:  TAK.. ♥ ♥ ♥ 

*diam.fikir.rasa.*

ehem~~~ thanks......ngeee

p/s: insyallah aku tak kan jadi seperti angin lagi..
yang benar,
aku

Sunday, October 10, 2010

today is 10.10.10

full of love...

hey.. kamu!! ye kamu la.. agagaga
serasa seperti aku rindu kamu la....

*nanti aku cerita tentang kamu a.k.a dia*

p/s: dia yang aku maksud kan bukan dia yang pernah aku lepaskan dulu.. cukup la.. aku tak mahu tunggu.. kau pilih jalan kau.. aku pilih jalan aku.. tapi kita tetap sahabat kan kawan??

huh... satu hari di sekolah program itu ini.. dengar itu ini... arghh bising sungguh!!
tulis mereka di kertas " fasilitator sexy" wut??
im just wearing baju kurung and selendang.. which part i look sexy?? haha so howt rite??
nevermind... kau tak de hak nak judge aku.. aku bahagia dengan cari ini....

dan yang aku pasti tadi.. aku gembira.. senyum.. dan suka.. suka seksi?? pilih neraka atau syurga?? bukan kau TUHAN.... tuk jatuhkan aku hukuman.. kau juga manusia biasa.. aku selesa begini... TERIMA KASIH KERANA TEGUR!! aku hargainya....

*diam.fikir.senyum.sengih.dia*

hari ni 10.10.10.. lepas tuh aku tunggu 20.12.2012 ada dalam masa dua tahun lebih..

*ekceli tak pandai nak kira*

aku suka tarikh tu.. its my birthday.. haha berangan2 mau tunang or nikah pada tarikh.. dengan siapa?? dengan jodoh ku yang telah ku ikat janji dengan dia di alam Ruh..... engkau suami.. engkau kekasih.. engkau sahabat baik ku.. moga kita dipertemukan oleh ALLAH S.W.T terima lah aku seadanya..

*gila kentang*
 
aku gila akan chenta dan perhatian...

kamu, haha selalu pesan jangan nakal2.. adakah kita sedang berchenta?? hey cepat2 la ngaku.. aku malu dan keliru..

*muka sedang merah*

seperti kisah tri dan fynn jamal...

argghh gila.. aku selesa dengan kamu... kamu??

jeng..jeng..jeng....


p/s: kadang teringin tuk belajar erti tanggungjawab.. 
tapi takut untuk lalui pengalaman itu.. 
sebab pernah gagal sekali...
maaf kalau kau lihat aku seperti angin...



Saturday, October 09, 2010

migrain?? or barah otak??

haha pe korunk rasa lau kehilangan aku??? heheh poyo je kan....

okeh jum kita buat medical check-up sendiri ok...

sebelum tuh... aku nak share la sejarah migraine kan... hehe

Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

::: Classic Migraine :::

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

AKU: huhu semalam aku just pening dan kelliru.. haha bodoh seminit.. blur.. haishhhh teruk!!!

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.

::: Common Migraine :::

lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.

Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi)

AKU: ooo patut lah rasa nak PECAH je pala aku nih... uih.... semalam rasa nak hentak je pala kat dinding.. sampai nangis2 la aku semalam... hurm.....SAKIT!!!

laman web pesan:
Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.

AKU: haha demmm... aku tak leh tgk cahaya sangat... that y aku silau kot.. dan yang dah make sure... telinga aku akan sakit lau aku dengar bunyi bising yang bingit.. contoh paling dekat lau dak2 kelas aku memekak je pun aku dah sakit telinga.. aaaa sungguh ke aku sakit???!!!!

tanda2 barah otak:
laman web tulis: sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personality.

AKU : huhu sakit pala memang biasa, muntah2 pun ada gak.. lau dah penin tapi paksa makan mesti muntah.. keluar semua.. arghhh malam tadi 3kali aku muntah, lemah dan lumpu?? huhu lum lagi.... penin/ pitam uihh teringat masa sekolah rajin pitam... aaa adakah kanser nya dah merebak jauh?? huhu pelupa?? yup aku mudah lupa... hehe ingtkan perkara biasa.. ooo rupanya tanda2 kanser... ekekke sian aku... perubahan personaliti..?? macam ner eh.. aku perasaan aku selalu berubah laku.. means jap rasa nak jadi warak gila.. semayang pun tak tinggal... jap rasa nak jadi ranggi gila.. dengar azan pun buat tak tau je.. haha jahil sungguh aku! eh tu leh dikatakan perubahan personaliti ker?? hurm....



selebihnya aku malas dah nak tulis panjang2.. sakit pala balik dah nih... ish... tapi aku share satu blog tuk korunk baca. tips serangan dan symptom migraine dan ini tuk barah otak lak.. barah otak

huhu.... teringin nak masuk hospital... ngeee~~~~



 

Friday, October 08, 2010

dua orang je.....

setakat ni dua orang jer.. 
wut???
apa yang dua orang je eh...
jeng..jeng..jeng.....
ngee~~~
hahahaha

okeh la... bila fikir2 balik kan... bila direnung2kan balik.. rupa2nya... benda macam ni pernah terjadi dulu... haha [gelak!!! sungguh aku sedang tersenyum]

:::::::: mood tengah baik ::::::::

dua orang je yang aku pernah minat dan akhirnya jadi kawan baik aku...

1. kita kawan baik dunia akhirat
2. kalau kawan, kawan sampai mati

word diatas tu dialog mereka berdua.. hahaha [wa kena rejek!!!]... ekceli dulu je rasa macam tu.. tapi sekarang aku hargai mereka yang sentiasa ada disisi aku.... yela, bukan senang nak dapat kawan kan... haha lawan ramai la... hehehe

hoh!!! dua orang ni... aku pernah minat dulu... [statement berani mati] kenapa aku tulis entry nih.. sebab aku tgh rindu dua orang ni secara tiba2.. rindu seyh... balik KL hangout sama2 eh... hahaha

rindu mama, ibu, abah n adik2... ish!!! RINDU!!!

jap..jap..jap....

bangun pagi dapat mesage dari Dear... haha ngeeee... u make my day wonderful... thanks Dear.... [awak suka saya eh??]

haha okeh pe aku nak citer sebenarnya... ntah la.. tapi aku nak share sumthing.. cuma dunno how nak tuliskan bagi ia sampai kat korunk... ngeeee~~

korunk percaya tak LELAKI n PEREMPUAN leh berkawan baik?? haha sila percaya k... lalalalalala....

hey, kalau ari ni bday aku kan.. aku nak cakap.. TERIMA KASIH SEBAB SUDI JADI KAWAN AKU SAMPAI MATI, DUNIA DAN AKHIRAT.....

ehehe untuk Dear, ekekek sila jangan jemu 'berchenta' dengan saya... hahaha [perasan lagi yani nih!!!] bila nak dating ni Dear... ???.... Dear, pondok hati Dear kosong tak?? hehe boleh singgah tak?? tapi tak berani nak duk lama2.. nanti terperangkap... hehehe ngee~~~

::::: pesal senyum tak habis lagi nih ::::::

eh jap.. Dear, hahah nak nyanyi lagu ni jap...
~~~ "buat apa dicerita bahagia kita rasa..biar tak dipercaya.. peduli orang kata...."~~~

untuk aku, hehe Dear pesan " jangan majuk, bila majuk nanti aku moody, bila aku moody, aku fikir bukan2 mula la fikir masalah dan macam2 lagi... so senyum jangan majuk2" lebih kurang macam ni lah pesanan dia.. ekeke.. mekasih yer.....

yang sedang tersenyum tanpa henti,


 
p/s: aji cakap semalam.. 
1. "akak, jangan biar diri terperangkap lagi"
2."akak, cari sesuatu kan dalam diri lelaki2 yang akk kenal tu"
3. "sebenarnya akk tengah tggu sesuatu kan?"

dan aku jawab balik
1. "suka macam nie, baru ada thrill"
2. "akk cari 
dimana akk leh letak kepercayaan pada mereka, 
sebab kepercayan tu terlalu rapuh" 
3. "akk dah tak tggu dia.. 
kisah dia dah lama berkubur, 
dah nak masuk 3tahun"


Thursday, October 07, 2010

Bagi aku duit RM300


Illyani tidak sihat, sangat-sangat tidak sihat.
Illyani sakit, sangat-sangat sakit,
Illyani tak ok, sangat-sangat tak ok,
Illyani mahu kembali..
Illyani perlu pulang..
Illyani rindu, sangat-sangat rindu..
Ya Allah..
..
.

Hati kian memberontak,
Cemburu naik ke kepala,
Oh,bukan ini yang diperintahkan!~

Cik Hati, jangan la begini.. cukup-cukup lah rasai 'rasa' itu..!!
Cik Otak, tolonglah nasihat Cik Hati jangan ikutkan sangat nafsu hati...


Oh wahan..
Oh dunia..
dunia!~
Pergi!~


 p/s: lau ada duit dalam bank sekarang dalam 300 ringgit malaysia 
aku dah naik flite balik KL... arghhh rindu isi rumah.....