Jiwa Penuh Chenta

Saturday, October 24, 2009

aku menulis kerana apa??


assalamualaikum xoxoxoxo

dari blog saujana mata hati aku tertarik dengan entri ustad.. KARYA : ANTARA MINAT DAN BAKAT.. hurm membaca nya buat aku terfikir (walaupun aku tak tahu apa yang aku fikir.. tapi aku tahu otak aku tgh ligat berfikir)

saraf2 neuro sedang giat aktiv menjalankan tugas2 nya...

aku menulis kerana apa...

kalau di ikut sejarah aku ber blog ni.. aku harus berterima kasih kepada DOKTOR HANID, kerana kesungguhannya lah aku ada blog aku skang ni.... aku student dia, haha ekceli lau aku tak der blog pun aku leh je tgk blog dia... apa yang akan kuar time final exam.. boleh je sebenarnya.. tapi tak tahu nape, kata2 dia saat dia suh pelajar2 dia buat blog, boleh je aku dengan penuh semangat aku nak buat... time tu dah la orang2 yang menyalahgunakan blog ni asyik kena tangkap jer.... kadang2 pun buat aku takut gak nak menulis di blog.....

tapi ntah la, kenapa aku masih meneruskan penulisan diblog ni... mungkin kerana rentetan kejadian2 yang menimpa hidup aku.. selepas aku dah tak ambil subjek dengan DOKTOR HANID, aku selalu dan jarang on9, mungkin sebab ketiadaan dan kemudahan yang sepatutnya... (sekarang ni je rajin kit sebab aku ada berukband, haha ayat afif junior ku..)

so bila aku mengalami pengalaman yang bg aku agak tidak sedap tuk di peringati kembali aku cuba untuk meluahkan rasa melalui blog.. ekceli 1st time aku tak rasa aku kuat untuk menulis panjang2 lebar.. tapi mula sikit demi sedikit... selama ni aku selalu menulis di diari.. sama je cuma diari hanya aku dan ALLAH S.W.T sahaja yang tahu.. tapi di blog satu dunia yang tahu.. (tu pun kalau ada yang nak baca blog aku ni kan)

aku menulis kembali kerana aku nak korunk tahu apa yang aku rasa... apa yang aku fikirkan.. apa yang aku mahu.. apa yang aku ketahui.. aku mahu berkongsi dengan kalian.. ilmu yang aku ada.. tapi aku kadang2 takut ilmu atau perasaan aku menyinggung kalian.. kalau itu yang terjadi maafkan aku..

aku menulis kerana apa?? aku menulis kerana aku ingin menulis.. aku menulis kerana sudah sampai saatnya kau tahu apa yang ada di benak ku.. aku menulis kerana saatnya sudah tiba.. aku menulis bukan kerana bakat aku.. aku menulis kerana ia menjadi minat ku.... aku menulis kerana ini sahaja yang mampu untuk aku bersuara...


tanpa nama berkata:

seandainya al-quran tidak dikumpulkan dan ditulis semula pasti kita dizaman ini takkan dapat mengetahui tentang indahnya setiap ayat quran itu..begitulah dengan dunia penulisan sekarang..keinginan untuk memberitahu, berkongsi, meluah dan bercerita membuatkan kita lebih suka menulis..kerana apa?kerana dengan menulis kita akan dapat menghimpunkan jutaan perasaan, rasa dan keinginan yang kita boleh kongsikan dengan orang lain


illyani ismail berkata :

seandainya aku tidak menulis.. ilanglah cahaya di hati.. kerana dengan menulis aku seakan2 mendelete perkara2 yang tidak mahu aku ingati.. dengan ini baru ada banyak space yang boleh diisi dengan memory yang baru.. dan ia kan tercipta sebagai kenangan yang paling indah...


dari insan yang baru mula belajar menulis,

HAPPY BELATED BIRTHDAY ENCIK FENDI

Salam... pembuka bicara ku malam ni...

hehehehe ni la agenda2 yang aku lakukan sepanjang cuti stdy week yang diberikan oleh pihak universiti aku la kan.. hehehe bukan nyer nak study tapi main lebih.. hikhikk

looks, ni yang terjadi bila aku diberi cuti dengan bangga nyer...

tempat: rumah PUAN HAINANY
sebab: meraikan BDAY BELATED ENCIK FENDI dan JAMUAN untuk PROGRAM STRESS VS CEMERLANG
mangsa keadaan : EN FENDI
menu pada hari itu ialah:

jeng..jeng..jeng..jeng..

1. ni la adalah proses2 untuk membuat spagethi..
isk..isk.. sedap giler...
tugas aku hanya merebus spagethi n membasuh periuk2 belanga.. hahaha



2. menu kedua ialah....
soto n sate.. haha yang ni aku sureder la..
just jadi pemerhati dan pembasuh periuk belanga..



haha naper la gmbr ni tak mo gi tgh.. dah banyak kali aku ejas.. hikhik...
sory ar geng... saya tak salah lam ni hal...



kembali kepada niat utama aku di sini ialah..
nak sambut bday pegawai aku sorang nih
encik fendi nama nya...
(bujang lagik nie)
lau ada yang pekenan bgtau aku erk..
hahaha
hangin dia dengan aku nanti..


bday boy yang tua.. ahaks...
encik fendi tak tahu ni surprise party dia.. hehehe
hope dia happy la kan..




sesi membuka adiah
sambil diperhatikan oleh saudara amin
n jie...
haha dia tak ambil pot dengan keadaan sekelilingnya.. hehehe


p/s: sory yer en fendi main krim kek tu.. haha cabar lagi saya.. hehehe

apa2 pun SELAMAT HARI TUA...

dari insan yang masih dalam pencarian,




Thursday, October 22, 2009

read n learn

salam.... pembuka segala rahmat... :)

mesti korunk pernah baca kan entri2 ni semua...
ntah la nape aku post kan gak... kebanyakkan entri2 ni semua terlalu familiar dengan alam sekeliling kita kan...

nak dengan tak nak korunk baca je la kan.. kadang2 walau pun dah baca dan korunk baca sekali lagi situasi dan perasaannya tentu berbeza kan...

so baca dan hayati la erk...


Percaya atau tidak,

anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk
menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil
masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.


Mungkin

Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan
sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru,
apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui
betapa berharganya anugerah itu.


Cinta adalah ketika anda dibuai

perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui
bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.


Hal yang
menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat
bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi.
Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.


Tetapi
kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu
sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.


Teman

yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa
seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain
tetap menyokong anda dari belakang.


Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.


Jangan
mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.


Ada
hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar
daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi
tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.


Jangan pernah
mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan
menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata
anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.


Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan
walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih
mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.


Jangan melihat
daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh
luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.


Berharaplah
anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat
dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.


Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah
ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda
kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa
diinginkan.


Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup
dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda
menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu
berbahagia.


Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.


Orang
yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang
mencuba.


Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan
dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada
masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam
kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.


Ketika
lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah
dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya
yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangi




Tuesday, October 20, 2009

SMKPT SPM 2003 REUNiON

KEPADA DAK SKOLL AKU YANG DIHORMATI....
AKU N SAFIKA MENJEMPUT KORUNK UNTUK MENGADAKAN REUNION

DIBAWAH NI ADALAH TARIKH DAN TEMPAT, SEBARANG KEMUNGKINAN YANG BERLAKU BOLEH LA HUBUNGI AKU OR IKA...

TARIKH: 8 NOV 2009
(BOLEH TUKAR SEBAB KITA MASING2 ADA EXAM)
*TARIKH NI ASAL NYER SAFIKA YANG RANCANG TAPI AKU SUH DIA TUKAR SEBAB KEBANYAKAN DARI KITA STILL BELAJAR LAGI... N DIA SUH AKU TANYA KORUNK BILA KORUNK DAH BALIK KE SARANG (RUMAH) KORUNK.... HAHAHAHA

TEMPAT: SUNWAY LAGOON
(BOLEH TUKAR GAK, KALAU ADA TEMPAT LAGI MENARIK)
*JANGAN KAT KUBUR SUDAH...

PEMBAYARAN: SENDIRI2 TANGGUNG

APA YANG KORUNK DAPAT: BERGAMBAR DENGAN WANITA CANTIK SEPERTI AKU... HAHHA BERGELAK KETAWA DAN BERMAIN AIR.. SERTA MENGIMBAU KENANGAN LAMA...

CONTACT AKU OR IKA:
DISEBABKAN AKU POST KAT BLOG SO NO FON TAK BOLEH BAGI...
KORUNK JUST TINGGALKAN EMEL KORUNK NANTI AKU BAGI NO FON KAT EMEL KORUNK... :)

BLOG SAFIKA LAK DI http://thelifeofika.blogspot.com/ DENGAN DIA PUN KORUNK LEH HUBUNGI SEKIRANYA KORUNK MERASA SEGAN OR TAKUT NAK HUBUNGI AKU.. HAHAHA

HAHAHHAHAHA WEI JUM ERK...

AKU BALIK KEY ELL DALAM 12 HB NOV.....
KORUNK BIS EXAM N FREE BILA??

REPLY A.S.A.P
n INCLUDE UR EMEL LA IKA MINTAK NAK ADD KORUNK LAU ADA YM...K
*KALAU ADA SAPA2 YANG AKU TERTINGGAL KORUNK ROGER AR ERK...

YANG BAIK DATANG DARI ALLAH, YANG BURUK DATANG DARI AKU....

PEACE NO WAR.... BEBEH...

HOPE DAPAT JUMPA KORUNK....


Monday, October 19, 2009

TAWARAN PENEMPATAN PELAJAR-PELAJAR UNTUK LATIHAN INDUSTRI

salam,
aku just forward kan message ni dari Kak Dayu... hurm dia bg email ni kat inbox aku, dan sebagai warganegara yang prihatin aku nak korunk baca la erk... hehehe

Rancangan Keluarga Bestari Saidina (Saidina Smart Family Programme) merupakan pusat latihan dan bimbingan keluarga yang menyeluruh dimana kami menyediakan perkhidmatan kemahiran keibubapaan, pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan pelajar sekolah rendah, menengah serta institutsi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa.

Sukacita dimaklumkan bahawa kami, Saidina Smart Family Programme menawarkan penempatan pelajar-pelajar untuk latihan industri berkaitan dengan bidang-bidang yang berikut:
• Pendidikan Awal Kanak-Kanak
• Latihan dan Bimbingan
• Kaunseling dan Konsultansi
• Pemasaran dan Perhubungan Awam
• Multimedia dan Seni Reka Grafik
• Pentadbiran Perniagaan

Pelajar-pelajar yang berminat boleh menghubungi Encik Mohd Rafek (Pengurus Operasi) di talian 012 707 9596 untuk pertanyaan lanjut. Pelajar-pelajar yang ingin membuat latihan industri pada tahun 2009/2010 di Saidina Smart Family Programme disarankan untuk mengirimkan resume ke syarikat kami, No 9-01, Jalan Molek 1/8, Taman Molek, 81100, Johor Bahru, Johor atau emelkan ke saidina_smart@yahoo.com.

Sunday, October 18, 2009

Just 4 My Skool Mate In SMKPT

"hidup..menemui dgn pelbagai ragam insani, hidup juga bertemu dgn keletah duniawi,dunia berubah,hati berubah,manusia berubah...sukar utk di percayai...
tp itu lah illyani"

haha ni ayat kamu yer...
power habis!!!!

hazirah,
masihkah kau ingat akan jelingan tajammu...
(sumpah sampai saat ni aku cukup benci bila kau menjeling)
hahaha
bila ada orang jeling aku,
aku jadi fobia..

apa aku nak tulis sebenarnya...???
tertanya2 juga sebab skang ni dah kul 3 pagi..
rumet aku siap berdengkur kalah enjin kereta api..
hahaha




jadi, aku nak tegak kan benang yang basah...
perubahan apa yang kau nampak.. aku tetap illyani yang dulu...
masih degil, masih dengan keras kepala nya,masih dengan suara kuat nya, masih dengan mulut jahat nya, masih dengan gemuknya, walaupun senyuman aku betambah ayu sekarang nie... hahah tu aku tak mampu nak elak dari menulis la.. (sebab ni blog aku)....


pernah tak kau dengar usia dan pengalaman mematangkan seseorang?? mesti pernah kan... hurm... dan aku adalah salah seorang yang mengalaminya..

hahah ko mesti tak tahu kan, SPM aku bukan la baik sangat(subjek akaun gagal dengan bangganya), masuk F6 kejap jer.. lepas tu aku gi kolej swasta.. haha kat sini la segala2nya bermula...

jeng...jeng..jeng...jeng....
jeng...jeng..jeng...jeng....
jeng...jeng..jeng...jeng....


lol, mesti kau tgh bising kan.... ilek ar.. sabar erk.. hahaha...
aku masuk kolej islam dear... haha kau tahu bertapa sengsara jiwa dan raga aku duk dalam kolej tu, bertahun aku pakai suar jeans... bila dah masuk situ aku kena pakai baju kurung tau tak.... (mesti kau tgh gelak kan aku kan...kan..kan..)
ekceli, aku rebel la gak.. haha dengan presiden dia aku rebel lak tu. aku cakap kenapa orang laki nak semanyang pakai kain, macam orang pompuan lak?? haha tu la QUESTION paling bodoh pernah aku utarakan.. sengal kan...

dari tak leh tima hakikat aku belajar pelahan2.. wei, 3 tahun dowh nak hadap semua ni.. but ada sumthing yang aku suka kat sini pantai dia.. haha TANJUNG BIDARA.. haha kat sini banyak askar2... kepala botak.. hahah aku suka kepala botak2 nih... hahahah ada banyak kenangan yang tercipta...

kat kolej ni aku belajar diploma kaunseling (y??? terkejut ker??) aku pun tak sangka... hahaha kau ingat lagi PN RAJENDRAN tak?? masa aku gi tanya pendapat dia tentang kos aku ni... dia punya nasihat kau tahu per?? hahah dia ketuk pala aku dengan pembaris besi... (biol la 5 minit...)

so far so good la... but this kolej islamic way, aku tak biasa.. yela, kita kan tahu KEY ELL tu macam ner.. lagi pun aku tak biasa pakai baju kurung sangat time tu... tapi lau cakap sekarang rasa sumthing lak bila aku wear tshrit n jeans... hahaha sendiri fikir la... dulu masa time sekolah je kan kita wear baju kurung, but kat sini selagi kau kat kampus selagi tu kau perlu berbaju kurung n lau nak beriadah mesti lengan panjang bg perempuan (menutup aurat)

dididik dan didedahkan dengan islamic way tentulah aku dah macam ustazah bak kata nabil... (tapi tetap rock...!!!! hahahah) kau gelak la ziera...

haha dah jauh aku melalut, so kau nampak la kan atur cara hidup aku macam ner... berperang kau tahu, dengan kehendak hati dan peraturan kolej....

so aku korban kan kehendak hati... saat itu aku la sekecil2 ummat kau tahu.. hurmmmm... ukhwah islamiyyah yang dak2 ni tunjukkan bt aku terfikir kalau aku masih seperti dulu adakah diorang akan terima aku?? (kau rasa diorang terima tak, fikir la sendrikkk!!!)

..................................................................


dalam nak tak nak kolej aku tue tempat aku bentuk balik akhlak aku, haha yela dak2 kolej islam kan sopan2, mana ada cakap kuat2.. SUARA TU AURAT.. heheh
but im learn sumthing.. sebab tu tema blog aku DALAM PENCARIAN...

walaupun dah hampir dua tahun aku tinggal kolej tu, aku masih terasa aku yang dulu teruk aku kuar jadi orang baru means... salin kulit baru.... hurm..

lalalallalalalallalalalla

wei penat la aku tulis....
kalau kau rasa aku dah berubah.. allhamdulillah la..
kalau kau rasa aku belum berubah.. insyallah aku akan cuba berubah..

sebab manusia ni tak sempurna tapi menuju ke arah kesempurnaan...
aku belajar n dan aku amalkan...
lama2 ia jadi tabiat...

kalau baik..baik la jadinya..
kalau buruk..buruk la jadinya...

p/s: kat Universiti Malaysia Terengganu ni aku masih lagi sambung apa yang aku ambik kat kolej dulu so skang aku Deg in Counselling... so aku rasa kau leh fikir kan.. ahahaha

LU FIKIR LA SENDIRI!!!!!


Friday, October 16, 2009

Percaya lah!!!

definisi tentang PERCAYA... KEPERCAYAAN...

---->>> definisi bg PERCAYA = berasa yakin ttg; berasa yakin akan benarnya atau adanya sesuatu;

---->>> definisi bg KEPERCAYAAN = anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll);

kedua2 definisi ini dipetik dalam kamus dewan...edisi ke empat...

so apa yang aku cuba merepek kat sini sambil2 aku makan kerepek... hahaha..

bila korunk rasa percaya kat seseorang or org tu percaya kat korunk, korunk suka tak???? suka tak aku tanya ni....???

perkara ni terjadi pada ku..apabila kepercayaan yang dibina dari asas yang tidak kukuh.. yang terjadi adalah perpecahan...

aku tertanya2 susah ker kita nak percaya pada seseorang?? walaupun berkali2 kesilapan yang dia lakukan, susah ker?? hurm... termenung aku sejenak atas perkara yang terjadi.. hurm...

kerana mulut badan kan binasa...
jangan kau lancangkan kata2...
jangan kau dahulukan perbuatan..
fikirkan dulu sebelum kelancangan mu
membuatkan yang lain rasa sakitnya...
jangan..jangan...dan jangan...

menjadi anak sulung perempuan satu2 nya dalm keluarga adalah satu tugas berat... bukan senang untuk menjadi aku.. seolah2 aku ni menyandang jawatan CEO sebuah syarikat yang amat terkenal di Malaysia, hebat bukan... baru jawatan ini diberikan aku dah rasa macam tak mampu...

tapi aku percaya aku mampu lakukan yang terbaik.. PERCAYALAH!!!!!


Monday, October 12, 2009

DERITA MERINDU



Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia
Kaulah derita
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..


Kaulah bahagia
Kaulah derita
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula


Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia
Kaulah derita
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia
Kaulah derita
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia
Kaulah derita
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia
Kaulah derita
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa