Jiwa Penuh Chenta

Tuesday, April 29, 2014

Ranaco Kemaman

Dua minggu tunggu pangilan dari ranaco..
Harapan tinggi sikit, sebab kawan aku tolong rekemen kan. Tapi semua berbalik pada yang ESA juga.
Betul2 all out tak masa interview masa 20hb april 2014 aritu..
Tadi, one of member text, cakap dapat interview kat ranaco. Haha rasa cam tipis je peluang..
Tapi aku yakin, kalau rezeki tu aku punya, interview la banyak kali pun. Tetap aku punya.
Insyallah, allah kan ada.
Dia suruh kita mintak padanya.
Kita je ego xnak mintak.
Hehe
Bantu aku ya allah, permudahkan urusan aku kira nya jawatan itu baik untuk aku dan keluarga..
Amin.

Saturday, April 19, 2014

Karak

Belum pun masuk sempadan pahang..

Tetiba kereta breakdown..
Allahuakbar..

Dugaan apa ini Allah SWT..

Moga ada yang lebih baik menanti aku.

Sesungguhnya perancanganMU melebihi akal ku.

Redha yani...

Friday, April 18, 2014

bertemu dan diduga adalah temuduga

temuduga di Johor Baharu, minggu lepas dilepaskan.

sambil melepaskan, dengan kata-kata,

kalau dengan melepaskan yang ini, moga yang akan dating adalah rezeki untuk berkahwin.

nah!

kita diuji dengan apa yang diperkatakan.

temuduga di kemaman, Terengganu.

benar, insan di hati, berasal dari sana. juga telah bersuara, cari keja didaerah sana.

tidak sangka, secepat ini rezeki ingin diberikan.

moga, ditetapkan hati. dikuatkan minda

moga, kali ini pergi dan pulang penuh hasil.

dan diredhai oleh keluarga dan allah.

moga.

dan aku cuma mahu disekat pemikiran sementara waktu,

pergi sana atas dasar ambil pengalaman temuduga sahaja.

kalau berezeki untuk menetap dan berhirah disana.

memang la, telah ditulis, perjalanan hidupku sedang dimudahkan oleh yang ESA.

amin.

terima kasih untuk kasih sayang yang tak belah bagi kepada aku yang sering melupakanMU.

mohon diampunkan untuk setiap salah aku.

mohon.

moga beroleh rezeki di daerah asing.



Monday, April 07, 2014

Orang Terengganu

Minta izin pakai alamat terengganu. Sebab nak mohon kerja area marang.

Aihh kemain happy beliau.

Tetiba cakap, yela nak jadi orang terengganu kan..

Haha tetiba aku teringat perbualan yang lepas, kalau ada anak nanti, kena ajar cakap terengganu. Aku bantah! Dia kata, lau aku xnak dgr kata tidur luar.

Hahaha

Ewah!!!

P/s: aku suka betul lau dia gi laut! Call sokmo!

Friday, April 04, 2014

Tuesday, April 01, 2014

Privacy

Bila bercakap soal privacy.. Kita semua ada hak.. Ada kawasan yang orang lain xboleh masuk. Even kau suami dab isteri. Ada hal-hal yg kita mahu. Kita saja yg tahu.

Macam tu jugak. Bila bangunan sebuah company ni bos kau punya. Tapi ada satu ruang yang perkerja kau guna. Kau xboleb ceroboh.

Maaflah aku xbcakap tentang akta atau fakta! Aku tulis apa yang aku rasa betul.

Ruangan pejabat. Walaupun kau ada kunci pendua. Ia tetap milik staf. Itu beza antara majikan yang tahu adab dan semestinya majikan beradab.

Tapi sayang.. Makin lama aku kerja makin meluat cara kau berkerja.

Rasa nak berhenti kerja. Cari kerja di tempat lain. Mungkin sini bukan tmpat aku lagi.

Hilang rasa untuk berkerja dengan ikhlas.