Jiwa Penuh Chenta

Wednesday, February 10, 2016

Hati hati

Tak lama lagi hari raya haji.. Selalu di uar uarkan atau disamaertikan dengan pengorbanan.
Tahun ini, aku rasa hati aku paling kuat. Kisah dah setahun lebih berlalu.. Aku dah jarang menangis.. Rindu masih ada. Malah makin mengebu. Kadang kadang rasa nak khianat pada janji sendiri.
Cukup lah, biar aku yang membawa diri. Tidak akan langsung aku bertanya mengapa atau bila.. Tak sanggup lagi rasa melihat air mata ibu mu mengalir kerana kita. Susah hati kerana kita. Lebih baik kita begini. Bila sampai waktunya, aku pinta pada Allah, biarlah ia atas rela mu. Bukan kerana mahu memuaskan hati sekeliling mu.
Benar, aku jatuh banyak kali. Dan aku tetap terus utuh erat memandang mu. Maafkan aku sekiranya diam aku membuat kau bertanya itu ini... Maafkan aku sekiranya aku tidak lagi menegur mu seperti biasa. Aku tak nak kau rasa terbeban dengan semua ini.
Bohonglah kalau aku kata 5 thn ni tidak sia2.. Tapi 5 tahun ni ckup mendidik sabar aku. Malah sekarang mendidik keinginan aku. Bukan semua yang aku mahu akan dapat.
Aku tak nak sebab kita, ibu mu mengalir air mata. Aku takut dalamnya berkata kata. Hidupmu tak berkat kelak.
Risau! Kau tak tercium syurga sebab kita. Jadi, aku fikir ini jalan mudah. Dari banyak hati yang pedih kerana kita. Lebih baik aku tidak terus bertanya mengapa atau bila. Sama ada masih mahu atau tidak.
Biar aku tunjuk pada dunia, aku paling gembira, sedangkan aku paling rindu untuk dengar suara mu.
Biar aku tunjuk pada dunia, aku paling sibuk pada hari berkerja, sedangkan hari minggu aku menanggung rindu.
Allah.. Allah... Moga hidupmu bahagia. Moga ibu redha. Moga kita berjaya.
Jaga diri. Jaga hati.
Aku tetap disini.
Masih mencintai.
2015, Kuala Lumpur