Jiwa Penuh Chenta

Friday, December 25, 2015

Terdampar

Pukul 4 pagi.. Mama kejut kata abah jatuh. 

Dan kau tengok abah terbaring depan tandas.

Allahuakbar.. DIA sahaja tahu betapa aku tidak mahu menangis depan Mama dan Abah.

Mesti kuat.

Abah pitam. Tiba tiba pitam.

Semoga diberi kesihatan yang baik untuk abah, mama, ibu dan semua kesayangan aku.

Allah.. Allah... Allah...

Thursday, December 03, 2015

Kehidupan

aku lupa aku ada blog agaknya..

i'm getting serious with our family business..

Nov 2015 - aku masih hidup

Dec 2015 - marilah teruskan kehidupan.

Friday, October 02, 2015

Its okt.

Baru perasaan. Ulang tahun kita. Kalau kau ingtlah..

8hb oct 2015..

Tuesday, September 01, 2015

Pedihnya berharap

“Ketika hatimu terlalu berharap pada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap pada selain Dia, maka Allah menghalangi kamu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya.“

Imam Syafie

Sunday, July 26, 2015

Rindu

Sarat dengan perasaan rindu. Moga dikirim sayang di angin lalu.

Sakit.. Pedih..

Thursday, July 23, 2015

Raya 2015

kalau cinta tiada, kasih masih ada, kalau kasih tiada sayang masih ada, jikalau ketiganya telah tiada, anggaplah ini satu amanah.

amanah kepada mu untuk mencintai, mengasihi dan menyayangi nya.

Friday, June 26, 2015

Pantry Suami Isteri

macam ni...

bila tempat office kau sediakan pantry untuk makan dan minumserta berehat dalam 10 minit.. itu aku kira heaven dah tu..

dia akan jadi pelik tetiba tempat tu husband and wife duduk berkepit kat sofa yang disediakan.

peh.. aku nak masuk duduk berehat pun jadi tak senang..

hilang mengantuk aku!!

Thursday, June 25, 2015

Di angin yang lalu

Tetiba perasaan rindu menjelma..
Rindu pada senyum bengangnya.. Rindu pada angin marahnya.. Rindu pada suaranya..
Allah.. Hanya Kau yang mengerti perasaan rindu ini..
Rindu sehingga bawa aku kepada angan-angan yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
Bila melihat keadaan seperti tiada apa-apa peningkatan mahu pun perubahan.
Tapi masih lagi mahu menyebut, masih lagi sudi untuk bertemu di alam mimpi.
Masih.. Kerana masih lagi sayang.
Wallahi.. Aku terlalu rindu!
Moga awak bahagia.
Amin.

Friday, June 05, 2015

Tuesday, May 12, 2015

Dendam

Teringat penulisan seorang blogger.
Dia kata, sering ditinggal sendirian boleh menimbulkan dendam.

Tak tahu la apa yang sedang beraja di hati. Dendam atau kasihan.. Pada diri sendiri.

Moga ada kasih yang ikhlas menyayangi..

Wednesday, April 22, 2015

Pendam

Penat.. Tekanan.. Letih!! Mudah rasa marah!!

Sampai rasa nak menangis...

Bila nak let go.. Bila nak move on..

Letih penat berperasaan.

Monday, April 13, 2015

Lemah

Sampai satu tahap terlintas di fikiran, 'apa sebab aku perlu teruskan hidup pada hari ini?'

Betapa lemahnya iman kerana mudah berputus asa,  Allah SWT sering menghantar seseorang untuk mengingatkan satu sama lain.

Namun kita angkuh dan terus berpaling.

Sunday, March 29, 2015

Mahram

Wan: shafiqa, kumpul duit.. Pi umrah. Wan bagi separuh.

Me: wan bukan tak mau pi.. Cika kena ada mahram...

Wan: betul juga.. Tak pa.. Pi sekali dengan wan..

Me: sungguh wan?? Alhamdulilah...

Terharu... Bersungguh aku nak pi tahun nih gak.. Wan kata, tunggu dia selesaikan hajat nak tgk anak2 dia pi umrah pula.. Lps ni dia pi dengan aku.

Allahuakbar.. Moga allah redha dengan perancangan kali ini. Moga allah mudahkan segala urusan.

Amin.....

Tq allah... Tq wan...

Monday, March 23, 2015

5 years ago

"sayang itu buat kamu, dan cinta itu buat Dia yang maha Esa. cinta itu sifat tuhan... arrahman arrahim. Kita pinjam sedikit utk melayahkan ukhwah sesama makhluk. alangkah indahnya... "

Oktober 2010

Thursday, March 05, 2015

Diam

Selepas berbulan-bulan tiada panggilan dari kau.

Kita hanya bercakap dalam masa 5 minit.

Tahu kah engkau, banyak benda yang aku ingin kongsikan.. Namun tak terluahkan...

Payah! Resah! Risau...

Bila mana aku dah berkongsi semua.. Engkau mula menghilangkan diri. Untuk sekian kalinya.

Dan aku mula selesa dengan cara begini.

Thursday, January 29, 2015

2015

dua perkara je aku nak..

1. umrah 
2. baby

=)

moga allah redha. 

AMIN!

Saturday, January 03, 2015

12 RABIULAWAL

Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka. bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra

"aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1.duduk2 bersama rasulullah saw.
2.melihat wajah mu ya rasullah saw.
3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "

lalu rasullah saw bertanya dengan saidina umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya umar?"

jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:

1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
3.berkata yg benar walaupun pahit"

"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"

berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:

1.memberi makan
2.memberi salam
3.bersolat malam di waktu manusia tidur"

"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"

"aku juga cintakan 3 perkara:

1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang"

kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra

"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:

1.lapar
2.sakit
3.mati"

kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"

berkata saidina Abu Dzar ra,

"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.

aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.

aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"

kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.wangian
2.wanita yang solehah
3.sembahyang menjadi penyejuk hati ku"

kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.

kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :

1.menyampaikan risalah
2.menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin"

kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian"

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

#copypaste