Jiwa Penuh Chenta

Saturday, July 30, 2011

awesome!!

seha and me at bukit jalil
salam..
hehe sila jeles pada yang berkenaan!!

ekceli ni la kali pertama aku nak menonton perlawanan bola sepak secara live!! dah 25tahun aku hidup. this is my first time. horeyyyyyyy!!!

uih.. teruja giler. ramai orang
haha bergasak dowh aku nak masuk stadium tadi. haha ambil berkat kata kawan aku. cilakak!! penuh dengan lautan biru dan kuning.. go Malaysia go Malaysia go Malaysia..

walaupun kalah!!kita dah pertahankan maruah dari celaka!!
spesial thanks pada Naim yang beli tiket sepupu kepada kawan aku yang baik hati Kay's yang sudi nak suh Naim belikan untuk aku. haha walaupun sampai awal tapi tiket dapat lambat.. betul-betul menguji kesabaran dengan line Maxis problem gila babi!! dan stadium yang dipenuhi manusia dan sini aku lihat orang asing, cina dan india sama-sama menyokong Malaysia. hohoh teruje der!!

ko hado???

owh pesanan ku pada mereka, haihh
  1. sila buang sampah merata-rata lagi ye. bangang!!
  2. hisap rokok kasi laju2 la der. baru macho. syiall!!
  3. tak yah beraturlah kan. potong je Q. bangang!!
  4. bawak mercun banyak-banyak. baling kat budak. syiall!!
antara bad things happens kat bukit jalil ari tuh. huh!!

patutlah dari dulu abah aku tak nak bawak aku gi tgk bola. macam-macam peel manusia aku jumpa.cam haram jadah!! haha

tapi inilah pengalaman pertama kali dan ini bukanlah kali terakhir. owh rupa-rupanya boyfiee Kay's pun baru pertama kali. haha

AKU NAK LAGI!!


"eh, kita baru keluar stadium, bukan baru keluar pub!,
jangan nak mabuk sangat jalan tuh"
Firdaus, 2011


   

p/s: menggila kadang satu perkara yang bagus.

di daerah terpencil..

di suatu tempat daeah terpencil. aku lihat dari kejauhan seorang wanita dan dua lelaki. salah seorang lelaki itu aku kenal. insan yang pernah bertakhta dihati dan pada masa sama insan ini juga yang melukai hati. 

"kenape nak jumpa saya kat sini??" kata aku.

"ada hal sikit, duduklah dulu" suara mendatar Ady

kenangan lama mengimbau kembali. di warung inilah. dia gengam erat jari jemari aku, diwarung inilah dia bisikkan yang dia tak kan lepaskan tangan aku. hurm.. dahla, untuk apa dikenangkan. perkara dah lepas.

"dah makan??" tanya Ady. arghh dia cuba berbahasa basi dengan aku. sebenarnya dah lama kami tidak ketemu selepas dia sendiri yang putuskan hubungan kami, dan dia sendiri juga yang menukar no telefon supaya aku tidak dapat jejaki dia. kejam aku kira.

"dah!" kasar jawapan aku.

pertemuan kali ni rasa aneh, hurm.. dia semakin berisi. agak segak berbanding dulu. mesti senang hati. aku kira, wanita yang ada disebelah aku ni, kekasihnya, cantik, dengan rambut panjang mengurai, hmm dia suka wanita yang berambut panjang. teringat bila dia mengamuk aku potong rambut pendek. sayang benar dia pada rambut aku. haha!

"abang.. eh, awak nak ape jumpa saya?" tersasul aku. terbiasa panggil dia abang. kenangan kenape menjelma saat ini.jangan!!

"hmm.. nak pulangkan ini" sambil dia mengeluarkan satu per satu gambar aku dalam album simpanan dia.

aku hanya mampu melihat segala pergerakan tangan dia yang lincah, yang kelihatan bersungguh-sungguh mengeluarkan gambar-gambar aku. banyak jugak. gambar aku dalam simpanan dia. hurm.. dulu kami gila bergambar. kemana saje pasti akan bergambar. cinta jarak jauh memang payah. bertemu dua kali dalam masa sebulan. itu kalau aku di Kuala Lumpur dan dia pula di Melaka/Negeri Sembilan. tapi bila aku di Terengganu, pertemuan jadi 6bulan sekali. hurm.. mungkin dia tak boleh tiada seseorang disisi dia. ntahlah. perpisahan kami secara mengejut. dia yang pinta. aku dah pertahankan. dia yang hilang dan kini dia kembali untuk pulangkan semuanya dan kenapa ia mengambil masa 3tahun untuk pulangkan segala-segalanya.???

"kenapa, baru sekarang nak pulangkan??" aku tahan sebak.

sepanjang 3tahun ni aku seorang diri. dan baru setahun ini aku cuba beri ruang dan peluang dan ia masih diawang-awangan. kenapa sekarang baru nak pulang. apa yang dia tak puas hati lagi dengan menyakitkan hati aku dan memalukan aku depan kawan dan kekasih hatinya. seperti aku malu dengan nenek dan pakcik serta isterinya. besar sangat ke dosa aku pada kau?!

PANG!!

sebuah tamparan hinggap dipipi dia. dah lama aku tahan rasa amarah nih. bertahun-tahun.


___________________________________________________________________________________

aku mimpi dia malam tadi. kata orang kalau kita mimpikan seseorang itu tandanya dia sedang rindukan kita. betul ke kau rindu kan aku?? haha

tak dapat tampar kau di alam realiti dalam mimpi pun dah memadai bagi aku. tapi aku terfikir, sebanyak itukah gambar-gambar aku ada pada kau. syiall lah..

apa-apa pun aku doa kau bahagia dengan siapa-siapa pun.

 

Tuesday, July 26, 2011

are we done??

seperti biasa.. bicara pasti mati ditengah jalan.

p/s: penat main permainan nih..

 

Monday, July 25, 2011

Sisi Lain Kehidupan

"Hidup bagai sebuah rumah, banyak jendelanya. 
Setiap tingkap, lain pandangannya. 
Lihatlah hidup dari segenap tingkap. Siagakan angan."
-Irfan Jani-



kes; mencuri, masyarakat pandang serong orang yang mencuri. orang yang mencuri jahat. 

sisi A
ditangkap kerana mencuri makanan di kedai familystore.
kisah sebenarnya; Si A mencuri demi sesuap makan. berkerja sebagai tukang cuci dengan gaji sebanyak rm500 tidak mencukupi untuk menampung 8orang adik beradik dengan ayah yang sakit lumpuh.

sisi B
ditangkap kerana mencuri makanan di kedai familystore.
kisah sebenatnya; Si B mencuri kerana sel-sel dalam otak mereka akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil "critiennef" yang mengakibat tangan-tangan mereka sentiasa mengarahkan otak-otak mereka melakukan jenayah tersebut. mereka mengalami penyakit kleptomaniac.

itu baru hal mencuri.. apa pula cerita kalau cinta infiniti?? mungkin kita masing2 bercinta.. tapi kisah sebenarnya berlainan bukan. kalau cerita pasal seorang gadis membunuh diri.. apa kisah sebenarnya.. yeah... pandangan kita (masyarakat) berbeza.

##hanya yang tersurat boleh memahami makna yang tersirat.

angan-angan saya, mahukan rumah seperti ini
dan saya tetap mahukan ia.



setakat saya merantau jauh dari keluarga.. Terengganu punya pantai yang cantik dan ombak yang kuat. berani berumah di tepi pantai?? takut?? hahaha....





p/s: sebenarnya aku sendiri tak tau apa aku nak dalam hidup ni.. pelik kan?

Bahagia Yang Ada

"perempuan, kita sama dari tulang rusuk lelaki, 
sama-sama ingin dikasihi.. 
tahniahlah sebab dah kucar kacirkan hubungan yang sedia ada. 
kau bahgia??"

kehadiran kau sekelip mata buat aku mengundurkan diri dalam perubungan ini.. aku jadi tak yakin dengan setiap setia dan lafaz yang pernah diucapkan oleh dia. kehadiran kau bermotifkan apa?? merosakkan hubungan setiap pasangan, atau menambahbaikkan hubungan setiap pasangan.

cemburu itu sangat setia dan sinonim dengan aku. payah bukan. tambah-tambah lagi payah bila pihak lagi satu tidak cuba langsung untuk memperjelaskan setiap ragu yang diperlihatkan. kau bahagia bermain kata di alam maya sehingga boleh dilihat oleh aku?? kau bahagia bergurau mesra sedangkan dengan aku dah lama pihak satu lagi tidak kunjung tiba?? aduh, aku cemburu sebenarnya. dan otak ligat, itu baru di alam maya, di alam realiti?? sungguh mahu sahaja aku toreh-toreh wajahnya yang cantik mulus. dicarik-carik hati sedang enak menganyam bahagia. kejam kan??

owh atau mungkin kau tempat pihak satu lagi berseronok dan aku.. dia ingin simpan baik-baik. mungkin untuk di buat isteri?? haha kau bahagia diperlakukan sebegitu murah?? motif kau sangat jelas. hadir, kucar kacirkan hubungan, aku pergi membawa hati jiwa yang penuh ragu dan syak wasangka, kau pergi secara tiba-tiba dan sekarang si dia secara tiba-tiba hadir setelah sekian lama aku tunggu... hurmm maaf hati ni dah bernanah.. cukup-cukuplah.. 

pihak satu lagi, ye, saya tahu saya meluahkan rasa dari pihak saya. tapi bila saya bagi peluang untuk awak jelaskan apa yang berlaku. awak mengambil sikap untuk mendiamkan diri.. maaf. dalam satu perhubungan.. komunikasi itu penting. berdiam diri semasa salah satu antara kita marah. itu perlu. tapi setelah marah itu reda. haruslah dijelaskan apa sebenarnya perkara yang berlaku. tapi itu tidak berlaku dalam hubungan kita bukan.
apabila awak meletakkan EGO didepan.. awak akan hilang segalanya. dan sampai saatnya saya rasa awak sebenarnya belum bersedia untuk menjalin satu hubungan yang serius. jatuh kah martabat awak, kalau awak tunjukkan sedikit kasih dan sayang kepada saya?? jatuh kah ego awak sekali sekala awak pujuk rayu saya?? hilang kah kemachoaan awak apabila awak ucapkan kata-kata rindu pada saya. bukan selalu saya pinta tapi tunjukkan lah sedikit keihklasan paling tidak KESUNGGUHAN yang awak benar-benar mahukan saya.

##tak perlu setiap hari cukup lah sesedap rasa. mudah sebenarnya.. 

saya seolah-olah menyalahkan awak kan dalam hal nih.. tapi seingat saya. dah habis daya saya untuk tarik perhatian awak. dah habis rajuk yang tak terpujuk, dah habis cemburu yang diragut rindu, dah habis tenang untuk bertenang, dah habis ingat untuk dicari, dah habis bilang untuk dikira, dah habis tapi tak pernah habis.. 

##masih bersisa. 

hmmmm ia dah terkoyak dan semakin rabak, seperca kejujuran dan kesungguhan bagi aku mampu tampal apa yang rabak. kau sanggup??

##beri peluang lagi. 

saya dah habis daya. tak mahu main permainan yang tidak mendatangkan apa-apa pada saya selain sebak didada.. maaflah.. beri saya ruang dan peluang untuk jaga dan ubat hati saya..

##boleh?

"kalau ada jodoh, kita jumpa lagi!" -mia, sekali lagi-

cinta itu milik kita,  kalau diizinkan olehNYA. sebab aku percaya setiap janji-janjiNYA

'Setiap anak Adam yang lahir sudah ditentukan rezeki, jodoh dan ajal mautnya.' Jika ini pesanan agama, maka yakinlah bahawa kita sudah disiapkan jodoh oleh NYA. Yakinlah akan janji ALLAH.


 

p/s: tetamu lama kerap hadir sejak kebelakangan ini. rentetan dari kemalangan yang dialami.

p/s/s: "kita akan bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang betul, samalah dengan aku" -luah Mr.Enemy

p/s/s/s: aku rasa aku fobia dengan benda-benda yang cantik ini. sebab ia bahaya. sumpah!!

Thursday, July 21, 2011

Jahitan Kenangan Lama

1. 4tahun tak pernah berpisah. that my Mr. Keroppi.


2. terkoyak, malam tadi baru pasan. risau hati.
3. jahit kenangan lama supaya tak luput dingatan.

4. tapi tak sama seperti dulu.
5. dulu bantal asal dia tak macam ni..
nampak sangat dah bertahun aku tak buka isinya.

6. bantal dia aku sarungkan sarung bantal lain.
#dan buat pertama kalinya, aku gelak ketawa dengan dia seikhlas hati dan mengucapkan semoga bahagia dan tahniah untuk konvonya.. tercapai juga impiannya dia.

##perkara dah lepas.. mungkin kami boleh berkawan baik tapi aku tahu dia tak biasa.

### kahwin jangan lupa jemput saya ye awak..


 

Sunday, July 17, 2011

The Archers

tahu apa beza kau dan dia?


dia; memburu

kau; diburu


aku; takkan gerun untuk mencuba sampai aku puas...



 

p/s: biar berdarah sakit.. mengaduh perit..

hati tak pernah serik..

perempuan kalis peluru

Tamatnya sumpahan sejak mendengar suara
Dikejutkan diri ini dari mimpi mati lemas
Seperti cahaya di hujung terowong gelap
Kasih sayang yang dicurahkan seperti emas
Tak berniat membuat menangis air mata mengalir

Terburu-buru bertindak meluru sememangnya semulajadi
Langkah mayatku yang merupa satu pesanan
Kepada mereka yg selalu asyik menggangu
Saya dan awak diterbangkan sehidup semati

Kau dan aku merentasi bima sakti
Tak berniat membuat menangis air mata mengalir
Terburu-buru bertindak meluru sememangnya semulajadi
Hanya kau seorang di dalam berjuta-juta ribu-ribu

Saya cemburu denganmu
Perempuan kalis peluru
Jauh di mata dekat di hati
Walaupun hati perang dunia
Mandi tak lena tidur tak basah
Seperti mati hidup semula.. hidup semula
Hidup semula... hidup semula..

Saya tak berniat membuat menangis air mata mengalir
Terburu-buru bertindak meluru sememangnya semulajadi
Hanya kau seorang didalam berjuta-juta ribu-ribu

Saya cemburu denganmu
Perempuan kalis peluru

Harapan semoga selamat ke akhir hayat
Tolong tunggu. Tolong tunggu.. tolong tunggu...
Jangan was-was tak perlu ragu denganku
Hanya kau seorang di dalam berjuta ribuan...

-monoloQue-

 

Arwah

tak ramai kenalan yang tahu aku sebenarnya punyai adik perempuan selain daripada dua adik lelaki aku yang kacak itu. =)

*singkap kenangan lalu...

belas-belas tahun yang dulu. tak silap aku 15 or 16 tahun lepas.

## kisah yang aku cuba luputkan dalam kotak memori. tapi sekarang aku semakin terkenang akan arwah. semakin rindu hati ini ingin bersua. alangkah baiknya, dia hadir depan aku.. aku mahu jadi along yang baik untuknya.. aku mahu jadi kawan paling rapat dengannya. atau mungkin aku akan kesana. aku ingin berkongsi kisah cinta dan duka dengan dia, bagaimana mahu menghadapi saat jatuh cinta, saat putusnya cinta, berkongsi baju dan semua jenis kesukaan, bercerita tentang hero pujaan, mengumpat kawan-kawan sekolah. sumpah, banyak benda yang aku tak leh nak buat. aku rindu!!

*kini

aku rindu arwah mungkin sebab aku sedang melihat adik-adik lelaki menginjak dewasa. semakin mereka dewasa semakin aku risau. dunia ni terlalu kejam. dan buat aku terfikir, kenapa arwah tidak bersama kami didunia???

mungkin DIA tahu kekuatan arwah setakat mana?? sanggup ke arwah menghadapi fitnah dunia?? sanggup ke arwah melawan nafsu dunia?? sanggupkah itu dan ini????

hanya DIA yang lebih tahu dan mengerti.

itu jawapan yang paling pasti.

*petang tadi

petang tadi aku pergi ke Plaza Lowyat, dalam perjalanan kesana aku melalui Pavillion.. hurm.. melihat anak-anak gadis dalam keadaan yang tidak cukup pakainya. sungguh aku terfikir, beginikah keadaan arwah sekiranya DIA izinkan arwah tinggal bersama kami. sungguh dunia terlalu kejam.aku takut melihat anak-anak muda yang berpelukan tanpa segan silu, cium sana sini.. dalam perjalanan pergi dan pulang sungguh aku tercengang. ye, aku juga pernah remaja, aku juga pernah melalui proses itu, tapi tak terfikir kah mereka dosa dan pahala. hurm.. aku ada adik-adik lelaki. semoga ALLAH SWT pelihara meraka dari segala kemaksiatan.

*kini

kawan-kawan angah ramai yang panggil aku along, mostly yang lelaki, manakala yang perempuan lebih senang panggil aku kakak, dan ini lah yang paling aku rindu.. aku rindu arwah panggil aku along macam adik-adik yang lain panggil. dan yang paling aku bayangkan tentulah dia yang paling manja sebab dia adik perempuan seorang. rindu.

*singkap kenangan lalu

arwah pergi meninggalkan kami dalam keadaan yang aku sendiri tak jangka. arwah sihat dalam kandungan Ibu, semasa proses kelahiran arwah mengalami komplikasi dimana arwah terjerut tali salur makanan dari ibu ke anak itu (aku lupa apa namanya) hurm... arwah, berjuang hingga nafas terakhir, Ibu mengharap arwah kuat untuk terus berjuang, tapi...

aku tak sempat nak lihat arwah, Abah bawak balik arwah tanam kat kampung, aku cuma tahu arwah saling tak tumpah macam Angah semasa kecil, putih macam cina, sepetnya, biarlah dia tak ikut aku yang sedia lahir gelap itu lagi baik.

Ibu panggil arwah Nabila, tapi Abah ada cakap dulu-dulu lau arwah masa hidup nama dia seiras nama aku iaitu Nur Illyani Shaqilla Ismail. =) kacak tak nama adik perempuan aku?? mesti bila besar dia cantik dan kacak macam Abah kan..

*kini

tapi ALLAH SWT lebih sayang dia. dah tentu syurga untuk arwah. =)

al fatihah.

ada yang sudi panggil aku along selain daripada kakak?!



p/s: air.. mata.. ku tahan... mengalir lesu....
p/s/s: lagu BUKTI by FIQ berputar di winamp.

Friday, July 15, 2011

semalam..

aku marah semalam..
marah yang aku pendam lumat-lumat dalam hati.
sampai aku risau, apa akan jadi kalau aku haburkan ia keluar.
aku banyak diam semalam.
aku berpeluk tubuh.

aku marah pada diri sendiri.
aku gagal menjadi anak yang baik.
aku gagal menjadi along yang baik.
aku gagal menjadi kekasih yang baik.

aku benci.
andailah dunia dan akhirat tiada peraturan.
dah lama aku jadi manusia yang hilang tamadunnya.

aku marah semalam.
sungguh.
aku marah.

 

p/s: bila aku marah.. dahi memang berkerut.. muka masam gila.

p/s/s: nak tunggu aku tua baru kau nak pujuk.
atau kita tiada apa-apa untuk dirujuk????

Thursday, July 14, 2011

keturunan baik-baik

berkelakuan sumbang depan mata. tak malu kah?? anak-anak muda melihat perlakuan sumbang itu?? generasi muda mudah meniru aksi itu dan ini... bagus sungguh model terbaru sekarang ini. pakej yang lengkap.. keh..keh..keh.....perempuan harus baik walaupun tak solehah, bagi aku la...

owh, lupa.. kau TUHAN kan.. sebab itu senang dan mudah membuat angkara nista.. hinanya keturunan kau.. kau lupa agaknya. setiap doa orang yang kau anaya itu akan dimakbulkan ALLAH.. ya rabbi, aku lupa lagi.. kau lah TUHAN... boleh saje kau abaikan doa dan rintihan mereka bukan??

hurm... setiap mereka tentu memaki hamun segala perbuatan kau.. anak-anak meraka tentu mendoakan yang anak perempuan kau, cucu kau, cicit kau.. mengalami nasib yang sama... kau lupa agaknya.. dosa-dosa kau sekarang akan menghantui setiap keturunan kau pada masa depan.

tentu sedapkan nafsu yang menerajai hati?? iblis menguasai diri?? yeah.. kau yang betul.. kau kan tuhan.. semua orang salah disisi tepi kau.. semua orang melakukan dosa terhadap kau..

ingat..!!! sok2 kalau mati.. orang tak maafkan kau.. payah... tak payah tunggu mati, dengan KUASANYA segalanya akan terhurai..

Kalau curang, jangan biar terbongkar. Kalau menipu, jangan biar dijumpa kebenaran. kau kan dari keturunan baik-baik..


  

p/s : ulangtayang silap kau suatu hari; mungkin pada anak, cucu or cicit..

p/s/s: peringatan juga pada aku. jadi baik supaya orng lihat kita dari keturunan baik-baik.

Tuesday, July 12, 2011

Mahal....

"Tuhan jadikan kita berbeza-beza, tetapi Tuhan jadikan Cinta supaya kita bersatu"


yang comey ini Ain.. hilang sakit kepala dia, bila aku belanja chezzy wedges.. hehe yang belakang tuh kawan-kawan aku.. kami semua satu kelas.. dan kami juga membawa  perwatakan berbeza... tapi kami semua disatukan atas nama Cinta....

reunion kami... or trip.. or holiday... apa saje word yang leh digunakan untuk kami berkumpul bersama-sama.. 

sebahagian dari mereka ada yang aku dah jumpa.. dan ada yang aku tak pernah jumpa selama bertahun-tahun.... sumpah, banyak perubahan yang berlaku.... dari umur kami 18tahun dan sekarang 25tahun... dari bujang hingga isteri orang... suami orang,.. bapak orang... tunang orang.... perubahan demi perubahan itu buat aku teringat... aku semakin dewasa rupanya....

keluar dari sekolah, aku buat hal sendiri... yeah, mencari identiti sendiri... haha kalau nak diikutkan dan nak dikenang.. aku tak percaya yang kami semua berjaya melalui setiap fasa dalam kehidupan kami....

weird kan... kami semua disatukan atas nama Cinta... yeah.... cinta yang kami semua masing-masing mengerti... bertelagah la macam ner pung... bergurau la macam ner pung... sakit hati la macam ner pung... kami tetap bersatu... yeah, semua ada perangai masing-masing... tapi bila masing-masing ada hormat antara satu sama lain dan sayang antara satu sama lain... segala-gala jadi indah... 

seperti mahalnya pic yang aku paparkan... indah... aku paling suka... hargainya... dan aku jeles.. dalam moment indah ini.. aku tiada untuk menikmati.. cukup aku sekadar jadi pemerhati.... =)

 

Friday, July 08, 2011

Tuhan Ada!!

hurm....

boleh aku percayakan kau?? kau ada untuk aku??

aku perlukan teman untuk aku bicara hal jiwa aku... mana ya, teman-teman yang lain.. ada!! ramai sangat.. tapi aku tak tau siapa yang boleh aku percaya...

hurm....

ye, tuhan ada...

ambil air wudhuk... sujud depan NYA... menangislah depan NYA... owh jangan lupa ambil al-quran, baca dan fahami maksudnya... sumpah kau lebih tenang... 

aku??
tidurku malam tadi berpelukan AL-QURAN...

aku perlukanNYA sebenarnya... 

kan? kalau manusia.. agak-agak sudikah menjadi teman pelukku sepanjang malam dengan bahu yang dibasahi air mata???

sudi...??

 

p/s:  sedang merancang satu rancangan. mahu lari dari rumah... 

Thursday, July 07, 2011

kejam itu bangsat, sayang..

kau tahu apa yang paling bangsat dalam dunia ni?!

bila manusia bertukar sifatnya... bila manusia hilang rasanya.. bila manusia lebih kejam dari haiwan buas!!

kejam.bangsat. dan bagi aku itu lebih hina dari perempuan murahan yang melacurkan diri semata sesuap nasi yang kau makan setiap hari.. hina kau tahu!!!

haih...

 

Tuesday, July 05, 2011

apakah plup fiction?

apakah dia.. aku pun baru tahu pasal ni.. bertapa mengomnya aku dalam dunia penulisan.. mungkin sebab aku hanya menulis apa yang datang dari hati tanpa mengetahui standard sebuah penulisan.. siyes aku tak minat dan menggilai dunia penulisan.. bakat dari mama tidak aku ambil semasa proses pertukaran bendalir diantara abah dan mama.. hehe

so dipendekkan cerita supaya aku faham apakah itu plup fiction mereka telah buat aku faham walaupun aku sedikit blur dan terus berusaha untuk faham. antaranya ialah:-

  1. zoul yazix :pulp fiction ini adalah karya yang mengandungi imaginasi yang kadangkala tidak masuk akal dan berbaur ngeri dan tidak semestinya berbasiskan fakta tapi boleh jadi unlinear, surreal dan bermain dengan minda.
  2. lucifer: pulp fiction adalah karya yang orang panggil murahan, kotor negatif dan manis baunya kata orang di zinesatumalam.
  3. khairul hisyam: paling senang pulp itu jenis karya yang diprint atas kertas murah dan dijual murah. biasanya cerita tiada batas, tiada peraturan, linear ke, non linear, terserah. mengikut selera dan kreativiti penulis.

dan percubaan yang pertama aku;

"Berpeluh-peluh menahan rasa seperti dipaksa melakukan proses penukaran bendalir diantara jantina. adakah ia sesedap teh tarik ais yang aku minum petang tadi atau kek coklat indulgence di secret resipi. Curangnya si rama-rama dengan sang naga maka satu pembunuhan di atas ranjang sedang di jalankankan."

biasa je.. tapi aku suka. hehe

 

p/s: diam dan terus diam.

Ranap

"sekali cinta selamanya cinta, dan itulah aku.. walaupun aku cuba untuk bertahan dan sampai masa aku harus lepaskan kau pergi.. dan yang pasti aku tetap cinta.. "

gadis A: aku tanya abang aku, orang lelaki kalau dia dah tak nak dia akan buat sampai perempuan jadi fedup.. sampai perempuan itu minta untuk dilepaskan...


gadis B: lelaki pantai timur memang macam tu... sekali je ucapkan kata sayang.. lepas tuh susah nak dengar dan dia akan tetap sayang...


lelaki A: dia ni betul-betul lelaki. bertuahlah kau.


lelaki B: sesetengahnya betullah.. kalau dah tak nak tuh.. dia ignored je.. nak cakap susah..

hmmm... cukuplah respon dari empat manusia ini.. aku kadang-kadang dah penat... malah bukan kadang-kadang.. tapi memang dah PENAT!!

tiada apa akan terang selagi kita berdua masih dalam kesamaran...

 

p/s: aku nak nangis.. tapi hati ni dah cukup kebal dan air mata dah terlalu kering untuk mengalir..

Friday, July 01, 2011

Shadow

”When Past Meets Future” 

ketika masa lalu bertemu dengan masa yang akan datang, maka masa yang lalu itu merupakan bayang-bayang masa sekarang...

lari dari bayang-bayang yang sebenarnya sebahagian dari kita adalah perkara yang tidak masuk akal. semakin kau lari.. semakin kau jadi seperti bayang-bayang....

hurm..... dan tiba-tiba aku seperti malu dengan bayang-bayang aku sendiri...