Jiwa Penuh Chenta

Monday, March 28, 2011

Introspeksi

"..Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu.." 
imran ajmain


video

tetiba je aku jadi angau dengan beliau... er.. setelah hati ku kecewa gila nak mati putus kasih dengan Zahiril Adzim... kasih mula beralih arah.... sejak bila?? sejak dua hari lepas.. mp3 aku asyik bersenandungkan irama 'selamat ulang tahun sayang'.. hurm... lepas tu saje search lagu2 lain beliau.. yang menarik hati lagu 'Ghaib' yang aku rasa macam sinonim dengan jiwa aku sekarang.... yang atas tu lagu 'dia' best jugak... dengar lagu ni.. buat aku rindu someone... dengar lagu Ghaib rindu makin menjadi2... tapi biarlah masa merawat...

semalam hari yang syahdu dan sayu bagi aku... semalam jugak kehidupan ajar aku sesuatu.. susah ye, bila masa kau sendiri perlukan sokongan tapi masa yang sama kau juga perlu beri sokongan pada orang lain.. payah.. sumpah payah.. bila mana hati kau sedang menangis... masa yang sama kau kena dengar setiap rintih dan tangis.... hurm.. sakit dan perit.. tapi masa itu lah segala kekuatan menjelma.. nah, masalah aku hanya kecil kalau mahu dibandingkan dengan fulan bt fulan...

kehidupan memang cikgu yang terbaik... terima kasih...

semalam doa ku panjang atas sejadah.. semalam hari muhasabah diri.. semalam aku baru teringat setiap janji yang aku tabur pada yang ESA... semalam aku berjanji lagi... aku tabur lagi.. semoga kali ini aku sentiasa ingat janji aku...  janji kepada manusia, kalau aku mungkiri, aku boleh minta maaf.. mohon diampunkan.. tapi bagaimana dengan janji aku dengan yang ESA.. selalu aku mungkiri.. yang selalu aku buat2 lupa.. bisa diampunkah dosa mungkir janji itu?? haishhh....

"If you love something set it free. If it doesn't come back, hunt it down, beat it with a rock & drag it back home!"
cam kejam je.. haha but i like this status.. haha curik dari frens facebook....  tetiba rasa nak bersemangat balik memburu sesuatu...

"If I fail, I try again, and again, and again..."
If YOU fail, are YOU going to try again?
It matters how you're going to FINISH...
Are you going to finish STRONG?


hoho.... penguat semangat... yeah...  aku yang boleh dikatakan sempurna sifat masih mengeluh itu ini... apatah lagi orang kelainan upaya.. hurm... syukur nikmat..


ALHAMDULIILAH......

  

p/s: saya penat jadi penunggu.. tapi kalau jadi penunggu itu buat hidup saya semakin kebal apa salahnya...

p/s/s: jum solat zohor... doa panjang lagi atas sejadah kali ni... 


p/s/s/s: cik iman, jangan turun naik ye...  cik hati, sila senyum....



Sunday, March 27, 2011

Minyak Wangi Kamu

ada mahkluk tuhan ni sejak-sejak aku putus kawan dengan dia.. dia selalu kata aku otak tak de.. pemikiran tak seperti orang degree.. apa la sangat dengan sekeping kertas tu kan.. aku selalu fikir, kenapa dia kata aku tak de otak.. selalu fikir apa masalahnya dengan pemikiran aku.. tapi itu kejadian lepas.. dah lepas, tak kan nak ulang.. dia kata dia ada deria rasa.. kalau aku tulis ni pun aku rasa dia leh rasa.. dia kan hebat. tak pe, aku cuma nak guna ayat kau sebagai mukadimah, tak de apa yang aku nak kata kan kau.. cuba ayat kau je selalu terngiang-ngiang kat telinga aku dan bayangan otak aku...

kes budak nak bunuh diri kat KB Mall tuh.. berita kata dia umur 20an.. ada berita lain kata dia gagal SPM.. ada berita kata teman lelaki dia nak putuskan hubungan.. dalam video yang aku tengok.. siap dia bawak pisau lagi.. laporan berita mengatakan dia dah kelar tangan dia.. kalau aku salah, sila betulkan... cuba kau bandingkan aku dengan dia.. kalau betul dia tak lulus SPM.. apa beza kami?? aku gagal SPM.. aku pernah putus cinta.. sapa yang tak de otak sekarang.. aku ada diploma.. bakal dapat degree.. insyallah.. sapa yang cetek fikiran.. dan aku pelik kenapa orang selalu cakap "belajar tinggi-tinggi tapi otak letak kat lutut" tapi that gurl.. yang try bunuh diri.. dengar cerita dia tak lepas SPM.. tak tinggi mana pun weh.. still otak letak kat lutut.. HIPOTESIS kau salah la weh.. aku tak suka orang banding-bandingkan orang lain hanya dengan sekeping kertas yang boleh terkoyak tuh... cukup anti manusia macam tuh...

lepas tuh yang alim warak.. mula la nak salahkan mak bapak.. mula lah kata tak beri didikan agama yang secukupnya.. dan kau dah lupa ke?? apa yang cuba buat sekarang.. kau sedar tak yang kau tu dah buka aib orang... hah sedar ke tak?? aku tak baik tapi aku cuba berubah jadi baik.. iman aku turun naik.. solat aku compang camping.. pengaruh dunia memang cukup kuat.. tambah-tambah kalau ia berkait dengan hal cinta.. dah tentu cinta dengan manusia.. aku bukan macam kau yang alim warak cinta kau yang lebih pada Tuhan.. aku akui disitu terbukti perbezaan kita.. disitu terbukti jurang kita.. tapi tadi aku ada terbaca ini;
"Senajis-najis anjing, empat kali Allah menyebut namanya di kalam-Nya. Menurut Hamka, ini kerana anjing berkawan dengan manusia baik. Begitu juga manusia. Biar sekotor mana kita, menghampiri orang yang baik turut terkena tempiasnya. Maka, walau sejahat-jahat temanmu itu, sentuhlah dia dengan kebaikan. Moga Allah tetap meredhainya."

aku jahat er.. tak aku kurang baik.. dari segi akhlak, dari segi pemakaian, dari segi tutur kata, dari segi yang pelbagai segi tiga, hexagon dan segalanya la... tapi aku cuba dekati kaum2 yang alim warak ni sebab dulu aku ingat uztaz cakap kalau kawan dengan orang jual minyak wangi tempias minyak wangi pun akan kena dengan kita.. so that y la aku kawan dengan korunk.. tapi hanya segelintir je leh accept aku seadanya.. tak pelah.. kau bukan Tuhan nak hukum aku.. aku nak masuk syurga ALLAH.. aku bukan nak masuk fulun binti fulun bukan nak masuk syurga fulan bin fulan.. dah korunk tak share minyak wangi korunk aku carik minyak wangi lain. faham?! 

kembali kepada yang hak.. kembali pada yang asal.. semakin aku jauh.. semakin KAU dekat.. semakin aku LUPA semakin KAU uji aku dengan benda yang aku tak mampu.. tapi KAU yang lebih tahu akan kemampuan aku... tapi aku semakin kering airmata.. aku semakin jadi manusia beku.. apa sebenarnya yang KAU cuba aturkan... 

segala-galanya seolah sedang berputar kembali.. silap aku dulu.. salah aku dulu.. seolah-olah kau putar kembali.. benarlah kata orang sekarang KAU bayar cash.. nah aku sedang alaminya.. sepanjang tahun 2011 aku sedang terima hukuman atas silap dan salah yang aku lakukan bertahun-tahun dulu. 

dan itu membuatkan aku mengalami kemurungan tahap dewa, hoh penat rupanya jadi penunggu.. tiba-tiba aku rasa aku kena rejek kali kedua la guys.. ... 

hukhuk... rejek?? kalau dah bukan jodoh... terima je la.. saya dah penat nih.... harap awak faham..

 

Friday, March 25, 2011

SPM 2010

perghhh rajin gila aku update.. rajin gila main facebook.... tak sedar diri lagi tuh... hurm.....

2003 dulu.. aku bangga ambil result dengan keputusan dua subjek gagal.. kau ada?? haha aku ada.. lepas tu bangga lak tuh.. time tu aku ngaku.. otak letak lutut.. bodoh sungguh... mula menyesal bila segala permohonan UPU aku gagal.. poli tak terima, matrik memang aku tak layak.. sadis gila masa tuh... nak ambil balik SPM.. subjek elektif je yang gagal.. 4 subjek utama aku lulus.. tapi itu lah.. bukan rezeki aku...

hoh... tapi kali ni berlainan.. 2011, adik aku ambik result... Alhamdullilah.. lulus semua subjek.. dia tak ulang kesilapan aku dulu...

hoh dan sekarang aku lak kena isi borang UPU.. haha hampeh tul... semua lain la.. yela, dulu tak macam ni kot... aku mula isi pakai online masa nak sambung degree... masa habis sekolah dulu rasa pakai borang lagi... haishhhh.....

sekarang lagi mudah la..... apa2 pun angah, tahniah.. kau dah buat yang terbaik.. so teruskan lagi usaha kau... ganbate bro!!

love you so much....

 

Tuesday, March 22, 2011

senyum sejenak

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

p/s: lepas tuh jadikan ia ayat... sure korunk akan gelak tak pun senyum macam KAMBING,... ngeeee

Sunday, March 20, 2011

Cikgu Illyani Ismail

CIKGU?!!

seyes.. i hate this title.. old times dulu.. sebab dulu masa sekolah alwiz melawan cikgu.. tapi yang pelik setiap kali aku buat hal.. surat chenta tak pernah sampai ke rumah.. weird kan?? haha pasai pa eh....

tapi masa aku habis Dip dulu.. sementara nak cari keja tetap.. aku keja jadi cikgu sandaran.. owh, OMG [owh menarik gila] aku sikit pun tak terfikir, yang aku akan dapat this job.. ajar sek. men. lak tu.. lau sek. ren aku leh consider lagi....

di terima kerana aku ada dip kaunseling.. so faking rite.. haha mati la aku kena kerja dengan dak2 nih.. itu tanggapan awal aku la...

seminggu keja.. so tired.. kena berdiri.. so sekarang aku dah tau feel cikgu aku dulu la.. berdiri kat depan... ajar murid-murid.. kasi faham.. buat latihan.. lepas tu murid-murid memekak-mekak, tak buat kerja, tak salin nota, tak bawak buku!! hoh memang panas hati.. dah sakit kaki berdiri.. leh lak pot pet kat belakang... [aku memang tak de pengalaman masa mula-mula mengajar] tapi aku mampu bertahan selama 5bulan.. sebab lepas tuh aku terima panggilan sambung belajar di Ganu... haha [larik jap tak nak keja ar.. penat, tapi sekarang aku nak keja.. really want it..]

but know.. hampir 3 years aku tinggalkan job tuh.. walaupun hanya sebagai guru ganti.. aku masih lagi dipanggil CIKGU... so sweet kan... rindu gila dengan diorang ni semua.. so aku set dalam kepala otak, once orang kenal kau sebagai cikgu, selamanya orang akan panggil kau cikgu.. mungkin, tul tak?!

CIKGU ITU MULIA BHAI!!! 
kau ada ke orang panggil cikgu?! ada????

serius, perasaan nak jadi cikgu tu semakin membuak sejak kebelakangan nih.. aku tak tau nape?! tapi bila fikir balik.. lau aku nak jadi cikgu gak, aku kena stdy lagi setahun lagi.. boleh ke bersabar lagi setahun?? yang nak tunggu setahun ni pun aku dah rasa tak sanggup... hoh.. kadang-kadang rasa otak semakin tepu... kadang-kadang aku rasa aku leh buat...

bila, ada dua tiga orang anak murid yang add aku kat facebook, duk panggil aku dengan panggilan CIKGU.. i miss my old day.. really... aku belajar sumthing dengan diorang, haha mana tak nya.. apa aku buat dulu kat cikgu aku, diorang buat balik kat aku... dulu; kalau cikgu mara aku selalu senyum, bila aku mara diorang, diaorang bukan je senyum buat lawak pandai lak dengan aku.. that y la aku banyak berfikir.. what goes around comes around.. hurm... dunia ni kan bulat...

diorang dah nak SPM tahun ni.. buat yang terbaik k... Cikgu doakan yang terbaik..  =) rindu kamu.

so sem ni aku kena decide aku nak gi praktikal mana.. owh Mama, along tak jadi praktikak Sarawak, oversea dah open la.. kitorang leh praktikal kat Indonesia, Brunei, Timur Tengah dan Australia kot.. aku dah lupa nama satu lagi tempat.. ingat nak gi Brunei.. haha boleh?? tapi dak2 ni ajak gi Penang... so 1st choice is Penang, 2nd is Brunei.. tapi lau aku nak jadi cikgu aku kena praktikal kat tempat macam tunas bakti, pemulihan akhlak.. hurm.. so hard la nak choice tempat macam ni.. aku lebih suka kanak-kanak.. hurm... masalah jugak sebab U aku ni tak leh nak praktikal kat JKM.. haishhh...

Penang.. sila tunggu kehadiran aku k.. next year.. only one year je lagi... sabar yani.. just do the best this sem... hurm... dun do silly mistake lagi okeh.. illyani can do it... ganbate!!...

so, dengan cara aku behave like a nasty girl.. how i can react like good teacher?? dengan orang duk keji hina aku, layakkah aku nak didik anak orang?? persoalan 3tahun lepas berulang lagi.. layakkah aku nak jadi cikgu, [aku jugak manusia, adakala dikuasai nafsu amarah]

bagaimana nak sempurna, sedangkan manusia itu memang tak sempurna, tapi manusia lah sebaik-baik ciptaanNYA... dan aku akan cuba buat yang terbaik untuk mereka.. sebab aku nak yang terbaik untuk masa depan aku, anak-anak aku, segala isi keturunan aku.. so aku mesti buat yang terbaikkan..

cuma aku harap, jangan campurkan adukkan kelakuan aku, pemakaian aku, cara aku berfikir... sumtimes, as teacher diorang pun ada split personaliti.. depan anak murid diorang react as profesional teacher.. react like diorang la yang terbaik.. terbagus.. semua beretika.. but jangan lupa.. kita HANYA MANUSIA BIASA.. ada masa peraturan pun akan dilanggar.. etika akan ditinggal di belakang.... kalau korunk tak percaya.. gi tanya cikgu shida.. dia lagi la siap ada fan cikgu shida lagi.. haha CIKGU tu wei.... aku tabik springs tau kat dia..!! hebat.....

 
p/s: haha lau jadi cikgu.. habis belajar kat Ganu, apply DPLI belajar lagi setahun.. lepas tuh terus keja jadi cikgu..

p/s/s/: haha cam tak layak je jadi cikgu nih....

p/s/s/s: huh majuk dengan manusia pun tak kena pujuk, majuk dengan printer lagi la... hampeh!!

Saturday, March 19, 2011

Drama Dunia

Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa

Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita
Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia

Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata ditutup disitu ada cinta

Madah Pujangga


Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat dipinggirkan
Namun kita manusia senang dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak dikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati

Friday, March 18, 2011

Dunia-dunia....

dunia ni mengasyikkan... =)

uztazah kata, lau orang buat kita, kata kita.. kita kena kata;
 
"ALLHAMDULLILAH...."


kau kan hebat.. syabas lah...


Thursday, March 17, 2011

Tersisih

"jiwa hancur, raga pecah, aku perlukan kau.. tapi kau tak perlukan aku.."

p/s: sebenarnya aku perlukan udara untuk terus hidup, bukannya kau...

Wednesday, March 16, 2011

masa dah suntuk!!

perasaan HANCUR selepas buat sesi tadi... walaupun latihan.. tapi

aku tahu aku yang bermasalah.. tapi aku tak tahu macam ner nak selesaikan dia..  aku bandingkan diri aku dengan orang-orang hebat.. sebab setiap kali aku rasa semakin banyak ilmu yang aku serap, semakin luas jajahan otak yang aku teroka, semakin aku tidak tahu apa-apa.. kosong!!!

kau tau, bila mana jiwa semakin terkoyak tapi apa yang kau nak cakap orang pandang enteng??!! sakit tau!!

 

p/s: masa dah suntuk.. aku tak lama lagi.

p/s/s:tanya pada diri sendiri..  kalau ini yang aku rasa.. sampai bila-bila aku tak pernah belajar apa-apa2..... [owh tiba2 rasa saya dah guna gestalt!! monolog]

p/s/s/s: selagi aku tak sembuh.. mana mungkin aku leh sembuhkan orang.. selagi aku tak tenang.. mana bisa orang tenang disamping aku, kan?!

p/s/s/s/s: akak, thanks.. sebab dengar walaupun sikit.. terubat jugak.. yani cuba ye..!!

Tuesday, March 15, 2011

Guest?!

ucap tahniah pun kena marah.. pelik manusia sorang nih..
ucap maaf pun kena marah.. pelik manusia sorang nih..
apa yang tak kena pun tak tau..
apa yang tak puas hati pun aku tak tau...
mesti kau rasa annoying kan... ye, aku tahu...
hahaha~~~

kalau kau selesa macam itu.. silakan...




p/s: bila aku penat, aku rehat.. kau tak penat ke benci aku.. ?? rehat la... lepas ni tak yah benci aku lagi.. aku tgh cari jalan macam ner nak buang kau dari follower aku.. lau kau tau ajar aku.. lepas ni lau aku update apa2 dari blog.. kau tak yah tau.. tak pun kau sendiri remove aku dari blog ni.. senang cite.alang2 dah benci kan.. =)  kau tak penat ke benci aku??

Monday, March 14, 2011

ini bukan kisah SailorMoon.. ini kisah SuperMoon

info! info!....

Sejujurnya saya sendiri tidak tahu-menahu tentang fenomena supermoon yang bakal berlaku pada 19 mac 2011 nanti. Hanya selepas membaca artikel tentang tsunami yang melanda pantai timur Jepun jumaat lepas barulah saya mengetahui yang beberapa saintis kononnya telah memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi.
Saya mencari maklumat berkaitan untuk menambah kefahaman tentang supermoon untuk menambah pengetahuan sendiri. Jumpa beberapa artikel berkaitan. Jadi elok juga jika saya kongsikan di sini sebagai bacaan bersama.

Supermoon, Syzygy & Adi Bulan
Walaupun pada dasarnya saya boleh memahami sedikit-sebanyak fenomena ini tetapi baru kali ini mengetahui bahawa supermoon, syzygy atau adi bulan merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada fenomena berkenaan.

Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.

Syzygy pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria (dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus).

Istilah adi bulan (bahasa Melayu) juga turut digunakan bagi menggambarkan fenomena tersebut. (Pertama kali mengetahui istilah ini di Berita Kosmo semalam)

Adakah Supermoon/Syzygy adalah fenomena biasa?
Ia adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini (2011), ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada 19 Mac.


Adakah fenomena ini bakal menyebabkan bencana alam?
Semasa fenomena ini berlaku kedudukan bulan akan berada terlalu hampir dengan bumi, iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. Richard Nolle (seorang ahli astrologi yang mengendalikan laman astropro.com), menggelarnya sebagai “supermoon ekstrim”. Menurut ramalan beliau, pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.

Bagaimanapun itu tidak semestinya betul kerana harus difahami bahawa astrologi mempunyai sedikit perbezaan dengan astronomi. Astrologi bukanlah ilmu pengetahuan yang nyata, tetapi hanya membuat hubungan antara peristiwa astronomi dan mistik. Sebahagian besar bencana alam tidak ada hubungannya dengan bulan sama sekali. Bumi mempunyai banyak tenaga hingga terpendam, dan ia melepaskan bila-bila masa walaupun bukan ketika supermoon.

Cuma yang berkaitan dengan air pasang besar itu mungkin pasti kerana fenomena pasang surut berkait rapat dengan tarikan graviti bulan dan Bumi. Kalau berdasarkan pengalaman saya sendiri sebelum ini, fenomena supermoon sebelum telah menyebabkan pasang besar dan air laut sampai ke halaman rumah saya walaupun kedudukan rumah berada 100 meter dari pantai. Masa itu air perigi jadi masin dan langsung tidak boleh digunakan selama lebih 2 minggu.

sumber disini:Super Moon

sejarah

ok. tanda-tanda stres salah satunya adalah "BERHIAS" hoh.. seminggu dua ni aku rajin sangat berhias.. stres ke?? haha sikit jela.. bohong kalau tak stres kan.. owh ye, sebelum aku terlupa..

1.selamat pengantin baru rashid dan isteri.. 
semoga bahagia dan kekal dunia akhirat.
2.selamat bertunang buat Juang dan pasangannya.. 
semoga bahagia dan kekal dunia akhirat.
3.selamat bercinta buat kakak dan pasangannya.. 
semoga bahagia dan kekal dunia akhirat.

hurm.. sambung balik kisah stres tadi, hoh yela. stres la jugak.. kerja selalu sangat bertangguh.. my dear, asik cakap, "kalau nak jadi macam sem lepas, buat la" hish... dun wan la.. aiyarkkkk... tadi aku singgah pantai dengan didi [adik sepah-sepah aku tuh] haha.. dia ajak, so ikut jela, karang nangis. haha.. er..er.. ok, ombak memang menakutkan, panas weh, berpeluh aku, silau mata aku... kes tsunami di Jepun.. er.. masih panjang lagi umur aku rupanya.. amin.

masa duk lepak-lepak, layan perasaan, tetiba ada satu ayat adik cakap, dan aku ambil kisah.. ayat dia tuh biar aku simpan erat-erat dalam otak. ayat itu jugak sedang merobohkan tembok ego aku.. "sama je, untuk jadi macam ni, aku korban macam-macam"  dan secara tiba-tiba aku teringat kata Qhazi kat aku, "dia tak de menda, kau je fikir bukan-bukan" hoh yela..[apa yang sama?? haa itu rahsia, lau faham.. senyap2 eh..]

okeh, biarlah orang nak kata pe pun kan.. just be self.. tetiba lak nak layan cite "playfull kiss" suka citer tuh... ngeee.....

er... eh bukit puteri tu  ntah2 dear tak pernah pergi jugak kot.. haha arghhh kuat nganjing tul.. tak pe, nanti ai pergi tempat lain eh.. grrrr....



p/s: buat mereka;
Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan 
tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.
p/s/s: lepas ni gi mana-mana tak leh uplod pic dah.. ada orang suka nganjing aku.. haha
p/s/s/s: facebook dah deadactive.. hoh
p/s/s/s/s: aku rindu bau minyak petrol.. hahaha syiall nguh... 

back to december

I'm so glad you made time to see me
How's life? 
Tell me, how's your family?
I haven't seen them in a while

You've been good, busier than ever
We small talk, work and the weather
Your guard is up, and I know why

Because the last time you saw me
Is still burned in the back of your mind
You gave me roses, and I left them there to die

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time

It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and make it alright
I go back to December all the time

These days, I haven't been sleeping
Staying up, playing back myself leaving
When your birthday passed, and I didn't call

Then I think about summer, all the beautiful times
I watched you laughing from the passenger side
And realized I loved you in the fall

And then the cold came, the dark days
When fear crept into my mind
You gave me all your love, and all I gave you was goodbye

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time

It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time

I miss your tan skin, your sweet smile
So good to me, so right
And how you held me in your arms that September night
The first time you ever saw me cry

Maybe this is wishful thinking
Probably mindless dreaming
But if we loved again, I swear I'd love you right

I'd go back in time and change it, but I can't
So if the chain is on your door, I understand

This is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December

It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and make it alright
I go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time, all the time

Saturday, March 12, 2011

Thinking Of The Past melalui "there and then, here and now"

 
penat kan fikir hal yang lepas-lepas.. tapi hal yang lepas tu tak nak lepaskan kita.. atau kita sebenarnya tak nak lepaskan yang lepas tuh?? serius penat.. bila penat macam ni.. i need sumone yang boleh kita share.. yang boleh kita ngadu itu dan ini.. yang boleh DIAM bila kita cerita itu dan ini.. yang boleh SENYAP bila kita menangis.. really need this..

aku selalu fikir, aku boleh sendiri, aku boleh buat semua sendiri, aku seorang dalam keramaian, aku tak pernah rasa ada kawan yang betul-betul kawan.. dulu aku rasa aku bukan macam ni.. aku rindu aku yang dulu. aku jadi benci aku yang sekarang.

penat sangat bila tiba-tiba yang lepas-lepas tu muncul dalam kotak fikiran.. bila bayangan lama muncul kembali, mulalah segala ketenangan dirampas, mula menyepikan diri, mula baran tak tentu pasal, mula lepaskan segala tanggungjawab, sangat-sangat penat okey.. penat sangat.


people are tired of thinking of the past, so you should also forget it all

aku jadi manusia yang punya ego tinggi.. aku benci.. sungguh aku benci jadi aku yang sekarang.. aku tak kan tunduk, aku tak kan mengalah.. aku benci jadi macam ni.. aku benci..

kenapa aku jadi macam ni..
mungkin sebab makmal kaunseling yang aku jalani hampir setiap minggu, mungkin.

jiwa aku makin terkoyak this semester.. mungkin sebab aku perlu duduk dalam makmal yang bermain dengan emosi bukannya fikiran yang rasional.. sungguh!! jiwa yang aku dah tampal elok-elok, luka yang semakin kering, yang tinggal hanya parut.. bila di buka, dicarik, ia luka, terkoyak.. sangat sakit.. kadang-kadang aku takut nak zahirkan emosi di makmal beliau. takut jiwa aku tak disembuhkan.. fikiran selalu melayang bila dalam makmal beliau.. risau sekiranya tidak diubati, tidak disembuhkan.. benda yang aku dah simpan dalam alam tidak sedar aku.. tiba-tiba dibawa keluar.. benda yang aku dah redha, benda yang aku dah rasional semua perkara terjadi ada sebabnya.. melimpah ruah menunjukkan diri. berlumba-lumba untuk menyakiti hati aku.. benda yang aku simpan kukuh dalam setiap inci lipatan hati, dikorek satu persatu, sakit sangat.. [aku bukan lah jenis yang suka bercerita itu ini. dalam blog ni pun bukan semua yang aku cerita secara sempurna, ada cacatnya, ada kelirunya, ada lopongnya.. ]

"sakit sayang.. cik hati, kenapa kau begini.. cuba jadi cik fikiran sentiasa logik, sentiasa terbuka, sentiasa ceria.. tapi dengan cik hati, jiwa selalu menangis.. sakit sayang... sakit...." - monolog

kadang-kadang aku tak setuju bila segala2 perlu dikinikan [here and now] sebab jadi manusia yang punya emosi sangat lemah bagi aku.. biar lah orang nak kata nak jerit "kau ni pentingkan diri sendiri, kau ni hati kering, kau ni cakap macam tak da perasaan" biarlah.. sebab hati aku, aku yang perlu jaga.. supaya ia tak sakit... hanya ini yang aku ada untuk terus hidup, dan aku ada otak untuk kekal hidup..

"Tuan, maaf kalau saya tak mampu nak beri komitmen yang baik dalam makmal tuan, sebab saya sendiri berperang dengan perasaan saya. saya tak sejalan dengan Gestalt.. saya lebih senang dengan REBT.. hurm.. rasional mampu buat saya terima takdir ALLAH.. tapi dengan emosi saya rasa macam saya cuba mencari salah takdir yang telah ditetapkan pada saya.. saya tak selesa. tapi saya cuba belajar dengan Tuan.." - andai mampu saya sampaikan kepada Tuan. inilah yang terkandung dalam fikiran saya.

saya mudah menangis.. sebab itu, untuk lindungi diri saya perlukan REBT.. apa-apa pun teknik Tuan.. memang terbaik.. mampu pecahkan tembok ego saya. dalam teknik toys, picture, dan stone tuh.. ia mampu buat jiwa saya terkoyak kembali.. dan sekarang saya perlukan rasionalkan kembali pemikiran saya.

dan tuan, betul kata Tuan.. "Yani ni macam melarikan diri"


  
p/s: cehh... tajuk BI.. taip dalam BM.. tak macam celaka.
p/s/s: awak suka buat sombong dengan saya. kenapa ye??
p/s/s/s: dan aku tak tau apa aku nak sebenarnya.. TAMAK kan?!

Sunday, March 06, 2011

Perubahan??

manusia berubah, dari bayi sampai ke tua, yang nakal jadi baik, yang zalim jadi budiman, yang kurang jadi hebat, manusia berubah...

tapi aku tidak boleh terima bila manusia berubah dari kebiasaan.. baik jadi nakal, budiman jadi zalim, dan sebagainya... [owh, aku letak nilai aku disitu] aku jadi tak selesa bila perubahan itu tidak menurut pada pandangan aku.. hurm..

seperti contoh;
gambar ini


kepada yang ini


kan ke sejuk perut ibu yang mengandungkan kita selama 9bulan.. [kecuali aku; aku duk dalam perut mama 9bulan 2minggu]... tapi kalau ia terbalik...

dari ini


kepada yang ini
agak-agak korunk la kan.. pe masyarakat akan fikir.. kita tolak tepi dulu soal agama [walaupun hakikat kita hidup 24jam dengan agama] apa yang diorang fikir.. sapa yang diorang salahkan.. mak abah ke?? diri sendiri??

ntah la... aku tak nak cakap lebih2.. dosa aku pun tak tertanggung.. tapi rasanya dengan teguran ini dapat hapuskan dosa2 kecil aku..

even kau dah bernikah sekali pun aurat kau untuk suami kau.. aku akui, kadang2 tudung aku melayang gak.. kadang2 terfikir gak nak bukak tudung, tak mau pakai tudung dah.. nak jadi macam orang lain. konon. cuma semenjak dua menjak ni, aku sering terfikir.. sampai bila nak di takuk lama. masih dengan kekeliruan identiti, umur makin lama makin meningkat, amalan buruk makin bertambah, dosa tak pulak susut. pahala kadang2 langsung tak dibuat. fikir bukan aku tak fikir. tapi dunia lagi seronok kot.. betul tak?? dunia terlalu asyik..

hurm... kata Hilal;
Banyak dosa.
Banyak kelemahan.
Banyak kekurangan.
Banyak kecacatan.
Tetapi Allah bagi tanggungjawab.
...Allah bagi tugasan.
Allah bagi kuasa.
Allah suruh jadi Pekerja Dia.
Mesti usaha lagi. Biar jadi lebih kuat.
Biar boleh betul-betul pegang semua pemberianNya itu dengan lebih erat.
tahun ni tahun musahabah diri kot.. adakah petanda?!! hurm... taubat pun masih tertangguh.. ada hati nak fikir soal mati.. soal 5waktu pun masih celaru ada hati nak fikir soal mati.. dah cukup bekal amalan didada??.. solat diterima??..

bila aku lihat orang buat perubahan tapi perubahan itu tidak kekal lama. aku jadi takut nak lakukan perubahan.. aku tengok dia kembali kepada zaman dia mula-mula aku kenal dulu.. aku jadi kasihan kepada dia.. bertapa mudahnya dia berubah kembali kepada yang lama.


Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu. Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.



p/s: pesan pada diri sendiri, kalau tiba2 aku berubah biarlah perubahan itu arah kebaikan.. hati ni keras dan hitam.. semoga keras dan hitam itu beransur-ansur hilang... AMIN...

Friday, March 04, 2011

Rahsia ALLAH SWT

aku baru balik dari Nilai..

laju-laju aku tulis sebab tak nak benda nih basi... kakak sepupu aku excident.. Allhamdulilah.. dia selamat..
BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL.. itu lah kan.. semuanya rahsia ALLAH.. kita tak tau.. bila ajal kita, bila jodoh kita.. apa rezeki kita.. segala-galanya rahsia ALLAH...

syukur Alhamdulilah.. Kakak n Abang selamat.. walaupun dari kesan remuk kereta ni agak teruk.. syukur sangat2 selamat.. segala yang terjadi ada HIKMAH nya.. sabar lah kakak.. janji semua selamat...

okeh.. masa dalam perjalanan pergi dan balik.. macam-macam perkara yang dibincangkan oleh mak2 sedara aku ni termasuk la mama aku.. haishhh aku sebagai anak yang TAAT dan BAIK kononnya dengar je la.. karang nak menyampuk tak baik dan tak sopan.. yela, aku ni memang dah tak cukup sopan.. so yang tak cukup ni tak kan nak tunjuk gak kan.. ngeee...

hurmm... macam-macam la yang dibincangkan semuanya berkisarkan tentang kehidupan sekaligus dah tentulah tentang Qada dan Qadar ALLAH SWT kan.. iaitu RAHSIA ALLAH SWT.. cuma dalam banyak-banyak perkara yang dibincangkan adik beradik nih.. aku lebih suka pasal jodoh..[kawan-kawan saya besarkan word jodoh itu yer...] ngee.. owwh mama saya mahu kawin.. keh keh keh....

masa umur 11-12tahun kan, darjah 5 dan 6.. yela dari sekolah rendah kat rawang dulu, aku suka kawan dengan dak laki. lepas tuh dah la tomboy.. haha kaki gaduh, asal langgar sentuh bahu sikit je.. aku dah JELING.. haha dulu aku garang, COMOT.. sekarang pun comot lagi.. caya tak?? dulu ingat lagi.. masa aku darjah 6, aku suka sorang mamat ni.. eh dua orang mamat.. satu kat sekolah rendah.. satu lagi kat sekolah agama.. mamat yang sekolah rendah ni satu sekolah agama, so nak jadikan cerita, sangat2 suka la aku bila nak gi sekolah agama.. sebab dapat tengok muka yang cute2 nih.. yela mana taknya ada dua orang yang aku minat.. yang sekolah agama ni tinggal kat kawasan perumahan aku.. choyyy.. sangat2 HEPI dan sangat2 MENGEDIKS okeh... haha dipendekkan cerita, ntah macam ner, hal aku SUKA mamat sekolah rendah ni diKECOHkan.. arghhhh malu tok sah cerita ar.. haha HAMPESS tebu tul.. sapa yang buka mulut. haha member aku la.. konon nak tolong aku.. MAMPUS la.. bukan tolong namanya.. sapa nak kat aku yang TOMBOY dan COMOT nih... tak reti langsung nak ladies, cakap sopan2.. TAK RETI OKEH!!! so, disebabkan hal itu, aku serang oleh GurlFriend beliau, santekk weh.. sapa tak nak.. kurus, tak macam aku GEMOKK.. haha so aku, macam biasala.. malas nak gaduh2 walaupun aku kaki gaduh dulu.. tapi bab cintan cintun ni aku selalu mengalah.. SUKA je KOT bukan CINTA.. sebab pe aku SUKA, dia orang SURAU.. aku jatuh SUKA dengan suara beliau bila mengAZAN alunan suci itu... TAMMAT.. rahsia ALLAH SWT, aku mula kenal erti kasih sayang okeh...

masa umur 12-17, aku sekolah perempuan, so nak jumpa LELAKI agak payah okeh.. tambah2 aku time ni tengah meningkat remaja.. bila jumpa je laki mula nak KABER2 line.. betul2 kan tudung, cakap kuat2.. nak tarik perhatian.. haha macam CELAKA kan?! haha tapi satu je tak berubah. KEKASARAN aku masih ada.. FAKING betullah... haha alam remaja aku betul2 remaja.. tak pernah bercinta.. SYIALL weh.. aku tak pernah nangis putus cinta time nih.. nangis kena mara dengan mama abah adalah... rahsia ALLAH SWT tiada pertemuan dan tiada perpisahan zaman ini...

masa umur 17-19, jadi penganggur kehormat, sifat manja makin menjadi.. haha aku duk rumah dan belajar komputer lepas habis SPM, belajar setahun je kat Lower Six.. lepas tuh aku lari dan BERHENTI.. haha keputusan aku agak DRASTIK.. syaiall time nih aku kenal sorang Mamat.. haha jiwa muda babe, kena maki dan mara je setiap hari.. tak pernah aman.. lepas tuh nangis sorang2.. baling handphone segala bagai.. umur cengini ada BoyFriend stok buat GELI-GELI je.. haha nak gak rasa ada BF kan walaupun hubungan macam pe.. arghhh jiwa REMAJA katakan.. PANAS dan memberontak.. owh, lupa lak.. Mamat ni akan BERNIKAH bulan Mac 2011.. dah tentu bukan aku jodohnya.. haha itukan rahsia ALLAH SWT...

masa umur 19-21, hoh baru kenal dunia luar kot.. duk luar KL.. haha jauh dari Mama dengan Abah.. tak de sapa leh pantau dan halang.. kan?! masa ni lah.. kau pilih.. nak jadi baik ke nakal.. haha aku pilih jadi nakal tapi baik sikit.. ekekke... Alhamdulilah aku jadi baik sikit kat sini, dah pandai pakai baju kurung beb bila kuar bandar, panas baran dah kurang, cakap pun dah slow2, dah pandai pakai LIPSTIKS, muka dah pandai tempek2 bedak baby, yang utama tak lah COMOT lagi hehehe.. masa mula2 duk luar KL aku kenal sorang Mamat Pulau.. choyyy sampai sekarang kot kawan.. maaf cinta tak boleh dipaksa.. hujung tahun aku di luar KL, kenal sorang Mamat Kebun.. masa ni dah fikir dah nak kawin dan tunang segala bagai lepas habis belajar.. haha bercinta konon2 dia la segala2nya.. hohohoho karang aku cite lebih2 korunk lak GELI-GELI.. hehe pendek kata dengan Mamat Kebun ni aku serius okeh... tapi rahsia ALLAH SWT kan.. hubungan putus tengah jalan Highway KL - Negeri Sembilan.. dah tentu aku bukan tulang rusuk dia.. siapa boleh halang TAKDIR aku yang dah tertulis kan.. apa2 pun itu lah rahsia ALLAH SWT.. terima dengan redha.

masa umur 21-22, hoh berkerja 6bulan, tanam anggur 6bulan.. masa ni hubungan dengan Mamat Kebun tu tinggal retak dan pecah je.. so ambil keputusan sambung belajar.. konon2 nak lari jauh.. haha yang tuh aku citer part lagi satu eh... tahun ni tak de cintan cintun.. asyik meleleh air mata ja.. haram jadah tul.. haha nasib la...

masa umur 22-25, haaa aku pi sambung belajar kat terengganu nun.. haru toi.. mintak kat sarawak tak dapat.. alih2 kat semenanjung gak terima aku.. haprak toi... setahun duk sini, pala aku haru biru.. macam SHILAKE.. haha mana tak nya.. putus cinta bawak diri ke terengganu.. keh..keh..keh.. poyo je.. kau caya ke?? aku tulis apa2 pun kau caye kan.. haha lagipun aku nak sambung belajar sebab masa keja 6bulan tu aku kena buli dengan pegawai.. hoh so simpan kemas2 dalam hati aku pun nak jadi pegawai gak.. ngeee.. masa belajar kat terengganu tak Gatai pun.. Comot sikit ja.. Comey makin banyak.. haha tak gatai pun sini.. tapi ntah cam ner sangkut dengan Mamat Ganu.. hahaha dulu cukup anti kot.. padan muka cek.. tapi ini jugak rahsia ALLAH SWT kan.. hari ini di temukan aku dengan Mamat Ganu ni.. mana tahu esok-esok lusa hati kami DIA palingkan.. siapa tahu.. mintak dijauhkan.. awak sayang saya kan?! haha mesti sayang lau tak saya repot polis.

tapi aku bersyukur sangat-sangat.. biarla dia seada-adanya.. =) dan pada ALLAH SWT yang lebih mengetahui baik buruk kami.. dan kalau aku ni tulang rusuk Mamat Ganu nih.. tentu ada jodoh kami.. aku tak tahu tapi ALLAH SWT lebih tahu sebab ini rahsiaNYA..

panjang tak entry kali ini.. betul tak apa aku kata, kau kawan lah dengan siapa pun, kau bercinta lah dengan siapa pun, kau bertunanglah dengan siapa pun, kau berkawin lah dengan siapa pun.. tapi kalau itu bukan jodoh kau tetap bukan jodoh kau.. korunk pernah tengok 4Madu, cuba tengok, moral of story citer itu.. kalau takdir seseorang tuh kawin 4.. maka bermadu lah isteri2nya.. redhalah isterinya.. tapi kalau takdirnya bukan untuk kawin 4.. kau kawin la banyak sekali pun tentu akan ada penceraian sebab takdir kau hanya akan punya seorang isteri.. percayalah.. RAHSIA ALLAH SWT sangat INDAH.. sebab DIA lah PERANCANG yang paling HEBAT untuk setiap HAMBA2NYA...

secret always be a secret kan.. hehe cuma usaha, ikthiar, tawakal dan berserah.. bila sampai masanya nanti kita tahu apa dia.. =) so sabarlah.. sebab sabarkan indah..

so pada yang luar itu.. ajal, maut, jodoh, rezeki, pertemuan, perpisahan semua rahsia ALLAH SWT.. =) make it ur life happy okeh.. namo sedih2 kalau kau putus cinta, namo sedih2 kalau putus tunang, namo sedih2 kalau bercerai.. apa aku tulis ni untuk PERINGATAN diri aku sendiri jugak.. kadang-kadang diri alpa, lalai, kadang-kadang buat2 lupa.. teruknya aku kan.. tak perlu tunggu jadi baik, alim, dan warak nak ingatkan manusia kan.. kalau kena tunggu jadi baik, alim, dan warak baru nak tegur hancurlah dunia ni yang dah sememangnya hancur...

WAALLAHUALAM...


 

p/s: perasan tak entry ni sopan dia, cam shilake kan.. haha percaya tak ini Illyani yang taip.. adeh la.. macam tak bape lama ke kat dunia nih.. ngeee.. owh Sunat ingat MATI...

p/s/s: adeh la. kan aku dah kata, lepas je Nida tunang dah tentu makcik2 aku aim aku lak.. SORY okeh.. seyes giliran saya lambat lagi.. percaya lah.. haha tapi lau Sultan Mizan yang pinang malam ni pun aku sanggup.. haha owh my dear, jangan mara ar... ngeeee.....

p/s/s/s: duk umah memang emosi stabil gila.. haha

Thursday, March 03, 2011

terbang segala rasa



betapa aku rindu Kuala Lumpur...




kau percaya ke aku rindu Kuala Lumpur?? percaya.. haha cuti tiga hari je.. tapi aku sanggup balik gak.. dari Terengganu sampai ke Kuala Lumpur.. tak ke penat je dalam bus.. hoh.. letih tok sah citer la.. tapi kena balik jugak.. hati tak tenteram.. jiwa kacau..

make a decision. beli tiket on the spot. dan pagi ni aku dah ada di Kuala Lumpur.. hoh.. sangat best tido atas katil sendiri.. sangat best bau bilik sendiri.. sangat2 best okeh.. haha



Life full of fun & tragic people. Everytime u explore ur journey, ull get new experience. Either u wanna it positive or negative. Decide it!

Wednesday, March 02, 2011

Untuk AKU.. dan dah tentu BUKAN untuk KAU..

received mesage dalam facebook...
Mama tulis nih.. masa mama tulis ni aku bizi nak ambik kuiz.. jadi aku baca sekali imbas.. bila semua dah setle, baca balik.. duk diam.. huh!! er... er... aku tengah emo... korang la baca.. hayati la eh...

"Menatap wajah anak ini

entah mengapa hati menjadi sayu..

sebagai anak
,

dia terlalu baik kerana bisa memahami bahasa duka seorang ibu

sebagai anak yang masih belum cukup dewasa

dia seakan turut memikul beban jiwa

resah dan duka lipatan hati ibu

Sebagai anak
,

dia tidak pernah meminta lebih dari seorang ibu

tidak pernah meminta yang ibu tidak mampu

tidak pernah membentak

jika keinginan tidak tertunai

sebagai anak, jiwanya terlalu luhur


sebagai anak, dia berjiwa besar

sebagai anak, dia berkorban hati dan perasaan
demi merelakan sebuah kebahagiaan

sebagai anak yang meniti usia remaja


dia telah mula menampakkan kedewasaan sebenar

tiap pilihan hatinya seakan

mencerminkan pilihan hati ibu juga

atau mungkin memilih bukan dengan kerelaan hati

memilih atas nama terpaksa

tetapi hati anak ini rela

asal insan sekeliling bahagia

menjadi seorang anak ini dan


berada di tempat anak ini

sebenarnya tidak mudah

keimanan, kehalusan jiwa, kekuatan emosi

menjadi benteng kekuatan diri

anak ini sebenarnya nadi kekuatan ibu


anak ini tulang kekuatan ibu

anak ini degup nafas ibu

anak ini adalah nyawa bagi ibu"


dah baca...???? baca tak aku ayat2 yang aku besarkan tuh.. baca tak yang ayat aku potong tuh?? BACA tak?!!! 

kau ingat senang nak jadi aku... ada yang bercita-cita nak jadi aku?? hidup selama 25tahun dengan berkorban hati dan perasaan ASALKAN orang sekeliling BAHAGIA.. kau sanggup??? kalau kau tak sanggup jangan BANGGA jadi macam aku!!!

bukan senang.. thanks mama.. besarkan dan didik along selama nih.. walaupun akat luar ku ni agak kasar tingkah laku dan pertuturan.. tapi dalam rumah.. aku la manusia paling suka menangis.. sebekkk!!

sayang Mama....