Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

01 July 2024

Manis Rumah Manis



Satu pencapaian yang membanggakan... tapi hutang 35 tahun.. hehe 

Manis rumah manis.. 🥰

12/2021 - loan lulus
05/2024 - dapat kunci

Semoga berjaya melangsaikan hutang.. 😅

18 May 2023

2023

Lama tak menjenguk. 

Apa khabar?

Dunia masih indah?

Kesihatan masih cantik?

Kewangan semakin stabil?

Kehidupan ada perubahan?

Keinginan di gapai?

Kehendak dituruti?

Nafsu masih mengawal?

Nothing beat the real world, right?

Semoga 2023, kehidupan menjadi semakin jelas dengan hala tuju sebagai seorang yang hidup dan pasti MATI. 


12 January 2021

Tahun 2021

Semalam Perdana Menteri Malaysia umumkan seluruh Malaysia akan menjalani PKP, PKPB dan PKPP mengikut negeri. 

Dan aku hanya terbayang, seperti tahun 2020. Tiada perancangan untuk aku bernikah. 

Hanya menunggu segala penyakit wabak hilang. Untuk menguruskan segala. 

Menunggu dengan aku, sangat sinonim.
Akrab. 
Rapat.

Tapi tak pelah, aku beragama Islam. 
Allah SWT tentu punya rencana.

Dan aku tak tahu berapa lama aku mampu untuk menunggu. 

:)

16 October 2020

Kisah Hero Jaket Oren

16.10.2020

Emosi tercalar.
Di malukan di khalayak ramai. 
Maruah di pijak pijak.

Kehidupan peribadi aku dijaja. 
Katanya duli tapi sebetulnya tuli. 

Kisah kita mungkin tema nya sama. 
Tapi isi cerita berbeza. 
Pelakon dan skrip juga beza. 
Sama tapi tidak akan serupa. 

;)

Terima kasih atas pengalaman.
Betul prinsip aku selama ni, rakan sekerja habis sebagai rakan sekerja. 

19 April 2020

PKP Fasa 3

Masih lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan dari Fasa 1 ke Fasa 2 seterusnya Fasa 3.

Pelbagai rasa dan fikiran. 
Datang dan pergi. 

Menjadi seorang yang tidak mementingkan diri rupanya menjadi kesalahan bagi orang lain. 

Kukorbankan segala keinginan untuk memudahkanmu, menyenangkanmu, pengakhirannya aku yang tidak bersungguh di mata mu. 

Dunia akan membenci kita, jika aku mementingkan diri. 

Selalu sedar, aku orang ketiga dalam kehidupan mu. 

Dipuja menjadi indah, dibuang menjadi mudah. 

Cinta ini perit buat aku. 

17 January 2017

Gagah

"Seringkali aku melihat engkau mengimbau kenangan dalam ucap tingkahmu.
Seringkali juga aku mendengar desah resahmu yang cuba engkau larikan disetiap celah nafimu.
Kau robekkanlah siratan kepuraan, yang menyelaputi tabir mimpimu.
Untuk kau kembali menjadi diri manusia mu.
Saudaraku,
Semua bukan perkara mudah.
Atas rasa kepayahan.
Engkau harus gagah.
Mencari dirimu yang hilang tiap malam hari."

05 December 2016

Flexible

Bila kau cuba untuk kuat atas setiap jatuh.
Kau harus kuat untuk bangun semula.
Cukup cukuplah jadi manusia yang selalu rebah.

03 November 2016

Idaman Hati

Alhamdulilah.
Berkat sabar.
Terbalas jua.
Me, new leaf.