Showing posts with label Monolog Hati. Show all posts
Showing posts with label Monolog Hati. Show all posts

26 January 2025

Stroke; Kehidupan Dulu

Bila aku sakit, aku rasa macam dah ban̈yaÄ· susah semua orang, sebab tu aku sedaya upaya untuk dapatkan balik gaya kehidupan aku dulu, tp versi aku yang kini.

Susah, tapi kena cuba kan. 😅


25 January 2025

Keinginan Manusia

Apa yang manusia inginkan dalam hidupnya?

Salah soalan itu.

Apa yang kau inginkan dalam hidup kau?

Baru betul. Apa yang aku inginkan, semuanya berjalan mengikut keinginan aku. Bukan siapa-siapa, bukan dia, bukan engkau.. tapi AKU.

Alangkah indah semua berjalan lancar seperti keinginan kan?! Hehe 

Tapi hakikat kau MANUSIA mana boleh dapat semua.

Kau nak dia berlaku adil, kau sendiri adil ke dalam hidup kau? 
kau nak dia jalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin, tanggungjawab kau dah ke? 

Sebelum soalan itu dikemukakan pada orang yang kau sayang tanya diri sendiri dulu.. 

Dah dapat jawapan? Istifar cepat cepat dan nikmati kehidupanmu. 

01 January 2025

2025

Moga tahun baru ini banyak memberi manfaat kepada hidup. Aamiin.

Moga tahun baru ini berita gembira menanti dari segi kerjaya, kehidupan, rezeki, kesihatan dan sebagainya. Aamiin.

Terima kasih sudi temani saya mengharungi tahun 2024 yang penuh cabaran.

Semoga tahun 2025 yang baik baik untuk keluarga kita.

💘

01 July 2024

Manis Rumah Manis



Satu pencapaian yang membanggakan... tapi hutang 35 tahun.. hehe 

Manis rumah manis.. 🥰

12/2021 - loan lulus
05/2024 - dapat kunci

Semoga berjaya melangsaikan hutang.. 😅

29 May 2024

Ijab dan Qabul

Alhamdulilah,
Im married.
25.09.2023 tarikh bermakna buat aku.
Terima kasih sebab sudi hidup dengan aku, terima kasih sebab tunaikan janji.
Semoga kita bercinta sampai syurga.

Alhamdulilah, 
Walaupun tidak seperti orang lain tiada pinangan, tiada risik dan sebagainya. Ia amat menyenangkan.

Bahagia cara kita.

Kenduri doa selamat yang tertangguh kerana aku sakit. 
Harap dapat dilaksanakan dan dihebahkan.

Apa yang penting, aku kena sembuh dari sakit yang Allah SWT turunkan ini.

Someone cakap dengan aku, "Allah bagi kita sakit, mesti Dia dah tunaikan doa kita"

Ya Allah besarnya rahmat MU.

🥰

02 March 2024

Ujian Allah SWT

08.11.2023

Di uji penyakit stroke.
Usia baru 37 tahun, dikala terpaksa hadap.
Usia perkahwinan baru 3 bulan, sewaktu kejadian.
Semoga manis manis lepas ni.
Bersangka baik pada Allah SWT, Dia tak kan uji kalau kau tak mampu.

28 July 2023

Lazy Day

Ada hari kita, kita penat, kita moody, kita happy, kita rajin, kita gembira. 

Tapi satu je kita kena ingat, apa pun perasaan kau waktu itu.

Semua yang negetif kau kena letak tepi dan pasangkan topeng senyum. 

Walaupun bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang ada di sekeliling kau. 

"awak selalu senyum since you sampai, i suka lah" kata Chinese girls

Dan walau macam mana pun kau nak datang kerja, kau kena ingat, kau bukan anak orang Hartawan, kau bukan isteri kepada mana-mana Jutawan. 

Kau cuma seorang perempuan yang berjuang untuk menghabiskan sisa hidup yang masih berbaki walaupun dalam sehari. 

Alhamdulilah, masih hidup. 

18 July 2023

feed the ego

Dalam proses toleransi, kadang kadang aku rasa, aku lah yang selalu merasakan 'feed the ego' aku perlu lengkap dan melebihi dari aras yang aku mahu.. 

Hmm entah, kadang berjaya, kadang kalah. 

Menyakitkan hati seseorang nampak mudah. 

Tapi kalau kau terasa hati untuk hal yang tidak sepatutnya, 'feed the ego' kau tu membuatkan kau nampak kejam pada diri sendiri dan orang lain, terutamanya.

Entahlah, aku sendiri tak faham apa aku nak sebenarnya. 

Ibarat, kau nak kunci dia biar dia duduk dalam almari kaca.

Hanya menjadi tatapan kau seorang.

Hanya aku. 

Aku.

06 June 2023

Dengar, beritahu.

should i stop?... 

what ever i doing now?

25 May 2023

Lelah

Acapkali aku menyata menjadi manusia beremosi ini lelah sifatnya. 

Penat. 
Lesu. 
Hilang arah. 

Dan aku pasti, hilang arah lebih mendominasi keadaan. 

Mencari tempat berpaut. 
Mencari tempat berlindung.
Mencari tempat yang paling selamat. 
Mencari tempat yang menenangkan jiwa yang tengah bergolak.

Mengandaikan keadaan diri apabila hilang tempat berpaut. 

Kau menjadi penakut dan kau mengundur selangkah.

Agar ketakutan tidak mengambil tempat. 

18 May 2023

2023

Lama tak menjenguk. 

Apa khabar?

Dunia masih indah?

Kesihatan masih cantik?

Kewangan semakin stabil?

Kehidupan ada perubahan?

Keinginan di gapai?

Kehendak dituruti?

Nafsu masih mengawal?

Nothing beat the real world, right?

Semoga 2023, kehidupan menjadi semakin jelas dengan hala tuju sebagai seorang yang hidup dan pasti MATI. 


02 November 2022

16.10.2022

 heart to heart 

semoga yang sulit dipermudahkan

semoga yang keras dilembutkan

semoga yang bahagia bertambah bahagia, menyenangkan, mengembirakan. 

22 January 2022

belum sempat terluahkan..

Aku, si terlalu perasa dan pemikir, kadang benci diri sendiri. 

Tak sempat ku luah apa yang berada di benak aku. 

Melihat posisi manis membuat aku benci diri sendiri. 

Melihat senyum mesra membuat aku benci diri sendiri.

Kenapa aku hadir dalam hidup kalian dan menjadikan keadaan kacau dan sumbing.

Aku benci diri aku. Bukan kerana perbandingan ada atau tiada. Bukan kerana perlu atau tidak perlu. 

Cuma ternyata apa yang kau anggap, itu membuat aku terdiam dan lebih membenci diri sendiri. 

Aku hadir disaat moment manis dan bahagia kalian bersama si anak kecil.

Ia membuatkan aku layak membenci diri sendiri. 

Disaat perasan itu muncul, setiap lafaz dari bibirmu menjadikan ia benar, aku punca segalanya. Aku memilih untuk membenci diri aku sendiri.

Aku ambil tanpa izin, aku lihat tanpa izin.
Segalanya tanpa izin. Menyayangimu jua tanpa izin.

Ya aku salah. Belum sempat aku luahkan apa yang bermain difikiran. 

Ternyata, aku layak membenci diri ku kerana hadir dalam hidupmu. 

Benar, itu aku rasa, aku fikirkan. 

28 December 2021

Usia

Selamat usia baru.
Semoga segala keinginan tercapai.
Semoga disayangi dan dicintai olehNya.
Banyak dosa tak terhitung, hanya mampu memohon segalanya diampunkan.

2022 bakal menjelma, semoga ada kebaikan dalam setiap pedih.





29 October 2021

Harapan bersifat kejam

Fikiran jahat muncul.
Meminta yang tidak tidak.
Semua bersarang dalam otak.
Akhirnya, kau hanya mampu mengalir airmata.
Hanya untuk kekal waras dan disayangi. 

06 April 2021

Kasih

Adakah kita telah mula memendam segala rasa dan menyembunyikan seluruh pemikiran. 

Adakah kita telah berubah menjadi kau dan aku ? 

Dan kau tahu, aku boleh mati tanpa KITA.

Love you.

26 March 2021

Biasa

Seolah-olah yang biasa menjadi semakin biasa. 

Tiada nilai. 
Tiada harga.

Sekadar ada.

06 February 2021

Terperangkap

Tidak menulis tidak semestinya tiada cerita. 

Cerita yang hanya terperangkap di dalam minda.

Kebisingan yang hanya kau sahaja dengar.

Terperangkap.

12 January 2021

Tahun 2021

Semalam Perdana Menteri Malaysia umumkan seluruh Malaysia akan menjalani PKP, PKPB dan PKPP mengikut negeri. 

Dan aku hanya terbayang, seperti tahun 2020. Tiada perancangan untuk aku bernikah. 

Hanya menunggu segala penyakit wabak hilang. Untuk menguruskan segala. 

Menunggu dengan aku, sangat sinonim.
Akrab. 
Rapat.

Tapi tak pelah, aku beragama Islam. 
Allah SWT tentu punya rencana.

Dan aku tak tahu berapa lama aku mampu untuk menunggu. 

:)

30 September 2020

another story

Pernah tak terfikir bahawa hidup ini sekadar hidup. 

Tidak bermakna apa apa? 

Sedaya upaya memenuhi keinginan orang orang di sekeliling.

Bertahan kerana apa pun kau tak tahu.

Yang pasti. 

Segala impian semakin kabur. 

Kau mula hidup untuk hari ini sahaja.

Esok hari kemudian fikir. 

Tiada lagi 1 tahun akan datang, 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang.

Tiada. 

Pelik bukan? 

Semangat itu seolah hilang. 
Terbang melayang.

Lost.