18 December 2014
teduhan kasihMU
bukanlah mudah untuk berpindah tempat yang kau membesar selama bertahun-tahun. tapi itulah hakikatnya.
aku dan keluarga akan berpindah.. atas sebab apa? biarlah ia menjadi rahsia keluarga.
aku anggap ini teguran allah swt dan juga sebagai kifarah.. allahu.. sikit-sikit kau uji. mula dengan Kau uji perasaan dan hati aku.. kini kau uji keluarga dengan hilang tempat berlindung. tapi aku mohon kami semua berada dalam rahmatMU...
permudahkan juga la urusan perpindahan andai itu yang ditakdirkan untuk kami sekeluarga.
jujur aku kata, dari ujian kasih sayang MU, aku masih mencari-cari hikmahnya... tapi ada yang kata tak perlu dicari hikmahnya.. hanya perlu lalui dengan yakin bahawa selepas kesusahan akan ada kesenangan.. dan orang yang bersabar adalah orang yang menang.
moga aku dan keluarga adalah orang-orang yang menang.
masih lagi mengaplikasikan teknik #bertanyaallahdahulu
"ya allah, berikanlah kami sekeluarga tempat untuk berlindung, yang selesa, yang kemudahannya mudah, yang kawasan perumahan selamat serta sesuai dengan kewangan kami sekeluarga,.. terima kasih ya allah.."
10 December 2014
Bulan terakhir
terkesan dengan ayat ini.. asal pilihan aku yang hancur jiwanya. benarlah bukan semudah yang disangkakan.. sabar aku bukan setinggi KLCC lagi.. rasanya dah boleh umpamakan setinggi langit.
Allahuakhbar..
moga diberi pinjam kekuatanMU kepada ku..
"Kau kena menangis lebih banyak di malam hari depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang hari depan isterimu."
benarlah. alhamdulilah. sentiasa mampu nampak tenang dan tabah. sebab setiap malam mengadu sampai bengkak2 mata. allah saja tahu.. ngeee dan anehnya, bangun pagi mudah, rasa bertenaga. padahal tido dah lewat. semoga makin kebal hati ini.
oh ye, adik lelaki nak kawin.. hahaha aku dah kebal sebab orang asik tanya aku je. jemu gak. lepas ni lagi la bertalu orang tanya kan sebab adik aku nak nikah lak. haha get ready oiii!
aku demam dan have a flu. 4 days include today. cepat sembuh sebelum sabtu. haha kalau tak gi tgk org sanding muka pucat gila. haha
lupa lak.. aku kan baby lagi, so nak beralih tahun demam la. haha mengada!!
kerja? aku tak pernah benci kerja aku. tapi menyampah dengan kampeni aku. haha i love my job my career..
"Jangan pernah bertanya kepada otak yang terbatas."
maka kita tukar.. its time bertanya allah dahulu.
moga bermanfaat.
01 December 2014
Setahun berkerja!
Semua benda jadi tak ikhlas nak buat. Semua benda nak mengungkit.. Semua benda buat nak berkira sekarang nih.. Bila dah terlafazkan 'saya tak halalkan apa yang dia ambik kalau saya betul' peritnya hati! Allah je tahu. Marahnya saya! Allah je tahu.. Emosi terjejas..
01 November 2014
November dah!
=)
13 October 2014
1st Batch (Dino + Dini)
Masing-masing dah jumpa orang yang nak jaga.. Awok tiga ekor..
Mummy paling rindu Cinnamon!!
Be a happy hedgie anak-anak Mummy.
08 October 2014
Al- Nuraa
Wa fi asobi nuuraa (dan dalam urat sarafku cahaya)
Wa fi lisani nuuraa (dan dalam lisanku cahaya)
Waj'al fi nafsi nuuraa (dan jadikanlah dalam jiwaku cahaya)
Waj'al lii yau maliqo ika nuuraa (dan jadikanlah bagiku pada hari bertemuMu cahaya)
03 October 2014
8 Zulhijjah 1435
rindunya dengan rumah ALLAH SWT.. moga berezeki ke sana.
Insyallah...
pergorbanan demi pergorbanan.. moga terbalas dengan izinNya..
terima kasih ALLAH SWT untuk setiap kasih dan sayangMU..
Amin
26 September 2014
Emosi
Penat bila aku mula beremosi. Bagaimana mahu kawal segala emosi bila aku sendiri mula beremosi.
Penat.
22 September 2014
baby step for you bro~~
harap semakin pandai berfikir..
sibuk sangat aku menguruskan hal-hal dunia.
semoga kerja dengan ikhlas dan mendapat keredhaan Allah SWT angah~!
lepas ni, boleh beli barang sikit2 and plan you future.. jangan bertangguh lagi~
02 September 2014
berita dan kebaikkan.
22 August 2014
14 August 2014
18 Syawal 1435
04 August 2014
8 Syawal 1435
pelik.. semoga Allah SWT memberi hidayah dan pertunjuk jalan yang lurus pada keluarga Tuan.
secara tak langsung, kerjaya aku, akan membuat hidup sesorang atau keluarga seseorang berubah. dan kalau boleh biar perubahan itu kearah kebaikan.
one of students aku, family type. ada ayah dan mak yang bertanggungjawab. isunya, biarlah rahsia.
two times aku meet this family, sebelum raya which is masa puasa, dan selepas raya, which is pagi tadi. in middle time sebelum dia jumpa aku pagi tadi, dua kali dia call, bagitau feedback anaknya kat aku. macam buat laporan.
tetiba rasa, naluri kaunselor aku berfungsi. kes student takdela berat mana, cuma kalau boleh tak nak kejadian ini berulang.
okay, berbalik pada perkara yang mendebarkan aku.
ayah dia panggil aku puan, anaknya panggil aku miss. ada percanggahan kat sini. aku sebenarnya diam kan je setiap kali ayah dia panggil aku puan, dalam hati aku aminkan. hehehe
tadi! mak dia tanya aku, "sory im ask, are you married? because my son told me, he call you miss?"
aku senyum je. cover macho. hahaha "not married yet, im still single, mem"
mak dia, "its okay, masin mulut you (tunjuk pada ayah student aku) you will be married soon.
subhanallah, moga sampai kata-kata kalian pada Yang Esa. moga sampai. moga.
jadi aku ingat isu tentang status aku habis di dalam bilik meeting tadi. rupanya tidak, bersambung di cafe.
dimana, aku jumpa parents ni tadi masa lunch time.
ayah dia "puan, lelaki macam mana you nak?"
aku blur, tetiba dia tanya. "lelaki?"
ayah dia "ya, what category you like, medical line? air force? i have a lot friend."
aku terdiam. kelu. berdebar. ya allah, its my time too fullfill our iman. melengkapkan yang separuh itu.
when mak dia tgk aku terdiam, mak dia respon, "puan, tak pe, dia ni banyak kawan, kalau jadi, puan hantar kad kat kami ye"
aku hanya mampu kata "insyallah"
its that sound like, aku setuju untuk dia carikan aku jodoh...??? i was speechless... insyallah adalah sebaik-baik janji, dan aku langsung tak tahu nak react macam mana. this family to kind.
ayah dia kata "takpe, sebelum i give ur number kat mana-mana yang sesuai, i give your call, i have ur number already."
aku hanya mampu senyum. senyum dan terus senyum.
Allah, kau limpahkan cahaya dan pertunjukan yang lurus pada keluarga ini. moga mereka sentiasa berada dalam landasan dan redhaMU.
amin.
03 August 2014
7 Syawal 1435
Jahilnya aku, disuruh amalkan zikir supaya syurga kita nanti cantik dihiasi bunga dan pokok yang indah. Ya, tumbuhan disyurga pokok dan bunga adalah hasil dari zikir yang kita amalkan.
Subhanallah... Tingginya kasih sayang MU.....
02 August 2014
6 Syawal 1435
Always a traveller. Satu pencarian makna hidup yang bagus untuk ditonton.
Thanks Al-Hijrah.
31 July 2014
4 Syawal 1435
Kadang-kadang terfikir, aku ini orang suka buat kerja luar ofis.
Mungkin kena cari kerja baru.
Mungkin jela.
30 July 2014
3 Syawal 1435
Rilek! Kerja di hari raya ketiga. Adalah pergorbanan di hujung bulan lapan.
Rilek yani!!
28 July 2014
28-30 Ramadhan 1435
Aku sekalikan cerita...
Memenuhi segala kehendak mama.. Menyenangi hati dan perasaan nya, melihat dia tersenyum itu dah cukup bagi aku.
Benar, mama banyak korban perasaan. Jadi tugas aku untuk bahagia mama.
Andai ini satu-satu nya jalan untuk aku menuju ke syurga, moga Allah SWT redha..
Amin.
P/s: waktu aku sibuk di malam raya, dini tetiba melahirkan 5 ekor anak. Tapi hanya selamat 3 ekor je. Moga membesar jadi anak yang baik ye sayang...
27 July 2014
26 Ramadhan 1435
Diberi benda hidup sebagai kenangan berpisahan. Kami pernah berkerjasama dibawah satu bumbung
Moga Tuan mendapat kepuasaan berkerja yang dicari..
Amin.
25 July 2014
24 July 2014
25 Ramadhan 1435
Mama tanya, 'ko dengan tett macam mana? Kawan lagi ke tak, abah duk tanya nih'
Aku jwb ' la.. Tanya la dia.. Nak lg ke tak..'
Terus berlalu masuk ke kamar. Kahkah.. Aku punya kisah dah boleh buat novel.
Cepat! Nak tengok bab seterusnya. Yes! Aku sendiri tak sabar. Korunk kat keliling aku lgi dabel tak sabar.
Rilek.
Jodoh aku tgh siapkan istana, maklumlah.. Aku kan berangan nak kawin putera raja..
Amin
23 July 2014
24 Ramadhan 1435
"life is about making choices, and He is the one who's responsible to give us the choices. thus, to Him we should refer to. allahualam."
kata alim ulamak, kalau kau nak buat solat istikharah, kau kena buang semua rasa/nafsu/emosi baru la solat tu benar-benar memberi kesan.
ahh nafsu selalu dibiarkan menang. teruknya aku!
21 July 2014
23 Ramadhan 1435
Mula dengan berangan-angan.. Ditambahkan sedikit rasa keterpaksaan, menjadi tabiat. Dengan IzinNya, apa yang diangankan menjadi kenyataan.
Mudah. Allah Swt, xpernah mungkir janji.
:-)
23 Ramadhan 1435
Tidak kah kita semua berimpian mahu bertemu dengan suami/isteri/ anak-anak di syurga??
Semoga berbahagia kamu kini dan selamanya, dikurniakan suami yang sanggup susah dan senang bersama. Dianugerahkan cahaya mata yang menemani hingga kamu diusia emas. Semoga kamu juga mula memasang angan-angan apa yang kamu ada didunia juga punya kamu diakhirat sana.
Bukankah suatu kejayaan bermula dari angan-angan?
Andai kata setiap kali aku memberi respon, membuatkan kau rasa kau yang paling bagus. Aku kira lebih baik aku tidak memberi apa-apa respon. Aku sayang kau, aku tak nak kau ada perasaan 'kau paling bagus' ingat!! Allah benci hamba seperti itu.
Dalam tempoh aku mahu menjaga/merawat hati, aku juga mahu kita semua ke syurga, ayuh simpan angan-angan tu..
Sebab, aku pegang pada prinsip, bersahabat biar sampai syurga.
Aku juga tak nak pendam rasa, setiap kali aku terasa. Aku xnak ada rasa tu. Jadi aku undurkan diri demi persahabatan yang telah lama terjalin.
Maaf!
Hidup aku tak seindah kalian. Kadang2 penat tunjuk kita kuat, hakikat, aku yang paling lemah. Meminjam kekuatan yang ada pada sahabat2..
Tapi.....
Mungkin, aku menurut perasaan. Ternyata, hati ini masih rosak dan kotor lagi.
Kesian, kau zalim pada diri sendiri illyani.
20 July 2014
21 Ramadhan 1435
'abah along kaya, suami mama miskin'
This sentences mama selalu guna kalau abah beli or bagi sesuatu kan aku.
Tapi kali ni abah beli untuk mama.
Untunglah~~~~
Hehehe
19 July 2014
20 Ramadhan 1435
Pernah dengar kan.. Orang yang post gambar makanan tu sakit jiwa. Aku malas nak google statement tu..
Sebenarnya, step mudah untuk fefeling rasa bahagia adalah dengan buat apa yang kau gembira. Salah satunya adalah makanan.. Travel... Hangout..
Sumber kegembiraan aku? Makan-makan dengan family besar.
Tadi, buka puasa dengan bos abah. First time gathering. Selama ni dengar cerita je dari abah. Okay la. Walaupun ada word dato'.. anak-anak tu tak sombong. Masih boleh diajak bersembang. Masih lagi merendah diri.
Tadi, datin tanya 'along umur bape?' '28, untie' 'dah tu bila nak kawinnya?' mama menyampuk.. 'tin, adik dia xbagi kawin datin oiii' aku diam/senyum je. Iqram dengar terus respon 'mama, bukan xbagi. Jauh la terengganu tu...' dalam hati aku, entah berjodoh ke tak dengan orang jauh tu dik..
:-)
Aku sebenar nak cakap, selama ni aku dengar je perkataan 'bora ombak' tadi buka puasa kat sana la. Dengar macam gah. Bak kata orang kampung aku kat perancis "com si com sa"
Satu aku puji, diaorang jamu nasi kerabu. My fav food!! Yummy....
17 July 2014
19 Ramadhan 1435 [2]
“Sejak sejak kapan engkau belajar bersamaku?”, tanya Syaqiq,
“Sejak tigapuluh tahun guruku”, jawab Hatim.
“Apakah yang engkau pelajari selama itu, wahai Hatim?”, tanya Syaqiq
“Delapan hal guruku”, jawab Hatim.
“Innalillah wa inna ilaihi raji’un, terbuang percuma sajalah umurku bersamamu”, Syaqiq pun kecewa.
“Guruku, aku tidak pelajari yang lain dan aku tidak ingin berdusta”, jawab Hatim,
“Uraikanlah kedelapan hal itu Hatim”, pinta Syaqiq
Kemudian Hatim Al-Asham pun menjelaskannya :
Ketika aku memandangi makhluk yang ada di dunia ini, aku melihat masing-masing mempunyai kekasih, dan ia ingin selalu bersama kekasihnya bahkan hingga ke dalam kuburnya.
Ketika kekasihnya telah ke kubur, ia merasa kecewa karena ia tidak dapat lagi bersamanya masuk ke dalam kubur dan berpisah dengannya.
Maka dari itu, aku ingin menjadikan perbuatan baik sebagai kekasihku, sebab jika aku masuk kubur, maka ia pun akan ikut bersamaku
“Benar sekali Hatim!”, ujar Syaqiq, “Apa yang kedua?”
{untuk nasihat yang pertama, ustad semalam memudahkan, jadikalah setiap amal jariah / kebaikan sebagai kekasih dialam kubur nanti}
Kedua, :
Ketika ada firman Allah SWT,
“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal.” (QS. An Nazi’at :40-41)
Maka dari itu aku berusaha menolak hawa nafsu sehingga aku tetap taat kepada Allah SWT
“Yang ketiga?” ujar Syaqiq
{part ini paling kena untuk diri aku, end up yang membuat aku mencari kisah tentang asal usul nafsu. diperintahkan oleh ALLAH SWT untuk berpuasa supaya kita yakni manusia boleh mendidik dan mengekang nafsu, dan pertanyaan ustad semalam, 'mampukah sebulan kita berpuasa ini, mengawal 11 bulan yang tidak diperintahkan untuk berpuasa?'}
Ketiga, :
Aku memandangi makhluk yang ada di dunia ini, aku melihat setiap makhluk memiliki benda, menghargainya, memandangnya bernilai, dan menjaganya. Kemudian ku perhatikan firman Allah SWT,
“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan” (QS. An Nahl :96)
Maka dari itu setiap kali aku mendapatkan sesuatu yang berharga dan bernilai, ia pun kuhadapkan kepada Allah (sedekah), agar kekal di sisiNya.
“Yang keempat?” ujar Syaqiq
{yang ni, aku cuma boleh dimudahkan bahawa sesuatu perkara yang kita ada biarlah dengan redha ALLAH SWT, ustad juga bagi contoh yang mudah difahami, situasi, si ayah/ibu kerja/sibuk mencari duit, tapi anak terabai, disitu ustad cuba menyuruh kita berfikir, dimana nilai duit tadi, sekiranya anak yang sebagai amanah tu tadi diabaikan. dimana REDHANYA ALLAH SWT yang aku cakap mula-mula tadi.}
Keempat, :
Ketika kupandangi makhluk yang ada di dunia ini, aku melihat masing-masing orang selalu menaruh perhatian terhadap harta, kebangsawanan, kemuliaan, dan keturunan. Lalu ketika kupandangi semua itu, tiba-tiba tampak tidak ada apa-apanya. Kemudian kuperhatikan firman Allah SWT,
"..Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al Hujurat :13)
Maka dari itu aku pun bertaqwa kepada Allah, semoga aku menjadi mulia di sisiNya.
“Yang kelima?” ujar Syaqiq
{aku tak reti nak huraikan ayat taqwa ni, tapi aku harap, ia memberi manfaat. hmmm ustad kata, taqwa ni ibarat kau sedang berjalan-jalan dalam gelap gelita, mencari-arah cahaya tu tadi. aku tak dapat nak huraikan. masih lagi dalam peringkat pemahaman.}
{5-8 ini antara nasihat yang ustad tak dapat nak jelaskan kerana kesuntukan masa semalam. so aku kopi paste dari blog yang menggunakan bahasa yang mudah difahami.}
Kelima, :
Ketika kupandangi makhluk yang ada di dunia ini, ternyata mereka suka saling menghina dan menggunjing satu sama lain. Penyebabnya adalah kedengkian, kemudian kuperhatikan firman Allah SWT,
“Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS. Az Zukhruf :43:32)
Maka dari itu perasaan dengki pun kutinggalkan. Aku tahu bahwa pembagian rizki itu dari Allah.
“Yang keenam?” lanjut Syaqiq
Keenam, :
Ketika kupandangi makhluk yang ada di duna ini, ternyata mereka suka berbuat kedurhakaan dan berperang satu sama lain, akupun kembali kepada firman Allah SWT,
“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh, karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”
(QS. Fathir :6)
Maka dari itu kujadikan syetan sebagai musuhku satu-satunya dan akupun sangat berhati-hati kepadanya, karena Allah menyatakan syetan adalah musuhku.
Syaqiq melajutkan pertanyaannya : “Yang ketujuh?”
Ketujuh, :
Ketika kupandangi makhluk yang ada di dunia ini aku melihat masing-masing orang mencari sepotong dari dunia ini. Lalu ia menghinakan diri padanya dan memasuki bagiannya yang dilarang kemudian kuperhatikan firman Allah SWT,
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya . Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata .” (QS.Huud :6)
Maka dari itu kukerjakan apa yang menjadi hak Allah pada diriku, dan kutinggalkan apa yang menjadi hak Allah pada diriku,
Yang terakhir, :
Kupandangi makhluk yang ada di dunia ini, aku melihat masing-masing orang menggantungkan diri pada makhluk lain. Yang satu pada benda yang dicintainya, yang lain pada perniagaannya, dan perusahaannya, atau pada kesehatan tubuhnya. Masing-masing bergantung pada benda. Lalu aku kembali pada firman Allah,
“..Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”
(QS. Ath Thalaq :3)
Maka dari itu akupun bertawakkal kepada Allah, ternyata Allah mencukupi keperluanku.
“Hatim, semoga Allah SWT melimpahkan karuniaNya kepadamu”, ujar Syaqiq
Sumber :
Diambil dari kitab Ihya’ Ulumiddin Jilid 1 Bab Ilmu
19 Ramadhan 1435 [1]
moga Allah permudahkan semua urusan awak. luaskan pemikiran awak, lapangkan dada awak, sentiasa dipertambahkan rezeki awak.
amin.
18 Ramadhan 1435 [2]
Masa petang tadi lepas sembahyang asar.. Masih lagi dibelenggu dengan soalan yang sama..
Kali ni oleh pelajar perempuan yang aku aim masa orientasi menipu dalam LDK tempohari.
'miss, anak sulung ke?'
'ye, saya tiga beradik'
(satu tabiat aku, aku akan jwab terus soalan seterusnya, which is bagi aku soalan tu berbentuk cliche.. Sbb lepas orang tanya kedudukan ko anak no berapa, orang akan tanya berapa adik bradik. Ni part yang selalu si dia bengang, setiap soalan dia aku jwab benda lain.. Padahal, aku tahu dia nak jawapan yang itu)
Okay berbalik pada dialog lepas asar tadi..
'so miss, bila lagi nak makan nasi minyak?'
'haha ada ke orang nak saya ni awak?!.. Nati kalau ada.. Insyallah satu kolej saya jemput ye..'
'bohong la miss tak de calon.. Miss cantik apa. Saya bukan bodek, ni betul.. Bulan puasa.. Insyallah.. Ada jodoh untuk miss'
'aminnnnn... Dah dah dah gi naik atas.. Setup tempat nak buke dan terawih lak.'
'baik miss!'
Minggu ni memang minggu orang keliling aku bicara hal jodoh kahwin ye?!
Ada benda nak share lps isya' tdi ada tazkirah.. Sangat menarik isinya.
Nanti aku kupaskan satu persatu. Ustad cuma dapat share 4 nasihat. Sedangkan kesemua nasihat ada 8. Kena study lagi 4 nasihat. Baru leh share.
Tapi aku sangat tertarik dengan kata-kata ustad.
'bulan puasa adalah bulan yang dimakbulkan kesemua doanya serta mendidik dan mengekang hawa nafsu selama sebulan untuk 11 bulan yang lain'
Mampukah yang sebulan mengawal yang 11 bulan???
Tanya sama nafsu!!
Nafsu dipenjara selama 300 tahun dalam neraka, secara beperingkat serta pelbagai hukuman.
Setelah nafsu mengakui bahawa allah adalah tuhannya dan nafsu adalah hambaNya.. Kemudian nafsu dicampakkan kedalam diri manusia.
Hmm menarik bukan?
Masa ada facebook dulu.. Selalu cakap, aku ni sedangkan beperang dengan hawa nafsu. Sedangkan aku sendiri tak tahu asal usul nafsu tu sendiri. Macam mana nak lawan, kalau kau tak kenal lawan kau sendiri.
Betul tak?
So skang tugasan aku adalah mengenal hawa nafsu tu sdiri dan sharing tentang 8 nasihat tu.
Moga yang sedikit ini memberi manfaat.
Selamat malam.
16 July 2014
18 Ramadhan 1435 [1]
15 July 2014
17 Ramadhan 1435
14 July 2014
16 Ramadhan 1435
When you have something in your mind.. And you cant speak it out. Writing is the best solution.
Tadi ptg sebelum nak balik kerja, blogwalking, jumpa this sentences 'kenapa blog aku negatif, sebab jawapannya, aku menulis bila aku depressed.'
Then I ask my self, why my blog in black colour.. Because this is my negative side.
Im not good person!
Yet..
13 July 2014
11 July 2014
13 Ramadhan 1435
Allahuakbar... Semakin malas. Semakin alpa.. Tiada hasutan syaitan. Cuma yang ada nafsu! Sungguh, berperang dengan nafsu sangat payah dan susah. Moga aku berjaya.
One of student from batch 30, he write this note for me.. Semoga kuat menghadapi masa depan. Good luck dear student!
10 July 2014
09 July 2014
08 July 2014
10 Ramadhan 1435
'bila kau dah boleh belajar terima takdir kau, kau aksn faham kenapa takdir kau begitu'
07 July 2014
05 July 2014
6 Ramadhan 1435
Masih lagi berhubung walaupun dah hampir 7bulan tinggalkan puteri..
Aku sentiasa konfius nak tengok camera kat mana...
Maka ini hasil muka konfius.
03 July 2014
5 Ramadhan 1435
Alhamdulilah.
Walaupun dapat cuti dari tuan yang punya dunia.
Aku tetap merasai nikmat berpuasa.
Letih tapi penuh tenaga.
Tengah hari ambik sunat tido tengah hari sebelum zohor.
Ustad kata, tido sekejap tu nak kumpul tenaga untuk petang.
Alhamdulilah.
Setiap hari dengar asmaul husna, bila berlagu otomatik ingat, tpi bila cuba nak sebut tanpa lagu. Lupa terus.
Esok, lau ada rezeki nak puasa. Nak solat. Nak ngaji..
Hmm insyallah.
Amin.
4 Ramadhan 1435
Alhamdulilah...
Menang contest, dapat surat komfem keja.
But,
En.eqbal, one of officer dah send surat berhenti kerja.
Tahniah.. Dapat kerja baru.
Aku? Gain exprience more and more...
02 July 2014
3 Ramadhan 1435
Terkesankah kau dengan setiap tindakan aku?
Moga kita sama-sama perbaiki hati kita.
Amin.
30 June 2014
2 Ramadhan 1435
jika benar, mereka adalah masa depan aku, Kau pulangkan mereka kepada aku seperti mula kami menyemai kasih dan sayang. namun, jika benar mereka bukan masa depan aku, Kau pulangkan juga mereka kepada aku, atas dasar kasih sayang sesama manusia.
ya jaami' ya jaami' ya jaami' ya jaami' ya jaami' ya jaami' ya jaami'
amin.
29 June 2014
1 Ramadhan 1435
Benarlah kita sering diuji dengan apa yang kita katakan..
Sering aku cakap, aku sayang kau kerana Allah. Namun hakikat aku sering lupa Allah bila aku senang dengan kau.
'Dan setiap cinta kerana Allah pasti di uji mutunya..' -duda idaman malaya
Maka Allah uji, supaya apa yang aku sering katakan, aku kota.
Aku juga pernah kata, kalau aku tahu kau ada rasa ingin perempuan lain, tanpa ragu, aku undur diri. Walaupun hakikat diri masih sayang. Hati aku tak tenang, aku mudah marah. Dari aku fikir yang bukan2, kata yang bukan2, baik aku pergi.
'maka khanah kesabaran adalah peneman ujian & mendahulukan cintaNYA adalah penawar'- Miss Sabar
Allah tengah uji aku, moga aku lulus cemerlang.
Hati sentiasa zikir ya latif, ya batiin, ya shabuur, ya nuur, ya matin...
Moga berkesan zikir asma husna. 99 namaMu.
Tq pada yang memberi tahu..
27 June 2014
deadactive
sebab sebelum ni, selalu tak lama.
moga aku dapat cari balik diri aku yang semakin hilang.
saya minta maaf,
maaf atas segalanya.
segala yang tidak terucap.
maaf.
saya tak sempurna,
tidak layak untuk orang seperti awak.
awak sudah punya segalanya.
tidak layak untuk temani awak sepanjang hayat.
tidak layak untuk jadi ibu kepada anak-anak awak.
tidak layak.
saya semakin tak kuat.
saya semakin hilang harga diri.
saya semakin hilang tujuan diri.
saya semakin menyerah kalah.
bagi saya masa,
saya rasa, saya yang kena buat keputusan untuk KITA.
mungkin saya, mungkin awak.
saya semakin tak kenal diri saya.
saya semakin tak tahu siapa awak? siapa saya dalam hati awak.
saya semakin senang untuk sakit hati untuk setiap perkara yang saya tak dapat.
hati saya dah semakin rosak.
rosak sangat.
bagi saya masa.
saya perlu betulkan diri saya.
percaturan dan strategi saya silap.
allah murka dengan saya.
saya diuji dan diuji dengan yang namanya perasaan.
saya berperang dengan perasaan saya sendiri.
saya hampir hilang akal.
saya sayang awak.
saya sangat. tapi allah lebih tahu apa lebih baik untuk awak.
bukan saya. bukan saya yang patut ada disisi awak.
saya tak kuat awak.
betul saya tak kuat.
bagi saya masa.
saya semakin takut.
takut dengan masa depan saya sendiri.
takut dengan setiap tingkah laku awak yang saya tak leh nak baca.
saya takut.
hati saya dah rosak. rosak sangat.
saya perlu masa untuk pulihkan hati saya.
awak ambil la masa ini, cari la orang yang sesuai dengan jiwa awak.
saya tak mampu nak penuhi setiap permintaan awak.
saya tak sempurna.
saya tak secantik perempuan2 awak.
saya tak sekurus perempuan2 awak.
saya hanya akan memalukan awak.
saya tak kuat untuk hadapi semua tu.
hati saya dah rosak. saya fikir macam2..
dan awak sikit pun tak bantu saya untuk memperbetulkan pemikiran saya.
saya mengandaikan yang bukan2 atas setiap tingkah laku awak.
saya mudah salahkan orang lain.
sedangkan itu datang dari diri saya,
nampak tak hati saya semakin rosak.
maaf awak.
semoga Ramadhan kali ini saya jumpa jalan pulang ke kepadaNYA.
semoga Ramadhan kali ini hati saya semakin sembuh, kuat seperti dulu.
satu pesan saya, hargai perempuan yang setia disisi awak, jaga hati nya. dan jangan abaikan ma aboh. mereka syurga awak.
kalau ada jodoh kita, jumpa lagi.
saya doakan awak bertemu jodoh yang baik hatinya.
amin.
20 June 2014
wavin flag- when i get older, i will be stronger
jangan ditanya kenapa?
diri sendiri pun tak pernah tahu.
tapi alhamdulilah,
mei 2014 dah berlalu pergi, pergi meninggalkan kesan dihati.
senyum illyani, things happen untuk buatkan kau lagi kuat.
jun 2014, in progress.
masih lagi survive..
lama aku diam.
bila keluarga/sanak saudara datang tanya perkara yang tak jadi bulan 5
aku lebih mendiamkan diri.
entah.
moga yang lepas-lepas ini lebih cantik aturanNYA.
penat sebenarnya memendam rasa, seolah-olah..
"hi, im okay with that. eleh. nevermind, i understand"
penat!! sangat penat.
dan sebenarnya, lepas aku fikir dan menangis sehabis-habisnya,
ada satu aura dan hati baru.
aku dah tak kisah tentang hal ni semua.
kalau kau tak berjodoh dengan aku pun, one day, jodoh kau tetap akan muncul kan.
jodoh aku pun mesti ada. tuhan kan penyayang... =)
bak kata aina, "jodoh aku ni tengah sesat kat Paris, tengah cari jalan nak ke Malaysia."
haha sentiasa positif! ai love this girl.
dan benda yang paling best nak share, tentang Mawar Nafastari.
kita, manusia ini, terutamanya aku, sering belajar dari pengalaman manusia lain.
satu benda yang aku belajar dari Mawar Nafastari.
"Sabar itu cantik, Mawar"
benar, Mawar ada updates status kat fb, mengatakan pertukaran dia ke Klang, dah berjaya, sabar itu cantik,, bila sampai masa yang cantik, aturanNya tentu cantik.
sungguh, pinjamkan aku kekuatan yang ada. pinjam aku kekuatan dari mereka yang pernah jatuh dan menangis. aku perlukan kekuatan mereka untuk meneruskan kehidupan.
moga, aku sabar untuk semua perkara yang telah ditetapkan untuk aku,
setakat tak jadi tunang, itu baru sikit kau uji kan Allah? dan aku boleh terima ia dengan hati yang terbuka, moga cabaran kali ini aku lebih redha dan ikhlas atas segalanya.
17 May 2014
Umrah
Abah selamat pergi dan pulang dari menjalani ibadah Umrah (o4 Mei 2o14- 15 Mei 2o14)
tercapai niat abah nak pergi ke Tanah Haram.
syukur, moga diberi Umrah yang Mabrul..
Amin.
Macam biasa, aku suka suh orang doakan aku untuk dipertambahkan rezeki, bernikah yang paling utama. hehe
sepertimana keyakinan abah tinggi pada encik hati, begitu jugalah keyakinan aku padanya.
abah pesan, kawan la elok, insyallah ada jodoh tu. kalau tak berjodoh sekali pun, abah doa yang baik-baik untuk along. sembahyang jangan tinggal kalau nak berjaya.
Insyallah.
09 May 2014
Jodoh
kau mintak Allah permudahkan urusan sekiranya benar aku dan dia berjodoh.
lepas tu,
urusan kau dengan dia banyak je halangan.
dan tiba-tiba kau perlu hadap untuk pernyataan seperti ini
kaklong; sementara yani tunggu acik, buka la pintu hati untuk orang lain.
bonda; dari situ kau sebenarnya dah dapat jawapan.
aku?
ada sesiapa faham apa yang aku rasa.
sakit lumat hati ni.
allah~~~
adakah benar setiap halangan yang Kau beri ini adalah petanda aku dan dia tidak berjodoh Ya Allah??
kalau benar,
ubatilah luka hati ku ini.
gantilah hati yang baru.
kerana ia sangat hitam dan berdosa.
allahuakhbar.
illyani, apa kau lupa.. biar aku ingatkan..
bukankah ini yang dipersetujui sewaktu roh ditiup ke dalam jasadmu?
kau lupa illyani?
kau sanggup lalui nya, maka kau pilih untuk hidup.
ini kan takdir yang dipersetujui.
jangan dipersoalkan.
sebaliknya berdoa. ubah takdirmu.
allah maha penyayang dan pengasih..
insyallah.
ada ganjaran bagi orang yang bersabar.
sabar itukan indah.
senyumlah.
allah kan ada~~
jodoh boleh tunggu illyani, ada pasangan mu.
tapi maut tak pernah tunggu.
tingkatkan amalmu illyani.
semua akan datang kepadamu sebagai hadiah.
kesat airmata mu sayang.
allah kan ada~~
05 May 2014
adat
adat yang dibuat oleh manusia supaya ia dilihat sesuatu yang sopan, bagus namun membebankan.
hairan,
bila tentang, membesarkan anak, perkara-perkara yang diberitahu oleh orang tua, ditolak ketepi, kita didik anak-anak dengan cara moden,
bila tentang, pergaulan bebas anak-anak, adat sopan melayu, ditolak ketepi, biarlah, anak-anak sekarang bukan zaman kita dulu, mereka dah terdedah seiring dengan penggunaan internet di hujung jari
bila tentang, berpantang selepas melahirkan anak, adat tradisional ditolak tepi, bertungku, bertangkas, berbekung, tidak diamalkan..
hairan kenapa bila hal-hal perkahwinan semua beria-ia untuk mengikut adat.
hantaran seolah-olah selama kau menjaga amanah dari Allah SWT harus berbayar dengan wang ringgit.
setiap kali ingin melangkah untuk ke tahap lain, perlu disertai dengan sebentuk cincin.
dari risik, ke tunang ke akad nikah..
mengapa? membebankan sedangkan menurut syariat Islam ia sangat memudahkan.
mengapa??
aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga, dimarahi apabila meletakkan nilai hantaran rendah dari apa yang keluarga impikan.
aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga, yang mahu membina keluarga dengan sederhana seolah-olah tidak dipersetujui oleh insan yang bernama orang tua.
aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga, yang mahu membina keluarga dengan syariat islam yang sentiasa memudahkan penganut agamanya seolah tidak direstui..
aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga , yang faham, redha ALLAH SWT adalah redha kedua orang tua.
namun, apa daya,
aku hanya anak,
gadis yang terikat dengan ADAT!
29 April 2014
Ranaco Kemaman
Dia suruh kita mintak padanya.
Kita je ego xnak mintak.
Bantu aku ya allah, permudahkan urusan aku kira nya jawatan itu baik untuk aku dan keluarga..
19 April 2014
Karak
Belum pun masuk sempadan pahang..
Tetiba kereta breakdown..
Allahuakbar..
Dugaan apa ini Allah SWT..
Moga ada yang lebih baik menanti aku.
Sesungguhnya perancanganMU melebihi akal ku.
Redha yani...
18 April 2014
bertemu dan diduga adalah temuduga
sambil melepaskan, dengan kata-kata,
kalau dengan melepaskan yang ini, moga yang akan dating adalah rezeki untuk berkahwin.
nah!
kita diuji dengan apa yang diperkatakan.
temuduga di kemaman, Terengganu.
benar, insan di hati, berasal dari sana. juga telah bersuara, cari keja didaerah sana.
tidak sangka, secepat ini rezeki ingin diberikan.
moga, ditetapkan hati. dikuatkan minda
moga, kali ini pergi dan pulang penuh hasil.
dan diredhai oleh keluarga dan allah.
moga.
dan aku cuma mahu disekat pemikiran sementara waktu,
pergi sana atas dasar ambil pengalaman temuduga sahaja.
kalau berezeki untuk menetap dan berhirah disana.
memang la, telah ditulis, perjalanan hidupku sedang dimudahkan oleh yang ESA.
amin.
terima kasih untuk kasih sayang yang tak belah bagi kepada aku yang sering melupakanMU.
mohon diampunkan untuk setiap salah aku.
mohon.
moga beroleh rezeki di daerah asing.
07 April 2014
Orang Terengganu
Minta izin pakai alamat terengganu. Sebab nak mohon kerja area marang.
Aihh kemain happy beliau.
Tetiba cakap, yela nak jadi orang terengganu kan..
Haha tetiba aku teringat perbualan yang lepas, kalau ada anak nanti, kena ajar cakap terengganu. Aku bantah! Dia kata, lau aku xnak dgr kata tidur luar.
Hahaha
Ewah!!!
P/s: aku suka betul lau dia gi laut! Call sokmo!
04 April 2014
01 April 2014
Privacy
Bila bercakap soal privacy.. Kita semua ada hak.. Ada kawasan yang orang lain xboleh masuk. Even kau suami dab isteri. Ada hal-hal yg kita mahu. Kita saja yg tahu.
Macam tu jugak. Bila bangunan sebuah company ni bos kau punya. Tapi ada satu ruang yang perkerja kau guna. Kau xboleb ceroboh.
Maaflah aku xbcakap tentang akta atau fakta! Aku tulis apa yang aku rasa betul.
Ruangan pejabat. Walaupun kau ada kunci pendua. Ia tetap milik staf. Itu beza antara majikan yang tahu adab dan semestinya majikan beradab.
Tapi sayang.. Makin lama aku kerja makin meluat cara kau berkerja.
Rasa nak berhenti kerja. Cari kerja di tempat lain. Mungkin sini bukan tmpat aku lagi.
Hilang rasa untuk berkerja dengan ikhlas.
30 March 2014
27 March 2014
Size jari
Aih.. Baru tanya size jari cincin. Debar dia lain macam.
Hmm alhamdulilah. Terima kasih allah swt.
Sekurang-kurang satu lagi langkah dah mula
<3
P/s: cuma bila..sy pun tak tahu.. :-)
19 March 2014
Pemerintah
entah kenapa, terasa makin dekat dengan apa yang dijanjikan oleh Allah SWT..
hmmm...
moga Najib dan orang bawahan sentiasa perjuangan semua perkara berlandaskan agama dan sunnah.
amin.
14 March 2014
Giliran
Bila semua benda yang ada dikeliling dilihat atau dirasa tidak membantu.
Hatta sekecik hama..
Ye. Tidak membantu.
Sampai terlintas dalam fikiran.
Jemputlah aku ke tempat asal aku dengan segera Tuhan
Dunia sering buat aku kecewa. Lemah dengan isinya.
Bila tiba giliran aku?
My Men, My Hero
haruslah, lelaki yang sedang berlegar di fikiran ialah Abah ku yang hensem.
dan sedang membayangkan sekiranya Encik Hati pun seperti abah.
hahahaha
its look like, sampai ke tua ah aku kena sakat. (sebab beliau pun ada unsur kuat menyakat)
yup, abah suka sakat mama, sampai mama nangis. haha dan aku akan ketawa beria-ia bila mama nangis kena sakat dengan abah.
(too many memory, kalau aku nak senaraikan satu per satu, biarlah ia jadi milik kami sekeluarga)
be a good thing abah. i love abah more than you know.
and jika diizinkan ALLAH SWT,
along pilih suami, just like you.
haha
this quote, make me remember everything about you, love.
how time flies so fast.
miss you.
p/s: btw, sang pelangi dah kembali aktif menulis. ye, mungkin ALLAH SWT dah jawab permintaan aku. =)
10 March 2014
Fynn Jamal dan Tri Hadzir
ranap dan cd projek tepi jalan aku tak pernah berkesempatan nak beli. dulu masa belajar, duit cukup-cukup untuk makan.
tak pandai nak mintak-mintak, so bila dah kerja, haa beli la bila dah boleh beli.
ekeke.. hari ni saje dah banyak kali aku ulang dengar lagu-lagu laki bini nih.
moga yang baik-baik saje buat keluarga ini.
Kalau boleh....
28 February 2014
Penutup February 2014
Teddy ada kawan dah.
=)
moga sentiasa senyum awak.
amin.
p/s: terima kasih untuk kasih dan sayang yang sesekali diucapkan. rasanya manis sekali.
23 February 2014
Ringgit Kasorga
Bila adik mengadu itu ini tak cukup.. Rasa diri tak layak untuk bergelar kakak.
Bila adik mengadu itu ini dah terkoyak.. Rasa diri ni belum cukup mampu menampung keluarga.
Susah kita orang tak nampak..
Moga kita kita punya rezeki yang melimpah ruah.
Amin.
22 February 2014
17 February 2014
Good Luck Student
during an examination one of student ask me,
"miss, do you know what means PEL, saya cuma ingat L for limit.
"sory boy, i dont know nothing about Oil and Gas term."
so aku pun nak tahu gak, apa ayat penuh PEL tu, aku pusing semua table student, secara rawak yg jawab;
1. permanent exposure limit
2. permanent exposure level
aku google, google bagi jawapan
PERMISSIBLE EXPOSURE LIMIT (PEL OR OSHA PEL)
p/s: haha apa kes, jawapan ada lam google nih.. agaga
15 February 2014
Hilang
13 February 2014
Kematian
03 February 2014
ada dan duka
apa yang tinggal untuk aku hanya penambah duka.
08 January 2014
nasihat pada diri
kau kena bersatu dengan segala jenis racun celaka.
ya rahman ya rahim.
maha pengasih dan maha penyayang..
tempat asalnya CINTA
cinta agung cinta illahi
dunia penuh dengan racun yang isinya celaka.
syurga pula adalah ganjaran yang isinya bahagia dan cinta.
adil bukan??
kembali pada jalanNYA illyani.
sujud pada yang berhaq
istiqamah sayang
jujur pada hati
jangan zalimi diri
amanah dan sentiasa bertenang
insyallah, kau menang!
amin.
p/s: "baru kena sikit, kau dah macam murai." -kamarul-