Jiwa Penuh Chenta

Saturday, July 19, 2014

20 Ramadhan 1435

Pernah dengar kan.. Orang yang post gambar makanan tu sakit jiwa. Aku malas nak google statement tu..

Sebenarnya, step mudah untuk fefeling rasa bahagia adalah dengan buat apa yang kau gembira. Salah satunya adalah makanan.. Travel... Hangout..

Sumber kegembiraan aku? Makan-makan dengan family besar.

Tadi, buka puasa dengan bos abah. First time gathering. Selama ni dengar cerita je dari abah. Okay la. Walaupun ada word dato'.. anak-anak tu tak sombong. Masih boleh diajak bersembang. Masih lagi merendah diri.

Tadi, datin tanya 'along umur bape?' '28, untie' 'dah tu bila nak kawinnya?' mama menyampuk.. 'tin, adik dia xbagi kawin datin oiii' aku diam/senyum je. Iqram dengar terus respon 'mama, bukan xbagi. Jauh la terengganu tu...' dalam hati aku, entah berjodoh ke tak dengan orang jauh tu dik..

:-)

Aku sebenar nak cakap, selama ni aku dengar je perkataan 'bora ombak' tadi buka puasa kat sana la. Dengar macam gah. Bak kata orang kampung aku kat perancis "com si com sa"

Satu aku puji, diaorang jamu nasi kerabu. My fav food!! Yummy....

No comments: