Jiwa Penuh Chenta

Friday, April 18, 2014

bertemu dan diduga adalah temuduga

temuduga di Johor Baharu, minggu lepas dilepaskan.

sambil melepaskan, dengan kata-kata,

kalau dengan melepaskan yang ini, moga yang akan dating adalah rezeki untuk berkahwin.

nah!

kita diuji dengan apa yang diperkatakan.

temuduga di kemaman, Terengganu.

benar, insan di hati, berasal dari sana. juga telah bersuara, cari keja didaerah sana.

tidak sangka, secepat ini rezeki ingin diberikan.

moga, ditetapkan hati. dikuatkan minda

moga, kali ini pergi dan pulang penuh hasil.

dan diredhai oleh keluarga dan allah.

moga.

dan aku cuma mahu disekat pemikiran sementara waktu,

pergi sana atas dasar ambil pengalaman temuduga sahaja.

kalau berezeki untuk menetap dan berhirah disana.

memang la, telah ditulis, perjalanan hidupku sedang dimudahkan oleh yang ESA.

amin.

terima kasih untuk kasih sayang yang tak belah bagi kepada aku yang sering melupakanMU.

mohon diampunkan untuk setiap salah aku.

mohon.

moga beroleh rezeki di daerah asing.



No comments: