Jiwa Penuh Chenta

Friday, June 27, 2014

deadactive

kali ini tekad. harapnya
sebab sebelum ni, selalu tak lama.

moga aku dapat cari balik diri aku yang semakin hilang.
saya minta maaf,
maaf atas segalanya.
segala yang tidak terucap.
maaf.

saya tak sempurna,
tidak layak untuk orang seperti awak.
awak sudah punya segalanya.
tidak layak untuk temani awak sepanjang hayat.
tidak layak untuk jadi ibu kepada anak-anak awak.
tidak layak.

saya semakin tak kuat.
saya semakin hilang harga diri.
saya semakin hilang tujuan diri.
saya semakin menyerah kalah.

bagi saya masa,
saya rasa, saya yang kena buat keputusan untuk KITA.
mungkin saya, mungkin awak.
saya semakin tak kenal diri saya.
saya semakin tak tahu siapa awak? siapa saya dalam hati awak.

saya semakin senang untuk sakit hati untuk setiap perkara yang saya tak dapat.
hati saya dah semakin rosak.
rosak sangat.
bagi saya masa.
saya perlu betulkan diri saya.

percaturan dan strategi saya silap.
allah murka dengan saya.
saya diuji dan diuji dengan yang namanya perasaan.
saya berperang dengan perasaan saya sendiri.

saya hampir hilang akal.
saya sayang awak.
saya sangat. tapi allah lebih tahu apa lebih baik untuk awak.
bukan saya. bukan saya yang patut ada disisi awak.

saya tak kuat awak.
betul saya tak kuat.
bagi saya masa.
saya semakin takut.
takut dengan masa depan saya sendiri.
takut dengan setiap tingkah laku awak yang saya tak leh nak baca.
saya takut.

hati saya dah rosak. rosak sangat.
saya perlu masa untuk pulihkan hati saya.

awak ambil la masa ini, cari la orang yang sesuai dengan jiwa awak.
saya tak mampu nak penuhi setiap permintaan awak.
saya tak sempurna.
saya tak secantik perempuan2 awak.
saya tak sekurus perempuan2 awak.
saya hanya akan memalukan awak.
saya tak kuat untuk hadapi semua tu.

hati saya dah rosak. saya fikir macam2..
dan awak sikit pun tak bantu saya untuk memperbetulkan pemikiran saya.
saya mengandaikan yang bukan2 atas setiap tingkah laku awak.

saya mudah salahkan orang lain.
sedangkan itu datang dari diri saya,
nampak tak hati saya semakin rosak.
maaf awak.

semoga Ramadhan kali ini saya jumpa jalan pulang ke kepadaNYA.
semoga Ramadhan kali ini hati saya semakin sembuh, kuat seperti dulu.

satu pesan saya, hargai perempuan yang setia disisi awak, jaga hati nya. dan jangan abaikan ma aboh. mereka syurga awak.

kalau ada jodoh kita, jumpa lagi.
saya doakan awak bertemu jodoh yang baik hatinya.
amin.

No comments: