Jiwa Penuh Chenta

Monday, July 21, 2014

23 Ramadhan 1435

Tidak kah kita semua berimpian mahu bertemu dengan suami/isteri/ anak-anak di syurga??

Semoga berbahagia kamu kini dan selamanya, dikurniakan suami yang sanggup susah dan senang bersama. Dianugerahkan cahaya mata yang menemani hingga kamu diusia emas. Semoga kamu juga mula memasang angan-angan apa yang kamu ada didunia juga punya kamu diakhirat sana.

Bukankah suatu kejayaan bermula dari angan-angan?

Andai kata setiap kali aku memberi respon, membuatkan kau rasa kau yang paling bagus. Aku kira lebih baik aku tidak memberi apa-apa respon. Aku sayang kau, aku tak nak kau ada perasaan 'kau paling bagus' ingat!! Allah benci hamba seperti itu.

Dalam tempoh aku mahu menjaga/merawat hati,  aku juga mahu kita semua ke syurga, ayuh simpan angan-angan tu..

Sebab, aku pegang pada prinsip, bersahabat biar sampai syurga.

Aku juga tak nak pendam rasa, setiap kali aku terasa. Aku xnak ada rasa tu. Jadi aku undurkan diri demi persahabatan yang telah lama terjalin.

Maaf!
Hidup aku tak seindah kalian. Kadang2 penat tunjuk kita kuat, hakikat, aku yang paling lemah. Meminjam kekuatan yang ada pada sahabat2..

Tapi.....

Mungkin, aku menurut perasaan. Ternyata, hati ini masih rosak dan kotor lagi.

Kesian, kau zalim pada diri sendiri illyani.

No comments: