Jiwa Penuh Chenta

Thursday, December 18, 2014

teduhan kasihMU

bila mama khabarkan berita itu, aku rasa itu saat aku paling tenang mendengar. paling diam.

bukanlah mudah untuk berpindah tempat yang kau membesar selama bertahun-tahun. tapi itulah hakikatnya.

aku dan keluarga akan berpindah.. atas sebab apa? biarlah ia menjadi rahsia keluarga.

aku anggap ini teguran allah swt dan juga sebagai kifarah.. allahu.. sikit-sikit kau uji. mula dengan Kau uji perasaan dan hati aku.. kini kau uji keluarga dengan hilang tempat berlindung. tapi aku mohon kami semua berada dalam rahmatMU...

permudahkan juga la urusan perpindahan andai itu yang ditakdirkan untuk kami sekeluarga.

jujur aku kata, dari ujian kasih sayang MU, aku masih mencari-cari hikmahnya... tapi ada yang kata tak perlu dicari hikmahnya.. hanya perlu lalui dengan yakin bahawa selepas kesusahan akan ada kesenangan.. dan orang yang bersabar adalah orang yang menang.

moga aku dan keluarga adalah orang-orang yang menang.

masih lagi mengaplikasikan teknik #bertanyaallahdahulu

"ya allah, berikanlah kami sekeluarga tempat untuk berlindung, yang selesa, yang kemudahannya mudah, yang kawasan perumahan selamat serta sesuai dengan kewangan kami sekeluarga,.. terima kasih ya allah.."

1 comment:

reenapple said...

Semoga urusan dipermudahkaNYA