Jiwa Penuh Chenta

Monday, May 05, 2014

adat

aku gadis yang bila mahu berkahwin tiba-tiba terikat dengan adat.

adat yang dibuat oleh manusia supaya ia dilihat sesuatu yang sopan, bagus namun membebankan.

hairan,
bila tentang, membesarkan anak, perkara-perkara yang diberitahu oleh orang tua, ditolak ketepi, kita didik anak-anak dengan cara moden,

bila tentang, pergaulan bebas anak-anak, adat sopan melayu, ditolak ketepi, biarlah, anak-anak sekarang bukan zaman kita dulu, mereka dah terdedah seiring dengan penggunaan internet di hujung jari

bila tentang, berpantang selepas melahirkan anak, adat tradisional ditolak tepi, bertungku, bertangkas, berbekung, tidak diamalkan..

hairan kenapa bila hal-hal perkahwinan semua beria-ia untuk mengikut adat.

hantaran seolah-olah selama kau menjaga amanah dari Allah SWT harus berbayar dengan wang ringgit.
setiap kali ingin melangkah untuk ke tahap lain, perlu disertai dengan sebentuk cincin.
dari risik, ke tunang ke akad nikah..

mengapa? membebankan sedangkan menurut syariat Islam ia sangat memudahkan.

mengapa??

aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga, dimarahi apabila meletakkan nilai hantaran rendah dari apa yang keluarga impikan.

aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga, yang mahu membina keluarga dengan sederhana seolah-olah tidak dipersetujui oleh insan yang bernama orang tua.

aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga, yang mahu membina keluarga dengan syariat islam yang sentiasa memudahkan penganut agamanya seolah tidak direstui..

aku.. gadis yang terikat dengan adat, yang punya keluarga , yang faham, redha ALLAH SWT adalah redha kedua orang tua.

namun, apa daya,
aku hanya anak,

gadis yang terikat dengan ADAT!

No comments: