Jiwa Penuh Chenta

Thursday, July 17, 2014

18 Ramadhan 1435 [2]

Masa petang tadi lepas sembahyang asar.. Masih lagi dibelenggu dengan soalan yang sama..

Kali ni oleh pelajar perempuan yang aku aim masa orientasi menipu dalam LDK tempohari.

'miss, anak sulung ke?'
'ye, saya tiga beradik'
(satu tabiat aku, aku akan jwab terus soalan seterusnya, which is bagi aku soalan tu berbentuk cliche.. Sbb lepas orang tanya kedudukan ko anak no berapa, orang akan tanya berapa adik bradik. Ni part yang selalu si dia bengang, setiap soalan dia aku jwab benda lain.. Padahal, aku tahu dia nak jawapan yang itu)

Okay berbalik pada dialog lepas asar tadi..

'so miss, bila lagi nak makan nasi minyak?'
'haha ada ke orang nak saya ni awak?!.. Nati kalau ada.. Insyallah satu kolej saya jemput ye..'
'bohong la miss tak de calon.. Miss cantik apa.  Saya bukan bodek, ni betul.. Bulan puasa.. Insyallah.. Ada jodoh untuk miss'
'aminnnnn... Dah dah dah gi naik atas.. Setup tempat nak buke dan terawih lak.'
'baik miss!'

Minggu ni memang minggu orang keliling aku bicara hal jodoh kahwin ye?!

Ada benda nak share lps isya' tdi ada tazkirah.. Sangat menarik isinya.

Nanti aku kupaskan satu persatu. Ustad cuma dapat share 4 nasihat. Sedangkan kesemua nasihat ada 8. Kena study lagi 4 nasihat. Baru leh share.

Tapi aku sangat tertarik dengan kata-kata ustad.

'bulan puasa adalah bulan yang dimakbulkan kesemua doanya serta mendidik dan mengekang hawa nafsu selama sebulan untuk 11 bulan yang lain'

Mampukah yang sebulan mengawal yang 11 bulan???

Tanya sama nafsu!!

Nafsu dipenjara selama 300 tahun dalam neraka, secara beperingkat serta pelbagai hukuman.

Setelah nafsu mengakui bahawa allah adalah tuhannya dan nafsu adalah hambaNya.. Kemudian nafsu dicampakkan kedalam diri manusia.

Hmm menarik bukan?

Masa ada facebook dulu.. Selalu cakap, aku ni sedangkan beperang dengan hawa nafsu. Sedangkan aku sendiri tak tahu asal usul nafsu tu sendiri. Macam mana nak lawan, kalau kau tak kenal lawan kau sendiri.

Betul tak?

So skang tugasan aku adalah mengenal hawa nafsu tu sdiri dan sharing tentang 8 nasihat tu.

Moga yang sedikit ini memberi manfaat.

Selamat malam.

No comments: