Jiwa Penuh Chenta

Monday, June 30, 2014

2 Ramadhan 1435

sama ada ia mainan akal atau hati aku sedang menipu??

aku tak pasti,

ramadhan ini, aku sering teringat kat ma dan adik-adik kau. hubungan kami yang rapat, tetiba terputus, aku tak tahu kenapa. 

dulu, rajin juga bertanya khabar, usik mengusik...

mungkin aku puncanya, aku terasa hati. lantas aku mendiamkan diri, dengan harapan mereka akan pujuk aku. sedapkan hati aku. insyallah, ada jodoh aku dengan kau. 
tapi aku lupa, mereka bukan hak aku lagi. aku je yang beria, mereka punya aku. aku yang melebih-lebih.
ingat lagi, aku pernah kata, aku salah caturan salah strategi. jadi allah murka.

aku rindu nak dengar suara ma, nak dengar ma bebel pasal kau dekat aku. rindu, dari situ, aku tahu serba sedikit peel kau sejak kecik. aku rindu nak sakat adik amy, borak-borak kosong dengan kaklong perihal drama di kaca televisyen. rindu semua tu.

semua jadi lesap, bila kau mendiamkan diri, bukan aku nak tuding jari. tapi itulah aku rasa kiranya. bila kau muncul semua tak jadi seperti dulu. aku semakin terasa hati, semakin kecik hati, hati semakin sakit. 

benar, silap dari aku juga, tidak membetulkan keadaan. aku ingat dengan diam akan ada baiknya, tapi aku lihat, dengan diam semua kelihatan semakin teruk. 

ya allah, mereka kata, andai aku perbaiki hubungan ku denganMU, kau akan perbaiki hubungan aku dengan manusia, bantulah aku ya allah, selain mama, abah, ibu dan adik-adik aku, mereka juga sumber kebahagian aku. 

 ku zikirkan namamu ya allah...

87. Al Jaami’ 
The Gatherer/ The Unifier
Yang Maha Menghimpun / Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul – Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.

jika benar, mereka adalah masa depan aku, Kau pulangkan mereka kepada aku seperti mula kami menyemai kasih dan sayang. namun, jika benar mereka bukan masa depan aku, Kau pulangkan juga mereka kepada aku, atas dasar kasih sayang sesama manusia.

ya jaami' ya jaami' ya jaami' ya jaami' ya jaami' ya jaami' ya jaami'

amin.

No comments: