Jiwa Penuh Chenta

Friday, June 20, 2014

wavin flag- when i get older, i will be stronger

terpaksa kunci blog ni buat seketika..
jangan ditanya kenapa?
diri sendiri pun tak pernah tahu.

mei 2014 dan jun 2014 sangat mencabar..
tapi alhamdulilah,
mei 2014 dah berlalu pergi, pergi meninggalkan kesan dihati.
senyum illyani, things happen untuk buatkan kau lagi kuat.

jun 2014, in progress.
masih lagi survive..

lama aku diam.
bila keluarga/sanak saudara datang tanya perkara yang tak jadi bulan 5
aku lebih mendiamkan diri.
entah.

moga yang lepas-lepas ini lebih cantik aturanNYA.
penat sebenarnya memendam rasa, seolah-olah..
"hi, im okay with that. eleh. nevermind, i understand"
penat!! sangat penat.

dan sebenarnya, lepas aku fikir dan menangis sehabis-habisnya,
ada satu aura dan hati baru.
aku dah tak kisah tentang hal ni semua.
kalau kau tak berjodoh dengan aku pun, one day, jodoh kau tetap akan muncul kan.
jodoh aku pun mesti ada. tuhan kan penyayang... =)
bak kata aina, "jodoh aku ni tengah sesat kat Paris, tengah cari jalan nak ke Malaysia."
haha sentiasa positif! ai love this girl.

dan benda yang paling best nak share, tentang Mawar Nafastari.
kita, manusia ini, terutamanya aku, sering belajar dari pengalaman manusia lain.
satu benda yang aku belajar dari Mawar Nafastari.
"Sabar itu cantik, Mawar"
benar, Mawar ada updates status kat fb, mengatakan pertukaran dia ke  Klang, dah berjaya, sabar itu cantik,, bila sampai masa yang cantik, aturanNya tentu cantik.


sungguh, pinjamkan aku kekuatan yang ada. pinjam aku kekuatan dari mereka yang pernah jatuh dan menangis. aku perlukan kekuatan mereka untuk meneruskan kehidupan.
moga, aku sabar untuk semua perkara yang telah ditetapkan untuk aku,
setakat tak jadi tunang, itu baru sikit kau uji kan Allah? dan aku boleh terima ia dengan hati yang terbuka, moga cabaran kali ini aku lebih redha dan ikhlas atas segalanya.
aku mohon satu ya allah, moga aku diberi ketetapan iman terhadap agamaMU. janganlah kau palingkan aku dari MU, kerana aku sering melakukan dosa dalam keadaan sedar.
terima kasih ALLAH SWT.


AMIN!.

No comments: