Jiwa Penuh Chenta

Tuesday, July 15, 2014

17 Ramadhan 1435

bila juruteknik datang servis laptop office, kami bertukar tukar cerita.

aku suka orang yang suka sharing, maksud aku, orang yang tak malu nak mengaku kesilapan dia masa dulu. 

aku suka orang macam nih, hyeeeeee dia dah nikah, baru seorang.

bertukar cerita dan berkongsi pendapat sepanjang dia services laptop aku. buat aku belajar sesuatu dari kisah hidup dia.

dia berpegang pada prinsip "jujur, amanah dan ikhlas" ada tiga ini setiap benda kau nak buat, automatik akan jadi mudah, senang dan ada nekad/tekad dalam hati.

benar!
kalau kau nak berubah, tapi kau tak ikhlas. sememangnya setiap perubahan kau rasa susah untuk kau istiqamah. 
aku dah nampak, kenapa aku selalu berpatah balik pada jalan yang salah. sebab aku tak ikhlas, aku tak jujur dan aku tak amanah pada setiap apa yang aku kata hendak lakukan.

see... sebab tu aku suka orang yang tak malu nak mengaku silap sendiri. sebab aku boleh belajar dari silap mereka dan letakkan sempadan, this thing aku boleh buat atau tidak.

satu perkara yang orang akan tanya selepas sharing dengan aku,

"yani umur dah 28, sedang elok kalau nak bernikah, pelik.. nape dop nikah lagi?"
"hahaha penat dah jawap soalan nih, jodoh yani flite delay kat perancis.. tak pun, jodoh yani mati awal. tak pela jumpa je kat syurga.. hehehe"
"ade pulak cam tu.. insyallah, tak lama lagi"
"amin"

aku??
masih lagi rasa kehilangan... one of student said, "miss, jum amalkan al-mathurat" "insyallah"

No comments: