Jiwa Penuh Chenta

Saturday, January 16, 2010

Membunuh EGO



bila segala mengecam dunia
aku jadi terduduk
kaku
kelu
tidak bernafsu

terhempas segala nista
dosa membelenggu diri
jiwa kosong
bagai tak bernyawa

katamu hebat menghukum dunia
aku yang nanar
aku yang lelah
aku yang hampir punah

bila kau mengadakan apa yang tiada

sebelum aku tersasar
terjerumus dilembah kehinaan
kau harus ku hapus
pergi, pergi, pergi

nyah kau dari hidup aku

buang segala keEGOan
setinggi mana aku mendaki
sejauh mana aku melangkah
sehebat mana aku megah berdiri

aku tetap aku
kadang2
tersungkur dek
kerana EGO!!!







2 comments:

Ad Rifza said...

Nyah kau dri hidupku..wahhh..halau camtu jek dia yea..hehe..

Sukar kdg2 bila EGO sudah melekat dlm diri..Hanya dengan rasa rendah diri dan mengenal diri barulah kita rasa EGo itu tidak perlu..
Tapi ada org kata EGO perlu untuk berjaya..hmmm..

Illyani Ismail said...

haha abg ad lau la yani rasa yani leh buat macam tu kan senang.. susah la abg ad..

kadang2 rasa diri dah tahu semua.. huhu.. padahal otak kosong kan..

yup ego juga perlu tapi superego perlu jadi teman setia ego...